You are on page 1of 4

SK BUKIT BATU, LIMBANG

MESYUARAT PENGURUSAN ASRAMA 2018 KALI PERTAMA

TARIKH : 8 JANUARI 2018

MASA : 2.00 PETANG

HARI : ISNIN

TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER SK BUKIT BATU

KEHADIRAN

STAFF YANG HADIR

1. EN. MERIPA GELUKO


2. EN. ROZAIDI BIN SALIM
3. EN. WILLIE GABRIEL ENAK
4. EN. JAMBERY SUBOK
5. CIK KHO YIAN HUA
6. CIK LING SIEW LI
7. EN. MOHD AZIMAN BIN MAJID
8. EN. MATHEW IJAU
9. EN. MUHD NAZRI MATJISIN
10. PN. TINA BUJANG
11. PN. MANIH OSMAN
AGENDA

1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI

Pengerusi mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada guru-guru kerana dapat menghadiri
mesyuarat dan mengadakan Mesyuarat Pengurusan Asrama untuk pertama kali pada tahun ini.
Pengerusi berharap semoga pembangunan asrama dapat dijalankan bagi mempengaruhi pencapaian
akademik para pelajar khasnya dan sekolah secara umumnya.

2.0 UCAPAN GURU BESAR

Beliau menyatakan dan menghuraikan agenda mesyuarat petang ini adalah untuk membincangkan
perkara-perkara berikut:

2.1 Peranan Warden


Tugas sebagai warden amat memmerlukan kkomitmen yang sngat tinggi. Warden bertindak
sebagai ibu atau bapa di asrama. Warden perlu kenal pelajar-pelajar yang tinggal di asrama
dan juga perlu mempunyai hubungan rapat dengan pelajar. Kebajikan para pelajar perlu
dititikberatkan. Warden juga perlu sentiasa bersama dengan para pelajar setiap waktu.
Tindakan : Warden Asrama

2.2 Perlantikan Ahli Jawatankuasa Asrama (AJK) Putera dan Puteri


Pelajar yang dilantik adalah diharapkan dapat berkhidmat dengan baik, bertanggungjawab
dan amanah. Perlantikan ini adalah satu latihan untuk kepada para pelajar untuk menjadi
ketua yang baik. AJK adalah barisan pelajar yang boleh menggantikan warden.
Tindakan : Warden Asrama

2.3 Peraturan dan disiplin asrama


Peraturan asrama yang dibuat hendaklah didokumenkantasikan. Peraturan asrama
hendaklah sentiasa terpampang di setiap premis di asrama seperti di dalam dorm dan juga
di dalam tandas. Peraturan asrama dibukukan. Untuk melicinkan pengurusan asrama, buku-
buku pemantauan, buku kehadiran, buku keluar masuk pelajar asrama serta buku laporan
bertugas hendaklah diwujudkan atau dilengkapkan. Tindakan mesti dikuatkuasakan dan
perlu bertindak mengikut kewajaran. Perkara-perkara tentang prosuder dan peraturan
asrama hendaklah diadakan secepat mungkin.
Tindakan : Warden Asrama

2.4 Perancangan Program dan Aktiviti


Program Harian
Kelas Persediaan, makan berjadual
Program Mingguan
Gotong-royong (penetapan aktiviti, tempoh dan agihan tugas)
Makan Beradab pada setiap 3 bulan sekali.

2.5 Kebersihan dan Keceriaan


Tempat yang paling utama adalah setiap dorm di asrama. Dorm mestilah sentiasa bersih,
tersusun dan ceria seperti keselarasan warna cadar dan bantal. Setiap pagi, cadar mesti
diregangkan.
Ruangan papan notis perlu dipamerkan info yang bersesuaian dengan murid.
Bilik Air juga perlu dititkberatkan. Sentiasa berikan penekanan terhadap kebersihan dan juga
keselamatan semasa berada di tandas. Sebarang kerosakan hendaklah dbuat aduan dengan
secepat mungkin.
Persekitaran asrama hendaklah sentiasa bersih, ceria dan kondusif.

2.6 Dewan Makan Asrama


Penyelia Asrma perlu memberi perhatian yang teliti di dalam aspek dewan makan.
Menu makanan pelajar perlu disediakan mengikut menu makanan yang seimbang dan
berkhasiat, sesuai untuk pertumbuhan fizikal dan minda pelajar. Menu yang istimewa boleh
disediakan setiap minggu kepada para pelajar. Menu Makanan Perlu dipamerkan. Jadual
masa makan para pelajar perlu diambil perhatian dan mestilah ada penyeliaan semasa
pelajar makan. Kebersihan dan keceriaan dewan makan hendaklah dititikberatkan. Teguran
dari masa ke semasa perlu diberikan, sekalipun perkara-perkara kecil yang dianggap remeh.
Tindakan : Warden asrama dan Penyelia Asrama

2.7 Pembangunan Fizikal Asrama


Kerosakan terhadap kemudahan dan utility asrama hendaklah diminimumkan. Warden perlu
kerap berjumpa pelajar atau AJK Asrama untuk jalan penyelesaian.
Setiap bilik perlu ada kunci utama dan pendua. Sekiranya berlaku kecemasan, seperti kunci
almari hilang, kunci pendua boleh diguna pakai.
Langsir perlu dipasang untuk menampakkan imej asrama yang ceria. Keselarasan warna
langsir dapat menambahkan keceriaan asrama.
Tingkap yang tiada cermin hendaklah dipasang cerminnya.

3.0 UCAPAN GPK HEM


3.1 Beliau mengatakan, bahawa pada setiap 3 bulan sekali, Program Makan Beradab akan
dilakukan pada masa makan malam. Para Warden boleh berbincang untuk menyediakan
menu makanan yang berlainan dari hari-hari biasa.
3.2 Tindakan tegas akan diambil kepada pelajar yang membuat kerosakan. Sekiranya kerosakan
dikesan, dan tiada siapa yang mengaku, denda akan diberikan terhadap semua penghuni
asrama.
Tindakan : Warden Asrama
3.3 Jadual tugasan untuk AJK Arama perlu disediakan. Sekiranya ada permasalahan,
perbincangan mesti dijalankan.
3.4 Kedatangan asrama hendaklah direkodkan di dalam buku yang disediakan. Ketua Asrama
menjadi pencatat. Buku Kedatangan perlu diserahkan kepada penyelia asrama.
3.5 Buku kedatangan waktu persediaan, buku laporan bertugas, buku pemantauan kerosakan
dan juga borang keluar masuk perlu disemak pada setiap bulan.
Tindakan : Warden Asrama
3.6 Segala rekod pembayaran akan diselia dan disimpan oleh penyelia asrama
Tindakan : Penyelia Asrama
4.0 HAL-HAL LAIN
4.1 En. Mathew Ijau memberitahu banyak almari berada pada kondisi yang tidak memuaskan.
Tindakan : Penyelia Asrama
4.2 En. Dullah Jali selaku penyelia asrama menyatakan bahawa bilangan almari yang berkondisi
bagus tidak mencukupi. Beliau memberitahu permohonan untuk bekalan almari baharu
akan dibuat.
Tindakan : Makluman
4.3 Cik Kho Yian Hua memberitahu bahawa Borang Pemantauan Asrama hendaklah digunakan
sepenuhnya.
Tindakan : Makluman
4.4 En. Mohd Aziman menyatakan bahawa semua pelajar wajib keluar dari asrama selepas
waktu solat Asar untuk beriadah dan bersukan.
Tindakan : AJK Asrama
4.5 En. Muhd Nazri mencadangkan tentang satu peti rawatan kecemasan perlu ada pada setiap
bilik warden.
Tindakan : GPK Hal Ehwal Murid
4.6 Cik Ling Siew Li mencadangkan satu system siaraya perlu diwujudkan untuk pemberitahuan
dan juga system loceng perlu diadakan untuk ingatan dan pemberitahuan waktu-waktu
tertentu seperti waktu makan, waktu lampu dipadamkan dan sebagainya.
5.0 PENUTUP
Tuan Pengerusi berharap agar semua pihak dapat bekerjasama untuk memantapkan dan melicinkan
pengurusan asrama pada tahun ini dan juga pada tahun-tahun yang akan dating.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.45 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………. ………………………………

(CIK LING SIEW LI) (ENCIK ROZAIDI BIN SALIM)

Warden Asrama Guru Penolong Kanan HEM

You might also like