You are on page 1of 8

MINIT MESYUARAT ASRAMA KALI KE-3 TAHUN 2011

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LUI BARAT


72120 BANDAR SERI JEMPOL
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tarikh : 19 Oktober 2011


Hari : Khamis
Masa : 2.40 petang
Tempat : Dewan Makan Asrama SMKLB

KEHADIRAN:

1. Pn. Hjh. Maimon Bt Abdullah (Pengetua)


2. En. Amir Haszuwani Bin Mohd Yusof (GPK HEM)
3. En. Hazizi Bin Saribin (Ketua Warden)
4. Cik Norshuhada Bt Basri (Warden)
5. Cik Mastura bt Muhamad Muktar (Warden)
6. En. Mohd Zaidi b Mat Radey (Guru Displin)
7. Pn. Maizam bt Arzeman (Penyelia Asrama)
8. En. Mohd Diah b Musa (Penyelia dewan makan)
9. En. Rambeli b Yot (Pengawal Keselamatan)
10. Pn. Nor Diana bt Mohd Jous (Wakil kontraktor kebersihan)

1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan mengucapkan salam dan seterusnya


mengalu-alukan kehadiran semua hadirin ke mesyuarat. Ucapan terima kasih
kepada pihak Fitrah Sdn Bhd kerana menaja jamuan tengahari pada hari ini.
Makluman: Semua hadirin

1.2 Pengerusi memaklumkan kepada semua hadirin bahawa asrama SMKLB


merupakan satu mercu tanda kepada sekolah. Bilangan pelajar asrama telah
mencapai 170 orang dan pengerusi memohon semua hadirin berusaha dalam
membantu mengekalkan bilangan para pelajar yang tinggal di asrama.

1
1.3 Pengerusi memohon supaya dilaksanakan Program Orientasi Asrama 2012 untuk
menyediakan para pelajar baru dalam membina ketahanan mental dan fizikal
untuk tinggal di asrama. Pendedahan kepada undang-undang asrama dan kerenah
rakan sebaya juga akan didedahkan kepada para pelajar baru.
Makluman: Semua hadirin

1.4 Pengerusi juga memaklumkan bahawa asrama SMKLB merupakan sebuah asrama
yang mempunyai fasiliti yang lengkap. Seluruh warga asrama harus berusaha
bersama-sama dalam mencapai kecemerlangan yang terbaik dan sekiranya perlu
pihak pentadbiran akan berusaha untuk mengadakan lawatan beanchmarking ke
Asrama Puteri Melayu di SMK Puteri, Seremban.
Makluman: Semua hadirin

1.5 Pengerusi memaklumkan bahawa keceriaan dewan makan asrama adalah


tanggungjawab kontraktor dan penyelia asrama. Kerjasama dan usahasama yang
erat amat diperlukan dalam hal ini.
Makluman: Semua hadirin

2.0 PEBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT ASRAMA KALI


KE-2 TAHUN 2011
2.1 En. Mohd Hazizi Bin Saribin mencadangkan agar minit mesyuarat Asrama Kali
Ke-2 Tahun 2011 disahkan dan disokong oleh En Amir Haszuwani Bin Mohd
Yusof.
Makluman: Semua hadirin

3.0 PERKARA BERBANGKIT


3.1 Merujuk kepada perkara 3.42, proses pembinaan kolam air telah siap namun
masih belum dipasang motor kerana kekurangan peruntukan.
Makluman: Semua hadirin

2
4.0 LAPORAN WARDEN
4.1 Program Jamuan Makan Akhir Tahun akan dilaksanakan seperti yang
dirancangkan. Peruntukan hadiah akan diberikan kepada AJK asrama dan guru-
guru yang membantu semasa Program Semaian Kecemerlangan dan kerohanian.
Makluman: Semua hadirin

4.2 En. Mohd Hazizi Bin Saribin memaklumkan bahawa kekerapan para penjaga
berjumpa dengan para pelajar pada waktu persekolahan berleluasa. Terdapat juga
para pelajar yang berjumpa dengan rakan mereka yang tinggal di luar asrama.
Pihak warden memohon kerjasama pengawal keselamatan dalam memantau
aktiviti ini.
Makluman: Semua hadirin

4.3 Penggunaan telefon bimbit dan netbook di asrama adalah satu larangan. Namun
begitu, masih terdapat para pelajar yang membawanya dan disimpan oleh pelajar
luar. Rampasan yang dilakukan adalah hasil maklumat para pelajar.
Makluman: Semua hadirin

4.4 Masalah kehilangan wang dan pakaian di aspuri masih tidak dapat diselesaikan
sepenuhnya. Menurut maklumat para pelajar, suspek telah dikenalpasti namun
begitu masih tiada bukti untuk disabitkan kesalahan.
Makluman: Semua hadirin

5.0 PERSEDIAAN ASRAMA 2012


5.1 Tawaran kemasukan asrama kepada para pelajar tingkatan 1 Rancangan Khas
(RK) dan Aliran Arab (AA) akan dilaksanakan. Untuk tingkatan 2 dan 3, para
pelajar akan ditawarkan apabila penyusunan (sorting) telah dijalankan. Borang
tawaran asrama akan dilengkapi dengan surat tawaran dan surat maklumbalas.
Makluman: Semua hadirin

3
5.2 Program orientasi Pelajar Baru Asrama akan dijalankan seiring bersama Program
Bersama Para Penjaga dan Pengetua. Semasa Program Orientasi Pelajar Baru juga
akan diselitkan juga ruang bersama AJK bekas pelajar asrama yang berjaya ke
IPTA/IPTS. Program ini bermatlamat untuk mendedahkan kepada para pelajar
dan penjaga keberkesanan dan kemenjadian para pelajar yang tinggal di asrama.
Makluman: Semua hadirin

5.3 Program akademik pada tahun 2012 akan lebih memberi sasaran kualiti. Program-
program yang akan dijalankan ialah Program Semaian Kecemerlangan iaitu kelas
bimbingan tingkatan 3, 5 dan 6 dan ia akan dimulakan pada awal tahun. Program
Semaian Kecemerlangan yang telah dijalankan pada tahun ini menunjukkan
komitmen guru-guru yang terlibat dan terdapat para pelajar yang menunjukkan
perubahan semasa Peperiksaan Percubaan PMR lepas. Program prep petang
secara kelompok juga akan dijalankan mengikut pencapaian para pelajar.
Pemantauan prep bergiliran juga akan terus dilaksanakan oleh warden dan AJK
asrama.
Makluman: Semua hadirin

5.4 Pemantauan displin pelajar asrama di sekolah akan diperkukuhkan lagi dengan
fail bergambar kepada guru displin. Peraturan asrama dan sekolah juga akan
sentiasa diingatkan semasa roll call mingguan. Pemeriksaan berkala terus akan
dilaksanakan.
Makluman: Semua hadirin

5.5 Penempatan dorm pada tahun 2012 akan diteruskan secara merangkumi semua
tingkatan di dalam satu dorm. Penempatan menyeluruh sebegini akan membantu
warden mendapat maklumat displin. Dorm pelajar cemerlang akademik seramai
10 orang juga akan diwujudkan. Penempatan di dalam dorm cemerlang ini akan
ditetapkan mengikut pencapaian akademik. Para pelajar ini akan diberi
kemudahan seperti computer dan meja belajar sendiri. Hal ini akan mewujudkan
persaingan antara para pelajar untuk lebih cemerlang.

4
Makluman: Semua hadirin

5.6 En Amir Haszuwani B Mohd Yusof memaklumkan bahawa program kerohanian


akan diteruskan seperti tahun-tahun sebelum ini dan pemantauan berkala juga
terus dilaksanakan. Kuliah selepas solat maghrib juga dikendalikan oleh AJK
asrama dan ustaz jemputan. Bahan-bahan hafazan untuk para pelajar juga
mencukupi.
Makluman: Semua hadirin

5.7 En. Mohd Hazizi Bin Saribin memaklumkan bahawa Program bumi hijau akan
diteruskan dengan penanaman cili dan sayur-sayuran yang lain sebagai program
riadah harian. Aktiviti sukan seperti bola sepak dan badminton akan terus
dilaksanakan.
Makluman: Semua hadirin

6.0 LAPORAN KECERIAAN DAN KEBERSIHAN


6.1 En. Mohd Hazizi Bin Saribin memaklumkan bahawa Program keceriaan dorm
akan diteruskan pada tahun 2012. Hadiah akan diberikan pada jamuan Akhir
Tahun kepada dorm-dorm yang mendapat kemenangan mengikut bulan.
Makluman: Semua hadirin

6.2 Pengerusi memaklumkan bahawa pemasangan langsir di aspuri telah siap


dilaksanakan. Jika bilangan aspura bertambah, dorm baru akan dibuka dan langsir
akan dipasang.
Tindakan: Penyelia asrama
6.3 Pn Maizam Bt Arzeman memaklumkan bahawa peruntukan kepada para pelajar
untuk satu helai selimut ialah sebanyak RM 30. Cadar juga akan dijual kepada
para pelajar mengikut harga RM 25. Pihak pentadbiran asrama juga akan mencari
cadar siap untuk mengurangkan harga dan mengelakkan tempahan jahitan.
Makluman: Semua hadirin

5
7.0 LAPORAN PENGURUSAN ASRAMA
7.1 Pn Maizam Bt Arzeman memaklumkan bahawa surat amaran bayaran yuran
sudah diedarkan kepada para penjaga.
Makluman: Semua hadirin
7.2 Pelupusan harta akan dilaksanakan untuk barangan seperti almari dan tilam yang
diperolehi dari tahun 2002.
Makluman: Semua hadirin
7.3 Maklumat kepada semua hadirin bahawa semasa peperiksaan STPM tiada calon
yang akan tinggal di asrama. Jadual kehadiran para pelajar semasa peperiksaan
SPM akan dikeluarkan kepada warden dan pengawal keselamatan untuk
simpanan.
Makluman: Semua hadirin

8.0 LAPORAN KESELAMATAN


8.1 En. Rambeli B Yot memaklumkan kepada semua hadirin bahawa terdapat pagar
yang masih belum dibaiki. Beliau memohon tindakan segera dilakukan oleh pihak
pengurusan untuk mengelakkan pencerobohan daripada berlaku.
Tindakan: Penyelia asrama
8.2 Beliau memohon supaya pihak warden menyenaraikan para pelajar yang tinggal
di asrama semasa hujung minggu pulang bermalam.
Tindakan: Warden asrama
8.3 Beliau juga memaklumkan pintu pagar ke sekolah akan dikunci selepas jam 7.40
pagi dan dibuka semula pada jam 1.30 petang.
Makluman: Semua hadirin

9.0 LAPORAN KEWANGAN


9.1 Pn Maizam Bt Arzeman memohon semua hadirin merujuk kepada lembaran
Kumpulan Wang Asrama SMK Lui Barat Berakhir pada 18 Oktober 2011. Masih
terdapat aktiviti asrama yang masih belum dijalankan dan akan menggunakan

6
peruntukan yang telah disediakan. Terdapat juga pembelanjaan yang masih belum
dibuat pembayaran iaitu bayaran kusyen bersulam dan toner mesin fotostat.
Makluman: Semua hadirin

9.2 Beliau memohon peruntukan untuk menempah papan tanda asrama putra dan
putrid dan bilik-bilik khas. Beliau juga memohon peruntukan untuk membeli rak
buku untuk surau asrama.
Makluman: Semua hadirin

10.0 LAPORAN DEWAN MAKAN


10.1 Makluman kepada semua hadirin bahawa pihak pengurusan dewan makan tidak
mengalami sebarang masalah pengurusan dewan makan setakat ini. Terima kasih
diucapkan kepada semua pihak atas kerjasama yang diberi.
Makluman: Semua hadirin

11.0 HAL-HAL LAIN


11.1 Pengerusi memaklumkan bahawa motor untuk kolam air akan dibeli
menggunakan duit LPBT. En. Mohd Hazizi B Sariben diberi tanggungjawab
untuk membincang bersama En. Hamdan Ab Ghani untuk membelinya.
Tindakan: Warden terlibat

11.2 Pengerusi memohon supaya penyusunan kumpulan mengikut kelas bimbingan


Program Semaian Kecemerlangan dirancang selepas Ujian Selaras 1 tahun 2012.
Tindakan: Warden

11.3 Pengerusi memaklumkan bahawa salinan borang pelupusan harta perlu dihantar
ke unit perolehan
Tindakan: Penyelia Asrama
11.4 Pengerusi memaklumkan supaya wang sukan dan reakrasi digunakan sepenuhnya
untuk membeli barangan sukan dan rekreasi seperti bola tampar dan alat

7
permainan tradisional. Wang faedah bank boleh digunakan dan hanya perlu
memohon kebenaran daripada jabatan.
Tindakan: Penyelia Asrama
11.5 Pengerusi juga memaklumkan peruntukan untuk menempah papan tanda asrama
putra dan putri dan bilik-bilik khas serta peruntukan untuk membeli rak buku
untuk surau asrama diluluskan.
Tindakan: Penyelia Asrama

11.6 Pengerusi mengingatkan para warden untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam
pembentukan rohani para pelajar asrama.
Tindakan: Warden

11.7 Pengerusi memaklumkan bahawa peletakan jawatan Cik Mastura bt Muhamad


Muktar sebagai warden ditangguhkan sehingga mendapat penganti.
Makluman; Semua hadirin

11.8 En Amir Haszuwani B Mohd Yusof memohon supaya pihak pengurusan asrama
dapat membeli walkie talkie dan kamera untuk kegunaan semasa aktiviti asrama.
Tindakan: Penyelia Asrama

Disediakan oleh, Diperakui oleh,

……………………………………… ………………………………..
MASTURA MUHAMAD MUKTAR HAJAH MAIMON BT ABDULLAH
Pencatat Minit Mesyuarat Pengetua Cemerlang,
SMK Lui Barat

You might also like