You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN HAL EHWAL MURID BIL.

1/2022
SK KAMPUNG KLID/PLAJAU, DALAT

Tarikh : 26 Januari 2022


Hari : Rabu
Masa : 1430
Tempat : Bilik Guru

Agenda :

1.0 Ucapan alu-aluan Pengerusi


2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Bil.2/2021
3.0 Minit Curai Bengkel SPBT 2022
4.0 Pengurusan HEM
5.0 Pengurusan Asrama
6.0 Hal-hal lain

Ahli yang hadir:

1.En. Latip@Latif Bin Bakar@Abu Bakar


2.En. Asnan Bin Sulaiman (PKP)
3.En. Abu Suffian Bin Perdus (PK HEM)
4.En. Runsol@Runsur Anak Badindang (PK KK)
5.En. Steffens Andy Anak Sait
6.Pn. Rebena Binti Asin
7.Pn. Jessica Anak Katang
8.En. Saharuddin Bin Sapiae
9.En. Dave Bin Ason
10.En. Raffi Bin Smail
11.Pn. Alysa Julia Anak Thornley
12.Ustaz Mohd. ‘Afif Bin Mohd Sukri
13.En. Wong Chin Fee
14.Pn. Supiah Binti Masli
15.Cik Debbie Joseph
16.En. Noor Alam Bin Jaani
17.Pn. Siti Normah Abdullah
18.En. Mohamad Arbi Bin Amit
19.En. Resa Anak Briah
20.Cik Hasiah Binti Jamali

Ahli yang tidak hadir :

1. Pn. Siti Aishah Binti Hud


Agenda :

1.0 Ucapan aluan Pengerusi


1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran semua staf
untuk mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Hal Ehwal Murid (HEM) Bil.
1/ 2022 peringkat SK Kampung Klid/Plajau, Dalat.
1.2 Pengerusi juga mengucapkan selamat tahun baharu kepada semua staf
serta mengucapkan selamat datang ke SK Kampung Klid/Plajau, Dalat
kepada En. Wong Chin Fee, guru yang baru berpindah dari Perak.
1.3 Pengerusi mengingatkan semua staf berkaitan skop tugas masing-
masing dalam Jawatankuasa Pengurusan HEM. Kerjasama sangat
penting dalam pelaksanaan tugas dan elakkan budaya ‘One Men Show’.
1.4 Pengerusi menyarankan agar selalu membuat kolaborasi dan bertanya
sekiranya ada perkara yang dirasakan ada keraguan serta kemusykilan
dalam pelaksanaan skop tugas berkaitan JKP HEM.
1.5 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada JK Pelaksana Saringan
Covid-19 untuk pelaksanaan tugas yang begitu komited dan jitu atas
arahan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menyaring murid-murid
sebagai usaha bagi mengekang penyebaran wabak Covid-19 dalam
kalangan warga sekolah. Pengerusi juga berharap agar ibu bapa turut
memainkan peranan sebaik mungkin dalam pelaksanaan usaha ini.
1.6 Pengerusi memaklumkan bahawa Bantuan Awal Persekolahan(BAP)
dengan jumlah RM4200.00 bersamaan RM150.00/murid telah selesai
diagihkan secara tunai kepada 28 orang murid SK Kampung Klid/Plajau,
Dalat.
1.7 Pengerusi juga memaklumkan bahawa permohonan untuk bantuan
KWAMP belum dibuka. Bagi bantuan KWAMP dan E-Kasih jumlah
bantuan ialah RM100/murid.
1.8 Pengerusi mencadangkan agar fail khas berkaitan Pengurusan Sekolah
Pasca Covid-19 diwujudkan.
1.9 Pengerusi meminta Guru Kelas mengemaskini butiran data serta
kehadiran murid dalam aplikasi APDM. Guru Kelas digalakkan mencetak
data untuk simpanan dalam fail bagi memudahkan rujukan semasa.
1.10 Pengerusi mengucapkan tahniah atas Pelaporan Vaksinasi Murid Tahun
6 yang sudah lengkap.
1.11 Pengerusi meminta agar semua staf bersedia untuk Program Vaksinasi
keseluruhan murid sekolah yang dijangka akan dilaksana pada bulan Mac
dan Mei.
1.12 Pengerusi menyarankan agar Program PPDA dilaksanakan secara
berterusan bagi memupuk kesedaran awal dalam kalangan murid-murid
sekolah.
1.13 Pengerusi memaklumkan bahawa sekolah kita telah menerima sebanyak
156 kit saringan Covid-19 sehingga hari ini. Jumlah kit saringan yang
sudah digunakan ialah sebanyak 119. Pengerusi mencadangkan pihak
sekolah cuba memohon lagi peruntukan kit saringan Covid-19 daripada
pihak PPD Dalat.

Makluman : Semua
2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Bil. 2/2021
2.1 Pengesahan Minit Mesyuarat Bil. 2/2021 telah dicadang oleh Pn. Rebena
Binti Asin dan disokong oleh En. Dave Bin Ason.

Tindakan: Setiausaha

3.0 Minit Curai Bengkel SPBT 2002


3.1 Rujuk Lampiran.

Makluman : Semua
Tindakan : Penyelaras SPBT

4.0 Pengurusan HEM


4.1 Carta Organisasi JKP HEM SKKPL (Rujuk Lampiran).
4.2 Enrolmen Semasa Murid (Rujuk Lampiran).
4.3 PK HEM menyatakan bahawa untuk setakat ini, enrolmen semasa murid
asrama ialah 32 orang. Iaitu 15 murid lelaki dan 17 murid perempuan.
Adik Jerald Damian Bin Jason belum mendapat status sah sebagai murid
asrama di SK Kampung Klid/Plajau, Dalat.
4.4 PK HEM juga memaklumkan kehadiran keseluruhan murid untuk bulan
Januari ialah sebanyak 83.56%.
4.5 PK HEM memaklumkan bahawa pengagihan Bantuan Awal Persekolahan
(BAP) sebanyak RM150.00/murid secara tunai telah selesai dilaksanakan
pada 24.01.2022. PK HEM mengucapkan terima kasih kepada semua
yang telah terlibat dalam pengagihan BAP tersebut.
4.6 PK HEM meminta agar murid yang terlibat dengan permohonan KWAMP
dikemaskini maklumat murid melalui aplikasi APDM oleh guru kelas.
4.7 PK HEM mengiklankan ID (YBE3507) dan kata laluan (DISPybe3507)
untuk aplikasi SSDM kepada semua staf dengan harapan agar semuanya
lebih kerap untuk membuat pelaporan sahsiah dan amalan baik murid. PK
HEM juga menyatakan bahawa segala pelaporan akan direkodkan dalam
Sijil Berhenti Sekolah murid Tahun 6.
4.8 PK HEM menyatakan KPI untuk Pelaporan SSDM bagi sesi persekolahan
2022/2023 ialah sebanyak 1500.
4.9 Secara spesifikasinya, KPI untuk setiap staf bagi guru ialah 150/guru
manakala untuk Anggota Kumpulan Pelaksa(AKP) ialah 140/AKP.
Makluman : Semua
Tindakan : PK HEM & Setiausaha HEM

5.0 Pengurusan Asrama


5.1 PK HEM mengucapkan terima kasih kepada En.Noor Alam Bin Jaani dan
Cik Debbie Joseph atas usaha menyediakan nota pelaksanaan Standard
Operasi Prosedur(SOP) di ASPURA dan ASPURI.
5.2 PK HEM menyatakan bahawa segala bantuan yang berkaitan asrama
akan dibincangkan dalam mesyuarat pengurusan asrama.
5.3 PK HEM mengajak semua staf untuk berbincang untuk mendapatkan
ketetapan berkaitan Rutin Harian Murid Asrama.
5.4 PK HEM juga memohon agar pihak yang terlibat merancang aktiviti
sokongan untuk pengisian kepada murid-murid asrama.
5.5 Jadual baharu rutin harian murid asrama mula digunapakai pada penggal
satu sesi persekolahan 2022/2023.
5.6 Setelah perbincangan dan keputusan bersama dibuat, jadual rutin harian
murid asrama adalah seperti berikut ;

Bil Perkara Catatan


1. Jadual Hari Sarapan
Isnin hingga Khamis 6.00 pagi

Makan Tengah Hari


*Fleksibel ikut jadual kelas*

Makan Malam
6.30 Petang

Minum Malam
8.00 malam

2. Jadual Hari Sarapan


Jumaat hingga Ahad 7.00 pagi
*Minggu Tidak Balik
Kampung (MTBK).* Makan Tengah Hari
12.30 tengah hari

Minum Petang
3.00 petang

Makan Malam
6.00 Petang

Minum Malam
8.00 malam

Makluman : Semua
Tindakan : PK HEM, Penyelia Asrama, Warden, PPM, PO(Dapur)
6.0 Hal-hal lain
6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kerelaan semua staf dalam
menjayakan pelaksanaan jadual rutin harian murid asrama yang baharu
terutamanya kepada Pembantu Operasi di bahagian dapur iaitu Encik
Resa dan Cik Hasiah.
6.2 Pengerusi juga berharap agar semua melaksanakan tugas dengan tulus
ikhlas demi murid agar tercapai hasrat kemenjadian murid seperti yang
diimpikan.
6.3 Pengerusi memaklumkan bahawa Majlis Anugerah Kecemerlangan
Pelajar (MAKP) dialksanakan secara dalaman sahaja di mana hanya
warga sekolah sahaja yang terlibat.
6.4 Pengerusi meminta staf memaklumkan pergerakan masing-masing untuk
minggu hadapan sekiranya tidak berada di stesen bertugas.
6.5 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang
diberikan oleh semua staf serta maklum balas yang diberikan sepanjang
pelaksanaan mesyuarat JKP HEM Bil. 1/2022.
Tindakan : Pengerusi
Makluman & Tindakan: Semua

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.00 petang.


Disediakan oleh :

...............................
(RAFFI BIN SMAIL)
Setiausaha,
Jawatankuasa Pengurusan Hal Ehwal Murid,
SK Kampung Klid/Plajau, Dalat.

Disahkan oleh :

................................................
(ABU SUFFIAN BIN PERDUS)
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
SK Kampung Klid/Plajau, Dalat.

You might also like