You are on page 1of 5

MESYUARAT WARDEN SIRI 3 / 2016

Tarikh : 11 Ogos 2016

Masa : 1330

Tempat : Bilik Perkembangan Staf

Kehadiran :

1. Cik Gloria Raphael - PK HEM

2. En Liou Joik - PK Petang

3. En neve Johny - Ketua Warden

4. En Jikim Ringep

5. En Milton Ng

6. Cik Lydia Jakarta

7. Cik Diana Ragey

8. Cik Evelyn Alex

9. Pn Caroline Kayad

10. Pn Nyode Josenalis

11. Pn Maria Ugak

12. Pn Victoria Mejem

1. Kata - kata aluan Ketua Warden dan PK HEM

1.0 En Neve Johny selaku Ketua warden mengalu-alukan kehadiran PK HEM, semua

warden dan penyelia asrama ke mesyuarat warden kali ke 3.

1.1 Cik Gloria mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua warden dan

penyelia asrama ke mesyuarat kali ini. Mesyuarat kali ini lebih berfokus kepada

penganjuran ASAT Zon Selatan.

1.2 Di antara intipati amanat beliau ialah :


1.2.1 Daerah Bau telah diamanahkan menjadi tuan rumah untuk Kejohanan ASAT

Peringkat Negeri bagi Zon Selatan yang bakal berlangsung pada hujung

September kelak.

1.2.2 SMK Bau akan menjadi tuan rumah bersama SK Simpang Kuda bagi acara

catur SK & SM.

1.2.3 Selain itu, SMK Bau turut menjadi penganjur bersama bagi acara Senam

Kenyalang dan juga nyanyian solo.

1.2.4 SMK Bau juga akan menguruskan Majlis Penutupan ASAT bersama dengan

SK Tringgus.

1.2.5 Seramai 11 PPD yang akan terlibat dalam Kejohanan ASAT Zon Selatan.

2. Pengesahan minit mesyuarat ke 2 & perkara-perkara berbangkit

2.0 Minit mesyuarat disahkan oleh Cik Lydia Jakarta dan disokong oleh puan Caroline

Kayad.

2.1 Perkara-perkara berbangkit

2.1.1 Ketua warden memaklumkan bahawa Kursus Pengawas Asrama telah

berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 20-21 Julai yang lepas dengan

bantuan UBK.

2.1.2 PK HEM turut menekan bahawa Program Pemantapan Sahsiah di kalangan

pelajar asrama itu perlu dilaksanakan dan dipergiatkan.

2.1.3 PK HEM turut menyatakan tentang hukuman yang patut dikenakan kepada

para pelajar asrama terutamanya kepada pelajar lelaki yang kerap kali

mendatangkan masalah.

Tindakan : Para warden

2.1.4 Selain itu, beliau turut mendapati bahawa pelajar lelaki ada yang membawa

gitar ke asrama dan itu adalah menyalahi peraturan asrama. Cikgu Lydia

menyatakan bahawa gitar tersebut digunakan untuk menjalani latihan koir

sempena Hari Kemerdekaan. Cikgu Milton menyarankan bahawa gitar

tersebut boleh disimpan di bilik Penyelia Asrama atau Ketua Warden.


Tindakan : KW dan Penyelia Asrama

2.1.5 Sebagai persediaan PT3 yang bakal menjelang, pihak asrama boleh

berbincang dengan guru subjek untuk menyediakan modul untuk para

pelajar asrama. Cikgu Liou turut memaklumkan bahawa asrama boleh

membeli set modul PT3 dan juga SPM supaya palajar asrama boleh belajar

dengan berfokus.

Tindakan : Penyelia Asrama

3. ASAT Negeri

3.1 Cik Gloria berharap agar pihak warden dengan bantuan guru yang terlibat dalam

pertandingan ASAT agar memastikan agar pasukan telah bersiap sedia baik dari

segi latihan, mental dan emosi. Sebarang kengkangan dan masalah boleh

diutarakan kepada Ketua Warden dan juga Puan Maria.

3.2 Selain itu, beliau turut melantik warden yang tidak terlibat dalam melatih pasukan

akan dapat membantu untuk menyelaras beberapa acara seperti Senam

Kenyalang, Catur dan juga nyanyian solo.

3.3 Senarai warden dan guru bersama pasukan.


4. Hasil Dapatan Audit

4.1 Puan Maria berkongsi serba sedikit dapatan daripada hasil audit. Beliau

menyatakan bahawa warden bertugas boleh menolong memantau dan boleh masuk

ke dapur. Warden boleh mengisi sebarang komen ke dalam buku log yang telah

disediakan.

Tindakan : Para warden

Pasukan Senarai guru dan pelajar


4.2 Beliau
Senamjuga menyatakan pihak dapur sepatutnya
Kenyalang menyediakan
12 pelajar sampel
+ En Byine menu
dan Pn Mariadan
diletakkan di atas kaunter.
Futsal 10 pelajar + En Milton

4.3 Pihak
Bahasdapur perlulah mengikut kontrak, spesifikasi
Ala Parlimen yang
3 pelajar telah
+ Cik diberikan, semua
Lydia

bahan haruslah mempunyai tanda logo halal dan


Public Speaking setiap
1 pelajar masakan
+ Cik Diana tidak boleh

menggunakan
Catur segala jenis MSG. Warden boleh mencatat
1 pelajar + En di dalam buku log.
Joseph

Tindakan : Para warden

5. Lantikan warden baru

5.1 PK HEM turut mengumumkan perlantikan Cikgu Donati sebagai warden baru yang

bakal menggantikan Puan Nyode yang akan bersara tidak lama lagi. Beliau turut

menyatakan terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan Nyode kerana telah

menggalas tugas warden sehinggalah hari persaraan beliau.

Tindakan : Makluman semua

6. Hal-hal lain

6.1 Cikgu Milton mengutarakan bahawa terdapat beberapa pelajar asrama lelaki yang

menggunakan motorsikal ke asrama dan kumpulan ini didapati sering ke pasar bau

tanpa kebenaran warden. Beliau turut mencadangkan bahawa nama pelajar ini

tidak akan tinggal di asrama sekiranya masih ingkar.

Tindakan : Makluman semua

6.2 PK HEM turut menyatakan bahawa kebersihan dan keceriaan asrama masih boleh

dipertingkatkan lagi. Para pelajar boleh menggunakan kreativiti untuk menghias bilik
masing-masing. Beliau turut menyatakan bahawa terdapat pertandingan antara bilik

sempena bulan kemerdekaan untuk memotivasikan pelajar menghias bilik.

Tindakan : Makluman semua dan warden

6.3 Terdapat aduan daripada beberapa guru dan juga pihak warden sendiri mengenai

pelajar asrama yang bernama Hilly dan Noreen. Mereka ini sering mengganggu

pelajar yang lebih junior.

Tindakan : Makluman semua dan Cik Lydia

6.4 Cikgu Evelyn turut menyatakan kebimbangan mengenai keselamatan kereta para

guru sekiranya pelajar asrama lelaki bermain futsal di gelanggang bola keranjang.

Tindakan : Makluman semua

6.5 Puan Maria turut menyatakan bahawa pelajar asrama tidak boleh diberikan ubat

tanpa kebenaran pihak yang wajib seperti doktor.

Tindakan : Makluman semua

7. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1700 petang.

Disediakan oleh Disemak oleh

( EVELYN ALEX ) ( NEVE AK JOHNY )

You might also like