You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU KALI

KEDUA 2017
SEKOLAH KEBANGSAAN SAN SEMANJU
MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU BIL 2 TAHUN 2017

Tarikh : 13 Julai 2017


Masa : 1.30 pm
Tempat : Bilik Guru
Pengerusi : Mohd Nurfikri bin Maseri
Perkara : Peperiksaan dan Linus2.0

Kehadiran
1. Aqilah Nadhirah binti Mazhanash
2. Muhd Waqiyuddin bin Abdullah
3. Nor Jamilah Basukie
4. Mohd Nurfikri bin Maseri

1. Perutusan Pengerusi
Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian guru-guru yang mengajar subjek
Bahasa Melayu untuk sama-sama hadir dalam mesyuarat.
Tindakan : Makluman
2. Perkara-perkara Berbangkit
Pengerusi menyuarakan untuk melakukan yang terbaik untuk menyediakan murid-murid
menghadapi peperiksaan pada bulan Ogos yang akan datang supaya berlaku peningkatan bagi
keputusan murid
Tindakan : Semua guru Bahasa Melayu
Pengerusi juga menyuarakan bahawa program Linus hendaklah dilaksanakan supaya murid-
murid mencapai tahap menguasai bagi saringan kedua yang akan dilaksanakan
Tindakan : Semua guru Bahasa Melayu
Pengerusi meminta semua guru Bahasa Melayu untuk melaporkan secara ringkas berkenaan
pencapaian murid-murid dalam peperiksaan yang lepas serta pencapaian dari segi linus dan di
dalam kelas
Tindakan : Semua guru Bahasa Melayu
Cikgu Nor Jamilah mengatakan bahawa tiada masalah bagi murid tahun 3 dari segi
pencapaian linus kerana semua sudah mencapai tahap menguasai. Dari segi pencapaian di
dalam kelas, murid-murid tahun 3 dikatakan agak baik dan boleh lagi digilap untuk mencapai
keputusan yang memuaskan dalam peperiksaan akan datang. Cuma, ada di antara murid
tahun 1 yang masih lagi pada tahap yang kurang memuaskan terutamanya Christina, Rentap
dan Vanessa. Beliau mengatakan akan terus memberi bimbingan kepada murid tersebut.
Tindakan : Cikgu Nor Jamilah
Cikgu Aqilah pulah mengatakan bahawa pencapaian murid bagi tahun 5 masih pada tahap
yang kurang memuaskan kerana ada di antara mereka yang masih kurang lancar membaca
dan selalu melakukan kesalahan dari segi ejaan semasa peperiksaan terutamanya Joshua,
Marcelo, Seman, Reman, Gurie, Lee Ming dan Natalia Rudan. Beliau mengatakan akan
berusaha lebih lagi dan memberi lebih perhatian kepada murid-murid yang masih pada tahap
yang kurang memuaskan tersebut.
Tindakan : Cikgu Aqilah
Cikgu Waqiuddin mengatakan bahawa tiada masalah bagi murid tahun 6 dan tahun 4. Cuma
ada beberapa orang yang masih perlu diberi bimbingan supaya dapat mengikuti pembelajaran
dengan lebih baik.
Tindakan : Cikgu Waqiyuddin
Cikgu Fikri mengatakan bahawa murid tahun 2 masih memerlukan bimbingan terutamanya
dari segi penulisan. Beliau menyatakan bahawa tiada masalah bagi murid-murid kerana
mereka boleh mengikuti pembelajaran dengan baik. Cuma ada beberapa perkara yang
berkaitan dengan pentadbiran kelas yang perlu diperbaiki. Beliau menyatakan bahawa
pencapaian murid pada peperiksaan yang lepas adalah memuaskan, Cuma masih ada murid
yang memerlukan bimbingan / murid linus seperti Victoria dan Marcuster. Beliau juga
mengatakan akan terus berusaha membantu murid tersebut untuk mencapai tahap yang
memuaskan pada masa akan datang.
Tindakan : Cikgu Fikri

3. Hal-hal lain
Cikgu Fikri mengatakan bahawa murid-murid tahun 2 agak sukar untuk dikawal dan kurang
menumpukan perhatian apabila guru mengajar. Beliau menanyakan cadangan dan petua
daripada guru-guru senior untuk mentadbir kelas dengan lebih baik
Tindakan :
Makluman
Cikgu Waqiuddin mengatakan bahawa masalah tersebut sememangnya biasa berlaku dalam
kelas. Beliau mencadangkan kaedah wisel untuk menarik perhatian murid jika mereka hilang
tumpuan semasa mengajar. Apabila wisel ditiup, murid akan memberi tumpuan kepada guru
di hadapan.
Tindakan :
Makluman

Cikgu Nor Jamilah pula mencadangkan bahawa penggunaan rotan boleh dilaksanakan, tetapi
dalam keadaan terkawal. Rotan boleh digunakan asalkan tidak mendatangkan kecederaan
kepada murid. Kaedah ini boleh digunakan bagi mengawal tingkah laku murid-murid.
Tindakan :
Makluman

4. Penangguhan Mesyuarat
Pengerusi menangguh mesyuarat dengan ucapan terima kasih. Beliau juga berpesan bahawa
semua guru dapat bekerjasama ke arah kecemerlangan dan berusaha untuk menjadi lebih
baik.

Disediakan oleh :

……………………………………..
(MUHAMMAD WAQIYUDIN BIN ABDULLAH)
Pengerusi Panitia Bahasa Melayu,
SK San Semanju,
Lubok ANtu

You might also like