You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN BIL.

2/ 2023

Tarikh : 2 Mei 2023 (Selasa)


Masa : 10.40 Pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat
Pengerusi : En. Abd Rahman Bin Abidin (Pengetua)

Kehadiran :
1) Pn. Nawwal binti Zakaria Pen. Kanan Pentadbiran
2) En. Sobri bin Salleh Pen. Kanan Hal Ehwal Murid
3) En. Muhammad Isa bin Kasim Guru Kanan Pendidikan Islam
4) Pn Hamizah binti Omar Guru Kanan Bahasa
5) Pn Zawwal binti Zakaria Guru Kanan Teknik & Vokasional
6) Cik Jalilah binti Ahmad Guru Kanan Kemanusiaan
7) Pn Fatin Nur Amalina binti Zainul Abidin Guru Bimbingan dan Kaunseling

Ahli yang Tidak Hadir:

1) En. Ku Ahmad Munir bin Ku Mustafa Pen. Kanan Kokurikulum (bersebab)


2) En. Nuruddin bin Seman Pen. Kanan Tingkatan 6 (bersebab)
3) Pn Khairaniazura binti Abu Bakar Guru Kanan Sains & Matematik (bersebab)
Agenda Mesyuarat

1. PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah dan bacaan doa

1.2 Tuan Pengetua memperingati kepada semua guru untuk mensedekahkan Al Fatihah
kepada Allahyarhamah Cikgu Hasliza binti Halim.

Tindakan : Makluman

2. PERKARA BERBANGKIT

2.1 Tuan Pengetua mengumumkan Cikgu Khairaniazura binti Abu Bakar sebagai pemangku
Guru Kanan Sains & Matematik, Cikgu Mohd Jafri bin Hamzah sebagai Ketua Panitia Matematik
dan Cikgu Jamaludin sebagai Guru Panitia Sains merangkap Guru Mata pelajaran Sains bagi
SPM. Diharap semua PK dan GK dapat membantu Cikgu Khairaniazura binti Abu Bakar
menjalankan tugas sebagai GK Sains & Matematik. Dimaklumkan juga Cikgu Khairaniazura binti
Abu Bakar perlu mengubah tempat di bilik guru ke tempat GK Sains & Matematik dan
membiarkan tempat asal Cikgu Khairani kosong.

Tindakan:
Makluman

2.2 Untuk semakan buku latihan diamanahkan kepada Cikgu Hamizah binti Omar, manakala
Setiausaha SPM diamanahkan kepada Cikgu Jalilah binti Ahmad (Guru Kanan Kemanusiaan) dan
guru yang menjalankan tugas sebagai penyelaras Majlis Apresiasi Pelajar adalah Cikgu Zawwal
binti Zakaria.

Tindakan: Makluman

2.3 Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah akan dilaksanakan pada 3 Mei 2023,
berdasarkan tentatif yang telah diatur iaitu:

-Perhimpunan Rasmi di dewan sekolah


-bacaan Al Quran dan doa
- Ucapan daripada Pengetua, wakil guru dan wakil pelajar
-Ceramah Khas mengenai adab-adab di hari raya oleh Ustaz Mohd Nazri
-Persembahan pelajar
-Persembahan jual beli pantun antara guru dan pelajar
-Bergerak ke kelas untuk sesi persiapan kelas
-Lawatan oleh para guru ke kelas-kelas

Tindakan: Makluman

2.4 Semua guru dibahagikan kepada 3 kumpulan dan bergerak ke tempat-tempat yang telah
ditetapkan bagi memudahkan pelajar untuk melayan guru sebagai tetamu dalam kuantiti yang
sedikit. Senarai nama kumpulan guru akan diumumkan oleh PK Kokurikulum.

Tindakan: PK Kokurikulm

2.5 Jamuan makan yang disediakan oleh pentadbir akan diletakkan di ruang makan pelajar
lelaki. Semua pelajar, guru dan staf boleh menjamu selera d itempat yang telah ditetapkan.

Tindakan: Makluman

2.6 Persediaan menghadapi cuaca panas di mana guru-guru perlu memantau pelajar,
sekiranya ada pelajar yang menunjukkan simptom-simptom strok haba. Dimaklumkan bahawa
seorang pengetua dari daerah Kota setar telah dipanggil ke JPN kerana atas aduan waris
meyatakan bahawa sekolah tersebut masih lagi melaksanakan latihan larian merentas desa
sedangkan arahan Kementerian Pendidikan Malaysia telah keluar untuk tidak melaksanakan
sebarang aktiviti di luar kelas yang terdedah dengan cuaca panas.

Tindakan: Makluman

2.7 GK Kemanusian dimaklumkan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan tidak lagi
boleh dijalankan. Sebarang ujian kecerdasan yang melibatkan penggunaan kawasan luar
bangunan tidak dibenarkan.

Tindakan: GK Kemanusian

2.8 Semua guru perlu membawa botol air ke sekolah. Sekiranya masih belum ada botol air,
boleh membeli botol air mengikut cita rasa masing masing atau membuat pesanan kepada
orang yang terlibat.

Tindakan: Makluman

2.9 Cikgu Zawwal binti Zakaria memaklumkan ada seoarang waris yang menyatakan
bahawa dia telah positif Covid-19 tetapi tidak membenarkan anaknya ke sekolah.
Tindakan: Makluman

2.10 Dimaklumkan Kedah 70% kes positif Covid-19 yang telah dicatat. Pengetua
memaklumkan guru yang kurang sihat sekarang adalah Cikgu Hasnah binti Isa, di mana dia
memaklumkan bahawa dia mengalami demam panas. Sekiranya ada pelajar harian dan asrama
yang menunjukkan tanda-tanda demam, mereka diminta terus pulang ke rumah kerana pihak
sekolah tidak mahu menanggung risiko sekiranya berlaku apa apa di sekolah.

Tindakan: Makluman

2.11 Tuan Pengetua dipanggil untuk bermesyuarat minggu hadapan bersama JPN pada hari
Isnin dan bersama pihak SPI pada hari Selasa khususnya berkaitan dengan SPM, bagi
membincangkan data SPM. Mesyuarat bersama guru-guru SPM akan dilaksanakan pada jam
12:30 tengah hari, selepas selesai Mesyuarat Pengurusan. Dimaklumkan data data tersebut
telah disediakan oleh Ustaz Osman bin Abd Ghani.

Tindakan: Makluman

3.0 Hal-Hal Lain

4.1 Cikgu Jalilah binti Ahmad dan Ustazah Nor Hasimah binti Hussain bertanggungjawab
menyelesaikan isu duit kutu Allahyarhamah Cikgu Hasliza binti Halim. Segala hutang arwah yang
masih belum selesai dimaklumkan kepada suami arwah namun seeloknya tidak memaksa pihak
keluarga arwah untuk membayarnya.

Tindakan: Makluman

5.0 Penutup
Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua pengurusan menghadiri Mesyuarat
Pengurusan Bil.2/2023.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12:00 tengah hari dengan Tasbih Kifarah dan Surah Al Asr.

Disediakan oleh,

(FATIN NUR AMALINA BINTI ZAINUL ABIDIN)


Urus Setia Mesyuarat Pengurusan
SMA Nurul Islam
17 Mei 2023

You might also like