You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN GELONG GAJAH

32700 BERUAS, PERAK


KOD SEKOLAH: ABA1004
Telefon: 05-6721145
E-mel: aba1004@1bestarinet.yes.my

MESYUARAT GURU KALI KE- 2(SESI 2023/2024)


SK GELONG GAJAH

Tarikh : 13 DISEMBER 2023


Hari : Rabu
Masa : 1.45 petang – 3.00 petang
Tempat : Bilik Gerakan SKGG

Kehadiran

1. En Mohamad Hosni Bin Hj Md Senusi (Guru Besar)


2. Encik Rozaidi Bin Mohamed Kasan (Penolong Kanan Kurikulum)
3. Puan Azurawaty Binti Abu (Penolong Kanan HEM)
4. Puan Nazihah Binti Hamzah (Penolong Kanan Kokurikulum)
5. Puan Nor Fadhilah binti Ahmad (Setiausaha Mesyuarat Guru)
6. Puan Madasima Binti Mohamad Desa
7. Puan Zalina Binti Mohd Nor
8. Puan Majnun @ Mazni Binti Ahmad Ghazali
9. Encik Che Noh Bin Che Ngah
10. Puan Salawati Binti Mohd Sayuti
11. Puan. Hamisah Binti. Md Johor
12. Puan Asmalidawaty Binti Jusoh
13. Puan Zuraini Binti Mat
14. Puan Noorazlaini Binti Junos
15. Puan. Syairah Binti Mohd Nain
16. Encik Ahmad Ridzuan Bin Muhammad
17. Cik Vimalah A/P Arumugam
18. Puan Nor Paiza Binti Abd Ghapar
19. Puan Sivagamy A/P Muniandy
20. Cik Junaida Binti Amran
21. Cik Noor Diana Binti Suhaimi
22. Puan Nadzirah Binti Abu Bakar
23. Puan Zalina Binti Mohd Nor
24. Puan. Kamar Azura Binti Hussein
25. Puan Rosmah Binti Amin
26. Puan Norazliza Binti Abdullah
27. Puan Masalmah Binti Abd Hamid
28. Puan Norhamizah Binti Abdul Razak
29 Puan Norlee Binti Ismail
30. Puan Juhaida bt Adzin
31. Cik Nur Sakinah binti Ishak Sabani
32.

Tidak hadir (Bersebab):


1. Tiada
Agenda 1 Ucapan Pengerusi
( Encik Mohamad Hosni bin Md Senusi )

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran dan mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang
menghadiri Mesyuarat Guru Bil 2 (2023/2024)
1.2 Mesyuarat ini diadakan bagi penutup tahun 2023 dan beberapa pembentangan dan perkara
untuk tindakan atau makluman guru-guru akan disampaikan.

Agenda 2 Penerangan/Makluman daripada Guru Besar


( Encik Mohamad Hosni bin Md Senusi)

Fokus waktu bertugas


2.1 Waktu bertugas guru haruslah ditepati dengan waktu yang tepat tiba dan pulang tempat kerja.
2.2 Waktu kehadiran guru masih boleh dipertingkatkan lagi dengan mengamalkan sikap menepati
waktu hadir dan pulang.
2.3 PPD ada menyatakan tentang baju rasmi atau uniform sekolah perlu dipakai dengan kemas dan
pakaian yang dibenarkan sahaja. Guru juga perlu menjaga personaliti sebagai seorang guru
ketika berada di sekolah.
2.4 Skop kerja pada tahun ini berfokuskan 3K iaitu kebersihan, keselamatan dan keceriaan. Pada
tahun 2024 ini, hasrat sekolah adalah mengutamakan 3K di mana diutamakan keselesaan guru
dan murid dan mempertingkatkan memperbaiki prasarana yang sedia ada. Bagi alatan atau
kelengkapan sekolah yang rosak, guru besar telah membuat permohonan ke jabatan.
2.5 Kawalan keselamatan juga telah dipertingkatkan berfokuskan guru dan murid. Guru besar telah
minitkan kepada ketua pengawal keselamatan tentang ini agar semua dalam keadaan selamat.
2.6 Operasi menangkap kucing juga telah dijalankan dengan membuang kucing-kucing yang ada di
sekolah ke tempat yang lebih selamat. Begitu juga dengan monyet atau kera bagi menghalau
kehadiran haiwan ini dengan meletakkan mercun untuk menakut-nakutkan haiwan-haiwan ini
daripada mengganggu sekolah.
2.7 Pesanan juga telah disampaikan kepada pengawal keselamatan bagi mengawal kehadiran
pelawat dan sekiranya perlu pengawal perlu mengiringi pelawat ke tempat yang dituju.
Sekiranya berlaku sesuatu, kesalahan adalah atas pengawal keselamatan yang bertugas pada
waktu itu. Pengawal juga perlu memastikan pelawat hadir dalam pakaian yang sopan dan
kemas serta tidak boleh membawa barang terlaranga atau berbahaya ke sekolah.
2.8 Tugasan semasa cuti seperti CIDS perlu disiapkan dan diselesaikan pada waktu yang telah
ditetapkan iaitu 18.12.2023. Fail-fail panitia juga perlu dilengkapkan dengan kemas dan
sekurang-kurangnya minit mesyuarat perlu 3 kali. Fail bilik-bilik khas juga seperti Pusat Sumber
Sekolah, Makmal Sains dan lain-lain perlu dikemaskini.
2.9 Pintu pagar sekolah hanya akan dibuka 2 pintu iaitu pintu utama depan dan tepi
makmal komputer sahaja kecuali waktu tertentu iaitu pada majlis-majlis tertentu
atau pada hari hujan.
2.10 Pelawat atau orang luar yang masuk ke sekolah, warga sekolah perlu memupuk
nilai memberi ucapan salam dan memberi senyuman sebagai tanda hormat.
2.11 Kelas-kelas juga perlu dikunci sepanjang cuti sekolah bagi mengelakkan perkara
yang tidak diingini berlaku. Guru perlu memastikan semua suis ditutup seperti suis
penghawa dingin, kipas dan lampu.
2.12 Keceriaan (Penolong Kanan HEM) telah mendapat peruntukan dan guru-guru
boleh memberi cadangan keceriaan yang boleh dilaksanakan keceriaan sekolah.
Pihak pentadbir juga boleh berbincang dengan pekerja swasta bagi
menyempurnakan kerja-kerja cat yang terbengkalai, membeli benih bunga, rumput
Disediakan oleh, Disemak dan disahkan oleh,

………………………….. ………………………..
(NOR FADHILAH BINTI AHMAD)
SETIAUSAHA MESYUARAT GURU

You might also like