You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN TELUK MENARA,

21200 KUALA TERENGGANU, Kod Sek : TBA 3099


TERENGGANU DARUL IMAN. Tel/Fax : 09-6156686
e-mail : TBA3099@moe.edu.my
___________________________________________________________________________
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID
BIL 2 / 2020

Tarikh : 11 Mac 2020 (Rabu)


Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SKTM

Kehadiran:
1. Cikgu Mohamad Zakri bin Haron (Guru Besar)
2. Cikgu Roslah binti Ahmad (PK Pentadbiran)
3. Cikgu Hazleen binti Ismail (PK Hal Ehwal Murid)
4. Ustaz Mohd Zain bin Ab Rahman (PK Kokurikulum)
5. Cikgu A Karim bin A Rahman (Penyelaras PPKI)
6. Cikgu Wan Zakaria bin Wan Mamat
7. Ustaz Ismail bin Man
8. Cikgu Abd Aziz bin Ibrahim
9. Cikgu Ahmad Turmizi bin Abd Razak
10. Ustazah Zurilan bt Aziz
11. Ustaz Bahaizurki bin Baharum
12. Cikgu Ahmad Syukri bin Mohd
13. Cikgu Sabdani b. Alias
14. Cikgu Ahmad Husni bin Abd. Rahman
15. Cikgu Nur Afiza binti Aziz
16. Ustazah Siti Syuhaida binti Abdullah
17. Ustazah Noorzila bt Mohd
18. Ustazah Jamilah binti Jaias
19. Ustazah Masita binti Abd. Wahab
20. Cikgu Nor Jazilah binti Abas
21. Cikgu Nur Majidah bt Abdullah
22. Cikgu Rosnani binti Long
23. Cikgu Norhayati binti Ahmad
24. Cikgu Anita binti Muda
25. Cikgu Wan Mazlihah binti Wan Omar
26. Cikgu Salemiah binti Abd. Ghani
27. Cikgu Sabariah binti Yahya
28. Cikgu Aida binti Omar
29. Cikgu Salwati binti Abd. Hamid
30. Cikgu Roslina binti Mohd
31. Suirana bt Yusof
32. Suzita bt Yusof
33. Ayu Khodillah bt Kholib Jati
Tidak Hadir :

1. Ustazah Zaiyah bt Kamarudin –Ke Klinik Kesihatan Manir


2. A. Aziz bin Othman - Kursus

Agenda Mesyuarat:
1. Ucapan Pengerusi
1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan surah al fatihah.
1.2 Pengerusi mengucapkan selamat datang kepada semua guru yang dapat hadir ke
mesyuarat Hal Ehwal Murid kali ke 2.
1.3 Pengerusi mengingatkan agar semua jawatankuasa HEM dapat melaksanakan tugas
masing-masing mengikut takwim.

2. Laporan Aktiviti HEM


2.1 Penarafan kantin oleh PKD KT pada 6 Januari 2020.Kantin SKTM mendapat Gred A.
2.2 Majlis pelancaran Program Sekolah Penyanyang pada 12/1/2020.
2.3 Majlis penyampaian Watikah perlantikan Pengawas Sekolah sekolah,Pengawas
PSS,Pembimbing Rakan Sebaya,Ketua Kelas pada 19 Januari 2020.
2.4 Perasmian Program Mentor-Mentee pada 16 Februari 2020.
2.5 Program Jom ke Sekolah pada 17 Februari 2020.
2.6 Majlis Pelancaran Minggu Anti Dadah pada 23 Februari 2020 .
2.7 Kursus Kepimpinan Pengawas pada 27 januari 2020.
2.8 Gotong royong cegah Denggi siri 1 pada 11 Mac 2020.
2.9 Lawatan bermaklumat ke Muzium Negeri pada 11 Mac 2020.

3. Kehadiran Murid Ke Sekolah


3.1 Peratus kehadiran bagi bulan januari ialah 95.06% manakala bulan februari merosot
kepada 94.57 %.
3.2 Intervensi kehadiran murid :
3.2.1 Penarafan Kehadiran kelas
- Menampal kad merah di pintu kelas yang peratus kehadirannya kurang
daripada 94%.
- menampal kad kuning di pintu kelas yang peratus kehadirannya 94.00%
hingga 94.99%
-Menampal kad hijau di pintu kelas yang peratus kehadirannya mencapai 95%
ke atas.
3.2.2 Sijil dan Hadiah Kehadiran Kelas.

- Memberi sijil penghargaan dan hadiah kepada kelas yang mencapai


kehadiran 95% ke atas.
3.2.3 Tayangan Klip Video Aktiviti Sekolah

- Menayang klip video kepada murid-murid pada waktu rehat di foyer sekolah

3.2.4 Sambutan Hari Lahir Murid

- Meraikan hari lahir murid mengikut bulan dan memberi hadiah.

4. Hal-hal lain
4.1 PK HEM mengingatkan guru-guru agar agar mengemaskini ekehadiran setiap hari.
4.2 Tuan Guru Besar meminta Setiausaha mencetak gambar-gambar aktiviti HEM untuk
dimasukkan ke dalam album sekolah.

5. Penutup

5.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan komitmen guru-guru yang
dapat hadir pada mesyuarat pada kali ini. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul
5.00 petang.

Disediakan oleh,

…………………………………………….
(ZAIYAH BINTI KAMARUDIN)
Setiausaha

Disahkan oleh,

…………………………………………….
(HAZLEEN BINTI ISMAIL)
PK HEM
SK TELUK MENARA.

You might also like