You are on page 1of 1

PERINGATAN

1. Buku rekod ini hendaklah diisi oleh penghuni asrama yang telah mendapat kebenaran
keluar asrama daripada Warden atau Pentadbir di hadapan pengawal keselamatan
bertugas.
2. Semua maklumat yang telah dicatat dalam buku ini tidak boleh dipinda oleh pelajar
kecuali daripada Warden atau Pentadbir sahaja.

SOP KELUAR / MASUK BALIK BERMALAM


1. KEBENARAN
1.1 Pelajar perlu mendapat kebenaran daripada Ketua Warden atau pentadbir apabila
hendak keluar asrama.
1.2 Pelajar perlu menunjukkan buku rekod penghuni asrama kepada pengawal
keselamatan untuk pengesahan.
1.3 Penghuni yang bermalam diluar / balik hendaklah merekodkan maklumat pada
buku rekod ini. Penghuni tidak perlu meninggalkan Kad Outing di pondok
pengawal keselamatan sebaliknya perlu dibawa balik untuk ditandatangani oleh
ibu bapa / waris / penjaga.
1.4 Penghuni perlu melaporkan diri di pondok pengawal keselamatan apabila masuk
kembali ke asrama dan melengkapkan tarikh dan masa pada buku rekod ini.

2. PAKAIAN
Semasa keluar asrama, pelajar hendaklah memakai pakaian seragam sekolah atau
pakaian yang telah ditetapkan oleh asrama.

3. WAKTU DAN HARI


Waktu dan hari dibenarkan keluar asrama adalah mengikut kebenaran yang telah
diberikan oleh Warden atau Pentadbir bergantung kepada sebab-sebab dan penilaian
yang telah dibuat.
Penghuni perlu masuk ke asrama sebelum jam 6:00 Petang.

RINGKASAN PERIHAL PADA KAD OUTING


BW - Balik Wajib MC - Cuti Sakit
BP - Balik Pilihan TCA - Temujanji Hospital / Klinik
OUT - Outing KCM - Kecemasan / Kematian
KKS - Kes Khas

You might also like