You are on page 1of 2

12 kucing mati selepas disuntik (Sinar Harian: 03-04-2012) - MOA

Dengan hormatnya saya merujuk kepada aduan di ruangan akhbar Sinar Harian bertarikh 3 April 2012
mengenai 12 Kucing Mati Selepas Disuntik.

Daripada rekod rawatan kucing, pengadu iaitu Noorhayati termasuk adiknya Noor Hartini telah menerima 9
perkhidmatan rawatan kucing di Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Dungun (PPVDD) pada tarikh-tarikh
tersebut diatas. Bagaimanapun kucing yang dirawat terdiri dari kucing yang sama (bil. 8 & 9 dipastikan kucing
yang sama) dan kucing tidak dapat dipastikan yang sama atau berlainan, maka bilangan kucing yang telah
dirawat adalah kurang dari 11 ekor. Oleh kerana bilangan kucing yang dirawat adalah kurang daripada 11 ekor,
adalah tidak benar bilangan kematian kucing setelah disuntik mencapai angka 12 ekor sepertimana diadukan.

Pengadu mengatakan bahawa kejadian kematian kucing beliau bermula julai 2011 namun dari rekod rawatan
klinik, pengadu hanya mula menghantar kucing ke PPVDD pada 08/10/2011. Tiada catatan dalam rekod yang
menunjukkan pengadu menerima rawatan untuk kucing beliau pada bulan julai 2011.(Rujukan buku rekod
rawatan kucing di PPVDD).

Daripada rekod rawatan kucing, hanya 5 daripada 9 perkhidmatan rawatan kucing pengadu melibatkan rawatan
suntikan manakala selebihnya melibatkan rawatan makan dan minum ubat yang diberi. Oleh kerana bilangan
kucing yang disuntik adalah 5 ekor, adalah tidak benar bilangan kematian kucing setelah disuntik mencapai
angka 12 ekor sepertimana diadukan.

Pengadu telah diberi penerangan oleh kakitangan PPVDD mengenai jenis ubat dan kaedah memberi ubat
makan dan minum tetapi tidak pasti samada beliau telah memberi ubat kepada kucingnya. Sekiranya beliau tidak
memberi ubat kepada kucingnya seperti mana yang diberitahu, kemungkinan keadaan kucingnya bertambah
teruk.

Pengadu menerima rawatan kucing di PPVDD bermula dari 8/10/2011 sehingga 29/3/2012 namun tiada
maklumbalas daripada beliau mengenai kematian kucingnya setiap kali dirawat oleh kakitangan PPVDD
sehinggalah keluar berita akhbar pada 3/4/2012 aduan kematian 12 ekor kucingnya disebabkan suntikan.
Sekiranya pengadu memberitahu PPVDD mengenai kematian kucingnya sejak dari awal lagi, pihak PPVDD
boleh memberi khidmat nasihat agar beliau membawa kucingnya yang lain ke PPVDD untuk suntikan
pelalian/vaksinasi untuk mencegah penyakit virus kucing yang mudah dihidapi kucingnya.

Oleh kerana pengadu tidak pernah menvaksinkan kucing beliau, kucing-kucingnya terdedah kepada ancaman
penyakit virus kucing dan apabila kucingnya telah terjangkit dan mula menunjukkan tanda-tanda sakit penyakit
seperti selsema, demam, kurang makan, jaundice dan berak cair, pihak PPVDD hanya boleh beri rawatan
terhadap masalah tanda-tanda penyakit sahaja dan terhadap jangkitan bakteria sekunder dan bukan terhadap
punca penyakit itu oleh kerana penyakit virus kucing hanya boleh dicegah tetapi tiada rawatan setelah terjangkit.

Kemungkinan besar punca kematian kucing-kucing pengadu adalah disebabkan oleh penyakit virus kucing yang
hanya boleh dicegah menerusi pemvaksinan tetapi telah diabaikan oleh pengadu. Oleh kerana pengadu
membawa kucing-kucingnya yang telah terjangkit ke PPVDD untuk rawatan dalam keadaan tidak boleh
diselamatkan lagi tetapi masih diberi rawatan terhadap tanda-tanda penyakit sahaja oleh kakitangan PPVDD
agar kucingnya dikurangkan masalah kesan tanda-tanda penyakit tetapi mati juga akhirnya beberapa hari
selepas rawatan itu, pihak PPVDD mudah dipersalahkan sebagai penyebab kematian.
MAKLUMAT TEPERINCI MENGENAI KES ADUAN KEMATIAN 1 EKOR KUCING PENGADU PADA TARIKH
28 dan 29/03/2012

KRONOLOGI KES YANG BERLAKU PADA TARIKH 28 dan 29/03/2012

1. Pengadu datang menerima rawatan untuk kucing beliau


2. Pegawai yang menerima kes, melakukan rutin biasa iaitu mengambil suhu kucing terbabit. Suhu kucing
terbabit 38.5 oc (38-39 oc).
3. Kucing terbabit kurang selera makan, pengawai terbabit memberi Catosal secara suntikan.
4. Pengadu membawa kucing terbabit balik

KRONOLOGI 29/03/2012

1. Pengadu datang untuk menerima rawatan susulan (kucing yang sama pada 28/03/2012)
2. Dimaklum kepada pegawai yang menerima kes, kucing beliau lemah longlai anggota badan selepas
menerima rawatan.
3. Pegawai lain yang menerima kes melakukan pemeriksaan fizikal, didapati bahagian lidah, kelopak
mata, bibir semua kekuningan. Suhu badan ketika itu, 42 0c.
4. Kucing terbabit juga mengalami dehidrasi.

RAWATAN PADA 29/3/2012:

1. Pemeriksaan awal menunjukkan kucing ini mengalami jaundice.


2. Pegawai terbabit memberi penerangan kepada pengadu berhubung masalah ini. Penjelasan kepada
pengadu juga diberi, beliau paham dan bersetuju.
3. Rawatan yang diberi adalah ferriade dan dextrose sebagai suplemen memandangkan kucing terbabit
terlalu lemah.
4. Suntikan antibiotik diberi memandangkan suhu kucing terbabit menunjukkan demam (42oc)

Jaundice disebabkan oleh keadaan dimana jumlah bilirubin terlalu tinggi dalam badan menyebabkan
kulit, mata serta gusi berwarna kuning. jaundice terbahagi kepada tiga iaitu prehepatic jaundice,
hepatic jaundice dan posthepatic jaundice. Vaksin kucing secara berkala merendahkan risiko
penyakit ini. Jaundice bermula dengan demam yang melampau dan adakalanya demam menjadi
intermittent( sekejap rendah sekajap tinggi) dan selera makan akan hilang serta merta. Selain
daripada itu, sekiranya kucing terbabit mengalami demam yang tinggi, kucing terbabit akan lemah
dan tidak dapat bangun. Kadang kala bila suhu tinggi, ia boleh menyebabkan hati akan mengalami
kegagalan berfungsi dan menyebabkan jaundice.

You might also like