You are on page 1of 5

Didik TV

Ubat Oh Ubat

Soalan Kuiz ( Baca dan hafal )

Soalan 1
 Kenapa kita perlu mengambil ubat?
Jawapan : Kerana kita sakit.

 Namakan jenis-jenis ubat berdasarkan gambar?


Jawapan:

cecair krim kapsul pil inhaler

Jawapan boleh ditulis dalam kertas dan tunjukkan di skrin.


Sebut jawapan dengan tepat dan jelas.

Soalan 2 :
 Apakah kepentingan ubat ?
Jawapan : - merawat kesakitan
- mencegah penyakit
- menyembuhkan penyakit
- mengawal penyakit

Angkat tangan untuk menjawab soalan. Sebut jawapan dengan tepat dan jelas.
Seorang satu jawapan sahaja. Jangan sebut semua. Beri peluang kawan lain. Beri
jawapan ikut turutan seperti disenaraikan.
Soalan 3 :
Apa yang dicatat dalam perkripsi ubat atau label ubat.
Jawapan : - nama orang yang sakit
- nama ubat
- cara nak guna ubat
- berapa banyak nak ambil

Klinik Kanak-kanak,
Kompleks Rawatan Harian,
Ipoh, Perak.
Nama : Amir Rayyan Bin Mohd Syah Ryzan
Tarikh : 3 / 5 / 2021 RN : 231 / 2021
Nama Ubat : Ubat Batuk

Makan / Minum 3 Kali / sehari


1 Sudu kecil Selepas Makan

Ubat Terkawal. Ambil ubat mengikut arahan doktor.

Tarikh Luput : 1 / 8 / 2021

Soalan 4 : Kuiz Perkripsi / Label Ubat


Siapakah nama pesakit? Amir Rayyan

Bila tarikh ubat dibekalkan? 3 / 5 / 2021

Ubat ini untuk sakit apa? Batuk

Amir kena ambil ubat ini berapa kali sehari? 3 kali

Berapa sukatan yang perlu diambil ? 1 sudu kecil

Bolehkah Amir makan ubat ini jika dia demam? Tidak boleh

Bolehkah Amir beri ubat ini kepada adiknya jika adiknya batuk? Tidak boleh

Bolehkah Amir makan ubat ini selepas tarikh 1 Ogos ? Tidak boleh

Jawapan “Tidak boleh” akan disusuli dengan soalan kenapa…


Soalan 5 :
 Kenapa kita tidak boleh mengambil ubat orang lain atau
berkongsi ubat dengan orang lain?

Jawapan : - penyakit tidak sama


- sukatan ubat tak sama
- muntah / pening / sakit perut

Soalan 6 :
 Apa yang akan terjadi jika kita mengambil ubat yang
telah luput tarikh?

Jawapan : - ubat sudah rosak


- tidak selamat
- keracunan
- sakit tak boleh sembuh

Soalan 7 :
 Ubat yang tiada tarikh luput…macam mana nak tahu jika
ubat itu tidak boleh digunakan lagi?

Jawapan : - ubat telah rosak


- bentuknya sudah berubah
- warnanya jadi lain
- bau lain
- rasa berubah

Angkat tangan untuk menjawab soalan. Sebut jawapan dengan tepat dan jelas.
Seorang satu jawapan sahaja. Jangan sebut semua. Beri peluang kawan lain. Beri
jawapan ikut turutan seperti disenaraikan.
Soalan 8 :
 Apakah kesan penyalahgunaan ubat?

Jawapan : - sakit tidak sembuh


- ketagih ubat
- boleh mati
- muntah, sakit perut, pengsan

Boleh memberi jawapan secara lisan atau tulis atas kertas dan paparkan di skrin.

Soalan 9 :
Kuiz Cara Menyimpan Ubat.

 Simpan ubat di dalam kereta ? x


 Simpan ubat di dalam bilik air atau tandas? x
 Simpan ubat dalam bekas yang bertutup ? /
 Campurkan semua ubat di dalam satu bekas ? x
 Simpan ubat pada suhu bilik ? /
 Letak ubat di tepi dapur atau singki ? x
 Letak ubat di bawah cahaya matahari ? x
 Simpan semua ubat di dalam peti ais? x
 Jauhkan ubat dari kanak-kanak ? /
 Asingkan ubat mengikut jenis ? /

Jawab dengan menggunakan “ Traffic Light “


Keperluan yang murid perlu ada semasa bersiaran.

1. Keras A4 dan marker pen untuk menulis jawapan.


( Nak cepat…..nanti mak je yang tulis jawapan. Jangan tunjuk depan kamera
pulak )

2. Perkripsi ubat atau label ubat.

3. Traffic Light ( Merah dan hijau sahaja )

4. Bekas Ubat ( Bekas plastic Taufufa pun boleh…. )


Pastu letak ubat dalamnya dan tulis nama pada bekas.
Ini untuk aktiviti contoh cara menyimpan ubat.

Peringatan Mesra.

* Soalan akan ditanya mengikut keperluan.


* Bukan semua soalan akan ditanya. Bergantung kepada faktor masa.
* Kadang-kadang akan ada soalan tambahan daripada pengacara. Sentiasa
bersedia. Ibu boleh bantu anak beri jawapan.
* Murid mesti aktif untuk menjawab soalan. Selalu cepat angkat tangan
untuk menjawab.
* Tunggu nama dipanggil baru jawab.
* Untuk soalan yang jawapan bertulis, semua murid boleh paparkan jawapan
di skrin serentak.
* Untuk kuiz yang perlu jawab menggunakan traffic light. Semua murid perlu
menjawab serentak juga.

Pakai baju PJ

You might also like