You are on page 1of 3

Sejarah Kuala Penyu

Lagenda sebiji batu berbentuk seekor mamalia yang menyerupai penyu kini dipercayai masih
wujud terbenam di Kuala Sungai Tasik Setompok yang membawa nama asal dengan sebutan
"Setompok" telah melahirkan nama sebuah daerah hingga ke hari ini sebagai daerah Kuala Penyu.

Daerah ini dapat dikunjungi melalui jalan raya mahupun menaiki Bot melalui jalan laut. Hanya
145 kilometer daripada Kota kinabalu ke daerah ini perjalanan melalui jalan Beaufort dan jika
perjalanan melalui Membakut/Pimping pula jaraknya kini cuma 106 kilometer, disamping
menjimatkan masa perjalanan melalui Membakut/Pimping pengunjung juga berpeluang menaiki
perkhidmatan Feri untuk menyeberangi Teluk Setompok.

Pusat pentadbiran daerah Kuala Penyu telah diwujudkan pada 30 Januari 1952 dengan ditadbir
oleh seorang Penolong Pegawai Daerah di bawah kelolaan Pentadbiran Pejabat Residen Keningau
ketika itu. Semasa zaman pemerintahan British, sebelum dan selepas Perang Dunia kedua, pusat
pentadbiran daerah ini berpusat di Mempakul.

Geografi

Daerah Kuala Penyu mempunyai keluasan kurang lebih 175 batu persegi (45,324.82 hektar)
terletak di kawasan Pedalaman negeri Sabah. Ia terletak di penghujung Barat Laut Bahagian
Pedalaman, bersempatan dengan daerah Beaufort ke arah Barat Laut China Selatan dan
diseberangi Selat ke arah penghujung Barat Daya adalah Wilayah Persekutuan Labuan. Jarak jauh
daerah ini dari Kota Kinabalu ialah 130KM, dari Beaufort 45KM, Menumbok 45KM dan
Membakut 30KM. Ia boleh dihubungi dengan bot laju ke Wilayah Persekutuan Labuan melalui
Menumbok. Hampir kesemua kampung-kampung di daerah ini dihubungi dengan jalanraya.

Daerah Kuala Penyu mempunyai keluasan 45,326 hektar atau 112,000 ekar. Daripada jumlah
keluasan ini 23,070 hektar atau 57,000 ekar atau 51% tanahnya adalah sesuai untuk diusahakan
pembangunan aktiviti pertanian.

Dari segi Geografi, sebilangan besar daerah ini adalah berbukit bukau terutama sekali dipersisiran
pantai dan berpaya air tawar di kawasan persempadanan dengan Daerah Beaufort. Rangkaian
jalanraya merupakan jalan utama kepada sistem perhubungan ke kampung-kampung di daerah
ini.

Iklim

Keadaan cuaca daerah ini agak kering. Cuaca panas biasanya bermula pada bulan Januari hingga
bulan April manakala musim hujan biasanya bermula pada bulan Mei hingga Disember. Purata
suhu ialah diantara 70 - 80 F. Purata curahan hujan bulanan ialah 178mm, manakala jumlah
curahan hujan setahun ialah diantara 1582.4mm hingga 3024.6mm.

Penduduk Kuala Penyu

Daerah Kuala Penyu mempunyai penduduk seramai 22,614 orang (mengikut perangkaan tahun
1993).

Jumlah bilangan keluarga adalah lebih kurang 3,769 keluarga yang terdiri daripada suku kaum
Kadazan (Tatana), Brunei, Bisaya, Kedayan, Bajau, Cina dan lain-lain.
Nama JKKK/JKDB Bil. Rumah Jumlah Penduduk
JKKK Kg. Binsulok 180 2,260
JKKK Kg. Purun 36 253
JKKK Kg. Purun Hulu 27 225
JKKK Kg. Kitang 36 300
JKKK Kg. Palu-Palu 88 718
JKKK Kg. Tenambak 104 484
JKKK Kg. Kiaru 65 372
JKKK Kg. Jangkit 35 238
JKKK Kg. Binturu 89 279
JKKK Kg. Tedong/Badungan 69 281
JKDB Pekan Kuala Penyu 153 802
JKKK Kg. Sungai Labuan 58 394
JKKK Kg. Kabunau 34 220
JKKK Kg. Menumpang 66 825
JKKK Kg. Temporong 40 300
JKKK Kg. Kiambor 60 458
JKKK Kg. Rimbaan 104 755
JKKK Kg. Bundu Batu 4 78 500
JKKK Kg. Janang 36 276
JKKK Kg. Kabatung 49 310
JKKK Kg. Bundu Tarah 130 1,048
JKKK Kg. Tagilong 55 345
JKKK Kg. Kayul 72 419
JKKK Kg. Gorowot 86 500
JKKK Kg. Menunggang 84 610
JKKK Kg. Melampai 66 220
JKKK Kg. Parit 32 300
JKKK Kg. Seliko 30 260
JKKK Kg. Kekapor 45 280
Kg. Kerukan 67 550
JKKK Kg. Banitan 32 280
JKKK Kg. Berangkok 62 394
JKKK Kg. kepayan Skim 32 245
JKKK Kg. Mansud 30 334
JKKK Kg. Gimba 36 178
JKKK Kg. Batu Linting 67 384
JKKK Kg. Kepampun 30 210
JKKK Kg. Kilugus 60 360
JKKK Kg. Siaun 43 260
JKKK Kg. Matadan 28 246
JKKK Kg. Sinapokan 31 155
JKKK Kg. Jungkun/Manggis 30 260
JKKK Kg. Melikai 48 282
JKKK Kg. Tanjung Aru 46 227
JKKK Kg. Jagus 30 167
JKKK Kg. Sangkabok 45 340
JKKK Kg. Lambidan 66 355
JKKK Kg. Sarap/Siampak 28 163
JKKK Kg. Bukit Nuri 46 283
JKKK Kg. Peringan 29 150
JKKK Kg. Mempakul 37 229
JKDB Kg. Menumbok 180 1,027
JKKK Pekan Menumbok 132 1,040
JKKK Kg. Gulung-Gulungan 41 253

- Dipetik dari Profile Daerah 'Kuala Penyu'.

Bilangan penduduk yang bermastautin di daerah ini adalah lebih kurang 24,000 orang penduduk
tetap dan terdiri daripada masyarakat keturunan berbilang kaum yang hidup aman dan harmoni.
Suku kaum Kadazan dan keturunan Tatana, Bisaya, Brunei dan Bajau serta lain-lain.- Dipetik dari
Pesta Rumbia ke-10 Daerah Kuala Penyu, 1999

Ekonomi Kuala Penyu

Pertanian, penternakan, perikanan dan sedikit sektor perniagaan dan perindustrian kecil adalah
nadi kehidupan sosio-ekonomi penduduknya dalam meniti liku-liku arus pembangunan. Dalam
kedudukan itu sejumlah 75% daripada penduduk daerah ini terbabit secara langsung kepada
kehidupan bertani dan menjadi nelayan.

Industri pelancongan memainkan peranan penting di dalam menarik ramai pelancong tempatan
mahupun dari luar negeri berkunjung ke daerah ini. Selain daripada Taman Negara Pulau Tiga,
Taman Peranginan Sawangan dan Pulau Ular yang telahpun diketahui umum, terdapat juga
tempat yang mempunyai daya tarikan tersendiri dan berpotensi dijadikan Taman Peranginan
seperti Pantai Berbatu (Rocky Beach) di kampung Kiambor, Pantai Batu Luang dan Pantai
Tempurung.

You might also like