You are on page 1of 1

000127-04-0342

PENGENALAN

Sistem perundangan Malaysia sebahagian besarnya adalah berdasarkan sistem undang-undang umum
Inggeris. Hal ini demikian kerana,tempoh penjajahan yang begitu panjang oleh Empayar British yang telah
bermula dari Pulau Pinang dari tahun 1786 sehingga kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957.
Pembangunan sistem perundang di Malaysia turut dipengaruhi oleh banyak faktor lain seperti aturan bahasa
Melayu Kesultanan, adat tempatan, penyebaran agama Islam, imigrasi pelbagai kaum ke Tanah Melayu dan
banyak lagi. Seperti kebanyakan negara lain yang dijajah sebelum ini, Malaysia mempunyai sistem undang-
undang majmuk yang bermaksud terdapat dua atau lebih tradisi undang-undang dalam sistem undang-undang
negara. Seperti kebanyakan negara lain yang dijajah sebelum ini, Malaysia mempunyai sistem undang-undang
majmuk yang bererti terdapat dua atau lebih tradisi undang-undang dalam sistem undang-undang negara. Hari
ini, sistem undang-undang Malaysia terdiri daripada undang-undang biasa, undang-undang Syariah dan
undang-undang adat. Pada zaman awal, tidak ada pemisahan jelas antara badan kehakiman dan eksekutif dan
konsep ini hanya dibangunkan di sini dengan ketibaan British. Doktrin Pengasingan kuasa telah pertamanya
diperkenalkan oleh Charles Louis Montesquieu. Pengasingan kuasa merujuk kepada pengasingan antara 3
badan utama iaitu badan Executive, badan judiciary, dan badan legislative.
Mahkamah di Malaysia boleh dibahgikan kepada 2 jenis, iaitu mahkamah rendah dan mahkamah atasan
Mahkamah rendah terdiri daripada beberapa mahkamah seperti mahkamah majistret dan mahkamah sesyen.
Mahkamah atasan pula terdiri daripada Mahkamah Tinggi Malaya, Mahkamah Tinggi Sabah Sarawak,
Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Tambahan pula, terdapat Mahkamah khas seperti Mahkamah
Syariah, Mahkamah buruh, Mahkamah Bumiputra dan Mahkamah Tentera.

Bangunan baru Kompleks Melaka telah dibuka dan mula beroperasi seawal 1995. Kompleks
mahkamah Melaka terletak di lot 2434, Lebuh Ayer Keroh, Melaka. Kompleks Mahkamah Melaka telah
dirasmikan oleh TYT Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Datuk Seri Utama Syed Ahmad Al Haj Bin Syed
Mahmus Shahbudin pada 26 Oktober 1996. Kompleks Mahkamah Melaka terbahagi kepada 4 blog utama iaitu
Blok A,B,C dan D. Blok A terdiri daripada Mahkamah tinggi 1, Mahkamah Tinggi 2, bilik jurubahasa,
pendaftaran Mahkamah Sesyen dan Pusat tanggungjawab. Pendaftaran Mahkmah Tinggi dan mahkamah
majistret pula terletak di Blok manakala perpustakaan, mahkamah majistret 2,3,4 dan Mahkamah sesyen 2,3,4
dan surau terletak di blok C bangunan tersebut. Akhirnya, Blok D terdiri daripada Bilik Seminar dan
Auditorium.

You might also like