You are on page 1of 1

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS)


Kolej Kediaman Tun Mustapha

BEG BERKUNCI NO. 2073


Rujukan kami : JAKMAS/TM/2016/011 88999 KOTA KINABALU
Tarikh : 8 MAC 2016 SABAH
MALAYSIA
Laman Web : http://www.ums.edu.my

Kepada,
Pengurus Kafetaria,
Kolej Kediaman E,
Universiti Malaysia Sabah.

Melalui,
Lt. Kol. (PA) Dr. Mohamad Nizam Bin Nazarudin,
Pengetua,
Kolej Kediaman Tun Mustapha.

Tuan,

PERMOHONAN TAJAAN BAGI MAJLIS ANUGERAH TUN MUSTAPHA (MAHKOTA) 2016.

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. Sukacita dimaklumkan bahawa Kolej Kediaman Tun Mustapha
akan mengadakan Majlis Anugerah Tun Mustapha.

2. Sehubungan dengan itu, kami ingin memohon tajaan daripada pihak Tuan bagi menjayakan program ini pada
ketetapan berikut:

PROGRAM : MAJLIS ANUGERAH TUN MUSTPHA (MAHKOTA)


TARIKH : 4 JUN 2016
TEMPAT : THE KLAGAN REGENCY GRAND BALLROOM

3. MAHKOTA adalah sebuah majlis yang melibatkan mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) khususnya
mahasiswa Kolej Kediaman Tun Mustapha bagi menghargai segala jasa dan usaha yang telah diberikan. Justeru
surat ini ditulis adalah untuk meminta jasa baik pihak Tuan dalam membantu kami dari segi tajaan sama ada tajaan
dari segi kewangan ataupun barangan. Segala pertimbangan daripada pihak Tuan kami dahulukan dengan ucapan
jutaan terima kasih.
Sekian.

Yang menjalankan tugas,

-----------------------------
MOHAMAD FAIRUS BIN MOHD RADZI
Pengarah,
Majlis Anugerah Tun Mustapha,
Kolej Kediaman Tun Mustapha.
s.k fail

You might also like