You are on page 1of 31

Elemen 2.

0: Merekod Fakta Sejarah

Pihak Berkuasa Tempatan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP)

Senarai Kandungan
Bil. Perkara Muka Surat

1 2 3 4 5 6

7 8 9

Tajuk Kajian: Majlis Perbandaran Pulau Pinang Senarai Kandungan Penghargaan Objektif Kajian Kaedah Kajian Hasil Kajian - Institusi Pentadbiran Tempatan: i) Nama Rasmi/Nama ringkas/Nama lain ii) Lokasi iii) Matlamat/Objektif/Misi/Visi Penubuhan iv)Carta Organisasi dan senarai pentadbir - Latar Belakang: i) Sejarah Penubuhan (Asal-usul/Tarikh/Pengasas) ii) Undang-undang tubuh/Undang-undang kecil/Garis panduan penubuhan iii) Perincian peranan/Tanggungjawab bidang tugas pentadbir iv) Cara perlantikan pentadbir tempatan - Peranan: i) Ekonomi ii) Perayaan iii) Kemasyarakatan iv) Pendidikan -Perkembagan i) Sumber kewangan ii) Cabaran yang Dihadapi iii) Pembangunan prasarana/ Fizikal iv) Saranan dan harapan Rumusan Lampiran Rujukan

Penghargaan

Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada guru mata pelajaran Sejarah saya, Encik Teh Chin Joo,kerana beliau telah memberi nasihat dan juga teguran yang membina untuk menjadikan Kerja Kursus Sejarah saya lebih baik. Beliau juga telah membuang banyak masa demi untuk menjelaskan satu per satu bahagian yang perlu dilakukan dengan penuh dedikasi kepada bukan sahaja kepada saya tetapi kepada seluruh kelas.

Selain itu,saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga sekali kepada kedua-dua ibu bapa saya Encik Ooi Eng Leong dan Khoo Gaik Ean. Beliau berdua telah banyak menyokong saya dari segi kewangan dan masa seperti kos-kos untuk fotostat, mencetak gambar dan juga dakwat pencetak.

Akhir sekali,saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga sekali kepada beberapa rakan saya iaitu kawan-kawan Tommy Lim, Ng Shi Yue dan Kiattisak Sae Ng atas pertolongan mereka. Tanpa pertolongan daripada semua orang yang dinyatakan di atas, adalah mustahil untuk menyiapkan Kerja Kursus Sejarah ini.

Kaedah Kajian

Kaedah Melayari Internet


-

Saya telah melayari laman web untuk mendapat maklumat am tentang pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP). Laman web itu ialah http://www.mppp.gov.my/

Kaedah Melawat Tempat Kajian Pada 22 Februari, saya dan rakan-rakan saya, Tommy Lim,Ng Shi Yue dan Kiattisak Sae Ng, telah menaiki bas ke bangunan KOMTAR ARAS TIGA untuk melawat tempat kajian iaitu Pejabat MPPP dan telah mengambil gambar-gambar serta diberi pelbagai informasi.

Kaedah Penyelidikan Perpustakaan Saya telah mengkaji keratan-keratan akhbar untuk mendapat maklumat tentang Majlis Perbandaran Pulau Pinang. Antara akhbar-akhbar yang mempunyai maklumat tentangnya yang telah saya dapat cari ialah dalam akbar The Star bertarikh 23 Februari 2011.

Kaedah Rujukan Saya telah mendapat risalah-risalah daripada pejabat Majlis Perbandaran Pulau Pinang di bangunan Komtar di Jalan Penang pada 24 Februari 2011 dengan rakan-rakan saya,untuk dijadikan rujukan serta maklumat.

Hasil Kajian

- Institusi Pentadbiran Tempatan i) Nama Rasmi/ Nama Ringkas/Nama Lain Nama rasmi pihak berkuasa tempatan saya ialah Majlis Perbandaran Pulau Pinang. Nama ringkas pihak berkuasa tempatan saya ialah (MPPP). Selain itu, MPPP juga dikenali sebagai Penang Municipal Council.

ii) Lokasi Lokasi pejabat MPPP adalah di bangunan KOMTAR di ARAS TIGA.

iii) Matlamat/Objektif/Misi/Visi Penubuhan OBJEKTIF: Komited memastikan perkhidmatan yang diberikan memenuhi standard kualiti dan piagam pelanggan yang ditetapkan. Objektif kami ialah untuk: Merancang dan melaksanakan pembangunan yang seimbang dan memelihara alam sekitar yang berkualiti. Memperkukuhkan pulau sebagai hub ekonomi yang dinamik selaras dengan pembangunan NCER dalam konteks wilayah utara dan antarabangsa. Merancang dan menyediakan kemudahan infrastruktur dan awam yang berkualiti,

perkhidmatan masyarakat yang vibrant dan persekitaran yang bersih dan indah. Meningkatkan budaya hidup berkualiti, memulihara warisan dan menggalakkan penglibatan komuniti untuk mencapai pembangunan masa depan.

MISI: Memberikan perkhidmatan yang berkualiti dengan mengamalkan urustadbir baik, menyelaras dan menyediakan pembangunan mapan, rangkaian perhubungan efektif, membangunkan imej persekitaran beridentiti, berkualiti dan penyediaan kemudahan ke arah peningkatan ekonomi yang dinamik dan berdaya saing.

VISI PENUBUHAN: Untuk menjadi majlis perbandaran yang unggul dalam menyampaikan perkhidmatan dan berupaya mewujudkan perbandaran sejahtera.

MOTO: Memimpin Sambil Berkhidmat

SENARAI PENTADBIR:

NAMA YANG DIPERTUA: Ar. Hajah Patahiyah Bt. Ismail, DJN., KMN., AMN., BCN., PKT., PJK. NAMA AHLI MAJLIS NAMA: Encik Felix Ooi Keat Hin (PKR) NAMA: Encik Francis a/l Joseph (PKR) NAMA: Encik Gooi Seong Kin (DAP) NAMA: Encik Harvindar a/l Darshan Singh (DAP) NAMA: Encik Iszuree Bin Ibrahim (PAS) NAMA: Encik Lim Boo Chang (PKR) NAMA: Encik Lim Cheng Hoe (DAP) NAMA: Dr. Lim Mah Hui (NGO) NAMA: Puan Lim Siew Khim (DAP) NAMA: Tuan Haji Mohamed Yusoff Bin Mohamed Noor (PAS) NAMA: Encik Mohd Taufik Bin Sulong (PKR) NAMA: Tuan Haji Mohd Rashid Bin Hasnon (PKR) NAMA: Sr. Mohd. Zahry bin Shaikh Abdul Rahim (NGO) NAMA: Encik Muhammad Sabri Bin Md Osman (PKR)

NAMA: Encik Ong Ah Teong (DAP) NAMA: Encik Prem Anand a/l Loganathan (DAP) NAMA: Cik Ramlah Bee Binti Asiahoo (PKR) NAMA: Encik Sin Kok Siang (NGO) NAMA: Encik Tahir Jalaluddin Bin Hussain (NGO) NAMA: Encik Tan Hun Wooi (DAP) NAMA: Encik Tan Seng Keat (PKR) NAMA: Encik Tay Leong Seng (DAP) NAMA: Encik Teh Lai Heng (DAP) NAMA: Encik Zulkifli bin Mohd. Noor (DAP)

-Latar Belakang i)Sejarah Penubuhan( Asal-usul/Tarikh/Pengasas) Pulau Pinang adalah sebuah daripada tiga belas negeri di Malaysia yang letaknya di sebelah utara Semenanjung. Kerajaan Tempatan merupakan peringkat ketiga di dalam struktur pentadbiran Kerajaan Malaysia. Kerajaan Tempatan mula wujud di Pulau Pinang pada tahun 1856.

Majlis Perbandaran Pulau Pinang mempunyai satu kawasan pentadbiran tempatan yang luasnya kira-kira 299.65 kilometer persegi dengan bilangan penduduk berbilang bangsa seramai lebih kurang 660,000 orang.

Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) telah ditubuhkan pada 15 Disember, 1976, di bawah Akta Kerajaan Tempatan, 1976. Majlis adalah organisasi yang menyediakan perkhidmatan pihak berkuasa tempatan untuk Pulau Pinang (Pulau). Aktiviti dan operasi Majlis mempengaruhi mutu hidup harian orang ramai secara langsung.

Jemaah pentadbiran Majlis terdiri daripada seorang Yang Dipertua dan 24 orang Ahli Majlis. Mereka dilantik oleh Kerajaan Negeri di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976. Tempoh perkhidmatan Ahli Majlis ialah selama setahun.

ii) Undang-undang Tubuh/Undang-undang Kecil/Garis Panduan Penubuhan -Undang-undang Tubuh Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)

-Undang-undang Kecil 1.By-laws for the licensing of Bullock Cart Drivers, 1918 2. By-laws for the Regulation of the Transport and Storage of Petroleum and Dangerous Petroleum, 1931 3. By-laws with respect to Places of Public Entertainment, 1933 4. The Prevention of Cruelty to Animals By-laws, 1947 5. Penang Municipal Trisha By-laws, 1948 6. Penang Municipal (Garages) By-laws, 1952 7. Penang (Municipal) Tricycle By-laws, 1953 8. Penang (Municipal) Fees Title By-laws, 1953 9. Rural District Council, Penang Island, Sewage Purification Plants By-laws, Dangerous Petroleum, 1931 10. Rural District Council, Penang Island, Dangerous, Unhealthy or Offensive Trades and Garages By-laws, 1962 [Dimansuhkan: Jadual Bahagian A, B & D sahaja - Lihat Undang-Undang Kecil (Tred, Perniagaan & Industri) 1991] 11. Undang-Undang Kecil (Lembu-Kerbau) Bandaraya George Town, Pulau Pinang, 1968

12. Undang-Undang Kecil (Pemasangan Sistem Saluran Najis dan Alat-alat Kebersihan), 1970 Majlis Bandaraya George Town 13. City of Georgetown, Penang, Liquefied Petroleum Gases By-laws, 1971 14. Undang-Undang Kecil Kerja-kerja (Pembinaan) Jalan Baru Majlis Bandar Raya, 1971 15. Undang-Undang Kecil (Lembu-kerbau) Majlis Daerah Luar Bandar, Pulau Pinang, 1972 16. Undang-Undang Kecil (Kerjatanah), Pulau Pinang 1975 17. Undang-Undang Kecil (Pengimpotan Daging) Majlis Perbandaran Pulau Pinang, 1977 18. Undang-Undang Kecil (Mengkompaun Kesalahan-kesalahan) Majlis Perbandaran Pulau Pinang, 1977 19. Undang-Undang Kecil (Anjing-anjing) Majlis Perbandaran Pulau Pinang, 1977 [Undang-Undang Kecil (Anjing-anjing)(Pindaan) 1985] 20. Undang-Undang Kecil (Larangan Merokok Dalam Panggungwayang-panggungwayang) Majlis Perbandaran Pulau Pinang, 1978 21. Undang-Undang Kecil Penjaja-penjaja, 1979 [Undang-Undang Kecil (Pindaan)

Penjaja-penjaja, 1987] [Undang-Undang Kecil Penjaja-penjaja (Pindaan) 1991] 22. Undang-Undang Kecil (Gadi-Gadi) Majlis Perbandaran Pulau Pinang, 1979 23. Undang-Undang Kecil (Rumah-Rumah Sembelih) Majlis Perbandaran Pulau Pinang, 1979 24. Undang-Undang Kecil (Rumah Urut) Majlis Perbandaran Pulau Pinang, 1980 25. Undang-Undang Kecil (Kebersihan dan Keselamatan Awam) Majlis Perbandaran Pulau Pinang, 1980 26. Undang-Undang Kecil Pasar-Pasar, 1980, Majlis Perbandaran Pulau Pinang

27. Undang-Undang Kecil (Balai Rakyat Padang Tembak) Majlis Perbandaran Pulau Pinang, 1980 28. Undang-Undang Kecil (Larangan Merokok Di Dalam Kenderaan-Kenderaan Perkhidmatan Awam) 1980 29. Undang-Undang Kecil (Rumah Bantai Perbandaran) Majlis Perbandaran Pulau Pinang, 1980 [Undang-Undang Kecil (Rumah Bantai Perbandaran) Majlis Perbandaran Pulau Pinang (Pindaan) 1997] 30. Undang-Undang Kecil (Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan) Jalan, Parit dan

Bangunan, 1980 31. Undang-Undang Kecil Bayaran Pelan, 1981 32. Undang-Undang Kecil (Pengendali Makanan) Majlis Perbandaran Pulau Pinang, 1983 33. Undang-Undang Kecil (Bangunan Seragam) Majlis Perbandaran Pulau Pinang, 1984 34. Undang-Undang Kecil (Bayaran-bayaran Stadium) Majlis Perbandaran Pulau Pinang, 1986 [Undang-Undang Kecil (Pindaan) (Bayaran-Bayaran Stadium) Majlis Perbandaran Pulau Pinang, 1988] 35. Undang-Undang Kecil (Memelihara Babi) Majlis Perbandaran Pulau Pinang, 1987 36. Undang-Undang Kecil (Tempat Letak Kereta Persendirian) Majlis Perbandaran Pulau Pinang, 1988 37. Undang-Undang Kecil (Iklan Pilihanraya) Majlis Perbandaran Pulau Pinang, 1990 38. Undang-Undang Kecil (Establisymen Makanan) Majlis Perbandaran Pulau Pinang, 1991

39. Undang-Undang Kecil (Tred, Perniagaan dan Perindustrian) Majlis Perbandaran Pulau Pinang, 1991 40. Undang-Undang Kecil (Taman) (Majlis Perbandaran Pulau Pinang), 1993 41. Undang-Undang Kecil Majlis Perbandaran Pulau Pinang (Tandas Awam) 1993 42. Undang-Undang Kecil (Ski Jet Dan Skuter Air) Majlis Perbandaran Pulau Pinang, 1995 43. Undang-Undang Kecil (Iklan) Majlis Perbandaran Pulau Pinang, 2000

-Garis Panduan Penubuhan


Bil 1 Perkara Garispanduan-garispanduan untuk pengemukaan pelan-pelan untuk bangunan-bangunan papan yang mempunyai keluasan lantai kurang dari 1,000 kaki persegi di luar Lengkongan Bandaraya. Dasar mengenai penerimaan sumbangan kewangan sebagai menggantikan keperluan menyediakan ruang-ruang letak kenderaan dalam kawasan yang bersempadankan Jalan Tarikh Diluluskan

11.1.72

3 4 5

6 7 8 9 10 11 12

Penang/Jalan Prangin/Jalan Magazine/Lebuh McNair/Lebuh Carnarvon/Lebuh Pitt/Lebuh Chulia. Lesen Tempat Hiburan Awam untuk tempat-tempat kunjungan orang ramai yang mempunyai "Juke Box", mesin permainan, dsb. Dasar berhubung dengan pengecualian secara am daripada Undang-undang Kecil Bangunan 107A (Peruntukanperuntukan letak kenderaan). Pengecualian darpada mengemukakan pelan-pelan bangunan (Undang-undang Kecil Bangunan Majlis Daerah Luar Bandar No.7) untuk menempatkan semula setinggan-setinggan oleh Pihak Berkuasa Negeri di atas tanah-tanah Kerajaan Negeri. Bayaran-bayaran untuk Perjanjian-perjanjian Bangunan Sementara dan Lesen-lesen Bangunan Sementara. Bangunan-bangunan Haram yang telah didirikan atas Tanah Majlis. Kaedah Pengiraan Berhubung Dengan Peruntukan Kehendakkehendak Ruang Letak Kereta Untuk Pindaan-pindaan dan Tambahan-tambahan Terhadap Bangunan. Menapakkan semula rumah-rumah kampung jenis pelan tetap. Menapakkan semula rumah-rumah kampung jenis pelan tetap. Dasar untuk mendirikan sambungan-sambungan yang dibina di belakang rumah-rumah. Prosedur mengenai pertimbangan permohonan-permohonan untuk pembaikan-pembaikan, tambahan-tambahan dan pindaan-pindaan kepada bangunan-bangunan sementara atau separuh tetap yang sedia ada. Dasar mengenai Kemajuan tanah-tanah untuk Rumah-rumah Jenis Pelan Tetap. Pertukaran kegunaan rumah-rumah kediaman kepada kegunaan-kegunaan bukan kediaman. Pertukaran kegunaan rumah-rumah kediaman kepada kegunaan-kegunaan bukan kediaman. Pertukaran kegunaan premis-premis kediaman kepada kegunaan lain di sepanjang Jalan Ayer Itam, Jalan Trengganu, Glugor dan Jalan Tanjung Tokong. Pindaan polisi berhubung dengan pemajuan tanah-tanah bagi rumah-rumah jenis pelan tetap. Sumbangan untuk penanaman pokok-pokok dan pemandangan daratan berkaitan dengan pembinaan bangunanbangunan. Pembayaran Sumbangan Penanaman Pokok Anjung-anjung melebihi garisan bangunan. Dasar untuk membina semula rumah-rumah yang musnah oleh kebakaran dan bencana alam yang lain. Dasar mengenai pembinaan rumah-rumah di atas tanah yang ditandakan untuk kawasan lapang. Dasar mengenai mengekalkan kerja-kerja yang telah dijalankan/permohonan untuk kerja-kerja dijalankan kepada bangunan-bangunan tetap yang terlibat dengan cadangan

13.4.73 8.1.76 12.2.76

27.1.77 2.3.78 4.5.78 6.7.78 28.6.79 13.3.80 14.5.81 7.7.83 26.6.80

13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23

22.11.80 27.11.80 9.7.84 3.9.87 11.12.80 22.2.81 25.11.82 11.4.85 26.2.81 26.3.81 30.6.81 21.10.81

24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 38 39 40 41 42 43 44 45 46 47 48 49

perlebaran jalan dan/atau lorong belakang. Dasar atas pembayaran bayaran-bayaran kompaun. Sekolah-sekolah dan Bangunan-bangunan Ugama & institusi yang melampaui garisan bangunan. Dasar mengenai Peruntukan 30% daripada rumah-rumah kepada Bumiputra. Binaan-binaan yang kurang daripada 50' 0" dari sempadan Lot sebelah Laut. Dasar mengenakan bayaran-bayaran untuk memberi pengecualian dari jarak-jarak yang dikehendaki dari sempadan lot. Menukar dari bumbung atap ke bumbung zink untuk rumahrumah dalam kawasan luar bandar. Kes-kes di mana pelan-pelan bangunan telah ditolak tetapi bangunan-bangunan haram masih wujud. Garispanduan mengenai penyiasatan permohonanpermohonan untuk ketumpatan yang lebih tinggi. Larangan meletak iklan-iklan di sepanjang Jalan Sultan Ahmad Shah. Bayaran Caruman Pemaritan. Pemerosesan pelan-pelan bangunan yang melibatkan pindaan dan tambahan kepada bangunan-bangunan. Kelonggaran Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 mengenai rumah-rumah jenis pelan setara/sementara/separuh tetap. Kadar-kadar Bayaran-bayaran Penalti. Peruntukan Tempat Letak Kereta untuk Sekolah-sekolah. Dasar mengenai Pembaharuan Pelan-pelan Susunan dan Bangunan. Dasar mengenai Papan Tanda Iklan dan Papan Nama yang mengunjur. Dasar mengenai Bangunan-bangunan yang telah didirikan tanpa kebenaran daripada Majlis pada atau sebelum 24.11.83. Mengkaji semula prosedur-prosedur yang ada sekarang ini berhubung dengan rumah-rumah yang dibina tanpa kelulusan Majlis. Dasar mengenai kawalan ketumpatan dan bayaran pemajuan (infrastruktur). Garispanduan untuk menukar ketumpatan dari unit-unit kediaman ke ruang lantai yang sepadan (RLS) (dengan pindaan-pindaan). Garispanduan untuk kemajuan hotel. Garispanduan untuk kemajuan perdagangan. Garispanduan untuk kemajuan bercampur. Dasar memberikan insentif kepada pemilik-pemilik tanah bumiputra yang ingin memajukan tanah mereka di Pulau Pinang. Dasar cara perkiraan kandungan kedai/ perdagangan di dalam pemajuan perumahan. Garispanduan rekabentuk untuk kawasan-kawasan pemeliharaan di dalam kawasan dalaman bandaraya George Town.

13.9.84 22.5.86 15.7.82 26.4.84 10.5.84 19.7.84 23.8.84 11.12.84 9.5.85 25.7.85 21.8.86 12.9.85 23.1.86 21.8.86 26.6.86 9.10.86 11.12.86 17.7.87 21.11.88 28-8-80 16-6-84 (1-1-96) 14-6-84 19-7-84 19-7-84 6-7-85 31-3-86 17-7-87

50 51 52 53 54 55 56 57

Pertukaran kegunaan premis-premis kediaman kepada kegunaan lain di sepanjang Jalan Air Hitam, Jalan Terengganu, Gelugor dan Jalan Tanjong Tokong (JB.1123/80). Garispanduan untuk kawalan pemajuan di kawasan Jalan Dunn. (beserta dengan pelan) Dasar untuk pengawalan penempatan klinik-klinik haiwan. Garispanduan untuk penyediaan kemudahan masyarakat di kawasan pemajuan perumahan baru. (beserta dengan pelan) Garispanduan untuk Pengawalan Pemajuan Kawasan Jalan Scotland Selatan Garispanduan mengenai penukaran kegunaan sesebuah bangunan/premis kepada tempat penjualan kenderaan terpakai. Dasar pembangunan di kawasan pengairan Permatang Damar Laut. Garispanduan untuk kawalan pertukaran kegunaan bangunan bagi Bangunan-bangunan kediaman sediada berhadapan Jalan Mesjid Negeri dan Jalan Sultan Azlan Shah. (beserta dengan pelan) Garispanduan pengawalan perancangan untuk pemajuan dan tukarguna bangunan-bangunan di kawasan Jalan Macalister di antara persimpangan Jalan Anson dan persimpangan Jalan Perak, Pulau Pinang.(berserta dengan pelan) Garispanduan untuk kawalan pertukaran kegunaan bangunan bagi bangunan-bangunan kediaman sediada berhadapan Jalan P.Ramlee (disempadani oleh Jalan Perak dan Jalan Terengganu) Garispanduan pengawalan perancangan untuk pemajuan baru dan pertukaran bangunan-bangunan kediaman sediada di kawasan yang disempadankan oleh Persiaran Gurney dan Jalan Kelawei, Bandaraya George Town.(berserta dengan pelan) Garispanduan perumahan kos sederhana rendah. Garispanduan pengawalan perancangan untuk kawasan Green Hall, Bandaraya George Town.(berserta dengan pelan) Garispanduan untuk pemajuan perdagangan di dalam kawasan perumahan di Sungai Nibong dan Relau. (berserta dengan pelan) Garispanduan untuk kawalan pemajuan di Jalan Burma di antara persimpangan Jalan Gottlieb/Jalan Bagan Jermal dan Jalan Cantonment, Bandaraya GeorgeTown. (berserta dengan pelan) Garispanduan untuk pangsapuri perkhidmatan (service apartment). Pelan Dasar Perancangan Dan Kawalan Pemajuan Majlis Perbandaran Pulau Pinang. [Pelan No.MPPP/PN-020)PL/PP)] Garispanduan kawasan perletakan tanda atas bumbung (RoofTop Sign) di Pulau Pinang (Pulau). Garispanduan Kawalan Pemajuan Untuk Kawasan Pantai Utara, Pulau Pinang. Garispanduan Untuk Pemajuan Di dalam Kawasan Perumahan Di Kawasan Yang Disempadankan Oleh Jalan

3-9-87 9-12-88 28-9-89 14-12-89 14-12-89 12-3-92 1-4-92 27-5-93

58

9-9-93

59

23-12-93

60

24-3-94

61 62 63 64

1-5-94 19-5-94 17-6-95 7-12-95

65

14-6-96

66 67 68 69

13-9-96 8-11-96 24.6.97 13.8.97

70 71 72 73 74 75 76 77 78 79

Mohd. Taib, Jalan Jelutong, Jalan Madrasah Dan Laut. (berserta dengan pelan) Garispanduan Untuk Kawalan Operasi Loji-loji Pembancuh Konkrit ("Concrete-Batching Plant"). (berserta dengan pelan) Garispanduan untuk pemberian intensif bagi pemuliharaan warisan dan bangunan dalam kawalan dalaman bandaraya Georgetown. Garispanduan Untuk Kawalan Pemajuan Baru Dan Tukarguna Bangunan-bangunan Kediaman Sediada Di atas Lot-lot Yang Berhadapan Jalan Air Hitam Garispanduan Kawalan Bagi Pemajuan Stesyen Minyak di Luar Kawasan Bandaraya George Town. Garispanduan untuk Hostel Pekerja. Garispanduan Penambahan Bilangan Tingkat Bagi Rumah Teres Dan Berkembar Setingkat Di Kawasan Zon Perancangan "Kawasan Perumahan Tetap". Garispanduan Untuk Pemberian Insentif Bagi Pemuliharaan Bangunan Warisan Di Luar Kawasan Dalaman Bandaraya George Town. Garispanduan perumahan kos sederhana rendah dasar memberikan insentif kepada pemilik-pemilik tanah bumiputra yang ingin memajukan tanah mereka di Pulau Pinang (Pindaan 1) Garispanduan untuk kawalan pertukaran kegunaan bangunan bagi bangunan-bangunan kediaman sedia ada berhadapan Jalan Mahsuri/Jalan Mayang Pasir, Bayan Baru. (Pelan No: MPPP/PN-038 (PG/BBARU (D1/2002) Garispanduan untuk kawalan pertukaran kegunaan bangunan bagi bangunan-bangunan kediaman sediada berhadapan Jalan Tanjong Bunga (Pelan No: MPPP/PN 037 (PG/T.BUN (D1/2002) Garispanduan pengawalan perancangan untuk pertukaran kegunaan bangunan-bangunan kediaman sedia ada di kawasan sebelah selatan bidang hadapan Jalan Kelawai, Bandaraya George Town. (Pelan No: MPPP/PN-039 (PG/KLW (F1/2002) Tambahan kepada "Garispanduan untuk penyediaan kemudahan masyarakat di kawasan pemajuan perumahan baru" untuk penyediaan tapak ibadat bukan Islam. Garispanduan pengawalan perancangan untuk tukarguna bangunan kediaman sediada bagi premis-premis dilingkungi oleh Lorong Relau 3 dan Lorong Relau 2. (Pelan No: MPPP/PN-040(PG/KGR(D1/2003) Garispanduan untuk kawalan pertukaran kegunaan bangunan kediaman sedia ada berhadapan Jalan Sungai Kelian, Tanjung Bunga.(Pelan No: MPPP/PN-041(PG/SG.KELIAN(D1/2004) Garispanduan kawalan papan iklan (billboard) dan menara papan iklan setiang (unipole) dan iklan di pagar keselamatan (hoarding) di kawasan MPPP. Garispanduan kawalan perletakan kolumbarium, krematorium, 'funeral parlour', pembuatan dan penjualan keranda di kawasan MPPP.

29.8.97 14-11-97 22.12.97 11.9.98 27.10.98 26.1.99 20.7.99 1-5-94 1-7-02 28-1-03 28-1-03

80

28-1-03

81

28-1-03

82 83

16-1-03 16-12-03

84 85 86

9-11-04 2-12-05 19-1-05

87

Garispanduan untuk perlingkungan semula daripada zon 'Perumahan Awam' kepada zon 'Perniagaan Terhad' di atas lot 18, Jalan Anson, Sek. 3, Bandar Georgetown, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang. (Pelan No: MPPP/PN-043(PG/J.Anson (D1/2005)

19-1-05

iii) Perincian Peranan/ Tanggungjawab Bidang Tugas Pentadbir

-Perincian Peranan

-Peranan utama Jabatan Khidmat Pengurusan adalah mengawal dan mengatur urus mesyuaratmesyuarat Majlis dari aspek sekretariat dan pentadbiran dan mengurus dan mengawal perkhidmatan-perkhidmatan guna sama yang disediakan oleh Jabatan Khidmat Pengurusan kepada semua jabatan.

-Peranan utama Jabatan Perbendaharaan adalah mengutip hasil majlis, mengawal perbelanjaaan mengikut bajet majlis, menyediakan bajet,akaun dan laporan kewangan dan mengurus dan mengawal system letak kereta.

-Peranan utama Jabatan Perkhidmatan Perbandaran, Kesihatan Awam dan Perlesenan terbahagi kepada tiga. Peranan utama Bahagian Kesihatan Awam ialah mengawal penyakit berjangkit, vektor dan haiwan perosak, mengekalkan mutu makanan dan air minum, meningkatkan tahap kesihatan awam an penyediaan perkhidmatan veterinar melalui penyediaan sebuah rumah sembelih yang moden. Peranan utama Bahagian Perkhidmatan Perbandaran ialah menguruskan perkhidmatan memungut, mengangkut dan melupuskan sisa-sisa pepejal serta menjaga kebersihan kawasan-kawasan awam seperti jalan, parit, pasar, kompleks makanan penjaja, tapak penjaja, tandas awam, pantai, sungai dan laut. Peranan utama Bahagian Pelesenan ini ialah memproses, mengeluar dan memperbaharui Lesen Tred & Perniagaan termasuk minuman keras bagi pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

- Peranan utama Jabatan Bangunan adalah memproses permohonan untuk Perakuan Kelayakan Menduduki (O.C.) ke atas bangunan-bangunan baru yang telah siap dibina dan mengeluarkan permit ke atas permohonan membaiki bangunan-bangunan yang rosak; struktur atau bangsal sementara serta struktur-struktur untuk iklan.

- Peranan utama Jabatan Kejuruteraan adalah bertanggungjawab atas kerja-kerja berkenaan dengan perancangan, rekabentuk pembinaan dan penyenggaraan jalan-jalan awam, lorong belakang, parit tepi jalan di kawasan Bandaraya dan Zon Perindustrian Bebas di Bayan Lepas. Selain daripada itu, perancangan dan perlaksanaan kerja tentang kawalan lalulintas di semua jalan-jalan negeri, kawalan kerja tanah, kawalan tapak pelupusan sampah dan Skim Kemajuan Kampung serta pemasang lampu-lampu jalan di seluruh Pulau Pinang.

-Peranan utama Jabatan Perancangan Pembangunan adalah melaksanakan peruntukanperuntukan di bawah Akta Perancangan Bandar & Desa 1976 dan lain-lain akta yang berkaitan dengan perancangan Bandar dan desa dan menyediakan rancangan tempatan dan lain-lain pelan serta menggubal polisi-polisi serta garispanduan untuk tujuan kawalan pemajuan dan kegunaan tanah, perancangan pembangunan dan pemeliharaan Bandar.

-Peranan utama Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta adalah menyediakan, mengendali dan mengemaskini Senarai Nilaian Semasa bagi semua pegangan yang boleh dikenakan cukai taksiran.

-Peranan utama Jabatan Khidmat Kemasyarakatan adalah mewujudkan warga Perbandaran Pulau Pinang yang bersih sihat, cergas dan aktif melalui kegiatan sukan dan rekreasi. Selain daripada itu peranannya juga adalah untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan dan pelaburan industri yang bertaraf antarabangsa dengan memberi perkhidmatan perbandaran terbaik dan efisyen.

-Peranan utama Jabatan Undang-undang adalah memberi pendapat Undang-Undang tentang halhal Perancangan, Bangunan, Kesihatan, Pelesenan, Perkhidmatan Perbandaran, Tanah, Perlantikan, Perkhidmatan, Disiplin dan Penamatan Perkhidmatan Kakitangan serta perkaraperkara Penguatkuasaan dan menasihati Jabatan-Jabatan Majlis amnya mengenai kuasa, tugastugas dan fungsi-fungsi mereka.

iv) Cara Pelantikan Pentadbir Tempatan Jemaah pentadbiran Majlis Perbandaran Pulau Pinang terdiri daripada seorang Yang Dipertua dan 24 orang Ahli Majlis yang dilantik oleh Kerajaan Negeri di bawah Akta Kerajaan Tempatan

1976. Mereka ini menyediakan perkhidmatan pihak berkuasa Pulau Pinang. Tempoh perkhidmatan Ahli Majlis adalah selama 1 tahun sahaja.

-Peranan: Perayaan,Ekonomi,Pendidikan,Kemasyarakatan

Perayaan: MPPP memainkan peranannya dari segi perayaan dengan memasang hiasan dan lampu yang bersinar-sinar di sepanjang jalan, bangunan serta tempat tumpuan awam semasa hari perayaan keagamaaan dan perayaan kebangsaan seperti Tahun Baru Cina dan Hari Kebangsaan. Di samping itu, MPPP juga memasang tanglung pada sesetengah kawasan semasa perayaan musim luruh. Selain itu, MPPP juga memasang sepanduk dan poster yang mengucapkan selamat di sepanjang jalan semasa hari perayaan seperti Tahun Baru Cina, Hari Deepavali dan Hari Raya.

Ekonomi: Antara peranan pihak berkuasa tempatan iaitu MPPP dari segi ekonomi adalah menyediakan tapak penjaja serta kompleks untuk peniaga serta infrastruktur perniagaan, menyenggara Zon Industri Bayan Lepas dari segi kebersihan serta infrastuktur. Di samping itu, MPPP juga menyediakan tapak bagi pasar-pasar seperti pasar malam dan pasar awam untuk penjaja-penjaja supaya dapat meningkatkan ekonomi negeri. Selain itu, MPPP juga bertanggungjawab mengeluarkan lesen kepada para peniaga bagi meningkatkan ekonomi negeri Pulau Pinang.

Pendidikan:

MPPP juga memainkan peranannya dari segi pendidikan dengan mendirikan papan-papan tanda, sepanduk dan poster seperti Katakan Tidak Kepada Merokok dan Jauhi Dadah untuk mendidik dan menyedarkan penduduk setempat. . Kelas-kelas ini biasanya diadakan pada setiap Rabu dan Khamis di bangunan KOMTAR. Di samping itu, MPPP juga menganjurkan kelaskelas untuk penjaja-penjaja. Kelas-kelas ini biasanya mengajar para penjaja cara menjaga kebersihan dan menjaga keselamatan . Selain itu, MPPP juga mengadakan pelbagai kempen dan ceramah seperti Kempen Kitar semula bagi mendidik masyarakat Pulau Pinang supaya menjaga alam sekitar.

Kemasyarakatan: MPPP juga menjalankan peranan dari segi kemasyarakatan dengan membersihkan tempat-tempat awam di sekitar negeri Pulau Pinang pada setiap pagi supaya kelihatan bersih dan indah. Di samping itu, MPPP juga menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan seperti aktiviti menembak gagak dan aktiviti menangkap tikus. Selain itu, MPPP juga memainkan peranannya dari segi kemasyarakatan dengan menggunakan pekerja MPPP dan lori sampah untuk mengutip sampah-sarap di semua kawasan Pulau Pinang pada 3 kali setiap minggu. Kemudian, MPPP juga bertanggungjawab menurap jalan raya di negeri Pulau Pinang.

-Perkembangan: Sumber Kewangan, Pembangunan Prasarana/Fizikal, Cabaran yang Dihadapi, Saranan dan Harapan

Sumber Kewangan: Majlis mempunyai autonomi kewangan. MPPP mendapat sumbangan bantuan kadar daripada Kerajaan Persekutuan untuk bangunan-bangunan miliknya. Sumber kewangan utama MPPP adalah dari kutipan cukai taksiran. Selain itu, pengutipan hasil daripada bayaran pelan, lesen serta kutipan bayaran letak kereta juga merupakan salah satu sumber kewangan MPPP.

Cabaran Yang Dihadapi: Antara cabaran yang dihadapi oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang adalah memberi perkhidmatan terbaik kepada penduduk yang semakin bertambah, mencari tapak pelupusan sampah yang baru bagi mengganti tapak pelupusan di Sungai Burung. Di samping itu, MPPP juga menghadapi cabaran untuk menjadikan Pulau Pinang bersih,indah dan hijau kerana Pulau Pinang merupakan destinasi pelancongan. Cabaran seterusnya ialah masalah kesesakan lalulintas di Pulau Pinang. Pelbagai langkah telah diambil seperti mengkaji system dan aliran lalulintas serta menambaik pengangkutan awam untuk mengurangkan masalah kesesakan lalulintas. MPPP dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang sedang bekerjasama giat mempromosikan kempen Kitar Semula sebagai langkah untuk masalah ini.

Pembangunan Prasarana/Fizikal: Majlis Perbandaran Pulau Pinang telah mendirikan pelbagai kemudahan infrastrukur bagi memenuhi keperluan penduduk Pulau Pinang. Kemudahan infrastuktur yang dibina adalah

seperti tandas awam dan perhentian bas bagi setiap kawasan. Selain itu, MPPP juga menyediakan tapak penjaja dan kawasan pasar untuk para peniaga dan penduduk. Di samping itu, MPPP juga telah menurap jalan raya untuk kegunaan penduduk Pulau Pinang dan menyediakan tempat letak kereta.

Saranan dan Harapan: Saya harap MPPP akan terus berusaha dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada penduduk-penduduk di Pulau Pinang dan dengan segala upaya mereka,terus mencari langkahlangkah untuk menjadikan Pulau Pinang sebuah negeri yang lebih baik dari segi ekonomi dan pelancongan . Dengan ini, ia juga dapat menarik perhatian para pelancong yang mengunjung ke Pulau Pinang yang . Akhir sekali, saya berharap agar MPPP akan terus berusaha mencari langkah-langkah lain untuk memajukan Pulau Pinang.Saya juga berharap agar MPPP dapat menguatkuasakan undang-undang dengan lebih tegas lagi kerana undang-undang dikuatkuasakan pada masa kini agak longgar dan ini menyebabkan segelintir masyarakat masih tidak mematuhi undang-undang. . Selain itu, saya juga berharap agar MPPP dapat menanam lebih banyak pokok kecil dan juga meningkatkan mempergiat masa pekerja MPPP mengutip sampah kepada 5 kali seminggu supaya Pulau Pinang kelihatan indah dan bersih.

-Rumusan Selepas bersusah-payah menyiapkan kerja kursus sejarah ini selama beberapa minggu, saya berjaya menyiapkan kerja kursus ini dengan berjayanya. Antara iktibar saya peroleh

daripada melakukan kerja kursus sejarah ini adalah saya dapat mengetahui kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar terutamanya sekeliling saya. Hal ini demikian kerana saya tidak dapat memikirkan tentang keadaan Pulau Pinang sekiranya tiada pihak yang mengambil tindakan untuk mengutip sampah-sarap, membersihkan dan menyediakan kemudahan-kemudahan asas seperti taman rekreasi dan tandas awam di negeri Pulau Pinang.

Di samping itu, setelah melakukan kerja kursus sejarah ini, saya juga sedar bahawa kita mesti menghargai semua sumbangan pekerja MPPP. Walaupun pekerja-pekerja MPPP bukan terdiri daripada orang yang berkelulusan tinggi dan gajinya juga tidak tinggi, namun jasa mereka amat besar mulia. Hal ini demikian kerana, tanpa sumbangan mereka, negeri Pulau Pinang akan menjadi sangat kotor dan ini akan merosakkan imej negeri Pulau Pinang dan Negara Malaysia.

Selain itu, semasa melakukan kajian sejarah ini, saya juga sedar bahawa kita harus sentiasa memberi kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak berkuasa tempatan iaitu MPPP pada setiap masa. Kita juga harus mencuba sedaya upaya kita untuk meringankan beban pekerja MPPP seperti tidak membuang sampah ke tempat-tempat awam dan sungai. Sebaliknya kita harus mengutip sampah-sarap yang terdapat di atas lantai lalu membuangnya ke dalam tong sampah.

You might also like