You are on page 1of 4

PROPOSAL KK SEJARAH

1.0 TAJUK

Perkembangan Bandar Ajil dari tahun 1980 hingga tahun tahun 2010.

2.0 PENGENALAN

Negeri Terengganu ialah salah satu negeri yang terdapat di dalam negara
Malaysia.Terengganu terletak di kawasan pantai timur semenanjung Malaysia. Negeri ini
terdiri daripada lapan buah daerah iaitu daerah Besut, Kemaman, Setiu, Kuala Terengganu,
Hulu Terengganu, Kuala Nerus, Marang dan Dungun. Kajian ini bertumpu di kawasan Hulu
Terengganu, lebih tepat di kawasan Bandar Ajil. Bandar Ajil ialah salah satu mukim yang
terletak di dalam Hulu Terengganu. Bandar ini mengalami banyak perkembangan dan
transformasi yang berlaku dari tahun 2005 hingga tahun 2015.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini mempunyai 3 objektif. Yang pertama, objektif kajian ini ialah menganalisis
tentang perkembangan Bandar Ajil dari tahun 1980 hingga tahun 2010. Selain itu, objektif
kajian yang lain ialah untuk mengkaji faktor-faktor yang menyumbang kepada perkembangan
yang berlaku di kawasan kajian. Akhir sekali, objektif kajian yang terakhir ialah untuk
mengkaji kesan pembangunan Bandar Ajil terhadap penduduk setempat dan persekitaran di
kawasan tersebut.
4.0 PERMASALAHAN KAJIAN

Kajian tentang bandar ini pernah dilakukan oleh pengkaji lain namum aspek yang dikaji
adalah berbeza. Pengkaji akan melakukan kajian terhadap bandar ini untuk mengenal pasti
perkembangan di Bandar Ajil dari tahun 1980 hingga tahun 2010. Perkembangan yang
berlaku di bandar ini akan dikaji dari setiap aspek, contohnya perkembangan infrastruktur
dan lain-lain lagi.

Seterusnya, kajian ini juga dilaksanakan untuk menyiasat faktor-faktor yang telah
menyumbang terhadap perkembangan yang berlaku di Bandar Ajil. Semestinya terdapat
banyak faktor dari pelbagai sudut yang menyebabkan Bandar Ajil dapat berkembang dengan
pesat dari tahun 1980 hingga tahun 2010.

Akhir sekali, kesan yang berlaku terhadap penduduk setempat dan persekitaran akibat
daripada perkembangan yang berlaku di Bandar Ajil juga akan dikaji oleh pengkaji. Kesan
yang berlaku terhadap penduduk setempat akan diambil kira dari pelbagai aspek.

5.0 SKOP KAJIAN

Skop kajian dibahagikan kepada tiga komponen. Ketiga-tiga komponen tersebut ialah
lokasi kajian, tempoh masa kajian dan aspek kajian. Bagi lokasi, pengkajimemilih Bandar
Ajil kerana banyak perkembangan yang boleh dinilai di kawasan tersebut.

Bagi komponen tempoh kajian pula, pengkaji memilih tempoh selama 30 tahun iaitu dari
tahun 1980 hingga tahun 2010 kerana dalam tempoh tersebut, banyak transformasi
perkembangan yang berlaku di Bandar Ajil.

Aspek yang dikaji pula, terbahagi kepada dua. Salah satu aspek tersebut ialah faktor-faktor
yang menyebabkan perkembangan berlaku di Bandar Ajil. Aspek yang satu lagi ialah kesan
positif dan negatif yang berlaku terhadap penduduk setempat dan persekitaran kawasan
kajian.
6.0 SOROTAN KAJIAN LEPAS

Hasil daripada penyelidikan yang pengkaji lakukan sehingga kini, tiada penyelidikan
yang dilakukan oleh pengkaji terdahulu mengenai sejarah perkembangan Bandar Ajil dari
tahun 1980 hingga tahun 2010.

7.0 KAEDAH KAJIAN

Kaedah kajian yang dilakukan untuk mendapatkan maklumat tentang hasil kajian ialah
kaedah penyelidikan perpustakaan,di mana pengkaji akan melakukan penyelidikan melalui
buku-buku dan bahan bacaan yang lain seperti risalah, brosur dan surat khabar yang berkaitan
dengan perkembangan Bandar Ajil . Kesemua sumber ini diperoleh daripada sumber primer
dan sekunder.

Kaedah kajian lapangan juga merupakan salah satu kaedah yang dilakukan oleh pengkaji
untuk memperoleh maklumat yang berkaitan dengan bandar tersebut. Melalui kaedah ini,
pengkaji akan mengadakan temu bual dan soal selidik dengan penduduk Ajil supaya
maklumat yang diperoleh dengan tepat.
8.0 PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI

Penulisan ini dibahagikan kepada tiga elemen utama iaitu pengenalan, isi, dan
kesimpulan. Pada bahagian pengenalan, pengkaji akan memberi definisi tempat, spesifikasi
tempat secara lebih terperinci, jumlah penduduk, kemudahan yang disediakan dan lain-lain
lagi.
Pada bahagian isi pula, pengkaji akan menghuraikan setiap perkembangan yang berlaku di
lokasi kajian iaitu di Bandar Ajil.Perkembangan ini akan diambil kira dari segi ekonomi,
politik, pembangunan infrastruktur dan sumber manusia.
Selain itu, pengkaji juga akan menghuraikan faktor yang menyebabkan Bandar Ajil dapat
berkembang dengan pesat dan kesan perkembangan di Bandar Ajil terhadap penduduk
tempatan.
Akhir sekali, pada bahagian kesimpulan, pengkaji akan merumuskan sejarah
perkembangan di Bandar Ajil agar kajian ini dapat membuka mata generasi akan datang
tentang sejarah Bandar Ajil dari tahun 1980 hingga 2010.

9.0 PENUTUP

Kesimpulannya, pengkaji berharap agar kajian ini dapat meningkatkan lagi pengetahuan
awam masyarakat di Bandar Ajil tentang perkembangan di Bandar Ajil. Keseluruhannya,
kajian ini dijalankan mengikut perkembangan di Bandar Ajil, faktor perkembangan dan
kesannya terhadap penduduk setempat dalam tempoh 30 tahun iaitu dari tahun 1980 hingga
tahun 2010.

You might also like