You are on page 1of 19

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Secara umumnya, daerah Petaling Jaya (PJ) terletak di bawah Majlis Bandaraya
Petaling Jaya (MBPJ) dan sebahagian daerah Petaling juga terletak di bawah MPSJ dan
Majlis Bandar Shah Alam (MBSA). Dari segi pentadbiran politik, PJ terbahagi kepada tujuh
(7) Dewan Undangan Negeri (DUN) yang di tadbir oleh seorang Ahli Dewan Undangan
Negeri (ADUN) bagi setiap DUN.

Kedudukan kawasan daerah Petaling Jaya yang bersebelahan dengan Wilayah


Persekutuan Kuala Lumpur yang menjadi tumpuan dan tarikan orang ramai adalah
merupakan kelebihan terhadap pertumbuhan guna tanah daerah ini terutamanya dari sudut
perbandaran, pembangunan perindustrian, institusi, perdagangan di samping dapat
mewujudkan peluang pekerjaan. Selain itu, ini adalah selaras dengan objektif pembangunan
MBPJ untuk membasmi kemiskinan dan menyediakan kemudahan asas mencukupi menurut
Bahagian Penguatkuasaan Perancangan MBPJ, 2010.

Bagi pecahan perluasan kawasan daerah Petaling Jaya, terbahagi kepada empat
kawasan iaitu Seksyen yang mempunyai keluasan 4,551.67 Ekar, bagi kawasan SS pula
mempunyai keluasan kawasan 4,349.05 Ekar, manakala bagi kawasan Petaling Jaya Utama
(PJU) mempunyai keluasan 13,566.07 Ekar dan bagi kawasan Petaling Jaya Selatan (PJS)
mempunyai keluasan 1,551.82 Ekar.

Petaling Jaya berkembang menjadi sebuah bandar raya yang pesat membangun
sebagai pusat tumpuan bagi pelaburan, perindustrian, pendidikan dan perumahan. Ia menjadi
pusat tumpuan bagi pendidikan kerana wujudnya pelbagai institusi pengajian kerajaan dan
swasta seperti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Tun Abdul Razak
(UNITAR), Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Kolej SEGI dan Stamford. Sektor
perdagangan dan perindustrian merupakan penjana utama ekonomi bagi Petaling Jaya.
Aktiviti ekonomi yang di jalankan di kawasan Petaling Jaya melibatkan lebih kurang 20
2

peratus daripada keluasan Petaling Jaya. Majoriti penduduk menjadikan sektor ini sebagai
sumber pendapatan utama mereka.

Selain itu, dari segi kemudahsampaian, Petaling Jaya merupakan kawasan yang
strategik di antara Kuala Lumpur dan Shah Alam yang menjadikannya mudah diakses dari
pelbagai arah. Jalan Utama di Petaling Jaya ialah Lebuh Raya Persekutuan, Lebuh Raya
Damansara-Puchong, Lebuh Raya Sprint, Lebuh Raya Pantai Baru, New Klang Valley
Expressway, Kerinchi Link dan Penchala Link. Dari segi kemudahan, bas dan teksi
merupakan sistem pengangkutan awam terpenting bagi penduduk Petaling Jaya. Selain
daripada itu, terdapat juga sistem pengangkutan komuter dan transit aliran ringan (LRT) yang
merupakan kemudahan alternatif bagi memudahkan orang ramai. Petaling Jaya boleh
dikatakan sebuah bandar yang terancang dari segi sistem jalan raya sebagaimana Shah Alam
dan Bandar Baru Bangi.
I
1.2 Latar Belakang Kajian

Petaling Jaya atau di kenali sebagai PJ mendapat namanya sempena nama Bandar
Raya Inai Merah. Petaling Jaya pada asalnya adalah merupakan sebuah ladang getah.
Keluasan ladang getah tersebut ialah seluas 486 hektar yang dimiliki oleh syarikat British,
Effingham Estate. Kampung Petaling merupakan sebuah penempatan pelombong bijih timah
pendatang China yang bekerja di lombong-lombong sekitar Sungai Besi, Seri Kembangan,
Balakong dan Kuala Lumpur. Petaling Jaya wujud sejak zaman darurat lagi iaitu dengan
pemindahan penduduk ke Kampung Petaling yang diilhamkan oleh Leftenan Jeneral Sir
Gerald Templer. Ia dibangunkan oleh Kerajaan British di Tanah Melayu.

Dari segi perluasan kawasan, pada tahun 1964 menurut Jabatan Perancangan
Pembangunan Majlis Bandaraya Petaling Jaya, keluasan kawasan daerah Petaling pada
mulanya adalah merupakan sebuah ladang Getah mempunyai keluasan kawasan seluas 19.90
km/p. Pada tahun 1970, keluasan kawasan daerah Petaling semakin bertambah kepada 24.03
km/p. Selain daripada itu, pada tahun 1995 dan 1997 sebahagian daripada pertambahan
keluasan kawasan daerah Petaling telah di Pecahkan kepada dua Pentadbiran Pihak Berkuasa
Tempatan iaitu Majlis Perbandaran Subang Jaya dan Majlis Bandar raya Petaling Jaya.
3

Pada awal tahun 50an, Kuala Lumpur telah mengalami kesesakan akibat pertambahan
penduduk yang terlalu pesat dan banyak setinggan wujud di kawasan pinggir Kuala Lumpur.
Bagi mengatasi masalah ini, Kerajaan Negeri Selangor telah mengenal pasti tanah kebun
getah seluas 1,200 ekar di Jalan Klang Lama bagi mewujudkan sebuah penempatan baru bagi
mengatasi kesesakan serta mengatasi masalah setinggan yang wujud. Penempatan yang
terletak di Daerah Petaling ini telah dinamakan sebagai Petaling Jaya bagi menggambarkan
harapan perancangan semoga penempatan ini menjadi sebuah pekan yang berjaya dan dapat
mengatasi masalah kesesakan di kawasan Kuala Lumpur.

Petaling Jaya, adalah merupakan bandar baru yang antara terulung di Malaysia
ditubuhkan pada tahun 1952. Pada zaman tersebut, Petaling Jaya mempunyai Tanah seluas
3,600 ekar yang telah dikhaskan untuk pembangunan sebuah bandar baru. Petaling Jaya mula
menunjukkan kemajuan mendadak pada tahun 1954 melalui pentadbiran Ordinan No. 36,
Petaling Jaya Authority (dan kemudiannya dikenali dengan Perbadanan Kemajuan Petaling
Jaya) telah ditubuhkan dengan tujuan memajukan sebuah bandar satelit.

Pada 1 Januari 1964 sebuah Lembaga Bandaran yang mempunyai 'autonomi


kewangan' telah ditubuhkan melalui Warta Kerajaan Negeri Selangor G.N. Bil.2/1964 untuk
mentadbir bandar Petaling Jaya. Pada 1 Januari 1977, Lembaga Bandaran Petaling Jaya telah
dinaikkan tarafnya kepada Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) berikutan penggubalan
Akta Kerajaan Tempatan 1976 oleh kerajaan. Kawasan SS (seksyen bernombor di daerah Sg
Way atau Subang) bersama-sama dengan kawasan baru seperti Subang Jaya, Seksyen 52
(Newtown) telah disatukan untuk membentuk satu perbandaran tunggal di bawah MPPJ.

Daripada sebuah bandar yang dirancang Petaling Jaya menjadi sebuah pusat Bandar
Kecil bagi mengurangkan kesesakan di Kuala Lumpur, Petaling Jaya telah menjadi satu
Bandar yang Maju. Di dalam mengejar arus pemodenan dan pembangunan pada masa itu,
penduduk telah mengambil bahagian dalam perdagangan dan perusahaan bagi meningkatkan
taraf hidup mereka. Pada 20 Jun 2006, Petaling Jaya telah diisytiharkan sebagai Bandaraya
ke-12 di Malaysia dengan keluasan kawasan pentadbirannya 97.2 km persegi. Penduduk di
Petaling Jaya dianggarkan seramai 565,200 orang. Maka, Petaling Jaya adalah Bandaraya ke-
2 di Selangor selepas Shah Alam.

1.3 Pernyataan Masalah


4

Pada dasamya, penyelidikan ini tidak banyak menghadapi masalah besar tetapi wujud
beberapa masalah kecil dalam mendapatkan jawapan jujur dari pihak berwajib tentang
kesedaran mereka terhadap kesan populasi kepada isu alam sekitar. Kebanyakan rujukan yang
diperoleh ialah melalui buku, akhbar dan majalah berhubung dengan sejarah, politik, sosial,
budaya, mekanisme pembangunan negara dan juga corak gaya hidup masyarakat Malaysia.
Melalui elemen-elemen yang dianalisis dalam falsafah sebenar kesedaran terhadap
kepentingan alam sekitar, ianya boleh diaplikasikan sebagai satu kesimpulan terhadap
peranan rakyat dalam proses perubahan masyarakat.

Dewasa ini, kesedaran terhadap kepentingan alam sekitar di kalangan masyarakat


pada umumnya telah terhakis akibat proses pemodenan. Kajian ini akan menganalisis kesan
penambahan populasi terhadap alam sekitar. Justeru, beberapa pernyataan masalah telah
dikenalpasti dalam kajian ini.

1. Adakah kadar pertumbuhan populasi memberi kesan terhadap masalah alam sekitar di
Petaling Jaya?

1.4 Kepentingan Kajian

Penyelidikan ini penting dalam mencorakkan populasi yang mengurangkan kesan


terhadap alam sekitar. Penyelidikan ini penting kepada MPSJ dan agensi lain tentang ledakan
populasi di kawasan masing-masing serta cara mengatasinya dari aspek alam sekitar.
Penyelidikan ini juga penting dalam merangka konsep dan teori terhadap timbulnya kesan
terhadap populasi dan alam sekitar.

1.5 Skop Kajian

Kajian ini berdasarkan hanya dalam persekitaran Daerah Petaling Jaya, khusus
kawasan Kg. Ara Damansara yang berteraskan kepada ledakan populasi yang memberi kesan
terhadap alam sekitar.

BAB 2
5

KAJIAN LITERATUR

Sejak lebih daripada lima dekad yang lalu, komposisi penduduk Malaysia telah
berubah baik daripada segi kadar kelahiran, struktur umur dan jantina, kadar kematian dan
penghijrahan. Ini menunjukkan walau pun saiz penduduk Malaysia semakin meningkat tetapi
akibat kemerosotan kesuburan dan kematian pembentukan saiz keluaraga yang lebih
sederhana dan kecil semakin diterima masyarakat terutama di kawasan bandar. Peningkatan
taraf hidup penduduk terutama dalam bidang pendidikan telah member impak yang besar
terhadap dinamik penduduk Malaysia pada masa depan.

Sebelum tertubuhnya Negara Malaysia pada tahun 1965, negeri-negeri di


Semenanjung Malaysia telah mengalami kadar pertumbuhan penduduk yang tinggi. Mengikut
banci penduduk tahun 1957 jumlah penduduk Semenanjung Malaysia adalah 6.27 juta
dengan kadar pertumbuhan penduduk tahunan sebanyak 3.0 setahun (Jabatan Perangkaan
Malaysia 1972). Berdasarkan Jadual 1 kadar pertumbuhan penduduk tahunan purata adalah
tinggi iaitu 2.3 perataus (1970-1980), 2.6 peratus 19890-1991 dan 2.6 peratus (1991-2000).
Ini merupakan suatu petunjuk yang jelas kepada sesiapa jua bahawa kadar pertumbuhan
penduduk adalah tinggi dan berdasarkan kadar ini jumlah penduduk Malaysia akan berganda
dalam tempuh setiap 23 tahun. Berdasarkan situasi sekarang Negara kita Malaysia akan
menghadapi pelbagai isu dan permasalan kependudukan yang memerlukan perancangan
sosio-ekonomi, politik dan alam sekitar yang komprehensif dan menyeluruh bagi kebaikan
dan keselesaan semua pihak negara ini.

Selepas pembentukan Malaysia banci penduduk tahun 1970 bagi telah duilaksanakan
bagi mendapatkan maklumat dan data mengenai kependudukan bagi tujuan merancang
projek-projek pembangunan sosio-ekonomi kepada rakyat. Segala data dan maklumat yang
dikumpulkan melalui bancian penduduk ini, telah di gunakan bagi menilai perkembangan dan
perubahan penduduk didalam sesebuah negari atau kawasan terutama yang berkaitan dengan
taburan penduduk, struktur umur/jantina, migrasi, pendidikan, pekerjaan dan perbandaran.
Pola perubahan ini sangat penting bagi menentukan arah aliran perubahan penduduk pada
masa hadapan yang biasanya di kaitkan dengan halatuju perkembangan serta kemajuan yang
dicapai dalam bidang-bidang perindustrian, pembuatan, pertanian dan pembandaran di
seluruh negara. Kebiasaanya negeri yang maju akan mempunyai kepadatan penduduk yang
6

tinggi seperti Wilayah Persektuan Kuala Lumpur, Pulau Pinang, sebaliknya bagi negeri
Sabah, Sarawak, dan Pahang adalah mempunyai kepadatan penduduk yang rendah.

Migrasi merupakan satu proses demografi yang melibatkan perpindahan penduduk


daripada satu kawasan kepada kawasan yasng lain. Ia merupakan suatu proses pergerakan
penduduk yang amat sensitive terhadap perkembangan sosio-ekonmi sesesuatu kawasan.
Sejak kebelakangan ini migrasi semakin penting dalam dunia moden terutama sumbangannya
terhadap urbanisasi dan perindustrian. Di Malaysia bandarraya Kuala Lumpur merupakan
bandar besar yang menerima ramai migrant daripada seluruh negeri. Satu perubahan penting
tren migrasi di Malaysia adalah perubahan penghijrahan penduduk daripada luar Bandar ke
Bandar kepada Bandar ke Bandar sekarang ini. Perubahan aliran pergerakan penduduk
Malaysia telah menyebabkan perkembangan bandar-bandar utama dengan jumlah
pertumbuhan penduduk yang semakin pesat. Pada keseluruhannya jumlah penduduk bandar
di Malaysia telah meningkat daripada 28.4 peratus tahun 1970 kepada 61.8 peratus tahun
2000 (Jabatan Perangkaan Malaysia 2001). Jumlah penduduk bandar bertambah daripada
2.96 juta kepada 13.72 juta dalam tempoh tersebut.

Analisis data migrasi penduduk Malaysia sejak tahu 1980 telah menunjukkan migrasi
Bandar ke Bandar semakin meningkat. Pada tahun 1980 hanya 21.0 peratus telah meningkat
kepada 63.2 peratus tahun 2000 (Jadual 2). Sementara migrasi daripada luar Bandar ke luar
Bandar telah menurun daripada 45.0 peratus kepada 10.0 peratus dalam tempoh tersebut.
Perubahan pola migrasi penduduk ini memberi petunjukakan yang jelas bahawa
kecederungan pemerintah mengadoptasi global bertujuan mempromosi pertumbuhan
ekonomi telah memberikan implikasi penting kepada migrasi dan taburan penduduk. Situasi
pelabur yang semakin bersaing bagi menentukan pelaburan mereka, keputusan untuk memilih
lokasi pelaburan telah mempengaruhi migrasi dalaman dan antarabangsa. Sekarang ini
pemilihan lokasi adalah ditentukan oleh competitive advantages lokasi-lokasi yang berbeza.

Kawasan perbandaran dan terbandar semakin menyerlah sebagai habitat manusia di


Malaysia sejak tiga dekad kebelakangan. Berbanding dengan keadaan pada awal kurun ke
sembilan belas bumi Malaysia ketika itu masih diselubungi hutan hujan khatulistiwa yang
kaya dengan kepelbagaian biologi dan bahan mineral diselang-seli oleh kampung-kampung
terutamanya di tempat-tempat menghala ke muara lembangan sungai-sungai utama; ekologi
negara ketika itu masih utuh dan habitat manusia berada dalam keadaan terkawal dan
7

seimbang; tetapi habitat ini mula berubah corak secara perlahan pada mulanya dan meledak
secara meluas dalam empat dekad kebelakangan berpunca dari pelbagai pemacu, terutamanya
peningkatan jumlah penduduk dalam lapisan-lapisan sosio-ekonomi lantaran
penggemblengan pelbagai jenis modal bagi menggerakkan satu gabungan kegiatan agar
tuntutan keperluan asas serta kemajuan penduduk dibangunkan. Sebagai kesan dari kegiatan
pemacu-pemacu tersebut kawasan tempat tinggal serta kawasan lingkungan kegiatan-kegiatan
habitat mereka mula berubah dari keadaan lebih asli menuju ke suatu landskap binaan di
mana komponen asas ekologi tabii mula terurai dan diubahsuai.

Tersirat dalam tajuk Seminar Antarabangsa Ekologi, Habitat Manusia dan Perubahan
Persekitaran ini adalah satu keterkaitan langsung manusia dengan persekitaran fizikalnya;
persekitaran yang telah tersedia sebelum manusia dilahirkan di bumi ini. Persekitaran itu
lengkap untuk dimanfaatkan secara langsung atau dengan gabungan pengetahuan lebih maju
untuk merungkaikan manfaat yang tersirat. Maka dalam konteks kesemukaan antara manusia
sebagai agen pembawa perubahan kepada habitatnya, ucapan ini akan mengolah kesemukaan
tersebut dengan tujuan bagi mendapatkan satu habitat manusia berdayahuni; berdayahuni
dalam ertikata membina habitat manusia yang ceria (vibran), berdaya tahan, selamat,
sejahtera dan sihat dengan ekonomi yang berkembang serta adil dalam agihan kekayaan,
aman, damai dan berkembang maju. Justeru, habitat berdayahuni adalah lestari. Dayahuni
dari habitat lestari menjadi pilihan ungkapan di sini kerana konsep itu lebih mudah untuk
dirungkai dan digerakkan dalam suasana Malaysia kini bergerak ke arah merealisasikan
pembangunan lestari. Habitat berdayahuni itu mungkin kelihatan sebagai satu utopia
sebagaimana juga pembangunan lestari dan seterusnya pada ungkapan bandar lestari
(Newman & Jennings 2008).

Jika pembangunan lestari menekankan aspek proses menuju ke satu tahap


perseimbangan ekonomi, sosial dan alam sekitar, bandar lestari akan juga cuba mencari
perseimbangan tersebut. Dalam dayahuni bandar usaha juga digerak untuk meneroka tahap
perimbangan antara kedinamikan ekonomi, keceriaan masyarakat dan kekentalan
persekitaran bagi mendapatkan satu kualiti hidup. Kualiti hidup itu rata-ratanya boleh dicapai
dengan lebih mudah dari perimbangan dalam proses pembangunan lestari, mahu pun bandar
lestari.
8

Perubahan terhadap habitat manusia dan alam sekitarnya berlaku seawal manusia
mula memanfaatkan sumber yang tersedia dalam persekitaran itu tetapi perubahan pada
peringkat itu sentiasa terkawal kerana segala yang dimanfaatkan adalah setakat memenuhi
keperluan hidup seharian. Perubahan memuncak apabila sumber didagangkan; semua bentuk
sumber diberikan nilai kebendaan. Dalam sejarah perubahan persekitaran, pemberian nilai
kebendaan kepada sumber telah melonjakkan penerokaan sumber tersebut. Perubahan
persekitaran berlaku. Perubahan kepada persekitaran sebagai hasil tindakan manusia seperti
ini telah dirakamkan dengan mendalam di pelbagai kawasan di dunia pada tahun 1950-an
dalam satu symposium tentang peranan manusia merubah permukaan bumi (Thomas Jr.
1956). Di Malaysia perubahan persekitaran secara meluas boleh dikaitkan dengan
pengalaman kemajuan pada habitat manusia menerusi proses urbanisasi (pembandaran).

Kepelbagaian pemacu pembangunan yang membawa perubahan terhadap kawasan


bandar dan perbandaran menyerlahkan tindan lapis proses; sekilas pandang proses tersebut
tampak homogen dan perubahan terhasil pada landskap bandar perbandaran adalah juga
kelihatan homogen. Rajah 1 dan 2 memberikan gambaran ini, bahawa kawasan perbandaran
mega ini pada 1990an kelihatan telah merebak luas pada 2008. Kelihatan dari Rajah-rajah
tersebut landskap umum perbandaran di Lembangan Bernam-Linggi itu tidak merebak luas
dari pusat tepu kawasan perbandaran di Lembah Kelang ke pinggir menuju ke utara,
Lembangan Bernam dan ke selatan, Lembangan Linggi secara homogen tetapi lebih merebak
menurut jalan utama dalam keadaan yang tidak serata.

Menghalusi kesan pemacu tersebut di peringkat lokal yang melibatkan komuniti


bandar, proses tersebut amat pelbagai dan rencam kesannya di ruang habitat manusia.
Meneliti proses sosial di peringkat komuniti dan setempat bandar dan perbandaran
menyerlahkan kekompleksan serta kedinamikan sosial di peringkat itu (lihat Batty 2005
berkaitan kompleksiti dalam perkembangan bandar). Ratusan keputusan dibuat setiap hari
oleh ahli komuniti di pelbagai tempat dalam bandar misalnya berkaitan kehidupan seharian.
Kesan keputusan tersebut tampak homogen kerana hasil keputusan yang dibuat terikat kepada
bentuk Bandar tersedia. Perkara ini boleh dijelaskan lagi menerusi contoh perkembangan
kawasan perumahan bandar. Semasa kawasan perumahan dibangunkan dan menular ke
semua bahagian sesuatu bandar ribuan bakal pembeli akan membuat penilaian rumah,
kawasan dan lokasi bandingan kawasan perumahan itu selain pelbagai perkara lain lagi
diperhatikan sebelum memilih rumah di sesuatu kawasan. Akhirnya terserlah perkembangan
9

kawasan perumahan yang telah dibangun di kawasan yang ditentukan oleh perancang.
Maksudnya, bentuk kawasan perumahan keseluruhan sudah ditentukan bagi proses pemilihan
untuk membeli rumah, walaupun keputusan itu berlaku dalam suasana bebas tetapi tertumpu
juga kepada bentuk yang sudah ditentukan. Berikutan betapa kompleksnya proses di
peringkat komuniti dalam sesuatu bandar pemerebakan kawasan terbandar itu tidak
semestinya menunjukkan satu bentuk mudah dan lurus (linear).

Pun begitu, pemahaman proses sosial yang kompleks itu pasti akan membantu
pewujudan satu kawasan perbandaran mega berdayahuni (Abdul Samad Hadi et al 2009).
Kawasan perbandaran mega berdayahuni itu akan menyerlahkan satu keadaan kehidupan
seharian warga yang lestari. Maka kawasan perbandaran mega lestari itu seharusnya
mempunyai ekonomi yang segar - berkembang untuk dapat menyara warganya dengan
menyediakan pekerjaan, lengkap prasarana fizikal dan sosial, sihat, selamat dalam satu
keadaan kehidupan bandar berhemah, beretika dan bersesuaian dengan tanggungjawab
terhadap persekitaran-tabii dan binaan, penggunaan tenaga dan sumber. Banyak aspek
persekitaran tabii bandar sudah pasti berubah, diambil alih oleh persekitaran yang diubahsuai
secara menyeluruh atau sebahagian. Kawasan bandar menonjolkan habitat manusia yang
sudah ditukar dengan binaan sepenuhnya.

BAB 3
10

METODOLOGI KAJIAN

BAB 4

DAPATAN KAJIAN

2.1 Proses Pembangunan

Dasar Pembangunan Negara ialah satu langkah untuk menjadikan Malaysia sebuah
negara yang maju dalam pelbagai segi iaitu bukan sahaja dari segi kecemerlangan ekonomi
tetapi juga dari segi etika sosial yang baik, kestabilan politik, dan taraf hidup. Petaling Jaya
kini semakin maju dalam semua segi. Pada awal penubuhannya Petaling Jaya memberi
keutamaan kepada kerja-kerja pembangunan. Pihak berkuasa telah berusaha menggalakkan
pembukaan kawasan-kawasan perindustrian dan kemudahan-kemudahan awam.
11

Pembangunan Petaling Jaya bermula di pekan yang sehingga kini di kenali sebagai
Old Town yang telah wujud sebelum 1952 dengan pembinaan deretan rumah-rumah kedai,
balai raya, panggung wayang, stesen bas dan lain-lain. Jalan yang sekarang dipanggil Jalan
Templer merupakan jalan raya pertama yang dibina di Petaling Jaya. Jalan Templer diberi
nama sempena nama Sir Gerlad Templer.

Pada tahun 1952 penduduk di kawasan Old Town mula bertambah dengan pembinaan
800 buah rumah yang telah siap di bina manakala 200 buah rumah dalam proses pembinaan.
Pada penghujung 1957, lebih 3,200 buah rumah dan 100 buah kedai serta 28 buah kilang
telah beroperasi di Petaling Jaya.

Tahun yang sama juga fasa pertama Lebuhraya Persekutuan yang menghubungkan
Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Pelabuhan Klang mula di buka. Hospital Assunta turut
dibina sebagai hospital sulung yang menawarkan perkhidmatan kesihatan kepada penduduk
tempatan. The Chartered Bank of India, Australia and China di Jalan Othman adalah bank
pertama yang dibuka di Petaling Jaya.

Kesungguhan untuk menjadikan Petaling Jaya sebagai bandar baru terancang terus
disemarakkan dengan sokongan Kerajaan Persekutuan yang telah memberi pinjaman bagi
pertambahan kawasan sejumlah 550 hektar tanah dan 397 hektar tanah tebus guna lombong
untuk dibangunkan sebagai kawasan New Town. Seksyen 52 atau PJ New Town yang lebih
dikenali oleh penduduk setempat sebagai State telah dibangunkan. State adalah merupakan
nama panggung wayang pertama dibina di Petaling Jaya dan masih beroperasi sehingga kini.

Di sinilah pusat pentadbiran dan perdagangan di Petaling Jaya tertumpu. Pada 16 Mac
1987 Menara MPPJ setinggi 27 tingkat yang bernilai RM50 juta telah dirasmikan oleh Sultan
Selangor pada ketika itu ialah Almarhum Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah. Menara ini
menjadi mercu tanda Petaling Jaya dan nadi bagi New Town.

2.1.1 Kependudukan

Dasar Kependudukan Negara ialah untuk mencapai jumlah penduduk seramai 70 juta
manusia yang disarankan oleh Mantan Perdana Menteri Seri Dr. Mahathir Mohamad. Beliau
berpendapat dengan jumlah penduduk yang ramai Malaysia akan maju. Di sini, dapat lihat
12

bahawa Petaling Jaya semakin maju dengan kewujudan penduduk yang semakin bertambah
dari tahun ke tahun. Kewujudan awal Petaling Jaya adalah untuk mengatasi kepadatan
penghuni Kuala Lumpur.

Pada 1964, jumlah penduduk Petaling Jaya berjumlah 35,100 orang. Pada
pertengahan 1970-an, penduduk Petaling Jaya meningkat kepada 100,000 orang. Setelah
lebih 50 tahun pembukaannya, kini pembangunan di Petaling Jaya amat pesat selari dengan
arus peningkatan jumlah penduduk yang mencapai lebih 500,000. Kaum Cina merupakan
penduduk majoriti dengan kadar 40 peratus diikuti kaum Melayu sebanyak 37 peratus
manakala kaum India sebanyak 16 peratus. Baki tujuh peratus terdiri daripada kaum-kaum
lain. Petaling Jaya menjadi kawasan tumpuan penduduk termasuk kawasan Seksyen 52,
kawasan Sungai Way-Subang (SS), Bandar Utama, Kota Damansara, Damansara Perdana,
Bandar Sri Damansara dan Damansara Damai bagi menampung permintaan penduduk.

Berdasarkan kepada, statistik Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia, 2010 yang di
keluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia 2010, jumlah bilangan penduduk bagi kawasan
daerah Pentadbiran MBPJ pada tahun 2010 adalah sebanyak 613,977 orang di mana majoriti
daripada penduduknya adalah terdiri daripada orang Melayu dan cina (Rujuk rajah 2.1 :
Jumlah Penduduk MBPJ, 2010).

Walau bagaimanapun, bagi bilangan penduduk bagi tahun 2012 meningkat sebanyak
4.35 peratus dan menjadikan jumlah penduduknya sebanyak 641,906 orang (Rujuk rajah 2.2:
Jumlah Penduduk MBPJ, 2012) (Maklumat Penduduk, 2010). Walaubagaimanpun, dari segi
bilangan jenis perumahan yang terdapat di kawasan Petaling Jaya berdasarkan Laporan
Tahunan MBPJ, 2009 sebanyak 50,446 unit rumah Teres, 48,995 unit rumah pangsapuri,
44,592 unit rumah pangsa, 8,623 unit rumah sesebuah, 7,653 unit rumah berkembar dan 68
unit rumah bandar.

2.1.2 Perdagangan dan Perindustrian

Dasar Perindustrian ialah negara menggiatkan lagi proses industrialisasi untuk


meningkatkan eksport negara dan ekonomi Negara. Di samping itu, dengan menggiatkan
proses industrialisasi di dalam negara akan mewujudkan banyak peluang pekerjaan.
Penduduk Petaling Jaya pada hari ini mempunyai pelbagai pilihan kedai-kedai tradisional
13

serta beberapa kompleks membeli-belah yang besar. Kedai-kedai yang di sediakan terletak di
pelbagai lokasi strategik seperti SS2, Damansara Utama, Kelana Jaya, Damansara Jaya,
Taman Megah, SS3, Seksyen 14, SEA Park, PJ New Town dan PJ Old Town.

Pada permulaanya, penduduk tempatan mendapatkan keperluan seharian mereka di


sama ada PJ Old Town, New Town atau Seksyen 14. PJ New Town juga biasanya dirujuk
sebagai PJ Negeri. Institusi ataupun pasaraya pertama yang mempunyai pusat membeli-belah
di Petaling Jaya adalah Supermarket Thrifty yang beroperasi di sepanjang Jalan Barat. Walau
bagaimanapun, kedai runcit yang pertama juga wujud mula beroperasi di Petaling Jaya
seperti Mini Market Ben atau Pok Brothers Mini Market, kedua-duanya beroperasi di PJ New
Town. Tidak terlalu lama kemudian, Supermarket Fitzpatrick memulakan operasinya di
Kompleks Asia Jaya.

Pada tahun 1950-an pertumbuhan aktiviti dalam industri pembuatan dengan syarikat-
syarikat asing seperti Singapura Fraser, Neave (F & N), dan Colgate-Palmolive (Malaysia)
mula menubuhkan kilang-kilangnya di Seksyen 13. Sejurus kemudian, pada pertengahan
1970-an, Jaya Supermarket memula beroperasi di Seksyen 14. Walaubagaimanapun, Ia mula
ditutup dan dirobohkan pada tahun 2008.

Selain daripada itu, pada tahun 1990 Supermarket Fitzpatrick tidak bertahan akibat
daripada kemelesetan ekonomi. Pada hari ini Mahkamah yang beroperasi di lokasi Jalan
Barat, ditempatkan di dalam bangunan yang dikenali sebagai Wisma Thrifty. Selain daripada
itu, pada tahun 1990 juga, Bandar Sunway mula dibangunkan oleh Kumpulan Sunway. Ia
kemudiannya telah diiktiraf sebagai destinasi pelancongan dimana bandar sunway
menyediakan pelbagai tumpuan dari segi perdagangan dan rekreasi seperti Sunway Lagoon,
Sunway Pyramid dan lain-lain.

Amcorp Mall adalah pusat membeli-belah yang dibuka pada bulan Disember 1997
dan terletak di Petaling Jaya, yang terletak bertentangan dengan stesen LRT Taman Jaya yang
dikendalikan oleh Rapid KL. Menurut statistik bilangan jenis perdagangan yang di keluarkan
oleh Jabatan Perancangan MBPJ, pada tahun 2012 sebanyak 8 jenis perdagangan terdapat di
dalam kawasan Petaling Jaya iaitu, Perniagaan Borong sebanyak 118, runcit sebanyak 481,
hotel 20, restoran 679, kewangan dan insurans 120, Perkhidmatan sosial 269, industri
perkhidmatan 959, dan penyediaan stesyen minyak sebanyak 35. Walaubagaimanapun, dari
14

segi pembangunan perindustrian menurut jabatan pembangunan MBPJ, pada 2012 sebanyak
2232 jenis perindustrian telah dibangunkan.

Dari segi kedudukannya yang strategik di antara Kuala Lumpur dan Pelabuhan Klang
dapat membuka banyak peluang pelaburan dari dalam dan luar negara. Akibat daripada
kawasan yang diperuntukkan tidak dapat menampung pertumbuhan kawasan perindustrian
yang pesat, ia mendorong kerajaan untuk meneroka kawasan baru di utara Petaling Jaya
untuk dibangunkan sebagai kawasan perindustrian. Sambutan yang sangat baik dari pelabur-
pelabur luar telah banyak memberi ruang kepada penubuhan Zon Perdagangan Bebas di
kawasan Sungai Way.

Di antara pelabur asing termasuklah dari Amerika Syarikat, Eropah, Jepun, Taiwan
dan Korea. Kebanyakan kilang terletak di Seksyen 51, 51A, 13 dan 19. Tumpuan industri
adalah tertumpu terhadap sektor pembuatan, elektronik, pemprosesan bahan mentah, produk
pengguna, industri teknologi tinggi dan industri berorientasikan perkhidmatan pelanggan.
Antara kilang yang beroperasi di Petaling Jaya adalah Panasonic, Matsushita, Omron,
Motorola dan Western Digital.

2.1.3 Kemudahan Pengangkutan

Dari segi sejarahnya, kemudahan pengangkutan dan infrastruktur juga telah lama
dibangunkan di Petaling Jaya. Perkhidmatan bas pada mulanya telah disediakan oleh syarikat
Sri Jaya antara awal 1950-an sehingga awal 1990-an. Pertengahan tahun lapan puluhan pula
menyaksikan bas mini di sediakan untuk kali pertama kepada penduduk dan memberikan
mereka jalan yang cepat untuk perjalanan ke Kuala Lumpur di samping faktor masa
menunggu bas mini untuk tiba juga kurang daripada 10 minit.

Pengenalan sistem bas Intrakota oleh DRB-Hicom dilihat sebagai penggantian kepada
perkhidmatan bas Sri Jaya dan bas mini pada awal 1990-an. Pada masa yang sama, beberapa
kawasan di daerah Petaling Jaya-Kuala Lumpur menjadi tumpuan laluan MetroBus. Hal ini
telah menyebabkan kepada masa menunggu bas mini yang telah kembali kepada 30 hingga
60 minit. Di sebabkan oleh faktor kemudahan yang kurang memuaskan, pengenalan kepada
perkhidmatan Light Rail Transit Sistem Putra pada tahun 1998 telah di sambut baik oleh
penduduk.
15

Selain daripada itu, penambahan bas Putraline adalah di gunakan sebagai


perkhidmatan bas pengantara. Gabungan perkhidmatan bas Putraline dan Putra LRT telah
membawa kelegaan kepada penduduk Petaling Jaya terutama sekali bagi mereka yang
terpaksa bergantung kepada pengangkutan awam. Pada tahun 2005, bas Triton telah
dibaiktarafkan kepada perkhidmatan feeder Putraline. Pada tahun 2006, RapidKL telah mula
mengambil alih operasi Intrakota di sebabkan oleh terdapatnya pusat bagi kedua-dua Star dan
LRT Putra yang terletak di Kuala Lumpur.

Pada hari ini, pengangkutan awam yang disediakan oleh RapidKL dalam bentuk bas
serta KL Light Rail Transit System telah menjangkau ke Kelana Jaya Line, dan sedikit ke
Petaling Jaya. Dari segi perkhidmatan Jalan, Petaling Jaya mempunyai tiga akses utama yang
menjadi sistem lebuh raya kebangsaan iaitu, Lebuhraya Utara-Selatan melalui Kota
Damansara, Damansara, dan Subang Dalaman, lebuh raya seperti Lebuhraya Damansara-
Puchong, Lebuhraya Sprint dan Lebuhraya Persekutuan. Dengan adanya penyediaan
kemudahan yang menarik dan memuaskan, sercara tidak langsung dapat menarik ramai
pelancong asing mahupun penduduk tempatan untuk berhijrah di samping aktiviti ekonomi
dapat di tingkatkan

2.1.4 Pendidikan

Petaling Jaya terdapat lebih daripada 23 kolej dan Universiti kerajaan mahupun
swasta telah di bangunkan di Petaling Jaya termasuklah Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia (IIUM atau UIAM) pusat untuk kajian asas kampus terletak di Seksyen 17,
Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus cawangan di Jalan Othman di Seksyen 1,
Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) kampus cawangan di Seksyen 13, Universiti Tun
Abdul Razak (UNITAR) kampus utama di SS6 Kelana Jaya, Stamford College di Jalan Timur
dan Jalan 223, Institut Makanan Malaysia (FIM) di SS6 Kelana Jaya, Universiti Sains
Teknologi Malaysia, (MUST) kampus utama di SS7, Kolej Damansara Utama (KDU) di
Damansara Jaya, Kolej Bandar Utama (KBU) di Bandar utama dan IACT di Damansara
Utama. International University College Of Technology Twintech sebuah kolej swasta di
Bandar Sri Damansara.
16

Pada tahun 1956, penyediaan kemudahan pendidikan UiTM yang dahulunya di kenali
sebagai Dewan latihan RIDA di Seksyen 1 telah memulakan kehidupan baru bagi penduduk
setempat. Ia kemudiannya dinamakan semula sebagai Dewan Latihan MARA yang
merupakan sebuah pusat latihan di bawah naungan RIDA atau Pihak Berkuasa Pembangunan
Luar Bandar dan Industri. Kolej kejururawatan swasta yang pertama di Malaysia adalah
terletak di Hospital Assunta di Petaling Jaya. Kolej Kejururawatan swasta tersebut telah
diasaskan olehTun Tan Cheng Lock pada tahun 1961.

Dari segi sekolah, sehingga kini terdapat banyak sekolah menengah dan sekolah
rendah di Petaling Jaya. Sehinggakan Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Utama
diwujudkan. Ia termasuk Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Medan, SMK Damansara
Utama, Bukit Bintang Boys School, SMK Assunta, Catholic High School, La Salle PJ, SMK
Damansara Jaya, SMK Sultan Abdul Samad, SMK Taman SEA, SMK Sri Permata, SMK (P)
Taman Petaling dan SMK Kelana Jaya berbanding pada tahun 1952 di mana merupakan batu
asas sekolah yang di asaskan oleh Almarhum Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah Ibni
Almarhum Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah.

2.1.5 Perumahan

Dasar Perumahan Negara ialah untuk memastikan semua rakyat mempunyai rumah
yang mencukupi dan selesa sebagai tempat perlindungan. Kerajaan bertanggungjawab dalam
menyediakan rumah mengikut kesesuaian untuk semua golongan pendapatan rendah dan
sederhana. Hal ini supaya rakyat mampu untuk membeli rumah sebagai tempat perlindungan.
Selain itu, meningkatkan kualiti dan produktiviti pembinaan rumah. kerajaan harus
memastikan barangan untuk pembinaan rumah mengikut piawaian dan kualiti barang yang
baik. Hal ini kerana untuk mengelakan berlakunya rumah yang retak dan roboh. Petaling Jaya
dahulunya perumahan kebanyakan setinggan.

Petaling Jaya dahulunya kebanyakan rumah setinggan. Hal ini dapat dibuktikan
melalui pernyataan dalam berita harian iaitu majlis yakin dapat menyelesaikan masalah ini
dengan memindahkan baki 7,000 keluarga di kawasan Petaling Jaya Selatan ke rumah kos
rendah. Hal ini kita dapat lihat kualiti hidup mereka meningkat dengan keselesaan tempat
perlindungan yang baru dari setinggan ke rumah kos rendah. Keluarga tersebut dipindahkan
17

ke rumah kos rendah Taman Medan Cahaya menyediakan 1,152 unit rumah dan sebahagian
di Taman Desa Mentari Fasa 1 menyediakan sebanyak 1,16 unit rumah kos rendah.

Kini, bilangan jenis perumahan yang terdapat di kawasan Petaling Jaya berdasarkan
Laporan Tahunan MBPJ, 2009 sebanyak 50,446 unit rumah Teres, 48,995 unit rumah
pangsapuri, 44,592 unit rumah pangsa, 8,623 unit rumah sesebuah, 7,653 unit rumah
berkembar dan 68 unit rumah bandar. Ini membuktikan bilangan perumahan untuk
perlindungan semakin meningkat dan taraf hidup juga menjadi semakin baik dengan adanya
rumah yang selesa untuk berlindung.

2.1.6 Mercu tanda

Mercutanda adalah merupakan nadi bagi setiap bandar untuk menaikkan imej serta
menjadi tarikan orang ramai untuk berkunjung atau menetap di kawasan tersebut yang
mampu meningkatkan ekonomi bandar. Bagi kawasan Petaling Jaya di antara mercutanda
yang mula di bina dan menjadi tarikan orang ramai adalah Universiti Malaya (UM) yang
terletak di antara sempadan Petaling Jaya dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Universiti
Malaya adalah merupakan antara Universiti yang tertua di Malaysia.

Selain daripada itu, pada tahun 1983, sebuah lagi pusat pengajian ditubuhkan iaitu
Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang bukan sahaja menjadi tarikan para pelajar
tempatan malah menjadi tumpuan bagi para pelajar antarabangsa. Namun kini kampus utama
UIAM berada di Gombak. Mercu tanda lain ialah gerbang Kota Darul Ehsan yang
menandakan sempadan PJ dan KL secara simbolik. Gerbang ini terletak di Lebuhraya
Persekutuan yang merupakan satu-satunya lebuh raya yang menghubungkan Petaling Jaya
dan Kuala Lumpur pada masa itu dan sehingga kini. Kota Darul Ehsan yang di bina adalah
bercirikan seni bina Moor yang siap dibina pada 1981. Pada 16 Mac 1987 Menara MPPJ
setinggi 27 tingkat menjadi mercu tanda Petaling Jaya dan nadi bagi New Town.

Walaubagaimanapun, dengan adanya teknologi pembangunan yang semakin pantas


dan maju banyak kawasan-kawasan mercutanda lain telah di bina di kawasan Petaling Jaya di
antaranya ialah Taman Bandaran Kelana Jaya, Taman Jaya dan Muzium Petaling Jaya yang
merupakan mercutanda bagi kawasan pusat beriadah. Kepada penggemar membeli-belah
pula, kawasan Mutiara Damansara adalah ibarat surga pusat membeli belah bagi Petaling
18

Jaya. Di mana di antara pusat membeli-belahnya yang terkenal seperti Sunway Pyramid, The
Curve, Ikea, dan One Utama.

2.2 Kesan Pembangunan

Kesan pembangunan di Petaling Jaya ialah peluang pekerjaan. Petaling Jaya


sememangnya terkenal dengan kawasan perdagangan yang bergiat aktif. Penubuhan kawasan
perindustrian di kawasan Petaling Jaya telah banyak memberikan sumbangan ekonomi
kepada kerajaan Negeri mahu pun kerajaan Pusat di dalam menarik pelabur-pelabur asing.
Dengan adanya pembukaan kawasan perdagangan dan perindustrian yang baru oleh pelabur-
pelabur asing dan tempatan telah banyak memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk
setempat. Walau bagaimanapun, kesan daripada penarikan pelabur-pelabur asing telah
mengundang kepada kemasukan ramai tenaga buruh asing. Selain daripada itu, dengan
keadaan ekonomi yang tidak menentu telah banyak mendorong kepada pembukaan peluang
pekerjaan kepada warga asing di sebabkan oleh bayaran gaji yang diberikan kepada mereka
amat rendah supaya keuntungan dapat di maksimumkan. Hal ini kebiasaannya terjadi bagi
sektor perindustrian dan pembinaan. Dari segi jenayah dan undang-undang pula, lambakan
pekerjaan asing telah banyak mengundang kepada berlakunya peningkatan jenayah di dalam
negara seperti menjual dan menjadi pembekal penjualan dadah.

Selain itu, kesan pembangunan di Petaling Jaya ialah kesesakan lalu lintas.
Kerancakkan pembangunan di Petaling Jaya telah mewujudkan pelbagai masalah lalu lintas
termasuk dari segi penyediaan pengangkutan awam yang tidak mencukupi akibat daripada
kesesakan pengunjung tempatan mahupun warga asing. Dari segi kesesakan Lalu lintas,
terutamanya pada jalan Lebuhraya Persekutuan (Federal) yang menghubungkan kawasan
Petaling Jaya ke Kuala Lumpur dan Klang sering berlaku kesesakan terutama pada waktu
pekerjaan iaitu pada waktu puncak pagi dan petang. Dari segi aspek sosial, hal ini akan
memberikan kesan terhadap disiplin para pekerja yang lewat untuk sampai ke destinasi.

Seterusnya, kesan pembangunan di Petaling Jaya ialah lambakan perumahan yang


berskala tinggi. Di dalam arus pembangunan yang semakin maju dan status Petaling Jaya
sebagai sebuah pusat bandar raya kebanyakan aktiviti pembangunan akan tertumpu kepada
pertambahan kawasan-kawasan perdagangan dan perindustrian. Justeru itu, peruntukan tanah
19

untuk pembinaan bagi kawasan perumahan akan menjadi terhad serta pembangunan
perumahan yang di bangunkan adalah seperti perumahan flat dan pangsapuri.

Menurut Laporan Tahunan MBPJ,2009 menunjukkan pembangunan perumahan


adalah tertumpu pada jenis pangsa iaitu sebanyak 48,995. Hal ini juga turut memberikan
kesan yang mendadak terhadap pertambahan penduduk. Menurut Laporan Ringkas RT
MBSA, MBPJ dan MPSJ kadar Pertumbuhan penduduk tahunan yang berada di paras tinggi
iaitu sebanyak 7.9% berbanding Negeri Selangor 6.9% antara tahun 1991 2000 dengan 30%
penduduk berada di daerah ini.

BAB 5

PERINCANGAN KAJIAN

5.1 Pengenalan

You might also like