You are on page 1of 3

RINGKASAN ARTIKEL

Menurut laporan barlow commision 1940, perancangan bandar adalah sebuah organisasi yang
mengurus hal ehwal sosal dan ekonomi di sekitar kawasan britain yang menjadi salah satu
bentuk akta perancangan selepas perang. di dalam buku keeble mengenai dengan prinsip
perancanagn dan juga amalan perancangan bandar dan desa (1952) telah memperkenalkan
mengenai aktiviti perancangan yang bertanggung jawab untuk menguruskan sebuah
pembangunan bandar dengan lebih terperinci khusus nya dalam membentuk fizikal bandar
selepas perang .

Walaubagaimanapun, keeble telah menyatakan beberapa pandangan mengenai perancangan


bandar semasa zaman pasca selepas perang mengenai beberapa perkara yang lebih terperinci
iaitu : (i) perancangan bandar lebih dilihat dalam skop bidang kerja yang lebih membina kawasan
persekitaran yang lebih baik (ii) perancang bandar juga dilihat sebagai orang yang bertanggung
jawab bagi membina atau mencorak bentuk tanah pada masa hadapan dan juga pembangunan
bandar yang akan dirancang dengan modal yang lebih terperinci. oleh itu perancangan bandar
yang di tengahkan oleh Lewis Keeble merupakan suatu teori perancangan lebih menekankan
kepada bentuk pembangunan fizikal bandar sahaja.

Secara umumnya, selepas berlaku perang pertama telah berlaku perubahan dari segi teori-teori
perancangan bandar yang baru yang bertujuan untuk menambahbaikan perancangan bandar yang
lebih baik dari segi fizikal dan juga sosial. dalam pada itu juga, perkara-perkara telah berlaku
selapas perang pertama tersebut maka ada beberapa perubahan yang perlu diperbetulkan dalam
perancangan bandar iaitu: (i) perancangan bandar tidak bergitu peka terhadap perancangan sosial
dalam membentuk pembangunan semula perumahan selepas perang. (ii) dasar-dasar perancangan
hanya memetingkan kepada perancangan fizikal sahaja. (iii) kebanyakan amalan perancangan
1
banyak menjejaskan keadaan sosial sesebuah bandar akibat kurang memberi peningkatan taraf
hidup pada sesebuah bandar.

Semasa selepas era pasca perang telah berlaku dan ketidakseimbangan sosial dalam perancangan
fizikal akibat sebuah kawasan telah dibangunkan untuk perumahan menjadi tidak sesuai akibat
daripada pembangunan yang terlalu komprehensif menjadikan kawasan pembangunan tersebut
menjadi kan dan proses untuk merancang bandar dibuat secara tidak sistematik dan tidak teratur
dan mengabaikan perancangan sosial dalam sesebuah pembangunan tersebut.

Justeru itu, teori-teori perancangan yang lebih tertumpu kepada keadaan fizikal selepas perang
pascal menyebabkan menjadikan Pembandaran yang tidak baik berlaku yang tidak merujuk
kepada aspek sosial dan hanya lebih tertumpu kepada aspek pembangunan fizikal semata-mata
yang tidak merangkumi persekitaran bandar yang perlu memenuhi keperluan dan kehendak
masyarakat daripada segi keselesaan dan keselamatan. Menurut Peter Young dan Michael
Willmott (1957) , ahli sosiologi menyatakan bahawa suasana di bandar sebagai kawasan
tumpuan ramai seharusnya mempunyai persekitaran dan kemudahan yang teratur, selesa, sihat
dan menarik kepada orang ramai. Justeru, perancangan bandar merupakan aspek penting yang
perlu diberi tumpuan dalam sesuatu pembangunan. Perkara ini melibatkan pelbagai aspek
persekitaran bandar antaranya, kemudahan awam dan kemasyarakatan seperti kawasan lapang
dan rekreasi; tempat letak kereta; ketinggian dan keluasan bangunan yang didirikan; kelebaran
jalan, kawasan penempatan serta memulihara kawasan sensitif alam sekitar dan kawasan yang
mempunyai nilai sejarah.

Berdasarkan pada rancangan bandar baru London oleh Patrick Abercrombie, Perancangan
bandar adalah sebahagian daripada proses yang melibatkan perancangan fizikal dan juga sosial
bagi bertujuan yang mana perancang bandar bertindak sebagai penasihat tentang kesesuaian
perancangan dan pembangunan. Oleh itu, fokus perancang bandar seharusnya merangkumi tiga
aspek penting iaitu ekonomi, sosial dan fizikal bandar dengan penekanan terhadap aspek fungsi
dan aktiviti yang dirancang.

2
Meskipun terdapat perbagai-bagai idea bagi menambah baik pada perancangan fizikal dan soial,
Namun ahli sosiologi Maurice Broady menyatakan bahawa Pembangunan bandar yang dilakukan
tanpa perancangan teratur dan bersistemetik untuk perancangan fizikal dan sosial iaitu yang
dilaksanakan secara drastik dan tergesa-gesa hanya akan menimbulkan pelbagai masalah dari
segi fizikal, sosial, ekonomi dan alam sekitar. Daripada aspek sosial misalnya, tekanan hidup di
bandar dengan suasana kesesakan lalu lintas, kos sara hidup yang tinggi, kesesakan kawasan
perumahan serta pencemaran alam sekitar.

You might also like