You are on page 1of 9

LAPORAN REFLEKSI

KOD KURSUS : MPU3342


NAMA KURSUS : PENGAJIAN SELANGOR
PROGRAM : IJAZAH SARJANA MUDA

“PERANAN NEGERI SELANGOR SEBAGAI SEBUAH NEGERI MAJU DI


MALAYSIA”

NAMA : JOSHUA JEREMIAH JOHNLI


NO. MATRIK : 4191005731
PILIHAN TAJUK : KATEGORI B
PENSYARAH : PUAN ROZILA BT ALIAS

NO. CLO MARKAH


“PERANAN NEGERI SELANGOR SEBAGAI SEBUAH NEGERI MAJU DI
MALAYSIA”

1.0 PENGENALAN

Negeri Selangor Darul Ehsan adalah sebuah negeri di Malaysia yang terletak di
bahagian tengah pantai barat Semenanjung Malaysia. Terdapat sembilan daerah dan 56
mukim dalam Selangor. Sembilan daerah tersebut adalah Gombak, Hulu Langat, Hulu
Selangor, Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling, Sabak Bernam, dan Sepang.
Terdapat empat lembangan sungai utama di Selangor dimana sungai-sungai tersebut
dianggap bermualanya penempatan awal masyarakat di persekitaran kawasan sungai
tersebut serta dimana perkembangan Selangor bermula. Belanda pernah menduduki di
Selangor sebelum pihak Inggeris masuk campur dan mentadbir negeri tersebut
disebabkan perang saudara yang berlaku sekitar tahun 1867 disebabkan perebutan
perusahaan bijih timah. Kemerdekaan tercapai pada 31 Ogos 1957 selepas perang dunia
kedua. Pada ketika itu, Kuala Lumpur merupakan pusat pentadbir negeri Selangor.
Namun, Kuala Lumpur berpisah daripada Selangor untuk menjadi pusat pentadbiran
Wilayah Persekutuan pada 1 Feruari 1974. Sejak itu, Selangor telah berkembang maju
sehingga sekarang. Dalam refleksi ini, peranan negeri Selangor sebagai sebuah negeri
maju di Malaysia akan dibincangkan dari kepentingan system tadbir urus, dasar
pendidikan, dasar ekonomi, dan kepentingan dasar, program, serta inisiatif rakyat
terkini.

1
2.0 SUB-TOPIK

2.1 Kepentingan Sistem Tadbir Urus kepada Pembangunan dan Kemajuan


Negeri Selangor

Sistem tadbir urus di Selangor yang sistematik dan teratur adalah sangat
penting kepada pembangunan dan kemajuan negeri Selangor. Negeri Selangor
telah dan masih lagi dalam pembangunan dan kemajuan yang pesat dengan
pembinaan dan penambahbaikan infrastruktur di semua 56 mukim dalam
sembilan daerah di Selangor. Lebih-lebih lagi terdapat banyak aktiviti
perindustrian, perdagangan, dan perkhidmatan di dalam negeri Selangor. Tidak
dilupakan populasi di Selangor sehingga 2016 adalah seramai 6.3 juta
penduduk. Infrakstruktur, sistem pengangkutan, dan perkhidmatan perlulah
setara dengan jumlah penduduk agar ekonomi, perindustrian, serta
perkhidmatan dalam negeri boleh berjalan dengan lancar. Setiap mukim dalam
negeri Selangor terdapat wakil rakyatnya yang tersendiri, dimana mereka akan
membawa sebarang usul untuk diberi perhatian. Memandangkan kerajaan
negeri Selangor mempunyai Sultan, negeri Selangor mempunyai seorang
Menteri Besar untuk membawa sebarang usul atau sebagai wakil negeri
Selangor di Dewan Parlimen Malaysia. Terdapat banyak lagi cabang dalam
kerajaan negeri Selangor seperti yang ditunjukkan dalam carta struktur kerajaan
negeri Selangor di bawah. Jikalau sistem pentadbiran negeri tidak sistematik,
maka kejadian seperti perang saudara antara Raja Abdullah dan Raja Mahadi
sehingga pihak British terpaksa campur tangan boleh berulang. Oleh itu, sistem
tadbir urus yang sistematik perlu ada untuk mentadbir supaya kehendak negeri
dapat dipenuhi dan membolehkan negeri Selangor untuk terus maju dan
membangun.

2
Carta struktur kerajaan negeri Selangor

2.2 Kepentingan Dasar Pendidikan dan Ekonomi Negeri Selangor

Kepentingan dasar pendidikan dan ekonomi adalah seiring dengan


kepentingan sistem tadbir urus kepada pembangunan dan kemajuan negeri
Selangor. Dasar pendidikan negeri Selangor adalah untuk mengekalkan sistem
pendidikan yang berkualiti agar dapat membangunkan potensi individu untuk
kebaikan negara. Terdapat banyak peranan pendidikan secara langsung dan
tidak langsung dalam pembangunan negara. Pendidikan juga telah dijadikan
sebagai satu platform untuk melahirkan generasi yang berilmu, mengurangkan
jurang diantara kaum, membentuk insan yang seimbang dan harmonis. Selain
itu, pendidikan juga boleh dijadikan sebagai alat untuk keseimbangan
pembangunan antara kaum, wilayah dan negeri yang lain terutamanya melalui
dasar ekonomi. Dasar pendidikan dan ekonomi tidak boleh dipisahkan kerana
kedua-dua dasar tersebut bergantung sesama satu sama lain secara langsung dan
tidak langsung. Disebabkan pendidikan, terbentuknya sains dan teknologi
dimana ianya amat diperlukan oleh mana-mana sektor terutamanya sektor

3
perindustrian yang mempengaruhi sektor ekonomi. Oleh itu, pendidikan dan
kemajuan negeri tidak boleh dipisahkan.
Begitu juga dengan dasar ekonomi dimana ia sangat diperlukan untuk
sesebuah kerajaan atau negeri untuk maju. Dasar ekonomi biasanya digunakan
dalam untuk kebaikan kerajaan negeri dalam menaik taraf infrastruktur dan
pembangunaan negeri, tetapi ianya juga boleh digunakan untuk kesejahteraan
sosial negeri. Persekitaran ekonomi yang kondusif akan menggalakkan
pertumbuhan yang lebih tinggi dimana ideanya boleh dikongsikan untuk
menawarkan penyelesaian terhadap sesuatu masalah atau keperluan negara
dengan lebih cekap. Melalui dasar ekonomi, jurang sosial tempatan dan bukan
tempatan boleh dikecilkan yang seterusnya melahirkan kesejahteraan sosial,
ekonomi, dan persekitaran yang makmur. Oleh itu, kerajaan negeri Selangor
telah memperkenalkan “SMART Selangor” yang membawa kemajuan negeri
lebih jauh dimana ia juga melibatkan institut pengajian tempatan seperti
Universiti Selangor (UNISEL) dalam inisiatif tersebut.

Perkhidmatan pendidikan dan latihan yang terdapat di negeri Selangor, 2021

4
“SMART Selangor”, 2021

2.3 Kepentingan Dasar / Program / Inisiatif Rakyat Terkini Negeri Selangor

Di zaman wabak Covid-19 ini, semua rakyat dan sektor amatlah terjejas
terutamanya golongan susah yang hilang mata pencarian. Untuk mengekang
wabak Covid-19, kerajaan Malaysia terpaksa melakukan perintah kawalan
pergerakan (PKP). Apabila PKP dilaksanakan, hampir kesemua sektor
ekonomi, perindustrian, dan perkidmatan ditutup bagi mengelakkan penularan
wabak Covid-19 kecuali sesetengah sektor yang penting seperti agensi
kesihatan dan keselamatan. Disebabkan itu, kewangan negeri tidak berjalan
dengan lancar. Walaupun terdapat kekangan tersebut, namun kerajaan negeri
Selangor masih membantu penduduk Selangor melalui “Pakej Kita Selangor
2.0”. Pakej tersebut melibatkan semua penduduk Selangor dan peniaga-peniaga.
Ia untuk membantu penduduk Selangor serta untuk merangsangkan ekonomi
semula. Pakej tersebut adalah tambahan daripada “Sistem Smart Inisiatif Peduli
Rakyat” (SSIPR) dimana ia membantu dari segi kebajikan, kesihatan,

5
kekeluargaan, pendidikan, pekerjaan dan perniagaan, dan perumahan. Program-
program dan inisiatif seperti inilah yang sangat membantu rakyat dalam melalui
kehidupan seharian mereka terutamanya kepada mereka yang berada dalam
golongan yang susah atau tidak berkemampuan. Seiring dengan itu, program
dan inisiatif tersebut juga lah yang boleh membawa kemajuan pada negeri
Selangor daripada penduduk-penduduk yang berkebolehan setelah diasah
bakatnya secara langsung atau tidak langsung daripada program-program dan
inisiatif tersebut.

“Sistem Smart Intensif Peduli Rakyat”, 2021

6
“Pakej Kita Selangor 2.0”, 2021

7
3.0 KESIMPULAN

Negeri Selangor merupakan antara penyumbang GDP yang terbesar di Malaysia.


Setaraf dengan itu, negeri Selangor telah membangun dengan pesat jika dibandingkan
pada sekitar tahun selepas kemerdekaan. Terdapat banyak perindustrian tempatan dan
juga bukan tempatan yang terdapat di negeri Selangor. Banyak juga pelabur-pelabur
mula melabur di Malaysia dengan membuka syarikat mereka di negeri Selangor. Untuk
mengejar kemajuan di negeri Selangor, kerajaan negeri perlu mempunyai suatu sistem
urus tadbir yang sistematik agar pengurusan pembangunan di negeri Selangor adalah
setaraf dengan kemajuan yang ia perolehi. Terdapat pelbagai dasar kerajaan negeri yang
telah dilaksanakan agar ianya seiring dengan kemajuan negeri. Oleh itu, kesemua
kepentingan yang telah dibincangkan dalam laporan refleksi ini adalah berkait rapat
antara satu sama lain dalam kemajuan suatu kawasan, negeri, mahupun negara.
Daripada sistem urus tadbir kepada pembangunan dan kemajuan negeri Selangor, yang
seterusnya akan merangsang ekonomi negeri Selangor. Secara tidak langsung,
kepentingan dasar pendidikan serta ekonomi memainkan peranan yang besar untuk
kemajuan negeri Selangor. Seterusnya bagi merangsangkan lagi kemajuan negeri
Selangor, disinilah kepentingan dasar, program, atau inisiatif negeri Selangor
memainkan peranan mereka. Dasar, program, atau inisiatif tersebut sentiasa
diperbaharui dari masa ke semasa untuk memenuhi kehendak perubahan zaman. Secara
kesimpulannya, kesemua sub-topik yang dibincangkan mempunyai kait rapat antara
satu sama lain dan setiap daripada sub-topik tersebut memainkan peranan masing-
masing yang penting dalam pembangunan dan kemajuan di negeri Selangor.

You might also like