You are on page 1of 29

PEMBANGUNAN WILAYAH

LNG3013

1.0 Pengenalan

Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8), memperlihat bahawa semua


negeri di Malaysia telah mencatat pertumbuhan ekonomi dan peningkatan dalam pendapatan
isi rumah bulanan purata yang semakin baik. Ini menunjukkan bahawa kualiti hidup di
kawasan luar bandar dan bandar telah meningkat dan semakin memuaskan. Walau
bagaimanapun, dari segi keseimbangan antara wilayah, tidak banyak kemajuan dicapai dalam
mengurangkan jurang pembangunan antara wilayah, negeri serta kawasan luar bandar dengan
bandar. Ini kerana masih terdapat negeri-negeri tertentu dalam keadaan mundur dan tidak
maju. Wilayah Pantai Timur dengan Pantai Barat menunjukkan ketidakseimbangan yang
agak ketara dan begitu juga dengan wilayah Sabah dan Sarawak.

Pembangunan wilayah yang seimbang menjadi salah satu subjek utama pembangunan
negara dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-6. Pelbagai langkah diambil bagi
mengurangkan ketidakseimbangan pembangunan antara wilayah dan negeri serta kawasan
luar bandar dengan bandar. Sehubungan dengan itu, pembangunan merentasi sempadan
antara negeri diberi penekanan manakala pembangunan di pusat pertumbuhan sedia ada tetap
dipergiatkan lagi. Walau bagaimanapun, penekanan turut diberikan kepada pembangunan
pusat pertumbuhan luar bandar dan bandar dengan menjana aktiviti yang menghasilkan
pendapatan dan seterusnya meningkatkan kualiti hidup.

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (2009), pembangunan koridor bermaksud bentuk
pembangunan berjajar di sepanjang jalan utama pada skala yang besar dalam jarak lima
kilometer dari kiri dan kanan jalan. Lazimnya, bentuk pembangunan ini terdapat di kawasan
yang menghubungkan dua bandar utama dalam satu wilayah. Wilayah terbentuk daripada
gabungan beberapa buah bandar. Pemangkin pula bermaksud factor persekitaran yang
mempercepat sesuatu tindakan atau perubahan. Wilayah yang digariskan dalam RMK-9
merujuk kepada Koridor Wilayah Ekonomi Negara yang meliputi kawasan yang lebih luas
dan merangkumi beberapa buah negeri.

Sebagai panduan, kerajaan telah menggubal suatu dasar iaitu Misi Nasional yang akan
melaksanakan misi tersebut. Misi Nasional ini merupakan satu rangka kerja bagi agenda
pembangunan negara dengan menggariskan langkah-langkah utama yang harus diambil bagi

1
PEMBANGUNAN WILAYAH
LNG3013

tempoh lima belas tahun akan datang. Misi Nasional akan menumpukan usaha negara kepada
bidang-bidang utama yang akan membawa kepada pencapaian Wawasan 2020. Misi
Nasional yang dirangka merangkumi lima teras utama iaitu meningkatkan ekonomi dalam
rantaian nilai lebih tinggi, meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta
memupuk ‘minda kelas pertama’, menangani masalah ketidakseimbangan yang berterusan
secara membina dan produktif, meningkatkan tahap dan kemapanan kualiti hidup, dan
mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan negara (http://pmr.penerangan.gov.my).
Oleh yang demikian, pembangunan koridor ini menepati aspek-aspek yang ditekankan dalam
Misi Nasional.

Di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) lima pembangunan wilayah


koridor telah dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi.
Wilayah yang terbabit ialah Wilayah Ekonomi Koridor Utara (WCER), Wilayah Ekonomi
Pembangunan Iskandar (PI), Wilayah Ekonomi Koridor Timur (ECER), Koridor
Pembangunan Sabah (SDC) dan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).
Walaupun Malaysia telah banyak menikmati kemajuan pesat dalam pelbagai aspek seperti
ekonomi, pembangunan, sosial dan sebagainya namun kemajuan ini masih tidak cukup untuk
menyaingi kemajuan negara-negara lain. Oleh yang demikian, kerajaan sedar bahawa negara
perlu memastikan kemajuan yang dilakukan dapat diagih dan dirasai oleh lebih ramai
penduduk disetiap pelusuk negara. Konsep Koridor Malaysia ini adalah berdasarkan
kesedaran bahawa pembangunan akan terlaksana dengan lebih teratur dan pantas jika potensi
setiap negeri digembling bersama. Ini kerana setiap negeri mempunyai kekuatan dan
kelebihan yang tersendiri dan bukan untuk menyaingi antara satu sama lain.

Maka dengan ini, sudah tiba masanya untuk mentransformasikan kawasan luar bandar
kepada ekonomi desa yang moden dan dinamik serta melihat industri-industri baru muncul.
Keadaan ini perlu dikukuhkan supaya dapat menghapuskan kemunduran, meningkatkan
pendidikan serta kemajuan dikejar bersama. Ini adalah bertujuan untuk menjulang martabat
Malaysia sebagai sebuah negara yang maju pada masa akan datang. Untuk merealisasikan
matlamat ini, setiap individu perlu membenarkan perubahan minda mengenai potensi negeri-
negeri dan daerah-daerah di seluruh negara yang terlibat dengan projek koridor ini. Namun,
sedar atau tidak pembangunan koridor Malaysia yang dianggap sebagai pemangkin kepada
kemajuan sesebuah wilayah dilihat telah memberi pelbagai implikasi baik secara positif

2
PEMBANGUNAN WILAYAH
LNG3013

mahupun negatif terhadap alam sekitar dan juga masyarakat. Oleh yang demikian, tugasan
ini akan mengupas isu-isu berkaitan alam sekitar dan masyarakat berkenaan dengan
pembangunan koridor sebagai pemangkin wilayah di negara ini.

2.0 Koridor-koridor di Malaysia

Sehingga kini terdapat lima buah koridor telah diwujudkan di Malaysia dan sedang giat
dibangunkan dan diusahakan. Berikut adalah koridor-koridor yang terdapat di Malaysia:

2.1 Wilayah Pembangunan Koridor Utara (NCER)

Kawasan wilayah ini merangkumi negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak
Utara. Bidang tumpuan projek NCER adalah dalam bidang pertanian moden, industri
pemakanan, pelancong, pembuatan dan reka bentuk, logistik industri dan pendidikan.
Antara projek-projek berimpak tinggi yang dikenalpasti di NCER adalah projek
pembinaan Trans-Eastern Kedah Hinterland Highway di Kedah, perluasan Taman
Teknologi Tinggi Kulim di negeri Kedah, pembinaan Jalan Lingkaran Luar Pulau
Pinang, dan pembinaan jambatan kedua di negeri Pulau Pinang, hab halal bersepadu
dan taman kekal pengeluaran makanan di negeri Kedah, pembangunan hab halal
bersepadu di Perlis serta pembinaan terminal makanan negara di Ipoh.

Inisiatif Koridor Utara ini terdiri daripada program-program dan pendekatan


yang bertujuan untuk merangsang pembangunan sosioekonomi kawasan tersebut bagi
kesejahteraan rakyat tempatan. Program-program serta pendekatan ini melibatkan
perancangan kerajaan di bawah RMK-9 dan juga saranan daripada sektor swasta yang
diterajui oleh Sime Darby Berhad. Ini adalah bagi memastikan bahawa pembangunan
yang dijalankan berteraskan kepada arus pasaran dan perdagangan supaya kawasan
Utara tidak ketinggalan dalam era globalisasi.

Inisiatif Koridor Utara berbeza daripada inisiatif Wilayah Pembangunan


Iskandar kerana koridor ini meliputi kawasan yang lebih luas serta mempunyai ciri-
ciri penduduk yang berbeza, peluang dan cabaran yang ternyata berbeza. Statistik

3
PEMBANGUNAN WILAYAH
LNG3013

menunjukkan bahawa kadar kemiskinan di negeri Kedah dan Perlis lebih tinggi
berbanding purata kadar kemiskinan seluruh negara. Oleh yang demikian, sasaran
Koridor Utara menjurus kepada transformasi sosio-ekonomi masyarakat berbanding
dengan Wilayah Pembangunan Iskandar yang berteraskan pertumbuhan bandar.

2.2 Wilayah Ekonomi Koridor Timur (ECER)

Wilayah Ekonomi Koridor Timur merupakan projek pembangunan koridor


yang merangkumi kawasan negeri Pahang, Terengganu, Kelantan serta daerah
Mersing di Johor. Bidang-bidang tumpuan dalam ECER ialah pelancongan, minyak
dan gas, pertanian dan pendidikan. Tempoh pelaksanaan adalah dari tahun 2007-2020
dan keluasan kawasan koridor tersebut adalah 66,736 km persegi dengan jangkaan
pelaburan sebanyak RM112 bilion.

Antara projek-projek berimpak tinggi yang dikenalpasti di Wilayah Ekonomi


Koridor Timur adalah jalan utama ketiga Simpang Pulai-Gua Musang-Kuala
Terengganu, penubuhan sebuah universiti baru di negeri Kelantan dan di Besut,
Terengganu. Turut dilaksanakan ialah menaiktarafkan lapangan terbang Kuala
Terengganu serta projek taman kekal pengeluaran makanan, kelompok industri
berasaskan minyak sawit dan hab halal bersepadu di Pahang.

2.3 Pembangunan Iskandar (PI)

Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) atau yang kininya dikenali sebagai


Pembangunan Iskandar (PI) merupakan salah satu daripada pembangunan
komprehensif yang terletak di kawasan Selatan Johor yang diwujudkan untuk menjadi
pemandu arah yang bertumpu kepada pembangunan zon ekonomi di Selatan negeri
Johor. WPI mempunyai segala elemen yang diperlukan untuk membangunkan Johor
sebagai sebuah metropolis yang dinamik dan bertaraf dunia. PI ini meliputi keluasan
tanah kira-kira 2,217 km persegi dengan mempunyai penduduk 1.35 juta meliputi
43% daripada penduduk di negeri Johor. Hampir 66% daripada penduduknya adalah
merupakan penduduk yang bekerja. Tumpuan pembangunan koridor ini adalah dalam

4
PEMBANGUNAN WILAYAH
LNG3013

bidang industri kreatif, perkhidmatan kewangan, pendidikan, kesihatan, perkhidmatan


elektrik dan elektronik serta logistik.

IRDA merupakan badan berkanun yang bertanggungjawab menyelia


Pembangunan Iskandar yang merangkumi kawasan seluas 2,217 km persegi dan
meliputi 5 PBT iaitu Johor Bahru, Johor Bahru Tengah, Kulai, Pasir Gudang dan
Pontian. Selain itu, IRDA adalah merupakan badan tunggal yang akan
mengendalikan semua urusan berkaitan pelaburan domestik dan asing ke wilayah
tersebut. Bagi urusan yang berkaitan dengan pembangunan tanah pula, permohonan
yang diproses oleh IRDA adalah meliputi projek Berkonsepkan Bina dan Jual (BKJ),
projek Impak Tinggi dan Pelaburan Asing, projek-projek Kerajaan dan pojek Yang
Mendapat Status IRDA (http://www.jpbdjohor.gov.my/pautan_info/WPI.html).

2.4 Wilayah Pembangunan Ekonomi Sabah (SDC)

Pelancaran Koridor Pembangunan Sabah (SDC) dilihat sebagai memberi peluang


untuk mengatasi isu kemiskinan tegar di kalangan penduduk luar bandar dan menjadi
platform anjakan penambahbaikan ekonomi serta pendidikan di kawasan-kawasan
yang memiliki taraf hidup di bawah paras kemiskinan. SDC meliputi seluruh
kawasan dan penduduk Sabah. Antara projek yang dilaksanakan dalam SDC ialah
pembangunan dan promosi pasaran MICE (mesyuarat, insentif, konvensyen dan
pameran), pembinaan stesen pusat kereta api, penubuhan kemudahan pukal dalam
kelompok perindustrian minyak sawit di Lahad Datu, pembangunan tebingan Kota
Kinabalu dan penubuhan kemudahan pendaratan ikan moden di Tawau, Lahad Datu
dan Sandakan. SDC ini turut merangkumi projek pelancongan, Hutan Simpan Ulu
Segama, sektor pembuatan dan sektor pertanian.

SDC boleh dilihat sebagai pelengkap kepada hala tuju Sabah dan pada masa
yang sama, mempunyai keunikan tersendiri dan SDC dilihat mampu melonjakkan
ekonomi Sabah kerana ia merupakan suatu inisiatif holistik, komprehensif dan
berpandangan jauh. Keyakinan itu berdasarkan jangkaan kemasukan pelaburan luar
untuk menjayakan program pembangunan mega sebagaimana berlaku di kawasan

5
PEMBANGUNAN WILAYAH
LNG3013

koridor pembangunan di selatan dan utara Semenanjung. Projek kawasan Industri


Berkelompok Sawit (POIC) Lahad Datu merupakan salah satu daripada komponen
dalam koridor pembangunan itu dan apabila dilaksanakan kelak, sudah pasti ia
mewujudkan banyak peluang dan kegiatan industri hiliran. Selain itu, pembangunan
POIC bakal meletakkan Sabah sebagai pemain utama industri minyak sawit dunia.
SDC akan memberikan tumpuan terhadap mempelbagaikan kegiatan dengan
menceburi produk pertanian bernilai tinggi seperti hortikultur, produk asli berkaitan
kesihatan dan jatrofa. Tanaman getah pula akan dipromosikan untuk susu getah dan
sebagai stok bahan mentah bagi industri berasaskan kayu
(http://sdc.gov.my/sabahdc/blueprint/malay/BAB3.pdf).

2.5 Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE)

Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak atau Sarawak Corridor of Renewable


Energy (SCORE) dilancarkan secara rasminya pada 11 Februari 2008. SCORE
bermatlamat untuk membangunkan pertumbuhan ekonomi Sarawak terutamanya
wilayah tengah dan sekaligus meningkatkan taraf hidup rakyat di negeri ini. SCORE
terletak di wilayah tengah Sarawak yang meliputi kawasan sepanjang 320 km di
kawasan pesisiran dari Similajau ke Tanjung Manis dan meliputi kawasan sekitarnya
serta kawasan pedalaman.    Kawasan SCORE seluas kira-kira 70,000 kilometer
persegi merangkumi pusat-pusat bandar seperti Sibu, Bintulu, Mukah, Sarikei dan
Kapit.

Sebuah agensi iaitu Regional Corridor Development Authority atau RECODA


dipertanggungjawabkan untuk memiliki, mengurus dan melaksana pembangunan
koridor ini.  Ia juga bertindak sebagai ‘one-stop agency’ untuk mempromosikan dan
memasarkan SCORE. Bahagian Kapit, yang diliputi dalam kawasan SCORE,
dijangka menjadi penjana kuasa utama di negeri ini khasnya untuk industri
berintensifkan tenaga yang merupakan pemangkin transformasi Sarawak ke arah
negeri berindustri maju. Antara projek janakuasa di Bahagian Kapit ialah Projek
Hidroelektrik Murum (990 MW), Projek Hidroelektrik Balleh (950 MW), Projek
Hidroelektrik Pelagus (770 MW) dan Loji Pembakar Arang Batu Merit (600 MW)

6
PEMBANGUNAN WILAYAH
LNG3013

selain Projek Hidroelektrik Bakun (2400 MW) yang sedang dalam pembinaan.  Untuk
akses ke kawasan pedalaman, pembinaaan jalan-jalan dan jambatan-jambatan ke
Empangan Murum,  Empangan Balleh, Lombong Arang Batu Nanga Merit dan Tunoh
turut dicadangkan (http://www.kapit.net.my).

Kawasan tanah tinggi di Bahagian Kapit dan sungai-sungai yang mengalir


melaluinya merupakan sumber semulajadi bagi penjanaan kuasa hidroelektrik. Projek
Hidroelektrik Bakun merupakan antara empangan batu tertinggi di dunia iaitu pada
ketinggian 205 meter (673 kaki). Apabila projek ini siap dibina, Sarawak akan menjadi
sebuah negeri yang amat sesuai untuk pembangunan industri yang banyak
menggunakan kuasa elektrik seperti industri peleburan besi dan aluminium. Ekoran
projek ini, Jalan Bakun-Bintulu telah dibina. Perhubungan ini akan membawa lebih
banyak pembangunan kepada penduduk luar bandar di kawasan pedalaman.  Projek
Hidroelektrik Bakun juga akan membekalkan tenaga elektrik kepada Semenanjung
Malaysia melalui dua kabel bawah laut dalam Laut China Selatan. Projek ini akan
menjadikan Sarawak sebagai “Penjana Kuasa Negara” dan juga menjadi negeri yang
memainkan peranan utama dalam usaha Malaysia melangkah ke arah negara mengikut
matlamat Wawasan 2020 dan seterusnya.

7
PEMBANGUNAN WILAYAH
LNG3013

3.0 Kesan-kesan Koridor Sebagai Pemangkin Wilayah

Dewasa ini, pembangunan koridor sememangnya memberi kemajuan kepada masyarakat


Malaysia. Pembangunan yang akan dilaksanakan di setiap koridor berkenaan adalah
mengikut perancangan dan sasaran yang telah ditetapkan dalam pelan induk masing-masing.
Ini termasuklah sasaran jumlah pelaburan yang diperlukan bagi pembangunan setiap koridor.
Justeru, itu, kerajaan telah melancarkan inisiatif Koridor Pertumbuhan sebagai salah satu
daripada pendekatan baru bagi menangani masalah ketidakseimbangan pembangunan
wilayah di negara ini. Namun, setiap aspek pembangunan yang dilakukan pasti mempunyai
pro dan kontra. Pembangunan koridor yang dianggap sebagai pemangkin wilayah dilihat
turut memberi impak terhadap alam sekitar dan masyarakat. Berikut adalah kesan
pembangunan koridor sebagai pemangkin wilayah terhadap alam sekitar dan masyarakat.

3.1 Kesan Terhadap Alam Sekitar

3.1.2 Kebaikan

Dalam Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) memperuntukkan
penubuhan Jawatankuasa Perancang Wilayah (JPW) bagi sesuatu wilayah yang terdiri
daripada satu kawasan yang terletak dalam dua buah negeri atau lebih sebagai fungsi
untuk menyediakan Rancangan Wilayah secara komprehensif bagi memandu dan
menyelaraskan kemajuan sesuatu wilayah seperti yang dinyatakan dalam Perenggan
6A(5)(b) Akta 172. Terdapat beberapa kesan positif yang wujud dalam pembangunan
koridor dari aspek alam sekitar. Ini kerana alam sekitar merupakan salah satu ejen
yang amat penting sebagai aset negara yang perlu dipelihara dan dipulihara bagi
kelicinan sesuatu program yang dilaksanakan. Kesan positif yang dapat dilihat
menerusi pembangunan koridor terhadap alam sekitar adalah koridor ini mampu
menggalakkan pertumbuhan sektor pelancongan. Wilayah-wilayah di Malaysia
memiliki keunikan yang tersendiri dan mampu dijadikan daya penarik pelancong
untuk melawati wilayah tersebut dan seterusnya mampu menarik pelancong asing ke
Malaysia. Sebagai contoh, keunikan Pulau Pinang yang kaya dengan tempat sejarah
dan keindahan pantai berjaya menarik pelancong asing datang ke Malaysia. Statistik

8
PEMBANGUNAN WILAYAH
LNG3013

yang ditunjukkan oleh Portal Rasmi Kerajaan Pulau Pinang, pada tahun 2006 sektor
pelancongan Pulau Pinang telah menyumbangkan lebih kurang 37.5% daripada
KDNK di negeri tersebut.

Kesan positif yang kedua adalah wujudnya hutan simpan. Walaupun pelbagai
aspek pembangunan dilaksanakan di Malaysia termasuklah projek-projek koridor,
namun pemeliharaan hutan simpan masih lagi dikekalkan. Ini kerana terdapatnya akta
tertentu berkaitan hutan diwujudkan bagi memastikan khazanah negara tidak
diperkosa sesuka hati. Antara hutan simpan yang masih dikekalkan walaupun projek
koridor dilaksanakan ialah Hutan Belum di Grik, Perak dan Hutan Simpan Segama di
Sabah. Hutan simpan ini perlu dipelihara dan dikekalkan bagi menjaga keseimbangan
ekologi flora dan fauna. Pembangunan yang pesat menyebabkan hidupan hutan
terancam dan pupus. Oleh yang demikian, dengan pengekalan hutan simpan ini
dilihat mampu untuk melindungi hidupan liar yang dikhuatiri mudah terancam dan
semakin pupus. Namun, bilangan hutan simpan yang dilindungi ini adalah terlalu
kecil jika dibandingkan dengan pembangunan yang dilaksanakan. Ini secara langsung
menunjukkan bahawa koridor memberi kebaikan terhadap alam sekitar.

Kesan positif ketiga yang dapat dilihat melalui pembangunan koridor ialah
sistem jalan raya yang semakin bersistematik. Dapat dilihat perbezaan pada waktu
kini dan dahulu adalah amat berbeza dari segi sistem pengurusan infrastrukturnya.
Sistem pengangkutan yang semakin baik ini adalah salah satu cara berkesan dalam
menghubungkan satu wilayah dengan wilayah yang lain. Oleh yang demikian,
kawasan-kawasan terpencil dapat dimajukan apabila jaringan jalan raya diperbaiki.
Dengan adanya jalan raya ini juga mampu menjimatkan masa perjalanan. Sebagai
contoh, projek jalan utama ketiga Simpang Pulai-Gua Musang-Kuala Terengganu
mampu menghubungkan antara tiga bandar berkenaan melalui projek Wilayah
Ekonomi Koridor. Tempoh masa perjalanan antara Perak ke Kelantan dan
Terengganu semakin dekat dan mudah. Projek pembinaan Trans-Eastern Kedah
Highway serta pembinaan Jalan Lingkaran Luar Pulau Pinang dan pembinaan
jambatan kedua di Pulau Pinang dalam projek Wilayah Ekonomi Koridor Utara juga
adalah pemangkin kepada kemajuan sesebuah wilayah dalam aspek jaringan jalan
raya. Kajian awal yang menonjol tentang kepentingan pembangunan bandar dan

9
PEMBANGUNAN WILAYAH
LNG3013

pertaliannya dengan pembangunan sektor lain umpamanya sistem pengangkutan jalan


raya bagi kemudahan peningkatan kualiti hidup penduduk setempat telah mula
dijalankan oleh Charles H. Cooley (1894) pada tahun 1894 melalui penulisannya ‘The
Theory Of Transportation’. Kemudian diikuti oleh Adna F. Weber (1899) melalui
bukunya ‘The Growth Of Cities In The Nineteenth Century: A Study In Statistics’.
Lord Lugard (1922) pula kemudiannya mengkaji tentang kepentingan pengangkutan
dan proses perbandaran terhadap pembangunan Afrika yang merumuskan bahawa
untuk membangunkan Benua Afrika ialah dengan hanya satu patah perkataan sahaja
iaitu pengangkutan (Prof. Madya Dr. Hj. Wan Rozali Hj. Wan Hussin).

Kini Malaysia mengamalkan sistem pengangkutan jalan raya yang lebih


moden dan berteknologi tinggi di bawah `Sistem Lebuh Raya Malaysia’ melalui
pengawasan Lembaga Lebuh Raya Malaysia. Justeru itu proses perbandaran di
Malaysia semakin pesat membangun yang bertindak sebagai penggerak ekonomi
negara. Antara yang utama termasuk Lebuh Raya Utara-Selatan, Lebuh Raya Timur-
Barat, Kuala Lumpur-Karak, Kuala Lumpur- Air Hitam, Lebuh Raya Pan-Borneo dan
Lebuh Raya Pantai Barat, Sabah. Kesemua rangkaian lebuh raya yang siap dan
sedang dalam pembinaan merupakan penghubung utama dengan semua rangkaian
jalan raya dan bandar-bandar sedia ada di seluruh negara. Laluan Lebuh Raya Utara-
Selatan di antara Pantai Barat Semenanjung Malaysia menghubungi kawasan utara
dari sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam ke Johor Bahru di selatan
melalui bandar-bandar utama bermula dari Alor Setar, Butterworh, Ipoh, Kuala
Lumpur, Seremban dan Johor Bahru. Bagi rangkaian Lebuh Raya Timur-Barat pula
menghubungi Pantai Barat dan Pantai Timur di bahagian utara Semenanjung Malaysia
dengan menghubungi Grik, Perak dan Jeli di Kelantan. Manakala Lebuh Raya Gua
Musang pula menghubungi Kota Bharu, Gua Musang, Bentong dan Kuala Lumpur. Di
bahagian Pantai Timur Semenanjung Malaysia, Lebuh Raya Jerangau-Jabor
menghubungi Kuala Terengganu, Kuantan, Bentong dan Kuala Lumpur atau terus
melalui Lebuh Raya Segamat dari Kuantan, Segamat dan Johor Bahru. Di Sarawak,
Lebuh Raya Pan-Borneo menghubungi Bandaraya Kuching, Sibu dan Miri.
Seterusnya dapat merentasi hingga ke Sabah melalui Lebuh Raya Pantai Barat yang
menghubungi Miri, Kota Kinabalu dan terus ke Sandakan dan Tawau melalui
hubungan rangkaian jalan raya sedia ada. Dengan ini pada keseluruhannya rangkaian

10
PEMBANGUNAN WILAYAH
LNG3013

lebuh raya di Malaysia mempunyai pengaruh dan pertalian dengan bandar-bandar


yang sedang meningkat proses perbandarannya. Antaranya termasuk bandar Jitra,
Sungai Petani, Taiping, Kuala Kangsar, Kota Tinggi dan Segamat, Johor. Proses ini
dijangka berterusan dan akan menggalakkan lagi pertumbuhan bandar-bandar kecil di
seluruh negara dalam tempoh jangka panjang (http://sssums.files.wordpress.com).

3.1.2 Keburukan

Selain daripada memberi kebaikan kepada alam sekitar akibat pembangunan


wilayah, terdapat juga kesan-kesan buruk yang ditinggalkan akibat kesan
pembangunan ini. Kesan yang biasa terjadi ialah bencana alam. Antaranya seperti
banjir kilat, banjir lumpur dan tanah runtuh. Umum mengetahui bahawa bencana
alam adalah semulajadi, kejadian ini berlaku secara mengejut, bersifat kompleks dan
mengakibatkan kehilangan nyawa, kemusnahan kepada harta benda atau alam sekitar
serta menjejaskan aktiviti masyarakat setempat. Tetapi disebalik kejadian yang terjadi
adalah disebabkan oleh kegiatan manusia itu sendiri. Manusia telah memusnahkan
hutan dengan menebang pokok tanpa perhitungan, mendirikan bangunan tanpa
menimbangkan keadaan alam sekitar. Selain itu, perbuatan manusia yang membuang
sampah tanpa distruktur dan kilang yang turut membuang sisa toksik ke tempat yang
tidak dikhaskan boleh menyumbang kepada pencemaran sungai dan banjir di sesuatu
kawasan. Oleh yang demikian, aktiviti manusia juga boleh diistilahkan sebagai
bencana alam. Disebabkan kekerdilan dan kerakusan sifat manusia, bencana alam
memberi kesan yang buruk. Kesan yang biasa ditinggalkan oleh malapetaka ini
mampu memusnahkan sebuah bandar dan seluruh penduduknya sekali. Seperti mana
firman Allah s.w.t,

“Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana


perbuatan tangan manusia, Allah mengkehendaki agar mereka
merasakan sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka
kembali (ke jalan yang benar)” (Surah Ar-
Rum:41)

11
PEMBANGUNAN WILAYAH
LNG3013

Berdasarkan ayat di atas jelas menunjukkan bahawa bencana alam yang


berlaku boleh dikaitkan dengan tingkah laku manusia di bumi ini yang tidak berhemah
pada alamnya. Kebanyakan negara membangun lebih banyak memberi tumpuan dan
membuat persediaan untuk respon apabila bencana menimpa rakyatnya.
Pembangunan koridor ini dikatakan memberi perlindungan terhadap hutan simpan,
namun hutan yang diberi perhatian ini adalah terlalu kecil berbanding pemusnahan
hutan yang secara besar-besaran. Walaupun respon sangat perlu untuk
menyelamatkan nyawa, mengawal kerosakan yang lebih besar dan mententeramkan
keresahan masyarakat awam, pada hakikatnya respon hanya satu usaha terakhir yang
mesti dilakukan untuk menangani bencana alam. Menyediakan rancangan jangka
panjang berstrategi bagi mengurangkan risiko bencana adalah lebih efektif.

Kemusnahan hutan akibat pembangunan khususnya pembangunan koridor


menyebabkan berlakunya kejadian banjir dan tanah runtuh. Ini kerana, hutan
dianggap menjadi pelindung atau penahan berlakunya banjir dan tanah runtuh kerana
keupayaannya untuk menakung air dan mengalirkan air dengan baik. Kemusnahan
hutan boleh menyebabkan muka bumi kosong dan mendorong mudahnya berlaku
bencana alam. Pembukaan kawasan bandar baru, industri, pertanian dan kawasan
perumahan di wilayah-wilayah untuk projek koridor telah menyebabkan sistem
ekologi yang asal tidak mampu untuk menghalang kejadian bencana alam.
Pembukaan Bandar Baru seperti Bandar Muadzam Shah, Pahang dan pembukaan
tanah baru seperti di Lojing, Gua Musang menyaksikan pembersihan hutan dan
pemotongan bukit. Ini memberi kesan kepada hakisan tanah yang akhirnya
menyebabkan tanah runtuh dan kerosakan cerun. Oleh kerana air larian di kawasan
tinggi tidak dapat dihalang oleh pokok dan tanah yang berstruktur lemah akan
menyebabkan tanah dibawa bersama terus masuk ke dalam sungai dan laut
menyebabkan pemendapan. Sungai dan laut akan menjadi semakin cetek.

Penambahan keladak akan mencetekkan sungai, laut dan aliran akan tersekat
serta boleh menyebabkan kejadian banjir kilat terutama di kawasan rendah.
Penebangan yang berterusan dan kemusnahan hutan di kawasan tadahan air akan
menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air, menjejaskan kemampuan pengambilan
semula air di bawah tanah dan menyebabkan lebih banyak banjir di kawasan tanah
rendah. Ini juga boleh dikaitkan dengan perubahan struktur tanah. Pada tahun

12
PEMBANGUNAN WILAYAH
LNG3013

sebelum ini, beberapa negeri di selatan Malaysia terutamanya Johor telah dilanda
banjir besar mulai 18 Disember 2006 dan pada 12 Januari 2007, akibat hujan lebat
yang mencurah-curah. Banjir ini merupakan yang paling teruk di Malaysia pada abad
ini. Banjir ini turut dirasai di negeri-negeri jiran seperti Pahang, Melaka dan Negeri
Sembilan (Berita Harian, 13 Januari 2007). Banjir ini berlaku ketika musim tengkujuh
di Kelantan dan Terengganu.

Kepentingan hutan dan lautan sebagai satu sumber tadahan yang dapat
menampung berbagai jenis penghidupan flora dan fauna. Kawasan hutan dan lautan
amat kaya dengan tumbuh-tumbuhan dan haiwan serta serangga yang saling hidup
dalam berintegrasi antara satu sama lain kerana adanya pertalian pemakanan iaitu
ekosistem. Flora dan fauna semakin terancam. Tumbuh-tumbuhan dan haiwan
semulajadi akan mengalami kepupusan dan kemusnahan. Umum mengetahui yang
flora dan fauna ini memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Satu
keseimbangan yang dinamik akan wujud antara manuasia dan organisma dengan alam
sekitar. Flora dan fauna merujuk kepada segala komponen hidup (biosis) seperti
haiwan dan tumbuhan dan yang bukan hidup (abiosis) contohnya tanah, bentuk muka
bumi, cuaca dan faktor kimia. Kepupusan flora dan fauna disebabkan aktiviti-aktiviti
manusia mengejar kemajuan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk, kegiatan
ekonomi dan projek-projek pembangunan sesebuah negara. Mengikut teori keperluan
segi tiga Maslow (Maslow triangle of needs), manusia hanya akan ingin mencari
kehidupan aman, merealisasikan diri apabila kehidupan asas dapat dipenuhi. Oleh itu,
manusia akan berusaha mengejar kemakmuran dan kejayaan ekonomi, membangunkan
negara dan membaiki taraf kehidupan, selepas itu barulah mereka sedar dan ada masa
lapang untuk mencari warisan negara terutamanya alam sekitar.

3.2 Kesan Terhadap Masyarakat

13
PEMBANGUNAN WILAYAH
LNG3013

3.2.1 Kebaikan

Pembangunan koridor dilihat telah memberi kebaikan kepada masyarakat sama ada di
semenanjung Malaysia mahupun di kawasan Sabah dan Sarawak. Pembangunan ini
juga bertujuan untuk mentransformasi kawasan luar bandar kepada ekonomi desa
yang moden dan dinamik. Inisiatif koridor ini terdiri daripada pelbagai program dan
pendekatan yang bertujuan untuk merangsang pembangunan sosio-ekonomi kawasan
tersebut, bagi kesejahteraan rakyat tempatan. Pembangunan koridor ini dikatakan
banyak memberi kebaikan kepada masyarakat antaranya mempercepat tahap
pembangunan kawasan atau di negeri-negeri yang terlibat. Hal ini adalah untuk
memastikan bahawa kemajuan diagih dan dirasai oleh lebih ramai penduduk di setiap
pelusuk negara. Jika dilihat kepada pembangunan yang dilakukan sebelum-sebelum
ini, hanya kawasan-kawasan tertentu sahaja yang lebih diberi perhatian oleh pihak
kerajaan seperti dikawasan pekan dan juga bandar-bandar besar. Namun, dengan
pembangunan koridor seperti NCER yang melibatkan zon-zon pembangunan seperti
koridor pulau, persisiran pantai, pedalaman dan tengah dilihat sebagai pemangkin
kepada pembangunan di kawasan tersebut. Perhubungan antara wilayah yang
melibatkan Butterworth, Kulim, Baling dan Pengkalan Hulu mampu merapatkan
ketidakseimbangan antara wilayah di Utara Semenanjung Malaysia.

Dengan adanya koridor Malaysia ini, akan mewujudkan Koridor


Pembangunan Ekonomi yang akan membuka banyak peluang pekerjaan kepada rakyat
tempatan. Selain itu, pembangunan koridor ini juga merupakan pemangkin kepada
kemajuan ekonomi tempatan atau negeri tersebut. Hal ini memberi impak positif
kepada masyarakat iaitu dengan membuka peluang pekerjaan dalam banyak sektor.
Sebagai contoh, SDC yang telah mewujudkan 13 memorandum antaranya dengan
syarikat China, Jepun dan Amerika Syarikat dilihat telah membuka banyak peluang
pekerjaan kepada penduduk tempatan melalui projek infrastruktur, pelancongan,
pembuatan dan pertanian (Ensiklopedia Bebas, Wikipedia). Dalam ECER turut
dilaksanakan projek taman kekal pengeluaran makanan, kelompok industri berasaskan
minyak sawit dan hab halal bersepadu di Pahang. Ini bukan sahaja memberi peluang
pekerjaan kepada warga tempatan, malah memberi peluang ekonomi baru memasuki

14
PEMBANGUNAN WILAYAH
LNG3013

pasaran tempatan yang jarang diketengahkan. Projek seumpama ini turut


dilaksanakan di negeri Kedah.

Kadar pengangguran di negeri Terengganu dijangka dapat dikurangkan


dengan perlaksanaan beberapa program penempatan pekerjaan dan kemahiran di
bawah projek pembangunan insan ECER. Menurut Menteri Besar, Datuk Ahmad
Said, setakat awal tahun 2010 ini, lebih 1600 penganggur mendaftar untuk mengikuti
program kerjaya ECER. Mereka dibantu melalui Program Penempatan Graduan
Terengganu dan Program Penempatan Pekerja yang menyediakan pekerjaan di 19
buah syarikat di negeri tersebut. Di bawah Program Penempatan Graduan selama dua
tahun, para peserta akan diberi latihan di tempat kerja selama sembilan bulan pertama
dan menerima gaji minimum RM1,200. Mereka berpeluang diserapkan sebagai
pekerja tetap pada akhir tempoh dua tahun itu. Sehingga awal tahun ini, sebanyak 304
orang telah mendaftar untuk mengikuti program ini. Di bawah Program Penempatan
Pekerja pula, syarikat-syarikat di negeri Terengganu dibantu untuk mencari pekerja
tetap dan sambilan dari kalangan yang diberhentikan kerja akibat krisis ekonomi baru-
baru ini. Setakat ini, 448 orang telah mendaftar untuk mengikuti program ini. Satu
lagi komponen di bawah Kerjaya ECER adalah Program Latihan Kemahiran untuk
graduan dan pelajar lepasan sekolah. Sehingga kini seramai 909 orang telah
mendaftar untuk mengikuti program latihan kemahiran dalam bidang mekanikal,
elektronik, komputer, pelancongan serta kursus berteknologi tinggi termasuk robotic
dan automasi (http://umno-online.com)

Bagi sektor pembuatan seperti Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) adalah
bertujuan untuk membantu masyarakat tempatan yang tidak mempunyai pekerjaan
dan berpendapatan rendah supaya dapat bekerja dan meningkatkan pendapatan
mereka. Di bahagian Pantai Timur terdapat pembangunan koridor dalam sektor
perindustrian khususnya melalui pemprosesan makanan, kraftangan, logam dan
sebagainya. Manakala, di sebelah Utara Perak pula turut mempunyai pembangunan
koridor yang terlibat dalam sektor pembuatan seperti pembinaan kilang penapisan
minyak di Tanjung Piandang, Di Hulu Perak pula terdapat pembangunan industri
petrol kimia, plastik serta produk berasaskan getah. Selain itu, turut diadakan
pembangunan industri hiliran dan kilang pemprosesan berasaskan magnesium di

15
PEMBANGUNAN WILAYAH
LNG3013

Kamunting serta pengeluaran dan pemprosesan bahan `koalintik Clay' di Trong,


Taiping. Hal ini memberi impak yang amat baik dari segi mengurangkan
pengangguran dan membaiki tahap kemiskinan kepada penduduk tempatan. Bagi
sektor pertanian pula, usaha mempertingkat kecekapan pengeluaran makanan
termasuk menggalakkan perladangan secara besar-besaran akan menjadi teras
strategik dalam pembangunan pertanian di setiap kawasan pembangunan koridor.
Perkara ini amat berbeza dengan kaedah transformasi di kawasan Wilayah
Pembangunan Iskandar yang hanya berteraskan kepada pertumbuhan bandar.

Sehubungan dengan itu, terdapat juga cadangan projek pertanian seperti


penanaman dan pembangunan kilang nanas di Trong dan projek tanaman getah, balak
di Daerah Hulu Perak dan ini dijangka dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada
penduduk tempatan. Selain itu, projek pembangunan koridor menjadi satu
transformasi bagi mempertingkatkan pembangunan fizikal negeri terlibat, sebagai
contoh pelaksanaan SDC bukan sahaja dapat mempertingkatkan pendapatan rakyat
melalui pelbagai peluang pekerjaan, namun pembangunan koridor ini turut menumpu
kepada memajukan Hutan Simpan Segama supaya dapat dimanfaatkan oleh
masyarakat.

Pembangunan koridor juga memberi implikasi positif dalam aspek pendidikan


apabila pelbagai prasarana dibina bagi memastikan Malaysia maju dalam pendidikan.
Ini terbukti apabila kerajaan menambah bilangan universiti tempatan dan yang terkini
pembinaan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan sebuah universiti baru di Besut,
Terengganu. Turut menjadi perhatian ialah Pelan Pembangunan Pendidikan dan
Modal Insan di NCER yang selari dengan aspirasi Rancangan Malaysia Ke-9 iaitu
memberi tumpuan kepada pembangunan modal insan bagi memastikan kejayaan
berkekalan. Ini sangat bertepatan dengan matlamat untuk mewujudkan pendidikan
sepanjang hayat. Hal ini kerana melalui pendidikan dapat memajukan diri individu
atau kelompok masyarakat itu sendiri dengan keadaan dunia tanpa sempadan ini. Dari
segi infrastruktur fizikal pula, sebagai contoh NCER mempunyai tahap infrastruktur
yang membanggakan. Terdapat lebih kurang 1,206 sekolah rendah, 367 sekolah
menengah, 263 pusat kemahiran bertauliah, 10 kolej komuniti dan 91 institusi
pendidikan tinggi di seluruh NCER (Pendidikan Modal Insan, NCER). Cabaran bagi

16
PEMBANGUNAN WILAYAH
LNG3013

NCER sekarang bukan hanya mendirikan kemudahan baru tetapi meningkatkan


kemudahan yang sedia ada, memberi tumpuan tambahan ke atas menambahbaikan
kandungan program pendidikan dan memastikan penyesuaian lancar dari institusi
pendidikan ke tempat kerja. Jadi, melalui pembangunan koridor ini dilihat mampu
memberi peluang kepada semua rakyat untuk mendapatkan pendidikan di samping
menghapuskan kemiskinan tegar. Kewujudan koridor pembangunan ekonomi dan
memberi peluang pendidikan akhirnya akan dapat melahirkan peluang pekerjaan dan
pada masa yang sama mengurangkan masalah pengangguan dan jenayah.

Di samping itu, kebaikan daripada pembangunan koridor ialah peningkatan


tahap ekonomi setempat. Oleh itu, dalam melaksanakan pembangunan koridor-
koridor itu, kerajaan telah mengguna pakai pelbagai strategi ekonomi yang direka
bentuk untuk memanfaatkan sumber dan memaksimumkan potensi ekonomi setiap
wilayah. Sebagai contoh, kaedah untuk memaksimumkan potensi ekonomi ialah
dengan memajukan sektor pelancongan. Hal ini kerana, dengan adanya kemajuan di
sesuatu tempat tersebut seperti kemajuan dalam sektor pelancongan sekaligus akan
menyumbang kepada ekonomi kawasan tersebut. Kesannya, peningkatan kemasukan
pelancong asing atau tempatan ke kawasan pelancongan yang ada di negeri tersebut
sekaligus dapat meningkatkan ekonomi tempatan dan penduduk.

Sebagai contoh, sektor pelancongan di Perak akan ditambah nilai melalui


produk sedia ada dengan menaik taraf kemudahan dan infrastruktur seperti tambahan
bilik hotel, kemudahan mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran (MICE), pakej
pelancong dan lain-lain kemudahan (Perak dapat limpahan manfaat NCER, Berita
Harian, Januari 15, 2009). Projek pembangunan berimpak tinggi akan dilaksanakan
membabitkan cadangan memajukan Taman Negeri Royal Belum di Grik sebagai pusat
penyelidikan bioteknologi, membina kem pelancongan, `canopy walk', menara
pemerhati, jambatan gantung, santuari ikan air tawar dan `ethno-diversity'. Selain itu,
bandar Taiping akan dibangunkan menjadi Bandar Warisan melalui pemuliharaan
bangunan lama, memelihara serta menambah produk pelancongan di Bukit Larut dan
Taman Eko-lancong di kaki Bukit Larut. Kemudahan infrastruktur seperti jeti, jalan,
resort dan pengangkutan awam ke Hutan Paya Bakau Kuala Sepetang dan Santuari
Burung Kuala Gula pula akan dipertingkatkan supaya semua produk ini menjadi

17
PEMBANGUNAN WILAYAH
LNG3013

destinasi pelancongan terkemuka dan bertaraf antarabangsa. Sehubungan dengan


perkara ini amat jelas bahawa pembangunan koridor sebagai pemangkin wilayah
terbukti menyumbang kepada ekonomi setempat dan juga khazanah warisan negara
dapat dipelihara dan terus dipelihara dengan lebih baik lagi.

Sementara itu, pembangunan koridor ke atas sesebuah wilayah itu


menyebabkan kawasan tersebut akan menjadi tumpuan orang ramai. Sebagai contoh,
bahagian utara Perak iaitu Bandar Diraja Kuala Kangsar akan difokus kepada
pembinaan pusat penerangan dan kemudahan pelancongan, memuliharaan bangunan
lama atau warisan serta sebagai tempat sejarah. Selain itu juga dengan adanya
pembangunan koridor ini akan menyebabkan peningkatan kemasukan pelancong asing
melawat kawasan berkenaan dan sekaligus fasiliti dapat ditingkatka. Jadi, jelas
bahawa dengan meningkatnya kemudahan di sesuatu tempat akan mempengaruhi taraf
hidup penduduk di kawasannya. Hal ini kerana dengan adanya semua kemudahan
tadi menyebabkan tidak akan ada lagi rakyat yang ketinggalan dari pelbagai segi.

Peningkatan taraf hidup turut berlaku, seperti pelaksanaan pembangunan di


Sabah iaitu dengan pembinaan Jalan Kota Marudu-Ranau, Jalan Lingkaran Utara
Sandakan, menaik taraf Jalan Kota Belud-Langkon, perkhidmatan kesihatan luar
bandar, kemudahan hospital, perumahan kos rendah, bekalan elektrik dan air serta
menaik taraf jalan dan rel kereta api (http://www.mysarawak.org/2008/10/15/hapuskan-
kemiskinan.html). Selain itu juga, sejumlah empat bilion ringgit (RM) diperuntukkan
bagi pelaksanaan projek pembangunan di Sarawak. Antara projek utama adalah
pembinaan Jalan Kota Samarahan-Gumpeh, menaik taraf Jalan Kuching-Sibu,
perkhidmatan kesihatan luar bandar, Institut Kemahiran Mara (IKM) Bintulu, projek
bekalan air dan elektrik serta projek pembetungan dan projek gantian Jambatan Batang
Lupar, Samarahan. Projek-projek ini dijamin akan meningkatkan kesejahteraan hidup
rakyat Sabah dan Sarawak. Pertumbuhan ekonomi dan dasar kerajaan ini telah
mengurangkan kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup, mempercepat perkembangan
dalam usaha memenuhi sasaran pembangunan millennium. Selain itu juga, di bahagian
pantai Timur turut diadakan projek agropolitan di Gua Musang iaitu kegiatan pertanian
bersepadu dan tambah nilai yang dirangka bagi meningkatkan taraf hidup penduduk
(Projek Koridor Ekonomi Tidak Akan Bersaing, Berita Harian, (November 18, 2007 ).

18
PEMBANGUNAN WILAYAH
LNG3013

Seterusnya, kesan positif pembangunan koridor sebagai pemangkin wilayah


terpancang melalui pelancaran Iskandar Malaysia (WPI), Wilayah Ekonomi Koridor
Utara (NCER), Wilayah Ekonomi Koridor Timur (ECER),Wilayah Pembangunan
Ekonomi Sabah (SDC) dan (SCORE) akan mewujudkan rakyat Malaysia yang
berdaya saing dalam ekonomi. Kesan daripada pembangunan koridor ini
menyebabkan para pelabur datang dan membuka kilang-kilang di Malaysia dan ini
akan meningkatkan budaya kerja yang tinggi. Selain meningkatkan budaya kerja
tinggi, pekerja di Malaysia juga didedahkan dengan kaedah bekerja lebih cekap
dengan hasil yang terbaik. Penekanan kerajaan di dalam sains, teknologi dan
penguasaan bahasa asing boleh menghasilkan masyarakat yang berdaya saing. Hal ini
adalah kesan pembangunan koridor dan seterusnya akan meningkatkan produktiviti
negara.

Pembangunan modal insan terbukti menjadi ramuan utama pembangunan


keseluruhan sosio-ekonomi negara dan ia adalah kunci pertimbangan bagi pelabur,
selain daripada permintaan tempatan dan wilayah, infrastruktur, industri sokongan,
kemudahan melakukan perniagaan dan undang-undang serta peraturan mesra pelabur,
apabila memilih potensi lokasi pelaburan. Kita seharusnya memberikan perhatian
kepada peluang-peluang yang ada, seperti program-program yang boleh dilaksanakan,
pendekatan yang perlu diambil dan infrastruktur apa yang perlu dibina bagi
memajukan sektor agropolitan, teknologi, pelancongan dan pembangunan potensi
maritim bagi merealisasikan ECER. Selain itu, sistem perhubungan yang baik dengan
kemudahan prasarana teknologi terkini sebagai contoh, membantu memindahkan
sikap serta sistem masyarakat kita. Selain memastikan projek agropolitan menjadi
kenyataan, kerajaan pusat memperuntukkan RM150 juta di bawah Rancangan
Malaysia Kesembilan (RMK-9) bagi menjalankan pembangunan infrastruktur,
ekonomi, sosial dan pembasmian kemiskinan di selatan Kelantan (Rancangan
Malaysia Ke-9, Bab 17 Ke Arah Pembangunan Wilayah yang Seimbang).

Justeru itu, falsafah asas antara koridor Utara dengan Wilayah Pembangunan
Iskandar ialah menambah nilai kepada sektor-sektor di luar bandar, menambah nilai
kepada industri-industri bandar dan menambah nilai kepada modal insan. Ini kerana
budaya tambah nilai ini adalah penentu masa hadapan koridor, menutup jurang
19
PEMBANGUNAN WILAYAH
LNG3013

pendapatan antara bandar dan luar bandar seperti di koridor Utara. Ini disebabkan
oleh penduduk koridor Utara terletak di kawasan luar bandar dan agak ketinggalan
dari segi pendapatan dan pendidikan. Kesimpulannya, konsep koridor berdasarkan
kesedaran bahawa pembangunan akan terlaksana dengan lebih teratur dan pantas jika
potensi setiap negeri digembeling bersama. Setiap wilayah mempunyai kekuatan
tersendiri dan kemajuan yang lebih pesat akan berlaku jika semua pihak bekerjasama
dalam merealisasikan koridor-koridor tersebut.

3.2.2 Keburukan

Isu pembangunan yang sering mengundang masalah terhadap masyarakat


sentiasa diperdebatkan sama ada diperingkat negara mahu pun di peringkat
antarabangsa. Pada hakikatnya, negara tidak pernah menolak keperluan
pembangunan kerana pembangunan merupakan salah satu cara untuk memberi
kesejahteraan kepada rakyat. Namun, kepesatan proses pembangunan yang dilalui
oleh negara hari ini menjadi penyumbang utama terhadap degradasi alam sekitar dan
juga masyarakat khususnya.

Pembangunan yang melibatkan wilayah adalah perubahan yang berlaku


kepada suatu lokasi geografi, daripada kawasan mundur kepada kawasan maju atau
kawasan tersebut menjadi lebih maju berbanding dengan dahulu. Contoh keadaan
yang berlaku di Kedah, dalam proses transformasi daripada ekonomi berasaskan
pertanian kepada perindustrian akan wujudlah sektor yang maju (sektor perindustrian)
dan sektor tradisional (sektor pertanian). Dalam kes negeri Kedah ini, keadaannya
sedikit sebanyak akan memperlihatkan masalah ketidakseimbangan pembangunan
antara wilayah. Kebanyakan industri yang besar dan berasaskan teknologi moden
(tinggi) lebih tertumpu di wilayah-wilayah yang agak maju berbanding industri-
industri kecil termasuk IKS. Ketidakseimbangan ini sedikit sebanyak akan
mempengaruhi pendapatan wilayah dan pendapatan penduduk di wilayah tersebut.
Para pelabur lebih tertarik untuk menempatkan kegiatan mereka di Bandar-bandar
besar walaupun pelbagai galakan penempatan dan estet telah diwujudkan di kawasan
yang kurang maju. Pemusatan industri di wilayah-wilayah yang telah maju ini

20
PEMBANGUNAN WILAYAH
LNG3013

mempunyai kaitan dengan tahap pendidikan dan pengalaman buruh yang lebih tinggi
di wilayah-wilayah yang telah maju berbanding dengan yang mundur
(http://eprints.uum.edu.my).

Perubahan ini akan menjejaskan atau meninggalkan pengaruh yang buruk


terhadap masyarakat. Pembangunan bandar merupakan suatu arus perubahan yang
akan membawa pengaruh buruk kepada cara hidup manusia di kawasan tersebut. Ini
jelas ditunjukkan dalam nilai-nilai kebudayaan golongan hidup di bandar yang
mengalami pembangunan yang tidak sistematik. Perubahan komuniti masyarakat
dalam arus pembangunan mengakibatkan masyarakat meninggalkan nilai-nilai
budaya. Dari ekoran kesan tersebut maka wujudlah masalah sosial yang berleluasa
mengakibatkan berbagai-bagai masalah yang semakin mengancam atau menjejaskan
kualiti hidup masyarakat. Masalah-masalah sosial yang boleh diklasifikasikan adalah
seperti pembunuhan, perompakan, perjudian, perogolan dan sebagainya semakin
meningkat. Antara punca-punca utama masalah ini dikesan ialah kemiskinan,
kekurangan pusat-pusat rekreasi atau hiburan dan tempat-tempat riadah atau sukan,
selain daripada bertambah banyak pusat-pusat maksiat dalam kawasan-kawasan
perumahan dan berdekatan sekolah-sekolah.

Masalah-masalah sosial yang menular terutamanya di kalangan muda mudi


merupakan sebahagian daripada kesan-kesan pembangunan yang pesat. Misalnya
penghijrahan mereka dari kampung ke bandar, didapati mereka menghadapi pelbagai
masalah sosial. Mereka yang tidak berjaya sebagaimana yang diharapkan dalam
pembangunan, mencari jalan keluar, terlibat dengan berbagai-bagai gejala sosial. Itu
menimbulkan permasalahan sosial yang didapati kian meluas di bandar. Hal ini akan
mengakibatkan nilai-nilai budaya yang merupakan suatu entiti tetap yang telah
diturunkan daripada generasi ke generasi telah berubah atau lesap akibat
pembangunan bandar. Disamping itu, pembangunan bandar juga mengaburkan
identiti bangsa. Contohnya, kewujudan kompleks membeli-belah berbanding dengan
rumah kedai tradisional. Masyarakat telah mengalami perubahan dari segi cara hidup,
corak perbelanjaan, interaksi sosial, cara berekreasi dan sebagainya.

21
PEMBANGUNAN WILAYAH
LNG3013

Pembangunan bandar telah mewujudkan dua keadaan iaitu kebaikan dan


keburukan. Jika dilihat dari aspek sosial pembangunan bandar telah mencetuskan
lebih banyak keburukan berbanding kebaikan terhadap masyarakat yang hidup di
bandar dikelilingi oleh pemodenan seperti televisyen, komputer, telefon bimbit dan
sebagainya. Oleh kerana zaman kini adalah zaman dunia tanpa sempadan maka
mudahlah bagi unsur-unsur yang berupa kebaratan masuk ke Malaysia. Lantaran itu,
dapatlah dikaitkan dengan pemodenan harta benda tadi iaitu remaja mudah
terpengaruh dengan budaya barat seperti cara pemakaian, bahasa, budi bahasa dan
sebagainya.

Masalah lain yang timbul akibat pembangunan pesat dibandar khususnya


pembangunan koridor adalah berkaitan dengan pertambahan penduduk dan keluasan
kawasan. Hal ini semestinya berkait rapat dalam pembangunan perumahan yang
meliputi kesan penghijrahan penduduk ke bandar. Kemajuan perindustrian dan
peningkatan pembangunan serta penghijrahan luar bandar ke bandar telah
mengakibatkan berlakunya peningkatan tingkah laku sosial yang negatif. Masalah
sosial seperti penagihan dadah, penderaan kanak-kanak, lepak, jenayah juvana, gaya
hidup yang tidak sihat serta ketegangan dalam keluarga telah mula timbul.
Penghijrahan penduduk ke bandar adalah disebabkan oleh faktor ekonomi khususnya
untuk mencari peluang pekerjaan. Begitu juga tarikan sosial kehidupan bandar serta
kemudahan awam yang mudah didapati terutamanya kepada penduduk bujang dan
pekerja tidak mahir. Penghijrahan menyebabkan desakan kepada keperluan tempat
tinggal dan perumahan, pengangkutan awam, kemudahan kesihatan dan pelajaran,
bekalan elektrik dan air untuk rumah-rumah, telefon awam dan perhentian bas.
Desakan yang tidak dapat dipenuhi menyebabkan masalah setinggan, sosial, jenayah
dan sebagainya akan berlaku. Ekoran daripada masalah ini, maka kos hidup yang
tinggi di bandar telah memaksa masyarakat untuk melakukan jenayah bagi
memperolehi wang kerana dibandar wang adalah segala-galanya dan tanpa wang
masyarakat tidak boleh hidup.

Di samping itu juga, pertambahan penduduk bandar berlaku kerana ramai


penduduk daripada luar bandar berhijrah ke bandar untuk mencari peluang pekerjaan.
Kebanyakan daripada mereka adalah golongan muda. Apabila jumlah penduduk

22
PEMBANGUNAN WILAYAH
LNG3013

bandar bertambah, maka permintaan kepada keperluan asas akan juga bertambah.
Salah satu keperluan yang paling utama ialah tempat tinggal. Perkara ini menjadi
masalah utama di sesebuah bandar apabila bekalan rumah yang ditawarkan tidak
dapat memenuhi kadar pertambahan penduduk di bandar tersebut. Dengan bilangan
penduduk bandar yang bertambah secara mendadak, juga menyebabkan masalah
kesesakan populasi bandar serta bekalan rumah sama ada untuk disewa atau dibeli
menjadi sangat terhad. Kebanjiran penduduk ke bandar-bandar secara mendadak
menyebabkan masalah kesesakan. Bandar tidak lagi mampu menampung lebihan
populasi. Ini menyebabkan kelemahan struktur bandar dalam memberi kemudahan
asas seperti bekalan elektrik dan air, dan sistem perparitan serta melemahkan sistem
pengangkutan bandar yang tidak mampu menyumbangkan perkhidmatan kepada
kebanjiran penduduk-penduduk bandar tersebut.

Kebanjiran penduduk ke bandar-bandar secara mendadak menyebabkan


pertumbuhan penempatan-penempatan yang dibangunkan secara haram yang dikenali
sebagai setinggan yang dibina tanpa kelulusan oleh pihak berkuasa bandar tersebut.
Penempatan ini mempunyai kemudahan yang sangat terhad. Jika penempatan ini terus
berkembang, ia akan menyebabkan masalah sosial semakin menular. Perkembangan
penempatan setinggan juga akan memberi masalah kepada perkembangan wilayah.
Oleh yang demikian, apabila wujudnya masalah setinggan ekoran daripada kepadatan
penduduk maka timbul masalah lain terhadap masyarakat iaitu kos sara hidup yang
tinggi. Hal ini berlaku kerana kos hidup yang tinggi tidak sejajar dengan pendapatan
telah mendorong sebahagian daripada penduduk meneroka tanah kosong milik
kerajaan. Kebanyakan mereka berpendapatan rendah antara RM400 hingga RM600
sebulan kerana bekerja di sektor yang bertaraf rendah akibat tidak mempunyai
kelayakan yang tinggi. Kedudukan setinggan yang berhampiran dengan tempat kerja
serta tidak memerlukan kos yang tinggi untuk berulang-alik menjadikan setinggan
sebagai pilihan utama mereka.

4.0 Kesimpulan

23
PEMBANGUNAN WILAYAH
LNG3013

Kesimpulannya, pembangunan koridor sebagai pemangkin wilayah banyak memberi kesan


kepada masyarakat dan alam sekitar, sama ada kesan negatif mahupun kesan positif.
Pendekatan dalam pembangunan wilayah merupakan komitmen kerajaan untuk
membangunkan keseluruhan wilayah di negara ini supaya berada dalam lingkungan nikmat
kemakmuran dari segi sosial, ekonomi mahupun politik yang dapat dinikmati oleh semua
rakyat. Pembangunan wilayah bertujuan membawa tranformasi yang lebih bermakna dan
diharapkan agar negara dapat mengharungi arus globalisasi yang kian mencabar dari semasa
ke semasa.

Wilayah merupakan gabungan antara satu kawasan dengan kawasan yang lain.
Kawasan-kawasan yang digabungkan ini mempunyai fungsi yang tersendiri dan memberi
faedah antara satu sama lain. Kawasan-kawasan yang dicantumkan sehingga wujudnya
wilayah, mempunyai fungsi tertentu yang membolehkan pergantungan berlaku antara satu
kawasan dengan kawasan yang lain. Contohnya kawasan yang mempunyai kemudahan
pengangkutan mempunyai hubungan rapat dengan kawasan yang terdapat banyak peluang
pekerjaan, yang menjadi tempat tumpuan orang ramai. Ini bermakna percantuman wilayah
berlaku akibat daripada beberapa faktor tertentu.

Dalam tempoh RMK-8, pelbagai usaha telah dijalankan untuk mengekalkan


pembangunan wilayah yang seimbang. Meskipun semua negeri mencatatkan pertumbuhan
ekonomi, jurang pembangunan antara wilayah, negeri serta kawasan luar bandar dengan
bandar masih lagi besar. Dalam tempoh RMK-9, langkah akan diambil bagi
mempercepatkan pembangunan negeri kurang membangun terutamanya di Utara
Semenanjung Malaysia, Pantai Timur, Sabah dan Sarawak. Ini bertujuan bagi mencapai
pembangunan yang seimbang dan mengurangkan jurang pembangunan. Usaha pembangunan
akan ditumpukan di kawasan yang merentasi sempadan yang meliputi dua negeri atau lebih.

Kelima-lima koridor ini telah berjaya dimajukan dan dinaik taraf kepada sesebuah
wilayah. Ekoran daripada wujudnya koridor ini maka kawasan-kawasan yang berpotensi
untuk dimajukan digabungkan untuk membentuk wilayah. Sungguh pun kewujudan wilayah
memberikan banyak manfaat kepada rakyat dan negara, namun di sebalik manfaat dan
kelebihan itu ada juga keburukkan pembangunan koridor ini. Pembangunan koridor yang
dianggap sebagai pemangkin wilayah sedikit sebanyak meninggalkan kesan yang negatif

24
PEMBANGUNAN WILAYAH
LNG3013

kepada alam sekitar dan masyarakat. Akibat daripada pembangunan ini akan berlakunya
gempa bumi, kemusnahan flora dan fauna, masalah sosial, kepadatan penduduk dan
sebagainya.

Oleh itu, bagi memastikan kesan-kesan yang negatif dapat dikurangkan pihak-pihak
bertanggungjawab haruslah memantau dan mengambil langkah yang sesuai untuk menangani
masalah ini. Peranan yang dimainkan oleh badan-badan yang bertanggunjawab seperti
Kementerian Pelancongan, Kementerian Bandar dan wilayah, Jabatan Alam Sekitar dan lain-
lain dapat menjamin kesempurnaan dan kelancaran proses pembangunan koridor untuk
kepentingan bersama.

Dengan adanya pemantauan yang berterusan maka pembangunan koridor dapat


diteruskan. Pembinaan koridor boleh dilakukan namun keseimbangan antara pembangunan,
alam sekitar dan masyarakat harus diberi tumpuan agar tidak menimbulkan impilkasi yang
tidak seimbang pada masa hadapan. Berlandaskan kepada teras Misi Nasional yang digarap
pada permulaan tadi, dapatlah kita mengenal pasti apa yang telah dicapai, kelemahan yang
perlu ditangani untuk mencapai negara maju menjelang tahun 2020. Keadaan ini merupakan
satu perspektif jangka panjang bagi menghasilkan prestasi yang lebih baik dan meningkatkan
impak daripada gabungan usaha pembangunan negara.

Mekanisme pelaksanaan, pemantauan dan penilaian perlu diperkukuhkan. Komitmen


dan tindakan bersama semua pihak adalah perlu bagi memastikan kejayaan pelaksanaan
RMK-9 terutamanya pembangunan koridor sebagai pemangkin wilayah. Masyarakat sivil
perlu berperanan sebagai rakan kongsi pembangunan. Sesungguhnya usaha bagi
merealisasikan aspirasi menjadi sebuah negara maju memerlukan komitmen dan
kesanggupan setiap rakyat untuk bekerja keras, meningkatkan jati diri dan sentiasa
memperkayakan diri dengan ilmu pengetahuan.

25
PEMBANGUNAN WILAYAH
LNG3013

5.0 BIBLIOGRAFI

BUKU
Brundtland, H. (1987). Pengantar Sosiologi Pembangunan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Hasnah Ali (1991). Ekonomi Wilayah, Teori dan Amalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Maimunah, I. (1992). Pengembangan: Implikasi Ke Atas Pembangunan Masyarakat. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

26
PEMBANGUNAN WILAYAH
LNG3013

Marcus M. G. & Detwyler T. R., (1985). Pembandaran dan Persekitaran: Geografi


Fizikal Bandar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Moha Asri Abdullah. (1997) Pembangunan Perindustrian Di Malaysia : Perkembangan dan


Masalah, Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Sham Sani dan Abdul Samad Hadi (1990). Pembangunan dan Alam Sekitar di Malaysia ;
isu dan Pengurusannya. Jabatan Geografi UKM. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

INTERNET:
Dewan Bahasa dan Pustaka (2010). Diperoleh pada 22 Januari 2010 daripada
http://www.dbp.gov.my
ECER Kurangkan Pengangguran (2010, Januari 12). Diperoleh pada Januari 29, 2010
daripada http://umno-online.com.
http://www.bharian.com.my/klikkhas/pilihanraya/Berita/Rencana/20080307100825/Art
icle/indexrencana_html
IU Melaka (2008, September 8). Bencana Alam: Apakah Puncanya. Diperolehi pada Januari
19, 2010 daripada http://www.iumelaka.com/v1/2008/09/08/bencana-alam-apakah-
puncanya
Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Semenanjung Malaysia Kementerian Perumahan Dan
Kerajaan Tempatan (2008). Rancangan Malaysia Ke-9, Bab 17 Ke Arah Pembangunan
Wilayah yang Seimbang. Diperoleh pada Januari 18, 2010 daripada
http://www.townplan.gov.my/r.wilayah_perancangan.php
Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Johor (2009). Wilayah Pembangunan Iskandar.
Diperoleh pada Januari 20, 2010 daripada
http://www.jpbdjohor.gov.my/pautan_info/WPI.html
Koridor Pembangunan Lonjak Ekonomi Sabah (2007, September 27). Diperoleh pada Januari
20, 2010 daripada http//:www.bernama.com
Kualiti Hidup Sosial dan Proses Perbandaran di Malaysia.(2007). Jurnal Pusat Pengajian
Pendidikan Jarak Jauh [Electronic version]. USM. Diperoleh pada Januari 19, 2010
daripada http://ssums.files.wordspress.com.
Portal Rasmi Kerajaan Negeri Pulau Pinang (2009). Diperoleh pada 20 Januari 2010 daripada
http://www.penang.gov.my/index.php?ch=10&pg=58&ac=56,

27
PEMBANGUNAN WILAYAH
LNG3013

Pusat Maklumat Rakyat (2009). Diperoleh pada Januari 21, 2010 daripada
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?
option=com_content&view=article&id=1354%3Arancangan-malaysia-
kesembilan&catid=284%3Arancangan-malaysia&Itemid=3
Rancangan Malaysia Ke-9 (2006-2010). Ke Arah Pembangunan Wilayah Yang Seimbang.
Diperoleh pada Januari 20, 2009 daripada
http://www.utusan.com.my/utusan/SpecialCoverage/RMK9/bahasa/Bab17.pdf
Ridzuan Yop (2009 Januari, 15 ). Perak dapat limpahan manfaat NCER. Berita Harian.
Rokiah Abdullah (2007, November. 18). Projek Koridor Ekonomi Tidak Akan Bersaing.
Berita Harian.
Sektor Pelancongan Aspek ekonom (2007). Diperoleh pada 15 Januari 2010 daripada
http://www.hbp.usm.my/PlanningStudio504/GrpOne/B.sektor_pelancongan.htm
Tuanku Mizan Mahu Koridor Ekonomi Manfaatkan Semua (2008, April 29). Berita Harian.
Wikipedia The Free Encyclopedia (2009). Diperoleh pada Januari 21, 2010 daripada
http://en.wikipedia.org.

6.0 LAMPIRAN

28
PEMBANGUNAN WILAYAH
LNG3013

Jalan Gua Musang-Jeli ditutup untuk semua kenderaan akibat tanah longsor di


Kilometer 45 dekat Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Meranto. Jalan
tersebut merupakan laluan alternatif sejak seminggu lalu untuk perjalanan ke Kota
Bharu dan Gua Musang setelah jalan utama yaitu Jalan Kuala Krai-Gua Musang ditutup
juga akibat tanah longsor yang berlaku di Kilometer 65. (Berita Harian 23 Nov 2007)

29

You might also like