You are on page 1of 2

CADANGAN PENYELIDIKAN

TEMA 4: SEJARAH TEMPAT

1.0-TAJUK

SEJARAH PERKEMBANGAN SOSIAL DAN EKONOMI KAMPUNG TEMONG

ENGGOR DARI TAHUN 1990 HINGGA 2020.

2.O-PENGENALAN

Menurut takrifan global kampung atau desa adalah sebuah petempatan penduduk yang jauh

dari kawasan bandar dan jumlah populasi penduduknya adalah rendah.Biasanya kawasan

kampung lebih kecil daripada pekan.kampung dikelaskan dengan beberapa jenis mengikut

jumlah penduduk iaitu kampung kecil,kampung sederhana dan kampung besar.Setiap

kampung mempunyai asal usul dan sejarah yang tersendiri.Setiap kampung mempunyai ketua

atau penghulu yang tersendiri.

3.0-OBJEKTIF

Pada lazimnya, terdapat tiga objektif kajian yang saya jalankan untuk mengkaji secara

mendalam tentang perkembangan sejarah kampung yang berkaitan dengan sosial dan

ekonomi Kampung Temong . Dalam kajian ini juga pengkaji akan mengenalpasti tentang

perkembangan yang menjadikan Kampung Temong maju dalam ekonomi . Dalam pada itu ,

kajian ini akan menjadi kajian rintis kepada pengkaji yang lain kerana belum pernah ada

mana-mana pengkaji yang mengkaji lokasi ini.


4.0 PERMASALAHAN KAJIAN

Dalam kajian ini , pengkaji akan mengetahui tentang apakah yang menyebabkan Kampung

Temong berkembang dengan pesat melalui aspek sosial dan ekonomi dari tahun 1990 hingga

2020?

Tambahan pula,pengkaji juga akan menghuraikan bagaimanakah perkembangan tersebut

berlaku menjelang 1990 hingga 2020?

5.0-SKOP KAJIAN

Dari sudut geografikal,tempat yang dipilih ialah kampung Temong.Kampung Temong

mengambil jarak sepuluh kilometer dari Pekan Kuala Kangsar,Perak.Tambahan pula,di

kawasan Kampung Temong juga mempunyai sebuah sekolah rendah iaitu Sekolah

Kebangsaan Temong sebagai tempat untuk anak-anak yang berada di luar bandar menuntut

ilmu.Disamping itu,tempat ini dipilih oleh pengkaji kerana mempunyai sejarah asal usul

nama tempat yang dikaji.

Dari sudut kronologikal,tempoh masa yang dipilih ialah dari tahun 1990 hingga

2015.Tempoh masa ini dipilih kerana pelbagai perkembangan dari segi

pembangunan,perkhidmatan pendidikan seperti sekolah yang berlaku sekitar tahun tersebut

dari aspek sosial dan ekonomi

You might also like