You are on page 1of 11

KERTAS CADANGAN

KAJIAN SEJARAH 940/4

STPM 2024

NAMA : ONG JING CHANG

KAD PENGENALAN : 050504-01-1279

ANGKA GILIRAN : SJ0029/1009

SEKOLAH : SMK DATIN ONN JAAFAR

TEMA : SEJARAH TOKOH

TAJUK : LEE KUAN YEW: SUMBANGAN DALAM BIDANG

EKONOMI DAN POLITIK DI SINGAPURA DARI TAHUN

1965 HINGGA TAHUN 1990


TEMA 4: SEJARAH TOKOH

TAJUK: LEE KUAN YEW: SUMBANGAN DALAM BIDANG EKONOMI DAN

POLITIK DI SINGAPURA DARI TAHUN 1965 HINGGA TAHUN 1990

1.0 PENGENALAN LEE KUAN YEW


Tokoh merupakan orang yang kenamaan dalam apa-apa bidang seperti bidang

politik, kebudayaan, agama dan lain-lain, orang yang terkemuka. Selain itu, sumbangan

merupakan bantuan yang diberikan sebagai bantuan kepada keramaian dan lain-lain.

Seterusnya, ekonomi merupakan sistem pengendalian sumber kekayaan seperti kewangan,

perindustrian, perdagangan dan lain-lain di sesebuah negara. Di samping itu, politik

merupakan ilmu berkenaan cara pemerintahan, ilmu siasah, ilmu kenegaraan.

Secara umum, salah seorang tokoh yang terkenal ialah Lee Kuan Yew. Beliau

merupakan seorang tokoh pemimpin yang telah berjaya mengubah Singapura daripada

sebuah pulau kecil tanpa apa-apa kepada sebuah negara yang maju. Lee Kuan Yew

menggunakan kemahiran dan pragmatisme yang melampau untuk membangunkan ekonomi

Singapura.

Kajian ini merupakan satu kajian untuk mengkaji sumbangan tokoh iaitu Lee Kuan

Yew. Dalam kerangka ini, kajian akan menilai sumbangan dalam bidang ekonomi dan politik

di Singapura dari tahun 1965 hingga tahun 1990.


2.0 OBJEKTIF

Dalam melaksanakan kajian ini, terdapat beberapa objektif yang perlu dicapai. Objektif

kajian pertama ialah mengkaji latar belakang Lee Kuan Yew. Objektif kajian ini akan

memperincikan dengan lebih mendalam mengenai asal-usul tokoh, latar belakang pendidikan

dan kerjaya sebelum Lee Kuan Yew melibatkan diri dalam bidang politik. Kajian ini akan

memperincikan faktor-faktor Lee Kuan Yew mula berminat dalam bidang politik dan

penglibatan awal dalam bidang politik dan ekonomi di Singapura.

Seterusnya, objektif kedua akan menghuraikan sumbangan Lee Kuan Yew dalam

bidang ekonomi dan politik di Singapura. Objektif ini akan menganalisis usaha-usaha dan

sumbangan yang telah dilakukan oleh Lee Kuan Yew untuk membangunkan bidang ekonomi

dan politik Singapura.

Objektif kajian ketiga akan menilai pemikiran Lee Kuan Yew dalam bidang politik di

Singapura. Kajian ini akan menilai asas kejayaan tokoh dalam politik di peringkat negara dan

antarabangsa, pemikiran tokoh berhubung politik dan usaha-usaha tokoh ke arah

mempengaruhi generasi muda untuk menjaga kedaulatan negara.


3.0 PERMASALAHAN KAJIAN

Kajian ini merupakan satu kajian untuk mengkaji apakah latar belakang tokoh. Persoalan ini

akan mengenalpasti sejarah tokoh merangkumi aspek keluarga, pendidikan sehinggalah

penglibatan tokoh dalam bidang politik. Persoalan ini juga akan cuba mengenalpasti faktor-

faktor yang menyumbang kepada penglibatan tokoh dalam bidang politik dan ekonomi.

Persoalan kajian ini yang seterusnya adalah untuk mengkaji apakah sumbangan tokoh

dalam bidang ekonomi dan politik Singapura.

Persoalan kajian ini juga adalah untuk mengkaji apakah pemikiran Lee Kuan Yew

dalam bidang politik di Singapura. Persoalan ini akan cuba mengenalpasti peranan tokoh

dalam pembangunan politik negara serta pemikiran dan usaha-usaha tokoh ke arah

mempengaruhi generasi muda untuk menjaga kedaulatn negara.


4.0 SKOP KAJIAN

Skop kajian ini dapat dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu kawasan kajian, tempoh kajian dan

aspek yang dikaji. Dari segi kawasan kajian, ia difokuskan pada peringkat negara Singapura.

Kawasan kajian ini dipilih kerana tokoh merupakan warganegara Singapura dan banyak

pencapaian peringkat kebangsaan yang dicapai sepanjang penglibatan beliau dalam bidang

politik.

Dari segi tempoh kajian, kajian ini meliputi tempoh masa dari tahun 1965 hingga

tahun 1990. Tempoh kajian selama 25 tahun ini dipilih kerana tempoh tersebut merupakan

tempoh kemuncak kerjaya tokoh dalam bidang politik Singapura.

Aspek yang dikaji pula menumpukan kepada aspek utama kajian ini dijalankan.

Terdapat tiga aspek yang ditekankan. Pertama, kajian ini akan menumpukan kepada latar

belakang Lee Kuan Yew. Aspek seterusnya ialah menumpukan kepada sumbangan tokoh

dalam bidang ekonomi dan politik Singapura. Aspek ini akan cuba menilai pencapaian beliau

dalam politik seterusnya memberikan sumbangan kepada kegemilangan politik dan ekonomi

Singapura. Di samping itu, kajian ini turut menumpukan kepada peranan tokoh dalam

pembangunan politik dan ekonomi Singapura dari segi pemikiran dan usaha-usaha beliau

untuk memajuka politik dan ekonomi negara.


5.0 SOROTAN KAJIAN

Secara umumnya terdapat beberapa kajian atau bahan terbitan yang telah dijalankan berkaitan

dengan tokoh kajian iaituLee Kuan Yew. Terdapat beberapa buku yang diterbitkan oleh Lee

Kuan Yew sendiri ialah buku “The Singapore Story: Memoirs of Lee Kuan Yew” yang diterbitkan

pada tahun 1998. Buku berbentuk biografi ini ditulis sendiri oleh Lee Kuan Yew berkaitan

penglibatan awal, cabaran, pencapaian dan pemikiran beliau sebagai bekas perdana Menteri

di Singapura.

Selain itu, terdapat jurmal yang bertajuk “Kehidupan Bekas Perdana Menteri Singapura

Lee Kuan Yew” yang ditulis pada tahun 2015 oleh BBC News. Penulisan ini berkaitan tentang

pengalaman hidup Lee Kuan Yew.


6.0 KAEDAH KAJIAN

Pengkaji menggunakan dua kaedah untuk mendapatkan maklumat semasa kajian

dilaksanakan. Kaedah kajian yang digunakan oleh pengkaji yang pertama ialah kaedah

kepustakaan untuk memperolehi sumber sekunder. Kaedah kepustakaan ini dijalankan di

Perpustaakan Negara, Perpustakaan Awam Negeri Johor, Perpustakaan Awam Batu Pahat dan

Perpustakaan Sekolah Menengah Kebangsaan Datin Onn Jaafar, Batu Pahat, Johor. Melalui

kaedah kepustakaan ini, pengkaji akan menggunakan beberapa sumber. Contohnya jurnal,

buku dan melayari maklumat atas talian atau internet untuk mendapatkan maklumat yang

boleh dijadikan sebagai panduan semasa kajian ini dijalankan.


7.0 STRUKTUR ESEI

Umumnya, kajian ini dapat dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu bahagian pengenalan, isi dan

kesimpulan. Dalam bahagian pengenalan, pengkaji akan menjelaskan secara umum sejarah

dan perkembangan politik dan ekonomi di Singapura. Bahagian ini juga akan cuba memtik

beberapa nama umum tokoh dalam bidang politik dan ekonomi di Singapura. Seterusnya,

bahagian ini akan dikaitkan terus kepada tokoh kajian dan tujuan kajian ini dijalankan.

Pada bahagian isi pula, pengkaji akan memfokuskan kepada isu utama kajian yang

terbahagi kepada 3 aspek atau sub-tajuk utama. Aspek yang pertama adalah pengkaji akan

mengkaji latar belakang Lee Kuan Yew. Aspek pertama ini akan memperincikan dengan lebih

mendalam mengenai asal-usul tokoh, latar belakang pendidikan dan tokoh. Bahagian ini juga

akan memperincikan faktor-faktor Lee Kuan Yew menceburi bidang politik dan penglibatan

awal beliau dalam politik.Aspek kedua, menghuraikan sumbangan Lee Kuan Yew dalam

bidang ekonomi dan politik di Singapura.

Objektif kajian ketiga akan menilai pemikiran Lee Kuan Yew dalam bidang politik di

Singapura. Bahagian ini akan menilai penglibatan dalam politik yang menjadi asas kejayaan

tokoh dalam politik di peringkat negara dan antarabangsa, pemikiran tokoh berhubung politik

dan usaha-usaha tokoh ke arah mempengaruhi generasi muda untuk menjaga kedaulatan

negara.
8.0 PENUTUP

Cadangan kajian ini akan memandu pengkaji untuk menilai pemikiran Lee Kuan Yew dalam

bidang politik di Singapura. Kajian sistematik sudah tentu akan memberikan impak terhadap

penulisan tentang sumbangan Lee Kuan Yew dan sejarah politik yang lebih komprehensif.

Dengan adanya kajian ini, akan memperkayakan lagi tema sejarah tokoh.
9.0 BIBLIOGRAFI

SUMBER SEKUNDER

Buku

Lee Kuan Yew “The Singapore Story: Memoirs of Lee Kuan Yew” Strais Times Press,

September 16, 1998.

Jurnal

BBC News bertajuk “Kehidupan Bekas Perdana Menderi Singapura Lee Kuan Yew”

Jurnal Mac 22, 2015.

You might also like