You are on page 1of 12

1.

0 TAJUK:

Sumbangan dan pencapaian Khairy Jamaluddin dalam bidang politik di Malaysia

pada tahun 2003 sehingga tahun 2018

2.0 PENGENALAN

Merujuk Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat, politik membawa maksud

ilmu pengetahuan berkenaan cara pemerintahan, ilmu sahsiah dan ilmu kenegaraan.Politik juga

dapat ditafsirkan sebagai segala sesuatu bukan pemerintahan sesebuah negara atau

hubungannya dengan negara lain atau juga boleh ditafsirkan sebagai kelicikan, muslihat dan

tipu muslihat. Tidak dapat disangkal bahawa politik merupakan satu aspek penting dalam

pembangunan sesebuah negara termasuklah Malaysia. Malaysia merupakan sebuah negara

yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum. Hal ini telah mendorong kepada

pembentukan parti politik yang ditubuhkan bagi mencapai matlamat tersendiri. Sebagai contoh,

pembentukan MIC,MCA dan UMNO sebelum kemerdekaan yang kemudiannya disatukan bagi

membentuk sebuah parti politik yang bermatlamat untuk mendapatkan kemerdekaan bagi

rakyat Tanah Melayu iaitu Barisan Nasional. Bermula daripada perkembangan politik inilah,

politik negara kita berkembang sehingga ke hari ini. Kemajuan politik di negara kita dapat

dilihat apabila banyak insan berkebolehan yang menampilkan diri sebagai wakil rakyat.

1
Terdapat tokoh dalam bidang politik yang banyak menyumbang ke arah kemajuan politik kita

pada hari ini dan tidak pernah berhenti menabur bukti dalam sebarang aspek politik yang beliau

libatkan dirinya. Sebagai contoh, Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Terdapat banyak sumbangan

dan pencapaian Khairy Jamaluddin dalam bidang politik yang membantu mengembangkan

politik di Malaysia dari tahun 2003 sehingga 2018 dengan lebih baik.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ilmiah ini dilakukan untuk mengkaji latar belakang Khairy Jamaluddin dalam bidang

politik di Malaysia. Kajian ini mampu membuka mata masyarakat tentang individu bergelar

Khairy Jamaluddin.

Kajian ini juga akan menerangkan secara lebih mendalam mengenai sumbangan Khairy

Jamaluddin dalam bidang politik di Malaysia. Masyarakat mampu memahami dengan lebih

mendalam sumbangan yang telah dilakukan oleh Khairy Jamaluddin dalam usaha membantu

masyarakat dalam bidang politik di Malaysia.

Selain itu, kajian ini juga akan menghuraikan dengan lebih terperinci pencapaian Khairy

Jamaluddin dalam bidang politik di Malaysia pada tahun 2003 sehingga 2018. Kajian akan

menjelaskan juga pencapaian yang berjaya diperoleh oleh Khairy Jamaluddin sejak awal

penglibatannya dalam bidang politik yakni sejak tahun 2003 sehingga tahun 2018.

2
4.0 PERSOALAN KAJIAN

Terdapat beberapa persoalan yang akan diperjelaskan dengan lebih terperinci dalam kajian

ini. Persoalannya seperti apakah latar belakang Khairy Jamaluddin. Hal ini demikian kerana

masih terdapat segelintir masyarakat yang belum betul-betul mengenali latar belakang Khairy

Jamaluddin. Penerangan latar belakang Khairy Jamaluddin mampu meningkatkan kefahaman

dan menarik minat masyarakat untuk lebih mengenali beliau.

Selain itu, terdapat juga persoalan tentang apakah sumbangan Khairy Jamaluddin dalam

bidang politik dari tahun 2003 sehingga tahun 2018. Hal ini dikatakan demikian kerana

masyarakat akan tertarik dengan sumbangan yang telah diberikan oleh beliau sepanjang 16

tahun beliau melibatkan diri dalam bidang politik di Malaysia. Penerangan kepada persoalan

ini mampu membantu masyarakat untuk lebih menghargai sumbangan yang dilakukan oleh

Khairy Jamaluddin sepanjang perkhidmatan beliau.

Persoalan yang terakhir adalah sejauhmanakah pencapaian Khairy Jamaluddin dalam

bidang politik dari tahun 2003 sehingga tahun 2018. Persoalan ini mampu membuka mata

masyarakat tentang kredibiliti Khairy Jamaluddin sebagai seorang ahli politik di Malaysia

melalui pencapaiannya.

3
5.0 SKOP KAJIAN

Skop kajian ini meliputi seorang tokoh iaitu Khairy Jamaluddin. Skop kajian ini dapat

dibahagikan ke tiga bahagian yang berbeza iaitu kawasan kajian, tempoh kajian dan aspek yang

dikaji. Bagi kajian ini, kawasan kajian yang dipilih adalah Malaysia. Hal ini kerana sumbangan

Khairy Jamaluddin dalam bidang politik meliputi seluruh Malaysia seiiring dengan jawatan

yang disandang oleh beliau dari tahun 2003 sehingga tahun 2018.

Tempoh kajian bagi kajian ini pula adalah dari tahun 2003 sehingga tahun 2018. Tempoh

kajian ini dipilih sesuai dengan jawatan yang disandang oleh beliau. Misalnya, pada tahun

2003,Khairy Jamaluddin telah menjawat jawatan pertamanya dalam bidang politik iaitu sebagai

Timbalan Ketua Setiausaha Sulit, Pejabat Perdana Menteri Malaysia. Pada tahun 2018 pula,

beliau telah dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Aspek yang dikaji pula dapat dibahagikan kepada tiga bahagian. Aspek yang pertama

memfokuskan kepada latar belakang Khairy Jamaluddin. Penerangan lanjut seperti latar

belakang keluarga dan pendidikan yang diterima oleh beliau diberikan bagi menarik minat

masyarakat untuk meneruskan pembacaan kajian. Selain itu, kajian ini membincangkan

sumbangan Khairy Jamaluddin dalam bidang politik dari tahun 2003 sehingga 2018.

Disamping itu, kajian ini turut memberi tumpuan kepada pencapaian beliau dalam bidang

politik dalam tempoh kajian.

4
6.0 SOROTAN KAJIAN

Jelas diketahui bahawa terdapat banyak kajian yang telah membincangkan sumbangan dan

pencapaian Khairy Jamaluddin dalam bidang politik. Misalnya dalam sebuah artikel di internet

bertajuk “Jangan Terus Ketepikan Khairy Jamaluddin” yang ditulis oleh Shen Yee Aun melalui

Malaysia Kini di pautan https://www.malaysiakini.com/letters/137791. Melalui artikel ini,

Shen Yee Aun telah mengajak masyarakat untuk melihat semula kualiti Khairy Jamaluddin

sebagai seorang pemimpin negara dengan tidak melupakan pencapaian dan sumbangan yang

dimiliki oleh beliau. Artikel ini juga mengajak masyarakat untuk lebih mengenali Khairy

Jamaluddin sebelum melakukan sebarang pertimbangan pendapat yang tidak berasas.

Selain itu, melalui sebuah artikel atas talian yang bertajuk “Pengharaman Logo 1Malaysia

Bukti Pembangkang Takut: Khairy” yang disiarkan oleh MStar pada 27 Disember 2010 melalui

pautanmhttps://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2010/12/26/pengharamanlogo1-malaysia-

bukti-pembangkang-takutkhairy,terdapat juga kisah tentang pencapaian Khairy Jamaluddin

dalam mengumpulkan pemuda Barisan Nasional dalam kalangan masyarakat. Beliau mengulas

tentang perancangan yang disusun oleh beliau dalam usaha meningkatkan lagi sokongan rakyat

ke atas parti politik yang dipimpin oleh beliau. Jelaslah bahawa pencapaian Khairy Jamaluddin

dalam mengukuhkan posisinya dalam bidang politik sedikit sebanyak mampu dilihat di dalam

artikel ini.

5
Akhir sekali,melalui sebuah artikel atas talian yang bertajuk “KJ dalam kelas tersendiri”

yang ditulis oleh Ahmad Zaini Kamaruzzaman yang disiarkan oleh BH online pada 7 Disember

2017 melalui pautan https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/12/359898/kj-dalam-

kelas-tersendiri, terdapat beberapa ulasan yang dibahaskan oleh penulis artikel ini berkenaan

dengan kredibiliti Khairy Jamaluddin sebagai seorang ahli politik. Walaupun baru berada

menceburkan diri di dalam bidang ini kurang daripada 10 tahun pada ketika itu, namun tidaklah

masa itu menjadi penghalang kepada beliau untuk menonjolkan kepimpinan beliau di dalam

bidang politik dan mengetuai persatuan beliau ke arah kejayaan. Penulis artikel ini juga turut

menekankan tentang kemampuan Khairy Jamaluddin untuk memberikan pelbagai sumbangan

sepanjang tempoh perkhidmatan beliau. Jelaslah bahawa kredibiliti Khairy Jamaluddin sebagai

seorang pemimpin telah membimbing beliau untuk menyalurkan pelbagai bentuk sumbangan

kepada Malaysia dalam bidang politik dari tahun 2003 hingga tahun 2018.

7.0 KAEDAH KAJIAN

Kaedah yang digunakan bagi mengumpul maklumat bagi kajian ini dapat dilihat melalui

dua kaedah yang berbeza. Kaedah yang pertama adalah melalui pengumpulan sumber di

perpustakaan. Beberapa perpustakaan seperti Perpustakaan Awam Seberang Jaya akan

dikunjungi bagi mencari maklumat berkaitan Khairy Jamaluddin. Perpustakan yang lebih besar

juga menjadi pilihan seperti Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia. Hal ini

kerana perpustakaan ini menyediakan perkhidmatan arkib yang memudahkan pencarian artikel

6
dan akhbar pada awal tahun 2000 an. Perpustakaan Hamzah Sendut juga menawarkan banyak

sumber berbeza yang membantu penghasilan kajian ini.

Kajian juga dilakukan dengan menggunakan kaedah temu bual. Bagi memastikan dan

memerincikan lagi kajian ini, temu bual bersama Khairy Jamaluddin akan dijalankan.

Soalansoalan yang digunakan dalam sesi temu bual terlebih dahulu dirujuk kepada guru

penasihat agar soalan yang dibincangkan dalam temu bual tidak lari daripada perbincangan

utama kajian. Melalui temu bual, maklumat yang tidak diceritakan oleh Khairy Jamaluddin

melalui manamana laman rasmi juga mampu dikumpulkan.

8.0 PEMBAHAGIAN STURKTUR ESEI

Bagi memastikan kajian ini teratur dan mudah difahami oleh masyarakat, kajian ini

dibahagikan kepada beberapa bahagian yakni pendahuluan, isi dan kesimpulan. Bagi bahagian

pendahuluan, latar belakang Khairy Jamaluddin akan dibincangkan secara am. Penglibatan

awal beliau dalam bidang politik juga diceritakan bagi mmemudahkan pemahaman masyarakat

terhadap awal penglibatan Khairy Jamaluddin dalam bidang politik. Secara keseluruhanya,

bahagian pendahuluan ini akan menceritakan tujuan kajian ini dijalankan.

Selain itu, terdapat juga bahagian isi. Bahagian ini akan membincangkan secara lebih

mendalam tentang pencapaian dan sumbangan yang diperoleh oleh Khairy Jamaluddin dalam

bidang politik dari tahun 2003 sehingga tahun 2018. Melalui pengumpulan sumber yang telah

dijalankan,penceritaan sumbangan dan pencapaian beliau dalam bidang politik mampu

7
dihasilkan dalam bentuk yang mudah difahami dan menarik. Hal ini secara tidak langsung

membenarkan masyarakat untuk mendalami sendiri pencapaian dan sumbangan Khairy

Jamaluddin melalui satu kajian sahaja.

Akhiir sekali,bahagian penutupan. Bahagian ini akan merumuskan tentang dapatan kajian

secara terperinci dan keseluruhan.

9.0 PENUTUP

Diharapkan melalui kajian ini, masyarakat dapat meningkatkan lagi pengetahuan

mereka tentang sumbangan dan peranan Khairy Jamaluddin dalam bidang politik dari tahun

2003 sehingga tahun 2018. Sumbangan dan pencapaian beliau tidak wajar dipandang enteng

kerana perjuangan yang dilakukan beliau di dalam bidang politik dapat dilihat mengetengahkan

usaha untuk membela nasib rakyat. Bukanlah mudah untuk menceburi bidang politik.

Walaubagaimanapun, Khairy Jamaluddin berjaya membuktikan kemampuan beliau melalui

pencapaian yang berjaya beliau perolehi sepanjang penglibatan beliau dalam bidang politik.

Pencapaian beliau bukan sahaja memberi manfaat kepada rakyat Malaysia malah mampu

menjadi contoh kepada pemimpin negara ini pada masa akan datang. Jelaslah bahawa kajian

ini mampu menjadi jambatan yang mendekatkan lagi masyarakat dengan pemimpin negara.

8
10.0 BIBILIOGRAFI

Sumber Primer

Khairy Jamaluddin. “Keluar Sekejap (KS).”. Diakses pada 2020

https://www.khairykj.com/

Sumber Sekunder

Shen Yee Aun. “Jangan Terus Ketepikan Khairy Jamaluddin.” Malaysia Kini.

Diakses pada Julai 20, 2010.

https://m.malaysiakini.com/letters/137791

BERNAMA. “Pengharaman Logo 1 Malaysia Bukti Pembangkang Takut : Khairy.”

Diakses pada Disember 26,2010.

https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2010/12/26/pengharaman-logo-1malaysia

buktipembangkang-takutkhairy

Ahmad Zaini Kamaruzzaman. “KJ dalam kelas tersendiri.” BH Online.

Diakses pada Disember 7, 2017.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/12/359898/kj-dalam-kelas-

tersendiri

9
10
11
12

You might also like