You are on page 1of 4

GMGA 1024 – POLITIK DAN PENTADBIRAN

TAJUK JURNAL : POLITIK PENTADIRAN DI MALAYSIA : PENILAIAN PEGAWAI


AWAM TERHADAP DASAR POLITIK DAN KEPIMPINAN NASIONAL

PENULIS : AHMAD ATORY HUSSAIN

ULASAN JURNAL

a) Intipati umum jurnal

Menurut Ahmad Atory Hussain mengatakan bahawa penilaian pegawai awam


terhdap dasar-dasar politik dan kepimpinan nasional telah banyak mempengaruhi
dan mengubah paradigma, tindakan dan sokongan rakyat terhadap kerajaan dan
pemimpin itu sendiri.

b) Objektif Penulisan

Objektif penulisan jurnla ini adalah membuat penilaian terhadap pegawai awam
keatas pembentukkan dasar politik, ianya memfokus kepada era pentadbiran Dr.
Mahathir. Beliau telah melaksanakan beberapa dasar politk. Dr.Mahathir sentiasa
menyuntik semangat nilai-nilai murni seperti berdisplin, produktif , beretika dan
mempunyai intergriti di kalangan pegawai awam untuk mencapai matlamat kearah
negara maju. Oleh sebab itu pegawai-pegawai mempunyai penilaian tersendiri
terhadap dasar politik.

c) Lokasi atau subjek kajian.

Lokasi yang menjadi pilihan penulis ialah di kalangan pegawai awam di semua
Kementerian Persekutuan termasuk Jabatan Perdana Menteri ( Semua cawangan di
peringkat negeri ). Perkara yang dikaji ialah perubahan tingkah laku dan tanggapan
di kalangan pegawai awam terhadap dasar-dasar dan program yang telah dijalankan
oleh kerajaan.

d) Penemuan Kajian

Dalam kajian tinjaun pendapat dikalangan pegawai awam, soal selidik digunakan
untuk mengumpulkan data sama ada dasar-dasar yang dilaksanakan memberikan
manfaat atau tidak. Antara dasar yang digunakan adalah daripada segi pentadbiran

1
GMGA 1024 – POLITIK DAN PENTADBIRAN

awam, Dasar Pandang Ke Timur , Dasar Penswastaan dan lain-lain. Dari segi politik,
Akta Rahsia , Akta Keselamatan Dalam Negeri dan lain-lain.

Kajian telah dibuat keatas 25 buah kementerian, dalam lingkungan 2003 hingga
2004 melalui soal selidik dengan menggunakan du acara. Pertamanya melalui
serahan tangan dan dikutip sendiri oleh penyelidik dan pembanci. Keduanya pula
melalui pos. Pegawai awam ini juga terdiri dari 3 kategori iaitu Pegawai Tinggi dan
Pegawai Kerajaan tingkat biasa. Melalui soal selidik beberapa sumber data
diperolehi anataranya taburan responden (pegawai awam) mengikut kementerian,
jawatan atau pangkat responden, peringkat jabatan berkhidmat dan tempoh
perkhidmatan.

Perubahan yang dibawa oleh pihak kerajaan bukan sahaja diterima namun ada juga
yang membangkang. Soal selidik juga turut diutarakan kepada responden untuk
menilai pandangan mereka. Antara isu-isunya ialah Akta Keselamatan Dalam Negeri
( Internal Security Act) dalam isu ini 82.1% responden bersetuju apabila dikatakan
ISA hanya digunakan dalam kes yang boleh menjejaskan ketenteraman awam dan
keselamatan negara.

Dalam dasar pentadbiran negara, amalan neutraliti di kalangan kakitangan kerajaan


amat dituntut. Dari pandangan dan pendapat responden56.9% pegawai awan
merosot amalan neutralitinya. 73.9% bersetuju mengatakan Akujanji merupakan
suatu pendekatan yang digunakan untuk memantapkan displin di kalangan
kakitangan awam.

Kajian juga turut membincangkan tentang pendapat responden ke atas


pemerintahan negara dalam membangunkan negara, sebanyak 96.1% bersetuju
bahawa Kerajaan Malaysia telah berjaya dalam membenagunkan negara dan
meyakinkan rakyatnya untuk berdiri teguh di belakang pemimpin negara walaupun
berhadapan dengan cabaran getir. Berbeza pula dengan pendapat responden
terhadap kejayaan Malaysia dalam mengagihkan kekayaan negara, sebanyak
52.6% tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut.

Lantaran itu, nilai-nilai kepimpinan calon parti politik amat dititikberatkan. Soal selidik
yang telah dijalankan menunujukkan kepimpinan yang dipilih oleh responden ialah
amanah (81.0%) tegas, berwawasan, bertanggungjawab, sabra dam berdisplin juga
dipentingkan.

2
GMGA 1024 – POLITIK DAN PENTADBIRAN

e) Nilaian terhadap jurnal

Saya amat bersetuju dengan isu yang diungkapkan dalam penulisan jurnal ini.
Peranan seorang pemimpin sangat penting disamping kemahiran, pengetahuan,
kelulusan dan karisma. Namun begitu nilai-nilai murni seperti amanah,
bertanggungjawab, berwawasan, tegas, berdisplin adalah elemen yang dituntut.
Sebagai seorang pegawai awam pula amalan neutraliti amat dituntut. Pegawai
awam juga harus berdisplin dan amanah, apa yang paling penting pegawai kerajaan
harus menyokong dan saat taat setia kepada kerajaan yang memerintah.

3
GMGA 1024 – POLITIK DAN PENTADBIRAN

Rujukan :
Ahmad Atory Hussain, (1998). Reformasi pentadbiran awam di Malaysia. Kuala
Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd
Ahmad Atory Hussain, Malike Brahim, Amir Hamzah Abdul, Muhammad Fuad
Othman & Zaheruddin Othman, (2005). Perkembangan politik pentadbiran di
Malaysia : Kajian keatas pendapat pegawai awam terhadap isu-isu nasional.
Laporan Penyelidikan Universiti Utara Malaysia. Tidak diterbitkan.

Anderson, E. James, (2000). Public policy making. New York : Preager Publishers.

Dye, R.Thomas, (1978). Understanding public policy. New Jersey : Prentice Hall

Esman, Milton J, (1972). Administration and development in Malaysia: Institution


building and reform in a plural society. Ithaca: Cornel University Press.

Ghazali Mayudin & Mazni Buyong, (2006). “Pemahaman tentang hokum hudud di
Terengganu dan Selangor” dalam Siti Daud & Zarina Othman (eds). Politik
dan keselamatan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ho Khai leong, (2003). “ Pentadbiran Mahathir terkepung” dalam Ho Khai Leong &
Chin, James (eds). Pentadbiran Mahathir : Prestasi dan krisis dalam
pemerintahan. Kuala Lumpur: Times Books International.

Johardy Ibrahim, (1999). “ Sektor awam berubah” . Utusan Malaysia (25 oktober) : 6

Malaysia, (2006). Perintah-perintah Am dan Arahan perkhidmatan. Kuala Lumpur


International Law Book Services.

Malaysia, (2001). Pekeliling Perkhidmatan bilangan 17 tahun 2001: Penguatkuasaan


Surat AkuJanji Untuk Pegawai Awam. Kuala Lumpur: Jabtan Perkhidmatan
Awam (JPA).

Malaysia, (1994). Dasar-dasar pembangunan Malaysia. Kuala Lumpiur: Institut


Tadbiran Awam Negara (INTAN).

You might also like