You are on page 1of 8

MUHAMMAD ZULHILMI BIN MOHAMED ZAKRI GMGA1024 POLITIK DAN PENTADBIRAN

257546

SEMESTER OKTOBER 2022/2023

PROGRAM PENGAJIAN LUAR KAMPUS PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN


LANJUTAN (PACE)UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

KOD DAN NAMA KURSUS

GMGA1024 POLITIK DAN PENTADBIRAN

TAJUK TUGASAN

BINCANG TENTANG KONSEP CAMPUR TANGAN POLITIK DALAM PENTADBIRAN


AWAM

DISEDIAKAN UNTUK

DR ZAWIYAH BINTI MOHD ZAIN

DISEDIAKAN OLEH

MUHAMMAD ZULHILMI BIN MOHAMED ZAKRI


( 257546 )

TARIKH SERAHAN

14/12/2022

1
MUHAMMAD ZULHILMI BIN MOHAMED ZAKRI GMGA1024 POLITIK DAN PENTADBIRAN

257546

Isi Kandungan

Bi Keterangan Muka surat


l

1 PENGENALAN 3-4

2 ISI KANDUNGAN 4-5

3 RUMUSAN 5-6

4 RUJUKAN 7

5 LAMPIRAN 8

2
MUHAMMAD ZULHILMI BIN MOHAMED ZAKRI GMGA1024 POLITIK DAN PENTADBIRAN

257546

Pengenalan

Kerajaan Malaysia mempunyai suatu sistem iaitu sistem berparlimen. Sistem berpalimen ini

merupakan suatu jenis sistem yang digunapakai dalam kerajaan yang Menyusun pelbagai

menteri dalam eksekutif dan untuk perundangan serta bertanggungjawab terhadap badan

perundangan negara. Dalam sistem berpalimen ini , ketua pemerintahan atau Perdana Menteri

akan memegang atau menjawat jawatan sebagai ketua eksekutif dan juga sebagai ketua

perundangan.

Sistem berparlimen ini digambarkan sebagai suatu sistem pengasingan suatu anatra eksekutif dan

juga perundangan, maka dengan mengamalkan segala sistem demokrasi ini ,kita dapat

membezakan sistem ini dengan sistem presiden. Walau bagaimanapun, Sistem berparlimen ini

memberi perbezaan dan aturan yang baik untuk kuasa ketua kerajaan dan juga ketua negara,

sebagai contoh Ketua kerajaan iaitu Perdana Menteri dan Ketua Negara iaitu Yang Di-Pertua

Agong dan kuasa beliau dipilih oleh majlis raja-raja melayu secara berperingkat mengikut

giliran.

Kerajaan Malaysia ditadbir dengan sistem demokratik yang membolehkan rakyat memilih

pemimpin yang disukai melalui sistem Pilihan Raya Umum. Walaubagaimanapun, Pentadbiran

negara haruslah di miliki atau ditadbir oleh seorang pemimpin yang memenangi pilihan raya

3
MUHAMMAD ZULHILMI BIN MOHAMED ZAKRI GMGA1024 POLITIK DAN PENTADBIRAN

257546
secara majoriti. Sebagai contoh pentadbiran kini diterajui oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri

Anuar Ibrahim menerusi kerajaan perpaduan yang diperoleh daripada keputusan Yang Dipertua

Agong YDPA dan mesyuarat agung Majlis Raja-Raja Melayu serta pemilihan raya umum yang

berlaku pada tahun 2022 dan membawa jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10

kini.

Oleh yang demikian, Pentadbiran dan kerajaan telah dibina dan dibuat menerusi pentadbiran

baru ini. Tetapi mempunyai Batasan antara politik dan juga pentadbiran awam, kerana politik

bergerak secara emosi dan pentadbiran awam berlaku untuk perkhidmatan awam. Terdapat

beberapa perkara yang menjadi masalah jika berlaku perlanggaran atau gangguan dalam

pentadbiran awam oleh politik, antaranya dalam sistem Pendidikan dan juga sistem kewangan

negara.

Sistem Pendidikan ini menjadi suatu hal yang utama untuk memastikan Pendidikan yang baik

diperoleh pelajar atau anak-anak yang baru mengenal alam persekolahan dan hal ini

membolehkan mereka memilih perjalanan diri mereka untuk mendapatkan kejayaan atau

kegagalan.

Seterusnya iaitu sistem kewangan negara, sebagai contoh gangguan politik ini akan

menyebabkan berlakunya pelbagai permasalahan yang berlaku terutamanya pecah Amanah,

tender yang tidak terbuka ,perompakan dan juga berlaku pelbagai masalah lain lagi melibatkan

kewangan negara. Hal ini adalah serius untuk diperhatikan untuk menjadikan Malaysia sebagai

negara yang bertangungjawab dan Amanah sepanjang pentadbiran. Pecah Amanah oleh ahli

politik adalah suatu yang amat memalukan negara kerana hal ini akan terpalik kepada ketelusan

pentadbiran awam dalam menyampaikan perkhidmatan awam kepada seluruh rakyat Malaysia.

4
MUHAMMAD ZULHILMI BIN MOHAMED ZAKRI GMGA1024 POLITIK DAN PENTADBIRAN

257546
Campur tangan politik dalam pentadbiran Awam

Kementerian Kewangan Malaysia menzahirkan bahawa berlaku keteresan kewangan dalam

pentadbiran awam menerusi beberapa ahli politik yang mengunakan dana kewangan kerajaan

untuk kepentingan diri sendiri seperti yang dinyatakan dalam akhbar iaitu berlaku ketidaktelusan

pengunaan kewangan sebanyak RM 600 Bilion dalam penyampaian bantuan kepada rakyat

sekitar Malaysia dalam keadaaan pendemik Covid- 19. Walaubagaimanapun siasatan sedang

dijalankan untuk memastikan ketelusan kepimpinan kerajaan terdahulu dalam mengunaan dana

kewangan negara dalam memberikan bantuan kepada rakyat.

Hal ini menunjukkan campurtangan politik dalam sistem pentadbiran awam dalam memberikan

bantuan kepada rakyat adalah kurang menyenangkan kerana terlibat kepentingan peribadi yang

menyebabkan ketelusan penyampaian bantuan yang sepatutnya di sampaikan kepada rakyat

menjadi suatu kepentingan diri sendiri sahaja.

Sebagai contoh petikan akhbar yang diambil daripada berita Malaysia awani iaitu mengesa

supaya pentadbiran terdahulu di semak dan di teliti pengunaan wang negara sebanyak 600 Bilion

untuk kegunaan atau bantuan kepada rakyat ketika pendemik covid-19 .

Seterusnya, Terdapat kebaikan juga dalam campur tangan politik dalam pentadbiran awam

sebagai contoh campur tangan politik dalam sistem pentadbiran Pendidikan yang membolehkan

pengajian dari peringkat awal dapat diperkenalkan oleh kerajaan sebagai contoh , dalam sistem

Pendidikan diterapkan satu konsep Pendidikan awal kanak-kanak iaitu Pendidikan di Prasekolah

yang di perkenalkan pada satu program yang diberi nama Program Transformasi Kerajaan dalam

waktu atau pentadbiran Yang Amat Berhormat Dato Seri Najib Bin Haji Tun Razak. Hal ini

memberikan kebaikkan kepada rakyat yang ingin anaknya mendapat Pendidikan awal sebelum

5
MUHAMMAD ZULHILMI BIN MOHAMED ZAKRI GMGA1024 POLITIK DAN PENTADBIRAN

257546
memasuki alam persekolahan dan juga memperoleh pencerahan mengenai alam persekolahan

sebelum merempuhi alam persekolahan yang dramatik.

Rumusan

Sebagai kesimpulannya Campur tangan Politik dalam pentadbiran awam ada kebaikan dan juga

ada keburukannya dan ia berlandaskan kepada jenis dan permasalahan yang digambarkan oleh

rakyat dan ketelusan kerajaan dalam melaksanakan perihal kemakmuran negara. Perkara ini

perlu mempunyai had dan Batasan untuk mengelakkan berlakunya gejala rasuah yang berlebihan

dan kettidaktelusan berlaku antara ahli politik dalam pentadbiran awam. Selain daripada itu,

pentadbiran awam yang terlibat dengan tender atau pengeluaran wang dana dari kerajaan

perlulah dikawal untuk mendapatkan kelulusan semua pihak supaya tidak berlaku gejala rasuah

dikalangan ahli politik secara berleluasa.

Walaubagaimanapun, hal ini juga perlu dipandang baik dari suatu sudut kerana ,ada perlunya

campurtangan politik dalam pentadbiran awam untuk di debat dan dipertikai supaya dapat

menjamin kesejahteraan rakyat terutamanya dalam sistem Pendidikan Malaysia dengan tahap

Pendidikan yang sedang membangun dan tahap kemiskinan rakyat yang tinggi untuk

memastikan anak-anak mendapat Pendidikan awal untuk berjaya dialam persekolahan kelak.

Sebagai tambahan dalam rumusan ini, terdapat petikan akhbar menunjukan keluhan pentadbiran

awam dalam jabatan keselamatan berlaku kekacauan dengan campurtangan politik kerana

terdapat pelbagai pihak dan pelbagai ideologi dalam memberikan pendapat yang mengelirukan

sehingga menganggu pihak jabatan keselamatan. Hal ini akan mengelirukan jabatan dalam

mendapatkan arahan dan tangungjawab akan terganggu dalam menberikan pentadbiran yang baik

kepada rakyat.

6
MUHAMMAD ZULHILMI BIN MOHAMED ZAKRI GMGA1024 POLITIK DAN PENTADBIRAN

257546

Rujukan

1) https://www.astroawani.com/berita-malaysia/dakwaan-seleweng-rm600-bilion-

muhyiddin-jangan-cabar-saya-pm-anwar-395341

2) https://www.sinarharian.com.my/article/136529/berita/politik/campur-tangan-politik-

cetus-kacau-bilau-dalam-perkhidmatan-awam

3) Husain, A. A., & Brahim, M. (2006). Politik pentadbiran di Malaysia: Penilaian pegawai

awam terhadap dasar politik dan kepimpinan nasional. Jurnal Kemanusiaan, 4(2).

4) Rahmat, N. E., Aziz, N. A., Mangsor, M. M., & Zain, M. I. M. (2021). Kedaulatan Raja-

Raja Melayu Melangkaui Peruntukan Perlembagaan Persekutuan: Implikasinya ke atas

Sistem Raja Berperlembagaan di Malaysia. Malaysian Journal of Social Sciences and

Humanities (MJSSH), 6(8), 1-14.

7
MUHAMMAD ZULHILMI BIN MOHAMED ZAKRI GMGA1024 POLITIK DAN PENTADBIRAN

257546

Lampiran

You might also like