You are on page 1of 11

SEMESTER OKTOBER 2021/2022

DISEDIAKAN UNTUK:
DR. NUR SYAKIRANAKMAL BINTI ISMAIL

TUGASAN BERDUA

GMGA 2023
DASAR AWAM

DISEDIAKAN OLEH:

TARIKH
NAMA NO.MATRIK TANDATANGAN HANTAR
TUGASAN
IZNI ILYANA BINTI
282205 26.05.2022
SAFARI
NUR AMELINA
282459 26.05.2022
BINTI RUSLI

1
ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN........................................................................................................................................1
2.0 TAKRIFAN MAKSUD KONSEP..................................................................................................................2
3.0 KONSEP DASAR AWAM..........................................................................................................................3
4.0 KENALPASTI PERUBAHAN CORAK KONSEP DASAR AWAM....................................................................4
5.0 SOKONGAN KONSEP..............................................................................................................................5
5.1.1 PENDEKATAN PENYERTAAN...............................................................................................................5
5.1.2 DASAR SUBSTANTIF DAN PROSEDURAL..............................................................................................6
5.1.3 DASAR SIMBOLIK DAN MATERIAL.......................................................................................................7
6.0 KESIMPULAN.........................................................................................................................................8

2
1.0 PENGENALAN

Thomas R. Dye, (1976) telah memberikan takrifan dasar awam sebagai satu polisi yang
merangkumi kepada “apa yang kerajaan buat dan apa yang perlu dilakukan oleh kerajaan”.
Bagi ahli sains politik, David Easton, (n.d) pula menyatakan bahawa dasar awam adalah
sebagai polisi yang mempunyai nilai peruntukan pihak berkuasa untuk keseluruhan lapisan
masyarakat. Bagi Laswell dan Kaplan pula mereka bersetuju untuk mendefinisikan dasar
awam ini sebagai program yang mempunyai nilai, matlamat serta amalan yang telah
dirancang menjadi sebuah projek. Saadon & Abd. Rahim, (2007) menyifatkan dasar awam
ini sebagai polisi yang dikelaskan sebagai sebuah projek terancang daripada kerajaan dan
setiap projek tersebut akan memberikan manfaat dan juga faedah kepada keseluruhan
masyarakat di sesebuah negara.

Kesinambungan daripada dasar awam ini bermula daripada pemisahan kuasa yang terjadi di
Malaysia dimana cabang dasar awam tersebut dipecahkan kepada pentadbiran yang tersusun;

Legislatif

Pecahan Dasar
Awam di
Malaysia

Kehakiman Esekutif

Rajah 1.0: Pecahan Dasar Awam di Malaysia

Dengan amalan sistem pemerintahan kuasa mengikut bidang yang telah ditetapkan oleh
kerajaan, maka setiap dasar yang digubal oleh kerajaan seperti cabang legislatif yang
melakukan dasar yang berkaitan dengan isu dan juga permasalahan yang berlaku dalam

1
kalangan masyarakat di negara ini dan isu tersebut haruslah berada diantara isu yang boleh
memberikan kesan kepada rakyat dan juga negara.

Kita menyingkap kembali bagaimana terjadinya cabang sistem pemerintahan di Malaysia


sehingga dasar-dasar yang dilakukan adalah mengikut cabang yang telah dinyatakan iaitu
esekutif,legislatif dan juga kehakiman. kita seharusnya sedar bahawa kemerdekaan yang kita
kecapi pada 31 Ogos 1957 yang telah menjadikan Persekutuan Tanah Melayu telah bebas
dari penjajahan dan ianya adalah ihsan dan juga usaha Tun Abdul Rahman selaku Perdana
Menteri Malaysia yang pertama yang mengambil langkah untuk membebaskan Tanah
Melayu daripada terus-terusan dijajah oleh penjajah luar.

2.0 TAKRIFAN MAKSUD KONSEP

Secara umumnya, dasar merujuk kepada apa juga tindakan yang diambil atau tidak diambil oleh
kerajaan.Namun begitu, takrifan dasar ini juga boleh dibahagikan kepada dua. Antara dasar yang
pertama ialah dasar yang ditetapkan adalah sesuatu yang strategi atau tindakan yang diambil oleh
pihak kerajaan berhubung dengan sesuatu masalah negara demi kepentingan rakyat Malaysia
yang terdiri daripada pelbagai kaum. Takrifan dasar yang kedua pula ialah saesuatu atau di mana
keputusan yang diambil oleh kerajaan untuk tidak berbuat apa-apa terhadap sesuatu perkara. Hal
ini bermakna, pihak kerajaan memutuskan untuk mengelak dari membuat sesuatu keputusan atau
tidak mengambil apa sahaja tindakan berdasarkan dasar tertentu berhubung dengan perkara serta
tindakan oleh kerajaan juga boleh dinamakan sebagai keputusan untuk tidak membuat keputusan.

Menurut Robert Eyestone (1971:18), beliau mentakrifkan dasar awam ialah hubungan antara
unit-unit kerajaan dengan persekitarannya. Namun, takrifan ini amat luas yang menyebabkan
pembaca kurang memahami maksudnya. Selain itu, Thomas R.Dye (1978:1) pula mentakrifkan
dasar awam sebagai apa-apa sahaja pilihan kerajaan untuk membuat sesuatu keputusan atau
tidak. Prof.Richard Rose (1969) pula mentakrifkan dasar awam merupakan satu aktiviti atau
kegiatan yang berpanjangan sama ada sedikit mahupun banyak yang mengaitkan keputusan yang
konkrit walaupun kesannya berbeza dengan keputusan yang diambil.

2
Menurut Kamus Dewan (1970 hlm 218), dasar awam ialah teras, asas, panduan, pendapat, aturan
dan sebagainya. Dasar mempunyai tujuan, matlamat, fungsi, tugas, demi kepentingan (institusi,
jabatan atau agensi). Awam pula menurut Kamus Dewan ialah teras panduan atau matlamat am
bagi orang awam atau rakyat demi kepentingan masyarakat umumnya. Hal ini demikian kerana,
ianya mempunyai ciri kebajikan, semoga rakyatnya hidup selesa , aman dan tenteram, sejahtera
dengan semangat kerjasama bersatu padu dan muhibah di negara yang unik seperti di Malaysia.
Menurut Ahmad Atory Hussain:1990, beliau mentakrifkan dasar awam ialah program atau
projek yang telah dirancang oleh pihak kerajaan yang mempunyai tujuan serta matlamat yang
tertentu.

3.0 KONSEP DASAR AWAM

Nor Hidayah, (n.d) Konsep dasar awam boleh didefinisikan sebagai sebagai salah satu garis
panduan untuk melaksanakan sesuatu dasar khususnya sama ada ianya berada di peringkat
organisasi dan juga di peringkat kerajaan.Namun dasar awam ini akan dikhususkan kepada
pentadbiran kerajaan kerana dengan adanya dasar-dasar yang diwujudkan oleh kerajaan melalui
Kementerian-kementerian yang sedia ada ianya akan menentukan keberhasilan terhadap
pengurusan pentadbiran kerajaan untuk disalurkan kepada rakyat dan juga untuk kepentingan
pembangunan negara.Konsep yang pertama mengapa terbentuknya dasar awam di Malaysia
melalui Kerajaan Persekutuan adalah berkonsepkan corak kehidupan masyarakat di dalam negara
kerana seperti contoh dasar awam yang menjadi tumpuan daripada masyarakat di seluruh negara
adalah dasar pelancongan yang memberikan banyak impak dan juga kesan yang baik kepada
negara. Hal ini kerana kerajaan Malaysia mempunyai keunikan yang sendiri kerana pemimpin-
pemimpin yang bijak di dalam menggubal dasar-dasar ini selaras dngan ciri-ciri dan juga
keperluan semasa terhadap negara dan juga rakyat kerana Malaysia dikenali sebagai negara yang
mempunyai kaum majmuk yang akan menjadikan negara begitu unik sekaligus ianya akan
memberikan kesan kepada dasar awam negara.

Konsep dasar awam yang seterusya adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah
negara yang maju dan juga Makmur dengan menggunakan konsep demokrasi berpalimen kerana

3
sistem demokrasi yang digunakan di dalam negara akan mampu untuk membantu negara
mencapai kestabilan dari segi politik,pembangunan,penyatuan rakyat berbilang kaum di seluruh
negara dan juga untuk mengembeleng sumber-sumber yang ada di dalam negara dengan baik.Hal
ini kerana berdasarkan sejarah yang berlaku di dalam negara terhadap peristiwa 13 Mei 1969
kerajaan telah memutuskan untuk melakukan pembaharuan di dalam melaksanakan dasar-dasar
yang boleh diwujudkan untuk memastikan tiada lagi perkara sedemikian berulang.

4.0 KENALPASTI PERUBAHAN CORAK KONSEP DASAR AWAM

Seperti yang dijelaskan,konsep-konsep dasar awam ini akan memberikan impak terhadap
pembangunan dasar awam di Malaysia dan dalam pada masa yang sama juga dapat dijelaskan
mengapa terbentuknya konsep dasar awam di Malaysia adalah kerana sifat-sifat yang ada di
dalam dasar awam antaranya adalah:-

a. Konsep yang pertama adalah bersifat permintaan dan juga tuntutan dasar dimana ianya
merujuk kepada tuntutan dan juga permintaan semasa yang disalurkan oleh kerajaan
melalui individu dan juga ianya disalurkan kepada kumpulan seperti NGO yang
berdaftar,organisasi swasta dan lain-lain agensi lagi dan dalam pada masa yang sama
tuntutan terhadap dasar awam ini merupakan reaksi terhadap apa yang disalurkan kepada
kerajaan.
b. Konsep terperinci yang kedua adalah terhadap keputusan dasar dimana ianya merujuk
kepada tindakan dan juga tuntutan terhadap apa yang telah disalurkan dan kerajaan akan
mengambil tindakan terhadap keputusan seperti contoh kandungan dasar awam dan juga
hala tuju dasar yang diwujudkan oleh kerajaan seperti contoh Dasar Ekonomi Baru
(DEB) yang sentiasa menjadi tumpuan sehingga ke hari ini.Keputusan dasar ini boleh
terjadi sama ada kerajaan akan menghentikan dasar tersebut atas sebab yang tertentu dan
juga akan melanjutkan dasar yang digubal dengan mengumpulkan maklumat dasar.
c. Seterusnya adalah kenyataan dasar yang merupakan konsep terperinci dasar awam di
Malaysia.Hal ini kerana sekiranya kerajaan ingin melaksanakan sesebuah dasar maka
ianya memerlukan kenyataan rasmi seperti contoh daripada perdana Menteri,Ketua
Setiausaha Negara,Menteri Kabinet dan sebagainya sebagai satu cara untuk meyakinkan

4
rakyat tentang dasar yang digubal akan memberikan perubahan yang besar kepada negara
dan juga rakyat.

5.0 SOKONGAN KONSEP

Seperti yang kita ketahui, dasar awam adalah untuk mencorakkan kehidupan rakyat bagi
sesebuah negara. Tambahan pula, Malaysia mempunyai keunikannya tersendiri kerana dasar ini
digubal bersesuaian dengan ciri-ciri dan keperluan semasa. Selain itu, Malaysia juga terdiri
daripada rakyat yang berbilang bangsa, keturunan, penganut agama dan sebagainya. Terdapat
beberapa sokongan konsep yang boleh kita pelajari daripada dasar awam ini.

5.1.1 PENDEKATAN PENYERTAAN

Pendekatan penyertaan berkait rapat dengan pendekmorasian penyertaan awam dalam


pembentukan polisi. Kebiasaannya, pendekatan ini digunakan adalah untuk membuat penilaian
dari segi peranan dalam bentuk pelbagai pelaku atau aktor dalam pembuatan polisi. Di samping
itu, pendekatan ini juga terdapat dalam sidang dengar secara umum atau secara terbuka untuk
semua pihak daripada pihak yang berkuasa sehinggalah rakyat biasa. Hal ini bertujuan supaya
maklumat yang dikumpulkan ini dapat diberikan kepada pihak berkuasa untuk membuat
keputusan serta cadangan dalam membuat sesuatu tindakan supaya membuat keputusan dengan
baik. Menurut Mohamad rozaimy Ridzuan, (2021, 6 Mac), Berita Harian, Parlimen Belia dan
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bertindak sebagai badan yang dapat memberi pandangan, idea
dan juga kerangka bagi strategi hala tuju dasar negara dalam pelbagai bidang. Belia adalah aset
yang sangat penting bagi menentukan kemajuan serta pembangunan bagi sesebuah negara.
Lebih-lebih lagi, golongan ini tidak boleh disangkal kerana mereka adalah di antara watak utama
yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam mana-mana aktiviti serta projek yang
dilaksanakan oleh pihak kerajaan.

5
5.1.2 DASAR SUBSTANTIF DAN PROSEDURAL

Dasar substantif adalah dasar yang melihat apa yang bakal dilakukan atau dilaksanakan oleh
pihak kerajaan seperti pemberian subsidi kepada nelayan, pencegahan wabak pemyakit, taman
permainan dan sebagainya. Dasar ini secara tidak langsung dapat memberi impak positif dan
juga negatif serta faedah dan kos kepada rakyat. Contohnya, pada 17 November 2019 kes covid-
19 dikesan dan tersebar luas di Malaysia. Bagi mencegah penularan wabak ini, kerajaan telah
melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam pelbagai cara. Perintah ini adalah
untuk memastikan semua rakyat menjaga jarak sosial bagi mengelakkan daripada terkena wabak
yang merbahaya ini kepada orang lain. Selain itu, rakyat juga tidak digalakkan untuk keluar
bekerja, pelajar tidak dibenarkan ke sekolah, banyak kilang, kedai restoran, dan semua sektor
ditutup serta semua kemasukan pelancong asing disekat. Kerajaan melaksanakan PKP bagi
mengekang penularan wabak COVID-19 dan penambahbaikan dapat dilakukan dan Kementerian
Dalam Negeri (KDN) secara tidak langsung dapat menilai semula serta membentuk polisi-polisi
baharu berkaitan dengan PKP demi kebaikan seluruh rakyat Malaysia. Prosedural pula ialah
dasar peraturan dan sebaliknya berbanding dasar substantif. Dasar prosedural berkaitan dengan
cara-cara yang dilakukan oleh pihak kerajaan atau sesiapa sahaja yang terlibat dalam
melaksanakan sesuatu perkara yang berkaitan dengan tindakan yang diambil. Di samping itu,
dasar ini juga telah melibatkan penyediaan undang-undang bagi mencegah perkara-perkara yang
bercanggah dengan undang-undang.

6
5.1.3 DASAR SIMBOLIK DAN MATERIAL

Dasar simbolik adalah merupakan dasar yang bertujuan untuk memberikan perangsang kepada
masyarakat dengan cara yang simbolik. Simbolik merujuk kepada lambang yang tertentu dalam
sesebuah negara. Contoh yang boleh kita lihat di Malaysia ialah seperti jalur gemilang, bunga
raya dan juga lagu Negaraku. Seperti yang kita ketahui, sememangnya jika simbol atau lambang
kebanggaan negara ini dihina pastinya akan menimbulkan kemarahan kepada rakyat serta
pemimpin. Contohnya apabila lagu Negaraku diubah dan diciplak dalam bentuk tidak senonoh
dianggap sebagai satu penghinaan kepada lambang negara dan akan dikenakan tindakan yang
sewajarnya oleh pihak berkuasa. Dasar simbolik ini juga boleh dihubungkaitkan dengan
semangat nasionalisme serta politik di negara. Contohnya seperti Rukun Negara yang telah
digubal untuk mencapai perpaduan di kalangan rakyat yangh berbilang bangsa dan agama
dengan berasaskan serta berpandukan cara hidup demokratik dengan tujuan membentuk
masyarakat yang aman dan makmur.

7
6.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, dasar awam merupakan aspek penting yang penting bagi membantu kerajaan
merancang, melaksanakan, serta menilai segala program secara teratur, sistematik dan secara
berterusan. Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum,
agama, budaya dan adatnya. Dasar awam juga berlandaskan ciri-ciri yang tersendiri bagi
memenuhi keperluan rakyat. Justeru, perpaduan kaum merupakan tonggak utama dalam
mencapai matlamat pembentukan sesuatu dasar awam di Malaysia bagi mencapai matlamat serta
objektif sesebuah negara yang terbilang dan gemilang.

7.0 RUJUKAN

Admin. (2009). Minda Pengarang. Dasar Awam.

Nik Azmi Nik Omar, R. A. (2021). PERSEPSI ORANG AWAM TERHADAP KEBERKESANAN.

Ridzuan, M. R. (2021). Berita Harian. Menggalak penyertaan belia bersama gubal dasar kerajaan.

Undang-Undang Malaysia,(2009). Perlembagaan Persekutuan.Diambil Dari:


http://www.kptg.gov.my/
Nor Hidayah, (n.d). Dasar-Dasar Awam.Academia.Diambil Dari: https://www.academia.edu/
Portal Rasmi Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia,(2019). Perundangan.Diambil
Dari: www.mcmc.gov.my

8
9

You might also like