You are on page 1of 23

MPU 3323 PERLEMBAGAAN DAN MASYARAKAT MALAYSIA NOV’22-APRIL’23

NAME & MATRIK NUMBER

1. PRAGASH NAIR RAJA KUMAR 20210633-01-23386


2. HAGALIAAH SIVAKUMAR 20210633-01-23374
3. NURUL HUSNA ARWAN 20210633-01-23419

LECTURER: COHORT:

EN. EFFENDI BLEI A35

COURSE: SUBMISSION DATE:

BACHELOR OF ARTS IN LAW 30 JANUARI 2023


ENFORCEMENT (INVESTIGATION)
(HONS)

SUBJECT: ASSIGNMENT TITLE :

MPU 3323 PERLEMBAGAAN DAN BAB 4: PERKARA ASAS DALAM


MASYARAKAT MALAYSIA PERLEMBAGAAN: FEDERALISME, HAK
KEBEBASAN, DISKRIMINASI PERLINDUNGAN,
KONTRAK SOSIAL

Assignment Type: % of Assignment Extension & Late Submission


Group Assignment Mark Disallowed
/30

Page| 1
MPU 3323 PERLEMBAGAAN DAN MASYARAKAT MALAYSIA NOV’22-APRIL’23

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA HALAMAN


1.0 PENGENALAN 3

2.0 MAKSUD & PENERANGAN FEDERALISME 4-5

3.0 PEMBAHAGIAN KUASA 6

3.1 SENARAI PERSEKUTUAN 6


3.2 SENARAI NEGERI 7
3.3 SENARAI BERSAMA 7

4.0 HAK KEBEBASAN 8

4.1 PERKARA 5 9
4.2 PERKARA 6 10
4.3 PERKARA 7 11
4.4 PERKARA 8 11
4.5 PERKARA 9 12
4.6 PERKARA 10 12
4.7 PERKARA 11 13
4.8 PERKARA 12 14
4.9 PERKARA 13 15

5.0 MAKSUD & PENERANGAN DISKRIMINASI


PERLINDUNGAN 16-17

6.0 MAKSUD & PENERANGAN KONTRAK SOSIAL 18-19

7.0 KESIMPULAN 20-21

8.0 RUJUKAN 22-23

Page| 2
MPU 3323 PERLEMBAGAAN DAN MASYARAKAT MALAYSIA NOV’22-APRIL’23

1.0 PENGENALAN

Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Ia merupakan satu


dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen
terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan
tahun 1957. Selain daripada itu, perlembagaan ialah satu dokumen yang mengandungi semua
susunan peraturan dan undang-undang dasar yang dianggap penting bagi pemerintahan dan
pentadbiran sesebuah Negara. Kini, Perlembagaan Malaysia mengandungi sebanyak 183
Perkara yang tergolong dalam 15 Bahagian. Antara kandungannya menyebut mengenai kuasa
kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, bentuk dan tugas Yang di-Pertuan Agung,
Parlimen, Kabinet. Mana- mana undang-undang negeri yang bercanggah dengan
Perlembagaan Persekutuan secara automatik akan terbatal. Perlembagaan digubal di Parlimen
dengan tiga kali pendengaran (perdebatan). Sesuatu perlembagaan atau akta akan dikira
digazetkan apabila ia mendapat sokongan 2/3 dari ahli dewan rakyat.

Perlembagaan Persekutuan memberikan jaminan terhadap hak asasi dan kebebasan


rakyat dan keadilan sosial untuk semua kaum di negara ini. Selain itu ia menjamin keadilan,
kerjasama, kesepakatan dan kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan
Negeri. Bagi negara Malaysia perlembagaan telah mengikat masyarakat untuk merujuk pada
satu undang yang sama untuk sesuatu masalah supaya tidak bercanggah antara satu sama lain.
Contohnya Fasal 152, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan Perlembagaan
Malaysia 1963, disebutkan bahawa, Bahasa kebangsaan adalah bahasa Melayu dan akan
kekal seperti itu seperti yang diperuntukkan oleh Parlimen, dengan bahawa (a) tidak ada
seseorang pun yang akan dihalang dari menggunakan (kecuali hal-hal rasmi), atau mengajar
atau mempelajari bahasa-bahasa lain dan (b) tidak ada sebarang peruntukan dalam fasal ini
yang boleh mengganggu hak kerajaan Persekutuan atau sebarang kerajaan negeri untuk
memelihara dan memperkembangkan penggunaan dan pengkajian bahasa komuniti lain.

Perlembagaan penting kerana ia dapat menjamin kestabilan politik dan sistem


pentadbiran negara. Sebagai contoh, Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) merupakan
undang-undang tahanan pencegahan yang sedang berkuat kuasa di Malaysia. Sesiapa pun
boleh ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk
yang dijangkakan mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya.

Page| 3
MPU 3323 PERLEMBAGAAN DAN MASYARAKAT MALAYSIA NOV’22-APRIL’23

Melalui perlembagaan, corak pemerintahan, pembahagian kuasa antara pelbagai badan


kerajaan serta prinsip-prinsip umum cara kuasa dilaksanakan. Selain itu, perlembagaan dapat
menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat dimana hak asasi rakyat seperti kebebasan
bersuara dapat digunakan. Walaupun kebebasan bersuara dibolehkan namun ia masih
dibawah peruntukkan Akta Hasutan dan Keselamatan Dalam negeri. Ini membawa maksud
walaupun setiap rakyat dibenarkan untuk meluahkan pendapat dan pandangan masing-
masing namun ia masih di bawah undang- undang di mana sekiranya berlaku unsur hasutan
yang boleh menghuru- harakan keharmonian masyarakat, seseorang masih boleh didakwa.

2.0 FEDERALISME

Beberapa buah negara mengamalkan konsep federalisme (Persekutuan) dan Malaysia adalah
salah satunya. Sarjana seperti K.C Wheare menggariskan federalisme sebagai kaedah
pembahagian kuasa di antara kerajaan pusat dan negeri dengan kewujudan ruang kuasa
tersendiri secara selaras dan bebas. Seorang lagi sarjana penting dalam kajian berkaitan
federalisme, W. Riker mentakrifkan federalisme sebagai organisasi politik yang melihatkan
aktiviti kerajaan terbahagi kepada kerajaan negeri dan pusat dengan cara tertentu setiap
kerajaan melaksanakan aktiviti dalam menentukan keputusan akhir. Tambahan pula, sarjana
perundangan tempatan, Abdul Aziz Bari pula melihat federalisme sebagai mengizinkan
kesatuan tanpa mengorbankan ciri-ciri individu sesebuah wilayah. Federalisme juga
ditafsirkan sebagai sebuah penyusunan yang mengizinkan kewujudan lebih dari satu pihak
berkuasa ke atas sebuah wilayah yang masing-masing mempunyai bidang kuasa dan
autonomi tersendiri. Pembahagian kuasa ini kemudian dinyatakan dengan jelas oleh sebuah
perlembagaan bertulis.

Secara ringkas, konsep federalisme menonjolkan ciri-ciri pembahagian kuasa antara Kerajaan
Pusat dan Kerajaan Negeri. Tiada campur tangan antara satu sama lain. Namun, semak dan
imbang antara satu sama lain tetap berlaku mengikut peranan masing-masing. Dari segi
praktiknya, Kerajaan Pusat mempunyai bidang kuasa memerintah melalui Dewan Rakyat
manakala Kerajaan Negeri pula melalui Dewan Undangan Negeri. Secara teori, Malaysia
disifatkan sebagai sebuah negara federalisme baru yang terkeluar daripada konsep
federalisme tulen Wheare. Malaysia juga dikatakan mempunyai ciri-ciri kecondongan pusat
(central bias) yang tinggi dan mirip kepada unitarisme. Perlembagaan Persekutuan telah

Page| 4
MPU 3323 PERLEMBAGAAN DAN MASYARAKAT MALAYSIA NOV’22-APRIL’23

menetapkan bahawa “Persekutuan adalah dinamakan Malaysia dalam Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris”.

Selain itu, federalisme merupakan konsep terbaik dalam meneliti hubungan pusat-negeri
seperti yang berlaku dalam konteks Malaysia. Federalisme juga dilihat membentuk keadaan
tidak simetri di dalam perlembagaan negara dan dalam kes pembentukan Malaysia, Asri
Salleh menyatakan bahawa penyertaan Sabah dan Sarawak untuk membentuk Persekutuan
Malaysia telah membuka laluan kepada pindaan perlembagaan dan pindaan ini membentuk
kerangka negara yang tidak simetri dengan dipengaruhi oleh Perjanjian Malaysia 1963,
Memorandum 20 dan Memorandum 18. Namun kedudukan tidak simetri ni wajar dilihat dari
sudut positif seperti dijelaskan oleh Asri Salleh bahawa bentuk perlembagaan tidak simetri ini
merupakan instrumen terbaik kepada Sabah dan Sarawak sebagai sub-national entities ketika
penyertaan mereka dalam pembentukan Malaysia. Antara contoh asas terpenting bentuk tidak
simetri perlembagaan Malaysia ini ialah Bahagian IV dan Bahagian V Jadual Kesepuluh yang
menjelaskan tentang pemberian khas kepada Sabah dan Sarawak serta sumber tambahan hasil
yang diserahkan kepada Sabah dan Sarawak.

Pemusatan kuasa yang terlalu rigid menyukarkan federalisme untuk diamalkan secara adil
kerana ia akan melihatkan sebuah kerajaan mendominasi kerajaan yang lain. Keadaan ini
jelas bertentangan dengan apa yang digariskan Wheare dan Rikel mengenai ruang kuasa
tersendiri yang wujud dalam hubungan pusat-negeri. Asas federalisme seperti dinyatakan
Harding dan Chin adalah untuk mengatasi konflik dan memberi manfaat ekonomi. Dalam hal
ini kita melihat wujud kecenderungan konflik dan kesenjangan ekonomi di Malaysia, melalui
pengamalan federalisme yang tempang, akibat dominasi pusat yang tinggi. Definisi dan
ciri-ciri federalisme yang dihujahkan oleh setiap sarjana ini melihatkan bagaimana
kedudukan hubungan pusat-negeri itu menjadi tumpuan utama untuk dibincangkan. Dalam
konteks Malaysia, federalisme jelas berpaksi kepada Perjanjian Malaysia 1963 dan
pematuhan menyeluruh terhadap perjanjian ini memastikan sistem persekutuan dapat berjalan
lancar. Hari ini, keserasian sistem federalisme di Malaysia bukan sahaja memberi manfaat
kepada pentadbiran negara malah turut memberi momentum kepada keperluan membentuk
kerjasama fiskal di semua peringkat Kerajaan. Sehingga kini Malaysia masih memilih untuk
meneruskan corak pembahagian kuasa yang memihak kepada Kerajaan Persekutuan. Bagi
Malaysia, pendekatan in adalah yang terbaik untuk menjamin kekuatan, kekuasaan serta
kestabilan dari ancaman ekonomi politik dalam dan luar negara.

Page| 5
MPU 3323 PERLEMBAGAAN DAN MASYARAKAT MALAYSIA NOV’22-APRIL’23

3.0 PEMBAHAGIAN KUASA

Kita semua tahu bahawa Malaysia adalah sebuah Persekutuan. Namun, mungkin tidak ramai
yang tahu tentang pembahagian kuasa perundangan dan eksekutif di antara Pusat dan
negeri-negeri. Di peringkat Pusat, institusi yang mempunyai kuasa untuk membuat
undang-undang bagi seluruh Malaysia adalah badan perundangan iaitu Parlimen dan institusi
yang mentadbir negara mengikut undang-undang adalah Kerajaan Persekutuan. Pada masa
yang sama, setiap 13 negeri di Malaysia mempunyai badan perundangan Dewan Undangan
Negeri (DUN)) dan kerajaan negeri tersendiri. DUN mempunyai kuasa untuk menggubal
undang-undang bag negerinya manakala kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk mentadbir
neger mengikut undang-undang tersebut. Setiap negeri punya Mahkamah Syariah tersendiri
untuk memutuskan mana undang-undang syariah. Namun begitu, semua undang-undang
harus konsisten dengan Perlembagaan.Perlembagaan Persekutuan membahagikan kuasa
untuk menggubal undang-undang di antara Parlimen dan DUN. Ini bermakna Perlembagaan
menyatakan jenis undang-undang yang bole digubal oleh Parlimen dan jenis undang-undang
yang boleh digubal oleh DUN. Adalah penting untuk kita mengetahui tentang pembahagian
kuasa in kerana ia mungkin membawa kesan kepada kita sebagai rakyat Malaysia dan rakyat
salah satu daripada negeri-negeri tersebut.

3.1 SENARAI PERSEKUTUAN

Terdapat tiga senarai dalam Perlembagaan. 'Senarai Persekutuan' menyenaraikan


perkara-perkara yang terletak di bawah kuasa Parlimen. 'Senarai Negeri' menyenaraikan
perkara-perkara yang terletak di bawah kuasa DUN. Senarai Persekutuan ( federal lists )
bermakna senarai perkara perkara yang Parlimen diberi kuasa untuk membuat undang undang
ke atas perkara perkara itu. Sebagai contoh senarai persekutuan menyenaraikan perkara
pendidikan termasuk dalam bidang kuasa Parlimen. Sebab itu Akta Pendidikan sebagai
contoh dibuat di Parlimen. Antara perkara yang tersenarai di bawah Senarai Persekutuan
ialah hubungan luar seperti perjanjian antarabangsa, pertahanan, keselamatan dalam negeri,
undang-undang dan tatacara sivil dan jenayah termasuk bidang kuasa dan kuasa mahkamah
(kecuali Mahkamah Syariah negeri), rahsia rasmi, undang-undang Islam dan peribadi yang
lain bagi tujuan undang-undang Persekutuan dan kewarganegaraan Malaysia. la juga
termasuk perkara seperti kewangan, perdagangan dan perindustrian termasuk import dan

Page| 6
MPU 3323 PERLEMBAGAAN DAN MASYARAKAT MALAYSIA NOV’22-APRIL’23

esport, perkapalan termasuk pelabuhan, perhubungan dan pengangkutan, pendidikan,


perubatan dan kesihatan, kebajikan orang asli, pelancongan, buruh dan keselamatan sosial.
Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa eksekutif ke atas semua perkara yang Parlimen bole
gubal undang-undang. Kerajaan-kerajaan neger mempunyai kuasa eksekutif ke atas semua
perkara yang DUN boleh gubal undang-undang.

3.2 SENARAI NEGERI

Senarai Negeri ( state list ) pula merujuk kepada bidang kuasa DUN untuk menggubal
undang undang yang melibatkan perkara perkara yang Kerajaan Negeri ada kuasa membuat
undang undang bagi perkara perkara tersebut. Contohnya perkara menyentuh agama Islam
terletak di bawah bidang kuasa Negeri. Begitu juga contoh lain adalah perkara berkaitan
tanah. Bagi Senarai Negeri pula, termasuk undang-undang Islam dan undang-undang peribadi
dan keluarga bagi individu yang menganut agama Islam, mewujudkan Mahkamah Syariah,
tanah, pertanian dan hutan, kerajaan tempatan, pihak berkuasa tempatan, pemilihan kerajaan
tempatan, pasar dan pelesenan teater, pawagam dan tempat-tempat hiburan awam, keria raya
negeri dan air (kecuali pembekalan dan perkhidmatan air) serta cuti negeri. Secara amnya,
jika sesuatu perkara itu dalam Senarai Negeri, Parlimen tidak boleh gubal undang-undang
mengenainya. Tetapi, ada situasi di mana Parlimen boleh gubal undang-undang berkenaan
dengan perkara dalam Senarai Negeri. Situasi-situasi tersebut termasuk sekiranya ada
pengisytiharan darurat atau penyelarasan undang-undang negeri.

3.3 SENARAI BERSAMA

Senarai Bersama ( concurrent list ) bermaksud kedua dua Parlimen dan Dun diberi kuasa
membuat undang undang yang termasuk dalam senarai perkara perkara yang terkandung
dalam Senarai Bersama itu. 'Senarai Bersama' menyenaraikan perkara-perkara yang Parlimen
dan DUN boleh gubal undang-undang. Senarai Bersama membenarkan Parlimen dan DUN
menggubal undang-undang untuk perkara yang sama. Asalkan undang-undang tersebut tidak
berlapik atau bercanggah, la boleh terus wujud dan beroperasi bersama. Tetapi, sekiranya ada
percanggahan bagi perkara bawah senarai tersebut, undang-undang Parlimen menjadi
undang-undang yang harus dipatuhi. Senarai Bersama in termasuk kebajikan awam, biasiswa,
perlindungan haiwan liar dan taman-taman negara, perancangan bandar dan luar bandar,
kesihatan awam, perparitan dan irigasi, budaya dan sukan serta perumahan dan peruntukan
kemudahan perumahan.

Page| 7
MPU 3323 PERLEMBAGAAN DAN MASYARAKAT MALAYSIA NOV’22-APRIL’23

4.0 HAK KEBEBASAN

Kebebasan mengeluarkan pendapat atau 'freedom of expression' sentiasa menjadi perdebatan


penting apabila dibangluh persoalan berhubung bentuk tuntuta.n kebebasan yang diperlukan
bagi kesejahteraan manusia. Dalam sesebuah negara yang mengamalkan pemerintahan sistem
demokrasi, kebebasan mengeluarkan pendapat adalah salah satu asas dalam sistem tersebut.
Sistem ini menjamin hak rakyat menyatakan pendapat dan bersuara dalam pembentukan
undang-undang dan dasar-dasar kerajaan yang dilaksanakan ke atas mereka. Di Malaysia,
kebebasan mengeluarkan pendapat menimbulkan satu pertembungan fahaman atau nilai
dalam masyarakat. Di sesebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, hak kebebasan
mengeluarkan pendapat diberikan jaminan bukan sahaja perlembagaan malah rakyat boleh
sama-sama melibatkan diri dalam proses pembentukan undang-undang dan dasar negara oleh
kerajaan. Konsep kebebasan mengeluarkan pendapat adalah berasaskan kepada perkataan
bebas atau kebebasan itu sendiri. Idea kebebasan mengeluarkan pendapat sebenar ialah satu
konsep dasar dalam pemikiran liberalisme berkaitan dengan prinsip utamanya tentang
kebebasan individu. la dianggap sebagai satu jaminan kepada kebebasan individu dan
masyarakat.

Berdasarkan ketetapan di atas, hak berkenaan kebebasan mengeluarkan pendapat telah


disepakati bersama sebagai satu keperluan manusia sejagat dan pencabulan ke atasnya telah
ditafsirkan sebagai pencabulan ke atas hak asasi manusia itu sendiri. Idea kebebasan
mengeluarkan pendapat mendapat tempat dalam wacana politik Tanah Melayu (Malaysia)
bersama-sama dengan kedatangan idea-idea demokrasi iaitu pemerintahan berasaskan
undang-undang, sistem kehakiman, dan prinsip hak kebebasan individu semasa era awal
kolonial British. Pada tahun 1948, British telah memperkenalkan Perlembagaan Persekutuan
1948 yang merupakan asas kepada pembentukan Perlembagaan Persekutuan 1957 dan bentuk
demokrasi berparlimen vang diamalkan kini. Pada masa sekarang aliran global ke arah
pendemokrasian dan ditambah lagi dengan kemajuan teknologi maklumat melalui media
elektronik semakin memberangsangkan perkembangan idea kebebasan mengeluarkan
pendapat di Malaysia.

Page| 8
MPU 3323 PERLEMBAGAAN DAN MASYARAKAT MALAYSIA NOV’22-APRIL’23

4.1 PERKARA 5: KEBEBASAN DIRI

Kebebasan diri merupakan Perkara 5 yang terdapat dalam bahagian dua kebebasan asasi
dalam Perlembagaan Malaysia. Terdapat 4 Fasal yang terkandung dalam Perkara 5
Perlembagaan Persekutuan. Fasal pertama membincangkan mengenai tiada seorang pun yang
boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali menurut undang-undang.
Fasal kedua pula ialah berkaitan dengan jika pengaduan dibuat kepada Mahkamah Tinggi
atau kepada mana-mana hakim Mahkamah Tinggi menyatakan bahawa seseorang adalah
ditahan dengan menyalahi undang-undang, maka mahkamah itu hendaklah menyiasat
pengaduan itu. Fasal tiga pula berkaitan dengan jika seseorang ditangkap maka ia hendaklah
diberitahu dengan seberapa segera yang boleh sebab-sebabnya ditangkap dan ia hendaklah
dibenarkan berunding dengan seorang pengamal undang-undang yang dipilih olehnya dan
dibela oleh pengamal undang-undang itu. Fasal empat menyatakan jika seseorang itu
ditangkap dan tidak dilepaskan, maka orang itu hendaklah dibawa ke hadapan seorang
majistret dengan segera dalam tempoh 24 jam dan orang itu tidak boleh ditahan selanjutnya
dengan tada kuasa majistret.

Contohnya, di bawah peruntukan Perkara 5 yang mana perkara ini adalah merupakan titik
tolak kepada konsep Kebebasan Asasi yang disebutkan dalam Bahagian II. Sebagai
warganegara yang berhemah dan mempunyai jiwa dan perasaan yang normal amat
memerlukan kepada hak ini, iaitu hak kebebasan diri dalam melalui kehidupan dan cabaran
semasa. Warganegara perlu dilindungi dan hak hak mereka perlu dijaga dan diberi jaminan.
Seterusnya, di bawah Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan, rakyat Malaysia mempunyai
kebebasan diri di bawah perlindungan undang-undang. Contohnya, di bawah fasal 1 dalam
perkara 5 setiap orang mempunyai hak untuk hidup dan menjalani aktiviti harian. Hal in
menunjukkan bahawa semua rakyat Malaysia mempunyai hak kebebasan diri masing-masing
dalam menjalankan aktiviti harian mereka. Jika terdapat masalah, perbalahan ataupun
perselisihan faham, hal in haruslah diselesaikan dengan cara baik dan juga rasional. Namun
begitu terdapat juga sekatan terhadap Perkara 5 ini kerana sekatan yang dibuat adalah
bertujuan untuk menyekat kebebasan tersebut daripada dipraktikkan bagi menjaga
kepentingan orang ramai. Pembatalan kebebasan diri ini dilakukan mengikut peruntukan
Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan.

Page| 9
MPU 3323 PERLEMBAGAAN DAN MASYARAKAT MALAYSIA NOV’22-APRIL’23

4.2 PERKARA 6 : KEABDIAN DAN KERJA PAKSA DILARANG

Terdapat 4 Fasal yang terkandung dalam Perkara 6 Perlembagaan Persekutuan. Fasal pertama
membincangkan mengenai tiada seorang pun boleh ditahan sebagai abdi. Fasal kedua pula
ialah berkaitan dengan segala bentuk kerja paksa adalah dilarang, tetapi Parlimen boleh
melalui undang-undang membuat peruntukan mengenai perkhidmatan wajib bagi
maksud-maksud negara. Fasal tiga pula berkaitan dengan kerja atau khidmat yang
dikehendaki daripada mana-mana orang sebagai akibat daripada sesuatu sabitan atau dapatan
bahawa dia bersalah di mahkamah tidaklah dikira sebagai kerja paksa mengikut pengertian
Perkara ini, dengan syarat kerja atau khidmat itu dijalankan di bawah pengawasan dan
kawalan suatu pihak berkuasa awam. Fasal empat menyatakan jika menurut mana-mana
undang-undang bertulis kesemua atau mana-mana bahagian daripada fungsi mana-mana
pihak berkuasa awam dikehendaki dijalankan oleh suatu pihak berkuasa awam yang lain.

Perkara di atas konsep perhambaan/abdi adalah diharamkan dan ianya menyalahi peraturan
negara, maka sekiranya berlaku juga perkara-perkara tersebut seperti perhambaan dan juga
seperti membawa masuk warga asing dan memaksa mereka menjalankan kerja-kerja
perburuhan atau kerja-kerja paksa adalah menyalahi undang-undang dan boleh dikenakan
hukuman, namun Perkara 6 (2) menjelaskan kembali, jika sekiranya pihak Kerajaan
merasakan keperluan kepada pengambilan tenaga kerja atau tenaga buruh sebagai tenaga
kerja atau modal insan dalam proses pembangunan Negara, maka itu di bolehkan kerana
Parlimen diberi hak dan kuasa membuat peruntukan khas bagi mengambil pekerja-pekerja
tersebut melalui satu istilah ‘perkhidmatan yang wajib’ yang tidak menyalahi
undang-undang. Oleh yang demikian proses pengambilan tenaga buruh tersebut mestilah
melalui satu pihak berkuasa awam yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Contohnya, di
Malaysia kita boleh dilihat dalam isu LARANGAN TERHADAP BURUH PAKSA DAN
WAJIB. Pekerjaan ini adalah dilarang di dalam Perlembagaan Persekutuan dan Kanun
Keseksaan di mana pesalah yang memaksa seseorang melakukan kerja bertentangan dengan
kerelaannya boleh dikenakan hukuman penjara selama 1 tahun atau denda atau
kedua-duanya.

P a g e | 10
MPU 3323 PERLEMBAGAAN DAN MASYARAKAT MALAYSIA NOV’22-APRIL’23

4.3 PERKARA 7 : PERLINDUNGAN DARIPADA UNDANG-UNDANG JENAYAH


KUAT KUASA KE BELAKANG DAN PERBICARAAN BERULANG

Terdapat 2 Fasal yang terkandung dalam Perkara 7 Perlembagaan Persekutuan. Fasal pertama
membincangkan mengenai tiada seorang pun boleh dihukum kerana sesuatu perbuatan atau
peninggalan yang tidak boleh dihukum menurut undang-undang pada masa perbuatan atau
peninggalan itu dilakukan atau dibuat, dan tiada seorang pun boleh menanggung hukuman
yang lebih berat kerana sesuatu kesalahan daripada yang telah ditetapkan oleh
undang-undang pada masa kesalahan itu dilakukan. Fasal kedua memperuntukkan bahawa
seseorang yang telah dibebaskan daripada sesuatu kesalahan atau disabitkan atas sesuatu
kesalahan tidak boleh dibicarakan semula kerana kesalahan yang sama kecuali jika sabitan
atau pembebasan itu telah dibatalkan dan perbicaraan semula diperintahkan oleh suatu
mahkamah yang lebih atas daripada mahkamah yang telah membebaskan atau
mensabitkannya itu. Contohnya, Ini menunjukkan bahawa Perkara 7 menekankan tentang
seseorang individu itu telah diberikan hak dan kebebasan untuk mereka tidak didakwa oleh
kesalahan yang sama, juga tidak boleh didakwa atas sesuatu kesalahan yang sama kecuali jika
sekiranya kesalahan mereka itu dibawa ke suatu mahkamah yang lebih tinggi atau lebih atas
daripada mahkamah yang telah mendakwa dan menyabitkannya serta menjatuhkan hukuman
ke atasnya sebelum ini. Jelaslah kepada kita bahawa walaupun pada asalnya mereka
melakukan kesalahan dan telah dihukum namun mereka masih lagi diberi perlindungan dan
mereka tetap ada hak mereka disisi peruntukan perundangan Negara.

4.4 PERKARA 8 : KESAMARATAAN

Terdapat 4 Fasal yang terkandung dalam Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan. Fasal


pertama membincangkan mengenai semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan
berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang- undang. Fasal kedua pula
berkaitan dengan kecuali sebagaimana yang dibenarkan dengan nyata oleh Perlembagaan ini
tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama, ras,
keturunan, tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang. Fasal tiga pula
menyatakan tidak boleh ada diskriminasi yang memihak kepada mana- mana orang atas
alasan bahawa dia seorang rakyat Raja bagi mana- mana Negeri. Fasal empat menyatakan
tiada pihak berkuasa awam boleh mendiskriminasikan mana-mana orang atas alasan bahawa
dia bermastautin atau menjalankan perniagaan di mana-mana bahagian Persekutuan di luar

P a g e | 11
MPU 3323 PERLEMBAGAAN DAN MASYARAKAT MALAYSIA NOV’22-APRIL’23

bidang kuasa pihak berkuasa itu. Sebagai contoh, setiap orang yang berada dalam
Persekutuan Tanah Melayu atau Malaysia mempunyai layanan yang sama dan hak sama rata
dari sudut Perlembagaan dan inilah yang ditekankan dalam perkara 8, di mana hak
kesamataraan ini tidak boleh wujudnya diskriminasi atau layanan buruk atau prejudis
semata-mata atas alasan agama ras dan keturunan yang berbeza. Oleh yang demikian
mana-mana orang awam yang tinggal di Malaysia terikat dengan hak ini, maka tidak
sepatutnya berlaku diskriminasi kaum atau agama atau atas dasar ras, jika sekiranya masih
berlaku mereka boleh dikenakan hukuman terhadap perbuatan mereka dan boleh disabitkan
dan dihukum.

4.5 PERKARA 9 : LARANGAN BUANG NEGERI DAN KEBEBASAN BERGERAK

Terdapat 3 Fasal yang terkandung dalam Perkara 9 Perlembagaan Persekutuan. Fasal


pertama membincangkan mengenai tiada seorang pun warganegara boleh dibuang negeri dari
atau ditahan masuk ke Persekutuan. Fasal kedua pula berkaitan dengan keselamatan
Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, ketenteraman awam, kesihatan awam, atau
penghukuman pesalah, tiap-tiap warganegara berhak bergerak dengan bebas di seluruh
Persekutuan dan bermastautin di mana- mana bahagiannya. Fasal tiga menyatakan selagi
mana-mana Negeri lain berada dalam kedudukan istimewa di bawah Perlembagaan ini
berbanding dengan Negeri- Negeri Tanah Melayu, Parlimen boleh melalui undang-undang
mengenakan sekatan-sekatan, antara Negeri itu dengan Negeri- Negeri yang lain. Contohnya,
ini memberi maksud disini bahawa tiada seseorang pun daripada warganegara Malaysia yang
boleh atau dihukum dengan kaedah buang negeri dari Negara atau Persekutuan dan juga
memberi maksud atau pun mana-mana warganegara Malaysia yang berada di luar negara dan
ingin masuk semula ke Malaysia dan tiada undang-undang boleh menahan mereka itu kecuali
atas dasar sesuatu serta penyabitannya dengan jenayah dan sebagainya.

4.6 PERKARA 10 : KEBEBASAN BERCAKAP, BERHIMPUN DAN


BERPERSATUAN

Perkara 10 tertakluk kepada kepada Fasal (2), (3) dan (4), iaitu (a) tiap-tiap warganegara
berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara; (b) semua warganegara berhak untuk
berhimpun secara aman dan tanpa senjata; (c) semua warganegara berhak untuk membentuk
persatuan. Sebagai contoh, setiap warganegara dan masyarakat majmuk serta berbilang kaum,

P a g e | 12
MPU 3323 PERLEMBAGAAN DAN MASYARAKAT MALAYSIA NOV’22-APRIL’23

malah kaum bumiputera mempunyai hak mereka masing-masing dalam erti kata bebas
bercakap, bebas berhimpun dan bebas berpersatuan yang mana ketiga-tiga bentuk kebebasan
ini adalah termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan. Sebagai rakyat atau warganegara
Malaysia yang merdeka, pastinya mereka tidak mahu dijajah dan minda-minda mereka itu
ditakluk oleh mana- mana pihak. Oleh itu hak kebebasan ini telah dijelaskan peruntukannya
iaitu pada Perkara 10 (1) a,b dan c iaitu kebebasan bercakap dan bersuara atas dasar keadilan
dan mempertahankan hak dan diri mereka jika ditindas atau ketika mana tidak mendapat
layanan yang sama rata seperti yang disebutkan sebelum ini dalam Perkara 8. Pada masa
yang sama semua warganegara berhak berhimpun, berkumpul, berada dalam satu kelompok
yang ramai, berkumpul lebih dari tiga orang serta berbincang dalam keadaan aman dan damai
dan tiada perkara-perkara yang mencurigakan serta tanpa adanya unsur-unsur melawan
kerajaan atau tidak bersenjata. Jika sebaliknya itulah yang sepatutnya mereka tadi dikenakan
tindakan undang-undang kerana telah gagal mematuhi peruntukan yang termaktub dalam
Perkara 10. Seterusnya setiap warganegara juga berhak atau boleh menubuh atau membentuk
atau membina persatuan mereka masing-masing dalam keadaan aman dan damai dan tidak
beragenda negatif. Ini termaktub dalam Perkara 10 (1) c, oleh itu jika mana-mana pihak
berniat untuk menubuhkan persatuan mereka atas dasar untuk melawan atau agenda
menentang kerajaan atau mempunyai perancangan negatif melakukan provokasi terhadap
pemerintahan Negara, maka ianya berhak di ambil tindakan terhadap persatuan mereka itu.

4.7 PERKARA 11 : KEBEBASAN BERAGAMA

Terdapat 5 Fasal yang terkandung dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan. Fasal


pertama membincangkan mengenai tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan
agamanya. Fasal kedua pula berkaitan dengan tiada seorang pun boleh dipaksa membayar
apa-apa cukai yang hasilnya diuntukkan khas kesemuanya atau sebahagiannya bagi maksud
sesuatu agama selain agamanya sendiri. Fasal tiga menyatakan tiap-tiap kumpulan agama
berhak (a) menguruskan hal ehwal agamanya sendiri; (b) menubuhkan dan menyenggarakan
institusi-institusi bagi maksud agama atau khairat; dan (c) memperoleh dan mempunyai harta
dan memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang. Fasal empat
memperuntukkan undang-undang Negeri dan berkaitan dengan Wilayah-Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang- undang persekutuan boleh
mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di
kalangan orang yang menganuti agama Islam. Fasal 4 menyatakan perkara ini tidaklah

P a g e | 13
MPU 3323 PERLEMBAGAAN DAN MASYARAKAT MALAYSIA NOV’22-APRIL’23

membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan mana-mana undang-undang am


yang berhubungan dengan ketenteraman awam, kesihatan awam atau prinsip moral.
Berdasarkan perkara di atas, perlulah kita fahami sebagai warganegara Malaysia, apabila
Agama Islam adalah agama rasmi Persekutuan maka ianya berada pada tahap yang paling
tinggi sekali, namun agama-agama lain boleh di anuti dan diamalkan secara aman dan damai
tanpa ada berlakunya provokasi dan pergaduhan sebagai contoh ketika perayaan Thaipusam,
perayaan kaum Hindu dan pada hari tersebut mereka merayakan hari upacara agama bagi
kaum mereka) berdasarkan prinsip ianya sah di sisi undang-undang Negara, jika ada
berlakunya kekacauan pada perayaan tersebut pihak terbabit boleh di dakwa. Kaum lain
berhak menghormatinya pada waktu itu kerana telah tertulis dalam Perkara 11 Perlembagaan
Persekutuan, ternyata itu adalah hak kebebasan asasi bagi agama mereka. Dengan jelas kita
boleh fahami bahawa setiap apa yang termaktub dalam Perlembagaan, maka keterikatan kita
sebagai warganegara adalah tertakluk padanya. Sebagai contoh lain, setiap pemimpin agama
masing-masing berhak untuk mentadbir urus acara agama mereka dan hal ehwal agama
masing-masing dengan aman dan harmoni. Pada masa yang sama mereka berhak menubuh
dan menyenggara institusi-institusi mereka itu tadi sebaik mungkin dan juga mereka tidak
pernah dihalang dalam memperolehi dan mendapatkan harta serta memegang dan
mentadbirkannya namun menurut nas undang-undang.

4.8 PERKARA 12 : HAK BERKENAAN DENGAN PENDIDIKAN

Terdapat 3 Fasal yang terkandung dalam Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan. Fasal


pertama membincangkan mengenai tanpa menjejaskan keluasan Perkara 8, tidak boleh ada
diskriminasi terhadap mana-mana warganegara semata-mata atas alasan agama, ras,
keturunan atau tempat lahir. Fasal (1) tertakluk kepada (a) dalam pentadbiran mana-mana
institusi pendidikan yang disenggarakan oleh suatu pihak berkuasa awam, dan, khususnya,
kemasukan murid-murid atau pelajar-pelajar atau pembayaran fi; atau (b) dalam memberikan
bantuan kewangan daripada wang sesuatu pihak berkuasa awam bagi penyenggaraan atau
pendidikan murid-murid atau pelajar-pelajar di mana- mana institusi pendidikan (sama ada
disenggarakan oleh suatu pihak berkuasa awam atau tidak dan sama ada di dalam atau di luar
Persekutuan. Fasal kedua pula berkaitan dengan tiap-tiap kumpulan agama berhak
menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi pendidikan kanak-kanak dalam
agama kumpulan itu sendiri, dan tidak boleh ada diskriminasi semata-mata atas alasan agama
dalam mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan institusi-institusi itu atau dalam

P a g e | 14
MPU 3323 PERLEMBAGAAN DAN MASYARAKAT MALAYSIA NOV’22-APRIL’23

pentadbiran mana-mana undang-undang itu; tetapi adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu
Negeri menubuhkan atau menyenggarakan atau membantu dalam menubuhkan atau
menyenggarakan institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam
mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana
yang perlu bagi maksud itu. Fasal tiga menyatakan tiada sekarang pun boleh dikehendaki
menerima ajaran sesuatu agama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau
upacara sembahyang sesuatu agama, selain agamanya sendiri. Jelas di fahami daripada
Perkara di atas, sebagai warganegara Malaysia kita mempunyai hak masing-masing dalam
perkara yang berkaitan dengan pendidikan dan proses pembelajaran, dimana setiap sekolah
umumnya berhak menyenggarakan pentadbirannya sendiri walaupun sekolah tersebut adalah
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina atau Tamil atau Kebangsaan khusus untuk Melayu itu
sendiri. Setiap daripada institusi-institusi yang disebutkan tadi sebagai contoh, mempunyai
peruntukannya yang tersendiri, dana dan kewangan negara juga ada menyalurkan kewangan
kepada badan-badan tersebut demi mencapai kemajuan dan pembangunannya.

4.9 PERKARA 13 : HAK TERHADAP HARTA

Terdapat 2 Fasal yang terkandung dalam Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan. Fasal


pertama membincangkan mengenai tiada seorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali
mengikut undang-undang. Fasal kedua pula berkaitan dengan tiada undang-undang boleh
memperuntukkan pengambilan atau penggunaan harta dengan paksa tanpa pampasan yang
memadai. Apa yang boleh di perjelaskan di sini adalah sekiranya seseorang individu itu atau
warganegara itu mempunyai sejumlah harta hasil usaha mereka sendiri dan harta itu adalah
hak milik mereka yang sah di sisi agama dan undang-undang, maka tiada seorang pun yang
berhak ke atas harta tersebut malah Kerajaan pun tak boleh bertindak melucutkan hak ke atas
hartanya kecuali atas dasar undang-undang. Sebagai contoh sekiranya di dapati harta itu
adalah hak pemilikan yang tidak sah maka barulah ianya tadi boleh dilucutkan haknya
mengikut peruntukan undang-undang Negara. Begitu juga undang-undang negara tidak
berhak menggunakan harta milik mereka secara paksa atau memperuntukkan
pengambilannya daripada harta-harta mereka secara paksa atau rampas, kerana telah di
jelaskan dalam Perkara 13 tentangnya. Perbahasan seterusnya adalah berkisar tentang
peruntukan Perkara 5 yang mana perkara ini adalah merupakan titik tolak kepada konsep
Kebebasan Asasi yang disebutkan dalam Bahagian II. Sebagai warganegara yang berhemah
dan mempunyai jiwa dan perasaan yang normal amat memerlukan kepada hak ini, iaitu hak

P a g e | 15
MPU 3323 PERLEMBAGAAN DAN MASYARAKAT MALAYSIA NOV’22-APRIL’23

kebebasan diri dalam melalui kehidupan dan cabaran semasa. Warganegara perlu dilindungi
dan hak hak mereka perlu dijaga dan diberi jaminan.

5.0 DISKRIMINASI PERLINDUNGAN

Diskriminasi perlindungan bermaksud undang-undang memberi perlindungan dan hak yang


istimewa kepada golongan atau etnik di dalam sesebuah negara dan dalam masa yang sama
tidak menafikan peluang terhadap kumpulan atau etnik lain. Hal ini bermaksud sesuatu etnik
diberikan beberapa pertolongan dalam aspek kehidupan seperti pentadbiran awam, ekonomi
dan pendidikan. Melalui diskriminasi perlindungan ini, undang-undang memberi
perlindungan dan keistimewaan kepada golongan atau etnik di dalam sesebuah negara dan
pada masa yang sama tidak menafikan peluang terhadap kumpulan atau etnik lain. Bagi
sesebuah negara yang bersifat majmuk, memang sesuatu yang biasa Perlembagaan negara itu
memperuntukkan konsep diskriminasi perlindungan sebagai salah satu peruntukan yang
penting dan diiktiraf. Peruntukan ini disediakan untuk membantu sesuatu etnik di dalam
beberapa kehidupan seperti perkhidmatan aspek awam, ekonomi dan pendidikan.
Menerusinya, etnik yang ketinggalan dalam arus pembangunan negara dapat dibantu dan
ditingkatkan taraf hidup mereka agar dapat menyaingi etnik lain yang lebih terkehadapan.

Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan semua orang sama di sisi undang-undang dan


berhak mendapat perlindungan sama rata dan adil. Diskriminasi terhadap warganegara tidak
boleh diamalkan semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan, warna kulit atau tempat lahir
atau jantina. Ini konsep sama rata yang ingin dicapai oleh kebanyakan negara berdaulat dan
merdeka. Namun, konsep sama rata ini semakin tidak diterima kebanyakan negara yang baru
merdeka disebabkan masalah sosial, ekonomi, politik serta kewujudan masyarakat majmuk.
Justeru, pada abad ke-20 berlaku perkembangan undang-undang yang cuba mengetepikan
konsep sama rata yang dipanggil ‘diskriminasi perlindungan’. Jika merujuk kepada
Perlembagaan Persekutuan, hak sama rata diperuntukkan dalam Perkara 8 (1) iaitu kecuali
sebagaimana yang dibenarkan dengan nyatanya oleh Perlembagaan, telah menjadikan
peruntukan hak sama rata ini tidak lagi mutlak.

Perkara 153 satu contoh nyata yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan kepada Yang
di-Pertuan Agong bagi memelihara kedudukan istimewa orang Melayu. Dalam menganalisis
kedudukan orang Melayu menerusi Perlembagaan Persekutuan, perlu dilihat konsep

P a g e | 16
MPU 3323 PERLEMBAGAAN DAN MASYARAKAT MALAYSIA NOV’22-APRIL’23

diskriminasi perlindungan yang menguatkan lagi kaitan di antara Perlembagaan dan


hubungan etnik di Malaysia. Sebelum dijelaskan konsep diskriminasi perlindungan, perlu
difahami takrifan diskriminasi iaitu suatu perlakuan membezakan dalam suatu hal kerana
warna kulit, keturunan dan sebagainya. Melalui diskriminasi perlindungan ini,
undang-undang memberi perlindungan dan hak yang istimewa kepada golongan atau etnik di
dalam sesebuah negara dan dalam masa yang sama tidak menafikan peluang terhadap
kumpulan atau etnik lain. Peruntukan ini disediakan untuk membantu sesuatu etnik dalam
beberapa aspek kehidupan seperti perkhidmatan awam, ekonomi dan pendidikan. Etnik yang
ketinggalan dalam arus pembangunan negara mesti dibantu dan ditingkatkan taraf hidup
mereka supaya menyaingi etnik yang lebih terkehadapan.

Secara ringkasnya, diskriminasi perlindungan itu dibuat dengan tujuan membetulkan semula
ketidakseimbangan politik di sesebuah negara yang rakyatnya bersifat pelbagai dan baru
mencapai kemerdekaan. Sebagai contoh, di negara kita keutamaan memasuki perkhidmatan
awam diberikan kepada orang Melayu dengan tujuan mereka boleh menguasai keadaan
politik negara kerana pegawai kerajaan memainkan peranan penting dalam melaksanakan
polisi dan dasar pemerintah. Begitu juga dengan perkhidmatan tentera dan polis yang
dikuasai oleh majoriti orang Melayu untuk tujuan yang sama. Tujuan kedua ialah
Diskriminasi perlindungan diberi kepada golongan minoriti kepentingan mereka supaya
dapat. dipertahankan daripada ditenggelami golongan majoriti. Negara India adalah satu
contoh yang jelas diskriminasi perlindungan diamalkan disebabkan negara itu mempunyai
penduduk yang bersifat majmuk dan terdiri daripada beberapa kaum dan kumpulan yang
berbeza dari segi bahasa, kebudayaan dan agama. Ini menimbulkan masalah kerana
sebilangan besar mereka mundur dan ketinggalan serta termasuk dalam golongan minoriti.
Oleh itu, Perlembagaan India memperuntukkan perlindungan kepada golongan minoriti ini.
Oleh itu, di Malaysia, konsep ini berlaku dalam beberapa perkara di bawah peruntukan
Perlembagaan. Ini jelas di bawah peruntukan Perkara 153 yang memberi perlindungan
kepada etnik Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak. Tambahan pula, diskriminasi
perlindungan itu dibuat dengan tujuan memberi kuasa kepada kerajaan untuk memperbaiki
taraf kehidupan dari segi ekonomi, sosial dan kebudayaan masyarakat mundur. Tanpa
diskriminasi perlindungan ini, tidak mungkin masyarakat mundur itu dapat bangun dan
bersaing dengan masyarakat maju. Contohnya, Perlembagaan India dan Malaysia mempunyai
peruntukan yang nyata dalam hal ini.

P a g e | 17
MPU 3323 PERLEMBAGAAN DAN MASYARAKAT MALAYSIA NOV’22-APRIL’23

6.0 KONTRAK SOSIAL

Kontrak adalah perjanjian formal dengan syarat-syarat tertentu antara dua pihak atau lebih. Ia
juga bermaksud dokumen yang mengandungi syarat-syarat perjanjian atau cabang
undang-undang yang berkaitan dengan kontrak. Sosial pula boleh ditakrifkan sebagai segala
yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan. Oleh itu,
kontrak sosial apabila diasimilasikan boleh ditakrifkan sebagai satu perjanjian atau
persetujuan serta permuafakatan yang ditulis dan ditetapkan oleh perlembagaan yang
melibatkan semua masyarakat di sesebuah negara. Maka dengan itu, kontrak sosial
merupakan satu perianjian atau permuafakatan secara sukarela antara kaum yang dibentuk
dan dicapai sebelum kemerdekaan melalui persetujuan di kalangan pemimpin yang terdiri
daripada kaum Melayu, Cina dan India. Istilah ini sebenarnya tidak wujud dalam
Perlembagaan Persekutuan 1957 tetapi dari perspektif lain, kontrak sosial sememangnya
wujud dalam sejarah negara dan permuafakatan yang dicapai itulah yang mentakrifkan
negara Malaysia dan seterusnya menentukan sifat sesebuah Negara.

Antara satu contoh ialah negara Malaysia. Sebelum kewujudan negara Malaysia, pemimpin
daripada kaum Melayu, Cina, India, bumiputera Sabah dan bumiputera Sarawak telah
melakukan persetujuan dikalangan mereka dengan mewakili parti-parti mereka
masing-masing iaitu, UMNO untuk orang Melayu, MCA (Malaysian Chinese Association)
untuk orang Cina dan MIC (Malaysian Indian Congress) untuk kaum India. Dengan
wujudnya kontrak sosial dalam kaum-kaum ini, kaum Cina, India, bumiputera Sabah dan
Sarawak sanggup menyerahkan hak mereka untuk dipimpin ole kaum lain iaitu kaum Melayu
untuk mewujudkan perpaduan dalam masyarakat di Malaysia. Ini bertujuan untuk
memastikan kepentingan majoriti dan minoriti tanpa menjejaskan hak dan kepentingan kaum
masing-masing. Fungsi kontrak sosial dilakukan ialah untuk menyelesaikan perbezaan diri
atau kelompok masing-masing Selain itu, memastikan persetujuan yang dicapai kekal dan
diwarisi turn temurun kerana persetujuan dianggap memenuhi kepentingan yang
berpanjangan dan juga memastikan setiap pihak yang bersetuju mematuhi dan
menyampaikannya kepada generasi seterusnya agar ia tidak bercanggah pada masa depan.

Perkembangan dalam kontrak sosial in menurut Rousseau (1712-1778) yang berpendapat


bahawa manusia pada dasarnya adalah sama tetapi faktor moral mencipta Ketidaksamaan

P a g e | 18
MPU 3323 PERLEMBAGAAN DAN MASYARAKAT MALAYSIA NOV’22-APRIL’23

maka timbullah hak-hak istimewa yang dimiliki oleh golongan tertentu dan ia bakal
dipergunakan untuk menindas yang lain. sebagai contoh di negara Malaysia. Oleh yang
demikian, konsep ketuanan Melayu yang dianggap sebagai pelindung orang Melayu dan
dikaitkan dengan hak raja-raja Melayu sebagai pemerintah negara sering menimbulkan
perasaan kurang senang kepada kaum lain. Di mana ia seolah-olah meletakkan kaum lain di
satu kelas yang lebih rendah daripada orang Melayu. la jelas bercanggah dengan
perlembagaan negara yang menekankan persamaan hak bagi semua warganegara tanpa
diskriminasi terhadap mana-mana bangsa mahurun agama. Dalam pada itu konsen ketuanan
Melayu dilihat sebagai satu elemen yang berunsur negatif yang melemahkan orang Melayu
dan ia bersifat perkauman. Di mana menurut Datuk Zahid Ibrahim, bekas Menteri di Jabatan
Perdana Menteri a mencerminkan orang Melayu hanya mahu meniadi "tuan tanpa mahu
berusaha dan bertanggungiawab kepada diri sendiri. Ini jelas member satu gambaran negatif
kepada orang Melayu yang dianggap hanya mahu hak-hak tertentu dan penghormatan serta
pengiktirafan tetapi tidak mahu berusaha dan pada masa yang sama mereka tidak mampu
membuktikan kemampuan diri sendiri.

Di Malaysia kontrak sosial sebenarnya merupakan watikah asas keadilan sosial untuk negara.
Keadilan sosial yang terkandung dalam perjanjian in merangkumi bukan sahaja soal keadilan
ekonomi di Malaysia tetapi juga keadilan politik dan keadilan kebudayaan. Oleh yang
demikian, kontrak sosial yang dipersetujui hendaklah dijadikan rujukan asas segala usaha
untuk menegakkan keadilan sosial di negara ini. Berlakunya peristiwa yang berlaku pada 13
Mei 1969 masyarakat kaum bukan melayu dan kaum melayu haruslah mengambil peristiwa
tersebut sebagai pengajaran kerana mencabar kedudukan orang Melayu seperti yang
termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Bagaimanapun, kontrak sosial harus dianggap
sebagai satu persetujuan di kalangan masyarakat berbilang kaum, bukan hanya pemimpin
atau kumpulan elit tertentu. Permuafakatan itu mendapat sokongan rakyat sebagaimana yang
terbukti melalui kemenangan Perikatan dalam pilihan raya 1955. Kontrak sosial adalah anak
kunci kepada hubungan kaum sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan. Kontrak
sosial juga asas kepada sistem pemerintahan yang menjadikan kita negara demokrasi
berparlimen raja berperlembagaan dengan konsep negeri dan persekutuan. Oleh sebab itu,
Rakyat Malaysia perlu memahami kontak sosial dengan jelas berdasarkan kepada fakta
sejarah. Kontrak sosial harus difahami sekurang-kurangnya tentang hubung kaitnya kepada
empat perkara utama iaitu; perlembagaan, kemerdekaan, hubungan kaum dan sistem
pemerintahan negara.

P a g e | 19
MPU 3323 PERLEMBAGAAN DAN MASYARAKAT MALAYSIA NOV’22-APRIL’23

7.0 KESIMPULAN

Bagi sesebuah negara yang berdaulat, perlembagaan adalah sumber undang-undang tertinggi
sesebuah negara dan setiap individu perlu mematuhi keluhurannya. Kita dapat melihatnya
pada Rukun Negara ketiga iaitu Keluhuran Perlembagaan di mana Perlembagaan Persekutuan
menjadi undang-undang tertinggi negara dan panduan kepada segala pentadbiran negara.
Selain itu, perlembagaan juga berperanan sebagai satu panduan bagi pembentukan
undang-undang sama ada untuk pihak kerajaan, rakyat atau sesiapa sahaja. Pada masa yang
sama, tidak ada satu institusi yang boleh mengatasi ketinggian Perlembagaan Persekutuan.
Perlembagaan yang telah diwartakan di Malaysia bukanlah bertujuan untuk mengikat dan
menyongkong rakyat dari mendapatkan hak kemanusiaan masing- masing. Namun lebih dari
itu, ia dilaksanakan bagi membentuk kerjasama dan mencapai keharmonian sesama ahli
masyarakat. Bayangkan sebuah negara yang tidak mempunyai undang- undang atau undang-
undang yang sedia ada tidak dipatuhi, pergolakan sering berlaku sehingga berlakunya
rusuhan dan pembunuhan sesama sendiri. Sebagai ahli masyarakat yang telah dilahirkan
dalam keadaan yang sedia aman, adalah menjadi satu tanggungjawab sosial untuk kita
bersama mengekalkan keamanan ini. Ini kerana apa yang dinikmati pada hari ini adalah hasil
pengorbanan para prajurit pada masa lepas.

Antara kepentingan utama Perlembagaan Malaysia adalah mengukuhkan perpaduan antara


kaum. Umum sedia maklum, rakyat yang menetap di negara kita terdiri daripada pelbagai
kaum, bangsa dan agama. Setiap di antara kita mempunyai perbezaan dari setiap aspek dan
generasi terdahulu iaitu nenek dan moyang kita berjaya menunjukkan sifat toleransi serta
telah mewujudkan masyarakat majmuk walaupun dalam kesusahan hidup pada ketika itu.
Dengan wujudnya Perlembagaan Malaysia, hak dan kebebasan warganegara terjamin.
Sebagai contoh, warganegara Malaysia berhak mendapat perlindungan yang sama rata
daripada pihak berkuasa seperti polis dan tentera supaya keselamatan diri dan negara
terjamin. Selain itu, setiap warganegara berhak untuk menganuti agama masing-masing dan
tiada diskriminasi yang akan timbul sehingga menyentuh sentimen perkauman yang akan
menggugat keamanan negara. Izharnya, undang-undang bertulis ini mustahak dalam
memastikan setiap ahli masyarakat menjaga tata tertib dan menghormati hak masing-masing
dalam menjalani kehidupan di Malaysia.

P a g e | 20
MPU 3323 PERLEMBAGAAN DAN MASYARAKAT MALAYSIA NOV’22-APRIL’23

Kepentingan lain Perlembagaan Malaysia adalah memastikan pentadbiran dan pemerintahan


yang adil dan telus dapat dilaksanakan. Malaysia menerusi Kerajaan Persekutuan yang
dibentuk adalah berlandaskan kepada demokrasi berparlimen. Perkara ini dapat dijalankan
melalui proses pilihan raya yang memberikan hak kepada rakyat untuk memilih wakil
masing-masing. Seterusnya, parti yang mempunyai majoriti kerusi di parlimen akan
membentuk kerajaan persekutuan dan menjalankan tugas-tugas eksekutif negara.
Berdasarkan Perlembagaan Malaysia, kita juga mempunyai sistem Raja Berperlembagaan di
mana Yang Di Pertuan Agong akan dipilih oleh Majlis Raja-Raja untuk menjadi ketua negara
dan mempunyai bidang kuasa seperti yang dikanunkan dalam Perlembagaan Malaysia.
Sistem yang mempunyai tempoh masa iaitu sepanjang lima tahun sepenggal adalah adil
dalam memberi peluang dan ruang kepada mereka yang berkuasa untuk memerintah dan
mentadbir negara ke arah kemajuan yang lebih baik daripada sebelum ini. Kesannya,
pertindihan atau pemusatan kuasa dalam pemerintahan dan pentadbiran negara dapat
dielakkan serta rakyat boleh menentukan hala tuju politik negara.

Secara tuntasnya, Perlembagaan Malaysia adalah undang-undang bertulis yang memberikan


pelbagai kepentingan kepada kita sebagai rakyat dan juga pemerintah serta pentadbiran
negara. Setiap rakyat yang bergelar warganegara Malaysia hendaklah memahami dan
menguasai sejarah pembentukan negara kita serta mengambil iktibar daripadanya. Pada
hemat saya, kesepakatan dan perpaduan antara semua akan membawa kita ke arah yang lebih
baik berbanding daripada bergerak secara berpecah-belah. Persis kata peribahasa, bersatu kita
teguh, bercerai kita roboh. Oleh itu, walau di mana kita berpihak, kita seharusnya sedar
bahawa tanah yang kita pijak dan langit yang dijunjung adalah pinjaman daripada Tuhan buat
sementara sahaja. Kebebasan asasi merupakan satu Perkara yang penting kepada setiap
warganegara yang berada dalam Persekutuan atau Malaysia kerana untuk sebuah kehidupan
yang baik, aman dan harmoni, setiap individu memerlukan satu bentuk perlindungan dan hak
yang boleh menjamin dan memperakukan bahawa setiap warganegara berhak dan bebas
dalam melaksanakan setiap perbuatan, pekerjaan dan amalan masing-masing lebih-lebih lagi
dengan adanya masyarakat pelbagai kaum dan bangsa seperti Melayu, Bumiputera, Cina dan
India serta kaum-kaum lain yang hidup dalam Malaysia. Oleh yang demikian Konsep
Kebebasan Asasi dalam Perlembagaan Persekutuan merupakan satu peraturan yang terbaik
sebagai sebuah panduan kehidupan merujuk kepada sebuah Negara yang mempunyai
masyarakat yang berbilang bangsa dan agama dalam mendepani arus kemodenan dan cabaran
semasa yang penuh dengan pelbagai rintangan.

P a g e | 21
MPU 3323 PERLEMBAGAAN DAN MASYARAKAT MALAYSIA NOV’22-APRIL’23

RUJUKAN

Mohamed Suffian Hashim. (1987). Mengenal Perlembagaan Malaysia. Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Salleh Abas. (1984). Sejarah Perlembagaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Ramlah Adam. Dato’ Onn Jaafar. (1993). Pengasas kemerdekaan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Zainal Abidin Abdul Wahid. (1979). Sejarah Malaysia sepintas lalu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Hashim Yeop A. Sani. (1973). Perlembagaan kita. Kuala Lumpur: Malaysian Law Publishers
Sdn. Bhd.

Mohammad Agus Yusoff. (2006). Malaysian Federalism: Conflict or consensus. Bangi:


Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd. Salleh Abas. 1985. Unsur-unsur tradisi dalam Perlembagaan Malaysia. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Haji Mahamad Naser Bin Disa. 2012. Hak Asasi & Kebebasan Diri Perspektif Syara’ dan
Humanisme: Satu Analisis Perbandingan.

Ratnam, Kanagaratnam Jeya. 1969. Paham perkauman dan proses politik di Malaya.
Diterjemahkan oleh Kassim Ahmad. Kuala Lumpur: University of Malaya Press.

Nur Halifah Musa. (2007). “Kebebasan Beragama di Malaysia: Kajian Antara Hak Asasi
Manusia Dalam Islam Dan Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948”, Disertasi
Sarjana, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

P a g e | 22
MPU 3323 PERLEMBAGAAN DAN MASYARAKAT MALAYSIA NOV’22-APRIL’23

Abdul Aziz Bari. 2001. Perlembagaan Malaysia: Asas-asas dan masalah. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hashim Yeop Sani. 1983. Perlembagaan kita: Tinjauan unsur-unsur muhibah. Edisi Kedua.
Kuala Lumpur: Malaysia Law Publishers.

Mansor Mohd Noor, Abdul Rahman Abdul Aziz & Mohamad Ainuddin Iskandar Lee.
(2006). Hubungan etnik di Malaysia. Petaling Jaya: Prentice Hall Pearson Malaysia.

Azwa Abdul Rahman. (2010, Oktober 4). Perlembagaan Persekutuan dan Hak Asasi
Manusia.

Haji Mahamad Naser Bin Disa. (2012). Hak Asasi & Kebebasan Diri Perspektif Syara’ dan
Humanisme: Satu Analisis Perbandingan.

P a g e | 23

You might also like