You are on page 1of 24

GMGA2013 Perlembagaan Malaysia UPJJ-UUM

Nama MOHAMAD IZZAT IZZUDDIN BIN No. Matrik JB 276027


MOHD ASRI
Bulan dan Tahun APRIL 2022 Pusat JOHOR
Pendaftaran BAHRU

TUGASAN GMGA 2013 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Tarikh Akhir Serahan Pertemuan III Tarikh Penerimaan

Nama Dr Lutfan Bin Jaes


Pensyarah
No. Soalan Markah Asas Markah Diperoleh

20

Sila kepilkan helaian ini pada muka hadapan tugasan anda

276027 MOHAMAD IZZAT IZZUDDIN BIN MOHD ASRI


1
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia UPJJ-UUM

TAJUK MUKA
HAK KEBEBASAN ASASI DI MALAYSIA SURAT

Abstrak 3

1.0 PENGENALAN 4
1.1 Hak Asasi Dan Kebebasan Asasi 5
1.2 Hak Kebebasan Asasi Manusia Mengikut 6
Pandangan Islam

2.0 TEORI KEBEBASAN ASASI 7


2.1 Teori Moral 7
2.2 Teori Keadilan Sosial 8
2.3 Teori Saintifik Sosial 9
3.0 STRUKTUR KEBEBASAN ASASI 9
3.1 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 10
3.2 Kovenan Antarabangsa Hak-hak Sivil
Dan Politik (ICCPR) 1966 10
3.3 Kovenan Antarabangsa Hak-hak Sivil
Dan Politik (ICCPR) 1966 11
4.0 PERLAKSANAAN HAK KEBEBASAN ASASI DI MALAYSIA 11
4.1 Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (1999) 12
4.1.1 Fungsi Dan Kuasa 12
4.2 Peruntukan Kebebasan Asasi di dalam
Perlembagaan Persekutuan. 13
5.0 ISU KEBEBASAN HAK ASASI DI MALAYSIA
5.1 Cabaran Oku Untuk Mendapatkan Pekerjaan 15
5.2 Penganiyaan kepada kanak-kanak 16
6.0 KEKUATAN DAN KELEMAHAN HAK KEBEBASAN 17
ASASI DI MALAYSIA
6.1 Rukun Negara 18
6.2 Perlembagaan Persekutuan 19
7.0 ANALISIS 19
8.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
8.1 Kajian Semula Berkenaan Akta Kesalahan
Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) 20
8.2 Kaji semula Peruntukan Kebebasan Beragama 21
di Malaysia – Umat Islam di Malaysia
9.0 KESIMPULAN 22
10.0 RUJUKAN 23

276027 MOHAMAD IZZAT IZZUDDIN BIN MOHD ASRI


2
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia UPJJ-UUM

ABSTRAK

Isu berkaitan hak kebebasan manusia acapkali menjadi perbualan hangat di


kalangan masyarakat Malaysia. Hak kebebasan asasi bermaksud hak yang
dimiliki oleh seseorang individu yang telah diperuntukkan di sisi undang undang
tertinggi di Malaysia iaitu Perlembagaan Persekutuan. Kesedaran berkenaan
kebebasan asasi adalah sesuatu perkara yang positif kerana rakyat yang celik
undang-undang menjadi aset kepada perkembangan negara di samping tidak
mudah dipermainkan oleh orang yang ingin mengambil kesempatan terhadap
mereka. Bagaimanapun, hak-hak tersebut haruslah difahami berdasarkan
peruntukan undang-undang bukan hanya melalui kehendak diri sahaja. Hak asasi
seringkali dianggap sebagai maruah dan harga diri seseorang. Dalam konteks
manusia sejagat, kebebasan asasi bermaksud semua manusia adalah bebas dan
mempunyai hak yang sama tanpa mengira bangsa, agama, warna kulit,
keturunan, bahasa dan lain-lain. Oleh yang demikian, hak asasi seringkali
menjadi satu tuntutan supaya setiap manusia diperlakukan secara sama rata dan
adil saksama. Namun jika diteliti, tuntutan hak asasi adalah berbeza dari pelbagai
sudut bergantung kepada kehendak masyarakat. Sebaiknya, tuntutan hak asasi
haruslah disesuaikan dengan keadaan masyarakat, ideologi, budaya, undang-
undang, keadaan politik dan kedudukan ekonomi sesebuah negara. Sebagai
contoh seperti negara timur dan juga barat yang mempunyai ciri-ciri budaya yang
berlainan dimana budaya di antara dua benua itu adalah berbeza, maka tidak
hairanlah jika tuntutan terhadap kebebasan asasi di barat ada kalanya keterlaluan
dan melampau yang mana ia amat sukar diterima masyarakat timur.

276027 MOHAMAD IZZAT IZZUDDIN BIN MOHD ASRI


3
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia UPJJ-UUM

1.0 PENGENALAN

Kebebasan merupakan hak kehidupan sesorang individu yang hidup di muka bumi ini.
Jack Donnelly mendefinisikan bahwa “human rights are rights that human beings
because they are human beings”. Namun, begitu, manusia semakin lupa akan hakikat
keharmonian dan nikmat keamanan akibat ketamakkan harta, kemewahan dan
kekuasan. Kebebasan diri, agama, budaya, dan ideologi sesorang itu menjadi titik
tolak perpecahan dan permusuhan sesama manusia. Ada yang memilih untuk
menegakkan fahaman sendiri berbanding menyelami dan mendalami kefahaman
masing-masing akibat daripada kepelbagaian yang wujud dalam agama yang dianuti
dan perbezaan ideologi dalam kepercayaan yang diikuti. Konsep kebebasan asasi
adalah pelbagai dan berbeza bagi setiap negara di dunia kerana setiap negara itu
mempunya identitinya sendiri kerana bangsa, agama, adat resam ekonomi, sejarah
dan perjuangan sesebuah negara itu sendiri berbeza yang menjadikan ia unik dan
bersifat kendiri. Namun yang demikian, kerana sifat unik dan kendiri itu sendiri yang
merumitkan proses untuk menjamin kebebasan asasi untuk disepakati oleh semua
manusia.

Di negara kita amnya, Perlembagaan Persekutuan menjadi tunjang bagi menjamin


kebebasan asasi itu dilaksanakan secara adil dan saksama untuk setiap rakyatnya.
Ini dapat dilihat didalam perudangan Malaysia yang menggariskan perkara 5 hingga
13 bagi memenuhi tuntutan hak asasi manusia dan kebebasan yang diberikan kepada
setiap individu untuk dinikmati sebagai sebuah negara yang merdeka. Walaupun
begitu, masih ada segelintir masyarakat yang masih kurang jelas akan had dan limitasi
terhadap kebebasan yang telah diberikan akibat menilai kebebasan itu mengikut
perspektif dan kaca mata mereka sendiri. Kebebasan asasi bukanlah satu tiket
kebebasan mutlak bagi melanggar perlembagaan yang telah dibuat.

Selari dengan arus modenisasi, Isu kebebasan asasi semakin ditekankan oleh rakyat
dalam menuntut hak mereka bagi memperjuangkan kehidupan yang lebih terjamin di
bawah pentadbiran kerajaan yang ada. Topik hangat seperti isu kebebasan diri,
kebebasan bersuara, hak pendidikan, hak sama rata dan hak kebebasan beragama
seringkali diangkat menjadi perkara utama dalam masyarakat kini dan menjadi lebih
parah apabila dijadikan sebagai batu loncatan untuk wakil rakyat untuk meraih undi
apabila tiba pilihan raya. Hakikatnya, bagi menjamin perpaduan masyarakat yang

276027 MOHAMAD IZZAT IZZUDDIN BIN MOHD ASRI


4
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia UPJJ-UUM

majmuk di negara ini, kebebasan yang diberikan haruslah saksama agar tidak
menyebelahi mana mana pihak. Keistimewaan negara terletak kepada identiti
sesebuah negara itu sendiri yang perlu dijaga selari dengan hak rakyat untuk
mendapatkan kehidupan yang lebih selesa.

1.1 Hak Asasi Dan Kebebasan Asasi

Di dalam Perlembagaan Malaysia tidak ada menggariskan mengenai hak asasi


manusia namun yang disebut adalah mengenai kebebasan asasi manusia. Takrifan
antara kebebasan asasi dengan hak asasi juga menunjukkan terdapat perbezaan dua
istilah itu sendiri. Walaupun begitu, Perlembagaan Malaysia tidak bersifat
meminggirkan pihak tertentu meskipun ia tidak menyebut mengenai hak asasi
manusia, sebaliknya kebebasan asasi. Hak asasi dan kebebasan asasi adalah dua
perkara dan sangat berbeza. Kebebasan hak asasi telah dinyatakan dalam
Perlembagaan dengan jelas bagaimana kebebasan mengenai kesamarataan telah
digariskan untuk membina negara yang lebih harmoni.

Namun, kesamarataan dalam Perlembagaan Persekutuan bukannya tertakluk kepada


semua individu. Ada perkara yang perlu dititik beratkan membawa kepada sedikit
perbezaan antara golongan tertentu.Tanggungjawab untuk mengekalkan perpaduan
itu sendiri semakin tidak mendapat tempat. Sekiranya kita meletakkan hak asasi ini di
tempat yang tidak sepatutnya, ia bakal merubah tujuan kebebasan asasi itu sendiri.
Trend seluruh dunia sebenarnya sudah mula berlaku di Malaysia dimana lebih
mementingkan hak asasi berbanding dengan tanggungjawab individu. Hak umum itu
sepatutnya mengatasi hak individu di mana ia lebih penting kerana hak umum itu ada
terkandung dalam hak asasi itu sendiri. Jadi, perkara inilah perlu diambil kira untuk
memelihara perpaduan di antara masyarakat berbilang kaum. Kita harus menilai mana
lebih penting kerana hak umum itu sepatutnya mengatasi hak individu. Bukannya hak
individu mengatasi hak yang lebih umum.

Oleh kerana terlalu mengejar kebebasan hak asasi juga menyebabkan isu hak umum
jarang diperkatakan.Ramai yang mengatakan bahawa hak asasi contohnya “terpulang
kepada saya mahu melakukan apa sahaja”. Itu sebenarnya salah dari sudut adat
ketimuran apatah lagi dari sudut agama serta undang-undang kerana setiap

276027 MOHAMAD IZZAT IZZUDDIN BIN MOHD ASRI


5
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia UPJJ-UUM

kebebasan asasi yang disebutkan dalam Perlembagaan Persekutuan itu ada had dan
batasannya kerana ia bukanlah kebebasan mutlak.

1.2 Hak Kebebasan Asasi Manusia Mengikut Pandangan Islam

Mengikut perspektif Islam, peradaban dikaitkan dengan umran, adab (adbun atau
ta’dib) dan daimun. Ke semua istilah perdaban Islam ini berkisar tentang kemakmuran
hidup manusia, kesopanan, disiplin, kepatuhan dan kehidupan. Hak kebebasan asasi
didalam peradaban Islam mempunyai perbezaan di antara peradaban barat dan timur.
Kaedah hukum, prinsip asas kepimpinan, demokrasi dan perundangan Islam sangat
jelas dan teguh. Bahkan Islam menganggap bahawa setiap keputusan, peraturan dan
prosedur daripada pemerintah adalah tidak sah sekiranya tidak berpandukan hukum
syarak. Inilah perlindungan hak yang diberikan oleh Islam. Hukum Islam juga
mengambil berat proses pengadilan yang adil dan seimbang yang berakar umbi
daripada asas Al-Quran dan Sunnah yang menjadi sumber utama hukum Islam.
Ahmad Fauzi Morad, (1997) menyatakan kepimpinan dalam Islam bertanggungjawab
untuk menegakkan keadilan, menghapuskan kezaliman.

Daripada Piagam Madinah sebagai perlembagaan bertulis pertama di dunia. Islam


menggariskan beberapa asas hak asasi manusia seperti kebebasan diri dan
keselamatan, kesamarataan, kebebasan beragama, hak masyarakat, hak bernegara
dan terlibat dalam aktiviti negara serta hak ke atas harta. Piagam ini telah mengiktiraf
hak setiap manusia sebagai insan yang bermaruah mengikut nilai kemanusian.
Sehingga hari ini, Islam memiliki acuan hak asasi manusianya yang tersendiri yang
lengkap dan sempurna.

Walau bagaimanapun, peradaban besar dunia hari ini mempunyai pandangan yang
berbeza tentang konsep dan pelaksanaan hak asasi manusia. Perbezaan yang wujud
ini bukan sahaja melahirkan perbezaan tindakan dan layanan terhadap hak asasi
manusia, tetapi dijadikan modal perbalahan mewakili peradaban yang berbeza.
Berbeza pada pandangan peradaban Barat yang menekankan hak sivil dan politik.
Pada pandangan timur, memberikan penekanan terhadap hak ekonomi, sosial dan
budaya. Manakala hak asasi manusia mengikut peradaban Islam mempunyai prinsip
yang selari dengan dasar demokrasi yang mencakupi hak ekonomi, sosial, budaya,
sivil dan politik.
276027 MOHAMAD IZZAT IZZUDDIN BIN MOHD ASRI
6
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia UPJJ-UUM

2.0 TEORI KEBEBASAN ASASI

Isu keadilan, kebebasan, kemerdekaan, kesamarataan, persamaan dan


persaudaraan sejagat yang menjadi asas hak asasi manusia telah menjadi persoalan
penting kepada peradaban manusia semenjak daripada peradaban awal manusia
lagi. Walaupun pada zaman Babylon, Mesir, India dan Greek, konsep kemanusian ini
tidak dipraktiskan secara menyuluruh terutama terhadap golongan kelas bawahan
atau hamba, sehingga pada zaman Romawi, satu peraturan undang-undang untuk
menghapuskan amalan ini telah mula diperkenalkan.

Kini isu hak kebebasan asasi manusia telah menjadi isu sejagat sehingga banyak
pihak yang mengklasifikasikan permasalahan hak asasi manusia sebagai krisis
peradaban. Seluruh dunia telah memberikan perhatian yang serius terhdap
pencabulan hak asasi manusia ini. Selepas Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat
1948, Negara-negara di seluruh dunia telah membincangkan perlaksanaan hak asasi
di Negara masing-masing. Gan Chee Keong, (2016) menyatakan kebebasan asasi itu
penting kepada setiap manusia kerana ia merupakan kebebasan yang berhak dimiliki
oleh setiap umat manusia sejak dilahirkan di dunia ini.

Gagasan hak kebebasan asasi ini muncul berasaskan dengan beberapa teori hak
asasi manusia yang dijadikan sebagai fundamental kepada undang undang yang
dibuat. Sejarah mengenai perkembangan pemikiran kebabasan asasi manusia ini
berkembang dan mengalami evolusi dari masa ke semasa seiring dengan arus
perdana dan kemodenan sesebuah bangsa. Terdapat beberapa teori yang wujud bagi
menjelaskan kebebasan asasi ini secara terperinci. Setiap teori yang dinyatakan
mempunya peranan dan fungsinya sendiri. Antara teori yang digunakan adalah:-

2.1 Teori Moral

“Moral theory of human right” atau Teori Moral merupakan tunjang utama kepda
masyarakat dan memberi impak yang besar kepada kehidupan manusia sejagat. ,
menurut Abdullah Zhidi Omat et al (2014), berpendapat bahawa perkembangan moral
ini lebih berkisar kepada pemahaman manusia juga tentang kemahiran kita untuk
menilai tentang benar atau salah dari sudut pemikiran tingkah laku dan perasaan.
Seterusnya, menurut Lew Moi Mooi et al (2015) menyatakan bahawa perkembangan

276027 MOHAMAD IZZAT IZZUDDIN BIN MOHD ASRI


7
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia UPJJ-UUM

moral merupakan suatu elemen yang penting kerana pegangan moral yang
diaplikasikan di dalam kehidupan akan memantau perlakuannya. Berdasarkan teori
klasik ini manusia berhak mendapat keuntungan atau kebaikan kerana maruah dan
martabat seseorang individu itu adalah bersifat sejagat yang terpakai kepada seluruh
individu tidak kira bangsa, agama, warganegara, umur ataupun jantina. Oleh yang
demikian, hak asasi ini wujud secara bebas dari dalam komuniti masyarakat dan
negara di mana sesorang itu boleh tinggal secara bebas di dalamnya.

Di dalam teori perkembangan moral oleh Lawrene Kohlberg (1927-1987). Beliau


berpendapat bahawa panaakulan moral berkait rapat dengan perkembangan
sesorang individu yang mampu menghasilkan dan analisi pengetahuan. Terdapat tiga
perigkat perkembangan Moral Kohlberg iaitu tahap Pra Konvensional, Konvensional
dan Post Konvensioal.

2.2 Teori Keadilan Sosial

Di dalam karya nichomachean ethics, politics, dan rethoric yang dikarang oleh
Aristoteles, beliau berpendapat bahawa keadilan ini sebagai suatu pemberian hak
persamaan tapi bukan persamarataan. Aristoteles telah membezakan hak persamaan
itu sesuai dengan kemampuan dan prestasi yang telah dilakukan oleh seseorang
individu. Selain itu, Antara Teori Keadilan Sosial yang sering dirujuk oleh para
akademik adalah Teori Keadilan oleh Thomas Hobbes. Menurut Thomas Hobbes
keadilan adalah sesuatu perbuatan adil berdasarkan pada perjanjian yang telah
disepakati. Dari pernyataan tersebut dapatlah disimpulkan bahawa sesebuah keadilan
itu tercapai dengan adanya kesepakatan antara dua pihak yang berjanji. Perjanjian
disini diertikan dalam konteks yang luas tidak hanya terbatas antara perjanjian dua
pihak yang sedang melakukan kontrak perniagaan, sewa-menyewa, dan lain-lain.
Malah, perjanjian disini juga merangkumi skop yang luas di dalam kes pendakwaan
antara hakim dan tertuduh dan peraturan undang-undang yang tidak memihak pada
satu pihak saja tetapi saling mengutamakan kepentingan dan kesejahteraan manusia
sejagat.

276027 MOHAMAD IZZAT IZZUDDIN BIN MOHD ASRI


8
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia UPJJ-UUM

2.3 Teori Saintifik Sosial

Menurut Rohana (2003), bidang Saintifik Sosial adalah mempelajari kehidupan sosial
atau secara mudahnya mempelajari pola tingkahlaku yang lazim ada pada kelompok-
kelompok manusia. Secara umumnya, maksud penggunaan kaedah Saintifik Sosial
adalah penggunaan kaedah yang sistematik dalam sesuatu penyelidikan yang dibuat.
Kaedah sistematik adalah kaedah yang berpandukan kepada sesebuah peraturan
yang melibatkan prosedur-prosedur yang dirancang dengan teliti serta analisis yang
dilakukan secara ketat dan terperinci. Matlamatnya adalah untuk menghasilkan
huraian yang jelas berkenaan setiap langkah supaya boleh diulangi oleh orang lain.
Contohnya adalah seperti menggunakan borang soal selidik yang bertujuan untuk
menyekat atau mengelak timbulnya berat sebelah ataupun emosi. Menurut Hunt dan
Colander (2002), bidang Sains Sosial telah dipecahkan kepada bidang-bidang seperti
Antropologi, Sosiologi, Sejarah, Geografi, Ekonomi, Sains Politik dan Psikologi.

Selain itu, tokoh-tokoh cerdik pandai terdahulu seperti Auguste Comte (1798 M – 1857
M) dan Emile Durkheim (1858 M – 1917 M), dahulunya mereka adalah seorang saintis
yang mempunyai kemahiran dalam bidang Sains Tulen (bidang Fizik dan Biologi)
sebelum terkenal sebagai sebagai ahli sosiologi. Namun kemudian, mereka telah
membuat penyelidikan mengenai manusia, kehidupan, dan perkara-perkara yang
berkaitan dengannya secara sistematik menggunakan kaedah yang bersifat saintifik.
Penerapan kaedah saintifik dalam penyelidikan yang mereka lakukan telah memberi
manfaat yang besar kepada perkembangan bidang Sains Sosial.

3.0 STRUKTUR KEBEBASAN ASASI

Hak kebebasan asasi adalah hak-hak dasar yang dimiliki dimana berpegang pada
prinsip bahawa setiap orang dilahirkan adalah setara di dalam kelasnya. Kesetaraan
itu bertujuan memastikan bahawa semua individu memiliki hak yang adil dan layak
menerima tingkat penghormatan yang sama.

Bagi memahami lebih lanjut berkenaan konsep, teori dan juga organisasi yang terlibat,
penyelidik menggunakan struktur bagi menghuraikan lebih lanjut mengenasi definisi
hak kebebasan asasi ini merangkumi keaedah penyusunan sehingga pelaksaan yang
digunakan di peringkat antarabangsa dan juga nasional. Struktur kebebasan asasi
adalah sesuatu pandangan yang berbeza dari sudut pandangan dan juga
276027 MOHAMAD IZZAT IZZUDDIN BIN MOHD ASRI
9
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia UPJJ-UUM

pelaksanaanya. Antara 3 dokumen penting berkenaan deklarasi Hak Asasi Manusia


yang wujud adalah:

3.1 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 (UDHR)

UDHR “(Universal Declaration of Human Rights)” adalah suatu dokumen yang


mempromosikan rasa hormat seperti hak sivil, hak ekonomi, hak social, kebudayaan
sehinggalah hak berpolitik. Diisytiharkan oleh Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB) pada 10 Disember 1948 bertempat di Palais De Chaillot, Paris. Secara
mudahnya UDHR merupkan sebuah manifestasi kepada hak-hak asas dan
kebebasan yang dimiliki oleh setiap insan manusia sejak lahir yang telah diterima
pakai.

Perisytiharan yang mempunyai 30 Artikel itu mempromosikan rasa hormat kepada


pelbagai hak-hak asasi manusia, daripada hak sivil dan politik sehinggalah hak
ekonomi, sosial dan kebudayaan. UDHR 1948 adalah simbolik hak asasi manusia
moden yang mana ia melihat terdapatnya hak – hak manusia secara individu dalam
masyarakat yang mereka diami (Mohd Faizal Musa. 2015:80). Sebanyak 193 negara
didalam PBB yang menggunakan deklarasi ini sebagai medium perundangan namun
terdapat beberapa Negara yang mengambil langkah untuk tidak mengundi UDHR
antaranya adalah Ukraine, Poland, Arab Saudi, dan Afrika Selatan

3.2 Kovenan Antarabangsa Hak-hak Sivil Dan Politik (ICCPR) 1966

Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak Sivil dan Politik (ICCPR) adalah perjanjian
pelbagai hala yang bertindak untuk menghormati hak sivil dan politik individu,
termasuk hak untuk hidup, kebebasan beragama, kebebasan bersuara, kebebasan
berhimpun, hak pilihan raya dan hak kepada proses yang wajar dan perbicaraan yang
adil. Deklarasi ini telah diterima pakai oleh Resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu pada 16 Disember 1966 serta berkuat kuasa pada 23 Mac
1976. Setakat Jun 2022, Perjanjian itu mempunyai diaplikasikan oleh 173 buah negara
tanpa penyertaan dari Korea Utara yang menjadi satu-satunya negeri yang cuba
berundur.

ICCPR dianggap sebagai dokumen penting dalam sejarah undang-undang


antarabangsa dan hak asasi manusia, membentuk sebahagian daripada Rang
Undang-undang Hak Asasi Manusia Antarabangsa, bersama-sama dengan Deklarasi

276027 MOHAMAD IZZAT IZZUDDIN BIN MOHD ASRI


10
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia UPJJ-UUM

Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR). Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu


bertanggungjawab untuk memantau pelaksaan ICCPR kepada Negara anggota yang
terhadap pematuhan deklarasi ini. Jawatankuasa ini biasanya bermesyuarat di
Pejabat PBB di Geneva, Switzerland dan biasanya mengadakan tiga sesi setiap
tahun.

3.3 Kovenan Antarabangsa Hak-hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan 1966


(ICESCR)
“The International Covenant on Economic, Social and Cultural Rights” (ICESCR)
merupakan perjanjian pelbagai hala yang diterima pakai oleh Perhimpunan Agung
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (GA) pada 16 Disember 1966 dan berkuat kuasa
mulai 3 Januari 1976. Berperanan untuk berusaha ke arah pemberian hak ekonomi,
sosial dan budaya (ESCR) termasuk hak buruh dan hak untuk kesihatan, hak untuk
pendidikan dan hak kepada taraf hidup yang mencukupi. Sehingga Julai 2020,
Perjanjian itu mempunyai 171 pihak. Empat negara lagi, termasuk Amerika Syarikat,
telah menandatangani tetapi tidak meratifikasi Perjanjian.

4.0 PERLAKSANAAN HAK KEBEBASAN ASASI DI MALAYSIA

Selaras dengan penglibatan Malaysia dalam “(United Nations Commission for Human
Rights” (UNCHR) merupakan titik permulaan dimana membawa pengiktirafan secara
rasmi Malaysia terhadap hak asasi manusia apabila Malaysia menjadi salah satu
negara yang menjalinkan kerjasama yang utuh dalam Suruhanjaya Bangsa-Bangsa
Bersatu bagi menjamin hak asasi manusia. Malaysia komited melalui inisiatif kerajaan
untuk memperkasakan hak asasi manusia melalui deklarasi bersama Pertubuhan
Kerjasama Islam (OIC) dan rang Undang-undang yang berteraskan Prinsip Paris 1992
untuk mengukuhkan lagi usaha kerajaan untuk mencapai kesaksamaan di setiap
peringkat lapisan masyarakat dan menepis sebarang bentuk diskriminasi kaum atau
jantina di negara ini.

Melalui agenda 2030 Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu untuk


mengangkat 17 matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) ,Malaysia juga komited
menjadi salah satu negara anggota Asia Tenggara yang menerima matlamat yang

276027 MOHAMAD IZZAT IZZUDDIN BIN MOHD ASRI


11
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia UPJJ-UUM

didasari dengan melindungi hak-hak asasi manusia. Usaha ini menuntut pelaksanaan
yang konsisten untuk mencapai matlamat pembangunan lestari (SDGs).

Rentetan senario itu, Malaysia menjadi salah satu negara di Asia pasifik selain
Indonesia, Thailand dan Filipina. yang mengiktiraf secara rasmi untuk melindungi hak
asasi manusia bermula dengan pertubuhan badan hak asasi kebangsaan yang
berteraskan penekanan meliputi seluruh aspek pembangunan kemanusiaan dan
kerohanian tanpa mengira latar belakang agama dan ras perkauman melalui
penubuhan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) telah ditubuhkan
untuk mendukung dan menguatkan adegan kerajaan seiring mencapai matlamat
pembangunan lestari (SDGs) yang dianggotai oleh ahli SUHAKAM yang dipilih
berdasarkan kepelbagaian kaum, kredibiliti dan kewibawaan individu sebagai satu
cerminan keunikan Malaysia yang mengangkat hak individu tanpa mengira latar
belakang agama dan bangsa.

4.1 Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia 1999 (Akta 597)

Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia 1999 (Akta 597) merupakan undang-undang
yang diluluskan oleh Parlimen Malaysia pada tanggal 9 September 1999. Walau
bagaimanapun akta ini hanya berkuatkuasa pada 20 April 2000. Tujuan penggubalan
akta ini adalah untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan satu suruhanjaya
bebas hak asasi manusia yang dikenali sebagai Suruhanjaya Hak Asasi Manusia
Malaysia dikenali sebagai SUHAKAM. Akta ini memperuntuk dan menjelaskan kuasa
dan fungsi SUHAKAM sebagai sebuah suruhanjaya bebas, untuk memberi pendidikan
dan perlindungan di samping memajukan hak asasi manusia di Malaysia. Melalui Akta
ini juga kuasa diberikan kepada SUHAKAM untuk mengadakan peruntukan lain yang
berkaitan dengan hak asasi sekiranya perlu.

4.1.1 Fungsi dan Kuasa

Sebagaimana yang dinyatakan, tujuan penubuhan SUHAKAM adalah untuk


melindungi dan memajukan hak asasi manusia di Malaysia. Oleh yang demikian
fungsi SUHAKAM adalah untuk menangani salah laku dan pencabulan terhadap hak
asasi di samping menyediakan pendidikan bagi memupuk kesedaran kepada
masyarakat mengenai kepentingan untuk memahami dan menghormati hak tersebut.
SUHAKAM juga berfungsi untuk menasihati dan membantu Kerajaan dalam
merangka dan merumuskan perundangan, arahan dan tatacara pentadbiran
276027 MOHAMAD IZZAT IZZUDDIN BIN MOHD ASRI
12
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia UPJJ-UUM

berhubung dengan hak asasi manusia di samping mengesyorkan sebarang langkah-


langkah yang perlu di ambil.

Fungsi lain suruhanjaya ialah memberi nasihat dan cadangan kepada Kerajaan
mengenai persetujuan dan penyertaan Malaysia dalam perjanjian antarabangsa
berkaitan dengan hak asasi manusia, seperti mencadangkan perjanjian antarabangsa
yang perlu ditandatangani oleh Kerajaan. Selain daripada itu, suruhanjaya juga
berhak menyiasat dakwaan mengenai perlanggaran hak asasi manusia, sama ada
atas kehendak sendiri ataupun berdasarkan aduan mana-mana pihak.

Fungsi yang ditetapkan oleh Akta secara jelas menunjukkan bahawa SUHAKAM
bukan sahaja bertindak terhadap individu yang terlibat dalam perlanggaran hak asasi
tetapi juga terhadap kerajaan, terutamanya dalam memberi nasihat mengenai hak
asasi. Untuk tujuan ini Kerajaan telah menyediakan satu dana tahunan kepada
Suruhanjaya. Dalam melaksanakan fungsi yang dinyatakan di atas, Suruhanjaya turut
diberikan kuasa melakukan perkara-perkara berikut iaitu:

(a) Kuasa untuk memupuk kesedaran kepada masyarakat mengenai hak asasi
manusia melalui aktiviti penyelidikan di samping mengendalikan bengkel, sesi
penerangan atau seminar bagi menyebarkan hasil penyelidikan tersebut.

(b) Kuasa untuk memberi nasihat dan cadangan tindakan yang sesuai kepada
Kerajaan dan pihak berkuasa tertentu mengenai aduan yang dibuat.

(c) Menentukan sebarang perlanggaran hak asasi manusia mengikut kesesuaian


Akta.

(d) Melawat tempat tahanan tertentu dan membuat saranan tertentu yang perlu

(e) Mengeluarkan pemakluman awam mengenai hak asasi manusia sekiranya di


perlukan.

(f) Mengenal pasti sebarang aktiviti lain yang sesuai dan perlu menurut undang
undang bertulis yang berkuatkuasa.

Secara ringkasnya, tugas Suruhanjaya dapat dibahagikan kepada tiga kategori iaitu
pertama, menangani persoalan jangka panjang iaitu memberi pendidikan dan
mengimbangkan pengetahuan masyarakat mengenai hak asasi; kedua, persoalan
276027 MOHAMAD IZZAT IZZUDDIN BIN MOHD ASRI
13
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia UPJJ-UUM

jangka pendek seperti isu-isu semasa yang berkemungkinan berulang; dan ketiga,
persoalan semasa yang melibatkan isu-isu yang sedang berlaku.

4.2 Peruntukan Kebebasan Asasi di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Akses ke persekitaran yang selamat, bersih, sihat dan lestari merupakan hak asasi
manusia yang perlu dilindungi dan dipromosikan kepada semua pihak. Seperti yang
diketahui umum, matlamat pembangunan lestari mempunyai 17 agenda meliputi
memperjuangkan seluruh dasar hak asasi manusia secara berstruktur untuk
mencapai perkembangan individual dan sosial melalui penekanan aspek
pertumbuhan secara seimbang dan juga memperjuangkan hak perlindungan
sepenuhnya untuk mendepani arus modenisasi globalisasi. Kita dapat melihat
kepentingan pengiktirafan hak asasi manusia memainkan peranan yang penting untuk
mengekalkan kestabilan politik dan perkembangan masyarakat selaras dengan ikrar
untuk mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs).

Kerajaan seharusnya lebih cakna dan peka terhadap perubahan semasa terutama
menghidupkan paraturan yang baharu selaras dengan menjamin hak kesamarataan
dalam meringankan beban golongan yang terkesan akibat Pandemik COVID-19 tanpa
batasan ras, agama dan kaum untuk menyingkirkan diskriminasi kepada individu,
masyarakat dan negara keseluruhannya amnya.

Di dalam Perlembagaan Persekutuan sendiri telah menyatakan Istilah


kebebasan.Namun, tiada definisi diberikan oleh Artikel 160 Perlembagaan
Persekutuan ke atas maksud ‘kebebasan asasi’ atau ‘hak asasi’. Kebebasan asasi
seseorang individu telah diperuntukan dalam bahagian-bahagian Perlembagaan
Persekutuan. Antara peruntukan tersebut adalah:

276027 MOHAMAD IZZAT IZZUDDIN BIN MOHD ASRI


14
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia UPJJ-UUM

Perkara Keterangan
Perkara 5 Aspek-aspek Kebebasan Diri dan Ruang-lingkupnya.
Perkara 6 Larangan terhadap Keabdian dan Kerja Paksa
Perkara 7 Hak Untuk Mendapatkan Perlindungan Daripada
Undang - Undang Jenayah Berkuatkuasa
Kebelakangan Dan Perbicaraan Berulang.
Perkara 8 Hak Sama Rata Di Sisi Undang - Undang.
Perkara9 Larangan Buang Negeri Dan Kebebasan Bergerak.
Perkara 10 Hak Untuk Bersuara, Berhimpun Secara Aman Dan
Menubuhkan Persatuan.
Perkara 11 dan Perkara 12 Hak Mengenai Kebebasan Berugama (Beragama)
Dan Pelajaran.
Perkara 13 Hak Terhadap Harta

Jadual 1: Peruntukan Kebebasan Asasi di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Jelasnya di sini, pelaksanaan terhadap hak asasi manusia dapat membantu negara
mencapai banyak matlamat pembangunan lestari melalui pendidikan yang sempurna
serta menjadi tunjang dan dasar perdana kepada kehidupan yang lebih adil bagi
memudahkan proses reformasi individual ke arah lebih sempurna. Realitinya,
pengiktirafan hak asasi manusia merupakan asas kepada perjuangan menjayakan
matlamat pembangunan lestari secara keseluruhannya.

5.0 ISU KEBEBASAN HAK ASASI DI MALAYSIA

5.1 Cabaran Oku Untuk Mendapatkan Pekerjaan

OKU ataupun singkatan akronim kepada Orang Kelainan Upaya ataupun sesetengah
pihak melabel sebagai orang istimewa (Azuki & Yohan, 2009). OKU merujuk kepada
golongan yang mempunyai kekurangan ataupun kelebihan yang tidak terdapat pada
individu yang normal sama ada mempunyai kekurangan atau cacat dari segi fizikal,
mahupun mental. Di dalam Pelan Tindakan OKU (PTOKU) 2016-2022, OKU
ditakrifkan sebagai “seseorang yang mempunyai ketidakupayaan jangka panjang dari
segi fizikal, mental, intelektual atau pancaindera yang apabila berhadapan dengan
pelbagai halangan mungkin tidak dapat melibatkan diri sepenuhnya sceara efektif
dalam masyarakat”. OKU juga didefinasikan sebagai seseorang yang mempunyai
276027 MOHAMAD IZZAT IZZUDDIN BIN MOHD ASRI
15
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia UPJJ-UUM

kekurangan jangka panjang dari segi intelektual, deria, fizikal yang boleh
membataskan pergaulan mereka di dalam kelompok masyarakat disebabkan
kekurangan yang dialami (Akta Orang Kurang Upaya (OKU), 2008).

Kajian telah menunjukkan terdapat diskriminasi dan halangan yang tertentu untuk
golongan OKU mendapatkan pekerjaan di negara ini, walaupun Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 16 Tahun 2010 telah menyatakan agar setiap kementerian
mengambil sekurang-kurangnya satu peratus pekerja OKU dalam setiap kementerian.
Sehingga kini, hanya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
(KWKPM) serta Kementerian Pertahanan menyambut baik saranan kerajaan untuk
menempatkan golongan kelainan upaya ini untuk berkhidmat dengan jumlah 1.8 dan
1.3 peratus sejak tahun 2020.

Sebagai seorang ahli masyarakat juga selaku warganegara Malaysia, orang kurang
upaya (OKU) berhak memiliki hak sebagaimana individu normal yang lain seperti , hak
untuk menikmati kemudahan awam, hak kesamarataan di sisi undang-undang hak
untuk bekerja, hak untuk berkeluarga dan hak untuk mendapat akses kepada
komunikasi dan teknologi . Realitinya, walaupun di bawah Akta OKU 2008 telah
menggazetkan hak untuk mendapatkan pekerjaan, namun pelbagai cabaran dan
halangan telah dialami oleh golongan istimewa ini. Pembuktian kajian data sehingga
Jun 2019, jumlah pengisian OKU hanyalah seramai 3,686 dalam perkhidmatan awam
yang menyamai 0.29 peratus daripada 1.6 juta penjawat awam di negara ini.

5.2 Penganiyaan kepada kanak-kanak


Penganiayaan kanak-kanak merupakan suatu penyakit sosial yang kian membarah di
kalangan masyarakat Malaysia di mana, ia telah pun lama wujud di dalam Negara
kita. Ini dapat dibuktikan dengan pendedahan kes oleh media pada 10 tahun yang lalu
apabila terdapat seorang kanak lekaki, K. Balasundram telah didera sehingga mati
pada 13 Mei 1990 lantas membuka mata semua pihak. Kemudian negara
digemparkan lagi dengan kes penyeksaan dua beradik yang berlaku pada 21
Disember tanggal pada tahun yang sama di Terengganu. Fenemona ini tidak terhenti
setakat itu sahaja, namun kian meningkat dari masa ke semasa hasil pendedahan
oleh media massa. Penderaan terhadap fizikal, penganiayan emosi, kecelaruan

276027 MOHAMAD IZZAT IZZUDDIN BIN MOHD ASRI


16
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia UPJJ-UUM

seksual serta pengabaian pembesaran kanak kanak ini semakin kronik dan hampir
setiap tahun dilaporkan.

Antara bentuk penderaan dan penganiyaan adalah seperti memukul dan merotan
sehingga mengakibatkan kecederaan, menyimbah air panas, mengurung didalam bilik
tanpa memberi makanan dan pelbagai lagi. Bentuk- bentuk gangguan seksual pula
seperti sumbang mahram, meliwat, merogol seringkali terpampang di dada akhbar.
Kes bapa merogol anak, datuk meliwat cucu, sumbang mahram antara adik dan
abang dan sebagainya telah menyumbang kepada tekanan emosi kepada mangsa.
Dalam kes pengabaian dalam kebajikan untuk mendapatkan pendidikan dan masa
depan yang baik juga boleh dilihat dengan jelas apabila terdapat sindiket yang
menjadikan anak-anak atau kanak-kanak ini dipaksa untuk menjadi pengemis.

Kesan penganiayaan kepada mangsa adalah sangat buruk dan memberi impak yang
sangat buruk terhadap masa hadapan kanak-kanak tersebut. Perbuatan ini
merupakan satu benca kepada keruntuhan moral sesebuah institusi keluarga dan
yang paling utama perbuatan ini adalah suatu perbuatan jenayah yang perlu dihukum
kepada si pelaku, Wan Jusoh, W. N. H. (2003). Hal ini bukan sahaja memberi natijah
buruk kepada seseorang individu, malah memberi kesan kepada masyarakat
keseluruhannya di mana kanak-kanak merupakan evolusi atau penyambung generasi
yang akan datang. Ibarat peribahasa, rosak akarnya maka rosaklah keseluruhan
pokoknya.

6. KEKUATAN DAN KELEMAHAN HAK KEBEBASAN ASASI DI MALAYSIA


Setiap Negara mempunyai undang-undang yang memperuntukkan hak kebebasan
untuk setiap rakyatnya. Tidak ketinggalan Malaysia juga sejak sekian lama sudah
memperjuangkan hak kebebasan asasi dengan meratifikasi pelbagai konvenseyen
bagi memperkukuh hak kebebasan asasi untuk setiap warganya agar tidak dicabuli.
Antara dua komponen utama bagi menjamin hak-hak ini terjaga adalah dengan
berlandaskan dua perkara; Rukun Negara dan Perlembagaan Negara sebagai
panduan warganegara Malaysia dan melaksanakan Perlembagaan Persekutuan
sebagai akses undang-undang kepada kehidupan yang menjamin keharmonian yang
berpanjangan untuk negara ini

276027 MOHAMAD IZZAT IZZUDDIN BIN MOHD ASRI


17
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia UPJJ-UUM

6.1 Rukun Negara


Terdapat 5 prinsip Rukun Negara yang menjadi dasar utama dalam menjalani
kehidupan sebagai rakyat Malaysia; iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetian
kepada Raja Dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang
dan kesopanan dan Kesusilaan menjadi tonggak utama pegangan bagi setap
warganegara. Rukun Negara ini terbentuk setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei
yang meragut keharmonian negara. Di inspirasikan daripada 5 prinsip Pancasila yang
di ilhamkan oleh Indonesia bagi mengekalkan kerukunan dan keharmonian warganya.
Prinsip Rukun Negara ini adalah mudah, bertujuan mencapai perpaduan yang lebih
erat antara kaum agar kemakmuran dapat dinikmati bersama, selaras dengan Prinsip
Kebebasan Asasi dari segala aspek.

Namun begitu, terdapat juga kepincangan dimana terdapat limitasi untuk


warganegaranya dalam mengakses kebebasan asasi seperti larangan terhadap
kritikan kepada raja dan sultan yang menjadi isu sensitif untuk dibincangkan. Oleh
yang demikian institusi diraja menjadi kebal untuk dikritik dan bakal dikenakan
hukuman bagi sesiapa yang cuba untuk menderhaka dengan kebebasan bersuara
seterusnya menafikan hak untuk bersuara bagi meluahkan ketidak puasan
seandainya terdapat pelaksanaan undang-undang yang kadangkala tidak perlu atas
kapasiti mengangkat prinsip kedaulatan udang-undang.

6.2 Perlembagaan Persekutuan


Di Malaysia, hak kebebasan asasi itu dibentuk mengikut acuan Perlembagaan
Persekutuan di mana didalamnya sudah tertulis hak kebebasan asasi harus dinikmati
oleh setiap rakyatnya. Perkara ini sukar diubah kerana proses pindaan perlembagaan
bukanlah sesuatu perkara yang mudah dan syarat pindaan haruslah disokong pada
bacaan kali kedua dan kali ketiga dengan undi tidak kurang daripada dua pertiga
daripada jumlah bilangan ahli majlis didalam parlimen. Kedaulatan sesebuah Negara
bangsa moden itu terletak kepada pengabdian sesuatu perlembagaan yang telah
dibuat sama ada perlembagaan tersebut dilaksanakan ataupun tidak. Namun
demikian, dalam pelaksanaan hak-hak kebebasan asasi mempunyai kelemahan
kerangka perlembagaan yang tidak meletakkan beberapa peruntukan dimana
276027 MOHAMAD IZZAT IZZUDDIN BIN MOHD ASRI
18
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia UPJJ-UUM

akhirnya hak-hak asasi mulai susut sedikit demi sedikit oleh parlimen yang meluluskan
pelbagai undang-undang untuk menyekat hak-hak yang diberikan. Keadaan menjadi
lebih buruk apabila pihak eksekutif melalui birokrasi boleh membuat pelbagai polisi
dan pendekatan yang lebih sempit dari apa yang dibenarkan oleh undang-undang. Ini
jelas kelihatan dalam akta kebebasan untuk mengadakan perhimpunan awam di
mana undang-undang hanya memberikan kuasa kepada pihak polis untuk
mengawalnya namun tidak menentukan bagaimana kawalan itu harus ditangani.
Sebab itulah hak untuk berhimpun secara aman tertakluk kepada ihsan polis di mana
ia jauh tersasar dan tidak selari dengan falsafah perIembagaannya khususnya dan
demokrasi amnya. Senario ini sebenarnya boleh diperbaiki dengan mengambil
pendekatan bebas oleh pihak polis mengikut undang-undang yang sedia ada dan
seharusnya pihak mahkamah bersedia memainkan peranan progresif untuk
memastikan bahawa sekatan-sekatan yang dikenakan oleh pihak polis atau birokrasi
itu wajar di sisi demokrasi.

7. ANALISIS
Selaras dengan konsep Keluhuran Perlembagaan, setiap perkara yang termaktub di
dalam Perlembagaan Malaysia yang bersangkutan dengan Hak Kebebasan Asasi
wajiblah di adapatasi oleh semua rakyat dengan meletakkan perlembagaan sebagai
wadah tertinggi dalam melayari ke hidupan di dalam Negara ini. Untuk rekod, Malaysia
telah meratifikasi Convention on the Elimination of all Forms of Discrimination Against
Women (CEDAW) secara rasminya pada tahun 1995 dengan memandang serius
dalam isu pembangunan wanita dengan tergubalnya Dasar Wanita Negara (DWN)
pada tahun 2009 bagi menunjukkan komitmen kerajaan dalam mengubah stigma dan
posisi wanita di dalam sector ekonomi untuk menjadi lebih dinamik (Azizan Binti
Zainuddin dan Kartini Khalid @Aboo Talib. 2018b:2). Ini selaras dengan peruntukkan
perlembagaan di dalam Perkara 8 dimana; semua individu adalah sama rata dan
berhak menikmati perlindungan yang setara di sisi undang-undang.

Bagi menjamin kemaslahatan kepada Golongan Kelainan Upaya, secara rasminya


Malaysia telah meratifikasi Convention on the Rights of Persons with Disabilities
(CRPD) pada 19 Julai 2010 yang mengandungi 7 hak khusus yang termaktub di dalam
CRPD bagi mengangkat martabat golongan ini menikmati hak kebebasan asasi yang
dinikmati seperti rakyat biasa. Apabila Kerajaan bersetuju meratifikasi Konvensyen
276027 MOHAMAD IZZAT IZZUDDIN BIN MOHD ASRI
19
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia UPJJ-UUM

Orang Kurang Upaya pada tahun 2010 disusuli dengan insentif-insentif berterusan
dalam belanjawan negara setiap tahun, jelas menunjukkan komitmen kerajaan untuk
membela nasib golongan OKU di negara ini. Seterusnya pada tahun 2008, Malaysia
telah menggubal Akta OKU Di Negara ini khusus untuk golongan OKU yang
mengalami diskriminasi dan stigma dari masyarakat (Md. Tah, Ikmal Hisham &
Mokhtar, K. A. 2018). Selanjutnya, bagi mengekang jenayah penganiyaan kepada
kanak-kanak bagi memastikan penyambung generasi ini terjamin, Malaysia telah
bersetuju meratifikasi Convention on the Rights of the Child (OHCHR) dan seterusnya
menggubal Akta Kanak-Kanak (AKK 2001) bagi memastikan hak kehidupan dan masa
hadapan mereka terjamin.

8. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Jelasnya bahawa kedudukan hak kebebasan asasi di Malaysia yang wujud pada hari
ini jauh memuaskan. Namun, hak-hak awam dan dan individu seperti hak untuk
berhimpun, bercakap dan menubuhkan persatuan pada waktu ini menjadi isu yang
paling kritikal. Antara elemen negatif yang menjadi stigma dalam mengaplikasi hak
yang telah ditetapkan adalah hak asasi terutamanya hak-hak sivil seberti berhimpun,
bercakap dan seumpamanya yang dilabel sebagai menggalakkan kekerasan dan
keganasan. Dalam erti lain, apa sahaja perkara yang tidak selari dengan kehendak
kerajaan dan kepentingan negara terus dianggap anti nasional dan seterusya ditekan.
Tema yang mewarnai pelaksanaan hak kebebasan asasi di Negara ini masih dilatari
dengan sikap feudal dan berkerangkakan “Westminster” di mana pemimpin
mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan sebanyak mana hak kebebasan yang
boleh dinikmati oleh rakyat.

8.1 Kajian Semula Berkenaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah


Khas) 2012 (SOSMA)
Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan 2012 yang dikenali sebagai SOSMA,
adalah tindakan yang memperuntukkan langkah-langkah khas berhubung dengan
kesalahan keselamatan. Matlamatnya adalah untuk mengekalkan ketenteraman
awam, keselamatan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya. SOSMA
telah dibentuk bagi membendung aktiviti seseorang ataupun sesebuah kumpulan
yang mahu mengguling atau melemahkan Negara bagi mengelakkan ancaman-
ancaman baru yang merentas sempadan pada ketika ini.
276027 MOHAMAD IZZAT IZZUDDIN BIN MOHD ASRI
20
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia UPJJ-UUM

Namun, walaupun akta ini digubal bagi menjami kesejahteraan negara daripada
berlaku kacau bilau, akta ini mempunyai isu keselamatan yang tidak melindungi hak
asasi manusia. Ini perlu diberikan perhatian agar SOSMA tidak menjadi seperti akta
Internal Security Act (ISA) ataupun dikenali sebgai Akta Keselamatan Dalam Negeri
(1960) yang telah melanggar dan mencabuli hak asasi manusia di mana bertentangan
dengan rukun-rukun asas perundangan antarabangsa.

Tidak dinafikan ada segelintir rakyat yang terlibat dengan keganasam namun, apa
yang membezakan adalah perjuangan sesebuah masyarakat dalam mengkritik
kerajaan yang mengamalkan demokrasi dan kelompok memperjuangkan
menggunakan keganasan. Walaupun secara undang-undangnya, SOSMA dan ISA
merupakan akta yang berbeza, namun SOSMA sebenarnya menganiaya dan
memperlekeh proses untuk mendapatkan keadilan khususnya untuk tahanan serta
keluarganya.

8.2 Kaji semula Peruntukan Kebebasan Beragama di Malaysia – Umat Islam di


Malaysia
Ada beberapa perkara asas yang hendak diperhatikan di bawah topik
penambahbaikan. Pertama, kedudukan Islam dalam kerangka perlembagaan
kerajaan Malaysia. Kedua, bagaimana mahkamah melihat kedudukan Islam dalam
menafsirkan peruntukan-peruntukan yang mempunyai kesan kepada umat Islam.
Ketiga, sejauh mana Islam mempengaruhi tafsiran terhadap hak-hak kebebasan
asasi. Betapa Islam tidak diberikan kedudukan yang seharusnya dalam pelaksanaan
hak-hak asasi, khususnya dalam konteks kebebasan beragama. Sewajarnya Islam
diberikan kedudukan yang istimewa selaras dengan sejarah dan kedudukan undang
undang yang ada.

Kesannya lihat sahaja pertembungan kedudukan antara mahkamah syariah dan


mahkamah sivil mendatangkan kesan ruang lingkup hak-hak asasi di Negara kita.
Setakat ini mahkamah sivil masih tidak mengikuti sepenuhnya pindaan 1988 yang
menghalang mahkamah sivil dalam mencampuri urusan dan bidang kuasa mahkamah
syariah.

276027 MOHAMAD IZZAT IZZUDDIN BIN MOHD ASRI


21
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia UPJJ-UUM

Dalam isu-isu tertentu, seperti hak-hak awam untuk bersuara, berhimpun dan
seumpamanya, umat Islam selalunya seiring dan sependapat dengan rakyat bukan
Islam. Namun dalam hal-hal yang lain seperti soal kebebasan beragama, umat Islam
mungkin tidak bersependapat dengan orang bukan Islam yang umumnya mahukan
hak itu diberikan kepada umat Islam sehingga sampai ke peringkat memberikan
kebebasan untuk orang Islam meninggalkan agamanya. Ini merupakan sesuatu yang
jelas tidak dapat diterima oleh Islam. Apa yang hendak ditekankan di sini adalah
bahawa dalam menuntut pelaksanaan hak-hak asasi di Malaysia, umat Islam tidak
sepenuhnya dapat seiring dengan rakyat bukan Islam.

9. KESIMPULAN
Isu hak kebebasan asasi merupakan isu utama kerana ia bersangkutan dengan
struktur asas negara yang menjadi tapak kepada sistem perundangan dan politik
dalam sesebuah negara bangsa. Isu ini kerap menjadi bahan perbincangan dan
perdebatan di kalangan masyarakat dari warung kopi, melalui pentas media hinggalah
ke persidangan dunia.Tahap kesedaran serta pengetahuan masyarakat terhadap
isu ini semakin meningkat dan berkembang sejak wujudnya internet yang
membolehkan mereka mencari maklumat berkaitan dengannya di alam maya
amnya. Bagi mereka yang menganggap prinsip hak asasi dan kebebasan sebagai
hak mutlak manusia, sebarang sekatan terhadap pengaliran maklumat dianggap
sebagai pencabulan hak asasi manusia.

Realitinya, setiap warganegara mempunyai hak kebebasan mengikut undang-undang


yang telah ditetapkan dari hak sivil, politik, soal pendidikan, ekonomi, sosial dan
kebudayaan. Dalam kebebasan pendidikan, rakyat bebas untuk belajar setinggi mana
sekali pun, dalam bidang ekonomi pula, mereka bebas untuk menjalankan apa jua
urusan yang halal dan dan tidak melanggar peraturan. Dalam kebebasan sosial pula,
setiap rakyat bebas bergaul untuk menjalankan apa juga aktiviti yang sihat Begitu
juga, dalam kebebasan kebudayaan, rakyat boleh mengamalkan cara hidup dan
budaya mengikut bangsa dan kepercayaan masing-masing. Sudah tentu, setiap
warganegara berhak untuk menganuti agama masing-masing. Perlembagaan
Persekutuan mendukung prinsip kebebasan asasi manusia seperti yang terkandung
dalam Bahagian 2: Kebebasan Asasi iaitu Perkara 5 hingga 13 Perlembagaan
276027 MOHAMAD IZZAT IZZUDDIN BIN MOHD ASRI
22
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia UPJJ-UUM

Persekutuan. Hak yang diberikan itu adalah tonggak kepada demokrasi yang
diamalkan di negara ini sejak dahulu lagi. Ia juga adalah perkara yang terkandung
dalam hak asasi manusia sejagat. Di dalam Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan
sudah jelas menyebut bahawa semua orang adalah sama rata dan berhak mendapat
perlindungan yang sama di sisi undang-undang.

276027 MOHAMAD IZZAT IZZUDDIN BIN MOHD ASRI


23
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia UPJJ-UUM

RUJUKAN

Ahmad Fauzi Morad. (1997) Politik dan Pentadbiran dalam Tamadun Islam

Abdullah Zhidi Omar, Mahdi Shuid, Mazlan Aris, Mohd Fu’ad Sam, Roslina Surantnu.
(2014). Pengantar pendidikan moral: ipta ipts ipg & kolej. Selangor: Penerbitan
Multimedia SDN. BHD

Gan Chee Keong. (2016). Kebebasan Asasi dan Remedi di Malaysia:


Satu Kajian daripada Perspektif Sejarah Penggubalan Perlembagaan
Persekutuan 1957. Universiti Utara Malaysia.

Lew Moi Mooi, Norliza Jaafar & Norulazilah Md. Nordin. (2015).
Perkembangan kanak-kanak: Selangor, Malaysia: Penerbitan
Pelangi Professional Publishing Sdn. Bhd.

Mohd Faizal Musa. (2015). Pengantar Hak Asasi Manusia Moden dan Hujah
Sangkalan Ia Bertentangan Dengan Islam. Universiti Kebangsaan Malaysia

Md Tah, Ikmal Hisham. (2016). Falsafah Undang-Undang Hak Asasi Manusia (Ham)
Menurut Dworkin: Satu Pengenalan. Fufu Terbit.

Nur Azuki Yusuff & Yohan Kurniawan. (2009). Penerimaan Orang Kelainan Upaya
(OKU); Kajian Menurut Perspektif Remaja 1Malaysia.

Rohana Yusof. 2003. Penyelidikan sains sosial. Bentong:


Pts Publications &Distributors Sdn. Bhd.

Wan Jusoh, W. N. H. (2003). Thesis Penganiayaan Kanak - Kanak: Suatu Kajian


Mengikut Undang-Undang Di Malaysia. Universiti Malaya.

S.S. Rachagan & R. (1999) Tikamdas (eds), Human Rights and the National
Commission, Kuala Lumpur

276027 MOHAMAD IZZAT IZZUDDIN BIN MOHD ASRI


24

You might also like