You are on page 1of 4

Artikel 1(4) ICERD bercanggah Perlembagaan

Persekutuan
Oleh Ahmad Suhael Adnan
ahmad.suhael@nstp.com.my

KUALA LUMPUR: Peruntukan Artikel 1(4) Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk
Diskriminasi Kaum (ICERD) dilihat bercanggah dengan beberapa perkara dalam Perlembagaan Persekutuan.

Pensyarah Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof
Madya Dr Shamrahayu Ab Aziz, Artikel 1(4) boleh memberi kesan negatif kepada hak istimewa Melayu dan anak
negeri Sabah dan Sarawak, selain kedudukan Islam, tanah rizab Melayu dan tanah adat Bumiputera.

Katanya, Artikel 1(4) itu secara dasarnya membenarkan kerajaan yang mahu meratifikasi ICERD untuk
melaksanakan inisiatif khas bagi membantu kaum tertentu yang ketinggalan, seperti hak istimewa Melayu dan
Bumiputera dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

“Tetapi, kebimbangan saya ialah apabila artikel itu juga menyatakan apabila tujuan inisiatif khas berkenaan
tercapai, maka ia hendaklah dihapuskan.

“Saya tidak fikir peruntukan seperti kuota anak Melayu, Sabah, Sarawak serta komuniti lain yang diperuntukkan
dalam Perkara 153 boleh dihapuskan.

“Walaupun laporan Suruhanjaya Reid pernah mencadangkan Perkara 153 dilaksanakan dalam tempoh masa yang
sewajarnya, serta ada yang mencadangkan 15 tahun, ia tidak dipersetujui ketika proses penggubalan
Perlembagaan.

“Lebih penting adalah Artikel 1(4) ICERD turut bercanggah dengan Perkara 89 membabitkan tanah rizab Melayu,
yang saya yakin tiada tempoh masa ditetapkan untuk peruntukan itu,” katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.

Terdahulu, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, Kabinet memutuskan tidak akan meratifikasi
ICERD dan kerajaan akan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang termaktub di dalamnya kontrak
sosial, yang dipersetujui wakil semua kaum semasa pembentukan negara.

Shamrahayu berkata, keputusan Kabinet menggambarkan keprihatinan kerajaan terhadap perjanjian yang dibuat
pada 1957, membabitkan nilai berkaitan dengan jurang antara komuniti dan masyarakat negara ini.

“Keadilan adalah tujuan pokok Perlembagaan Persekutuan, bukan kesamarataan kerana kedudukan masyarakat,
ekonomi, budaya dan agama yang berbeza.

“Perkara 153 harus kekal dan tiada had masa kerana bukan menyatakan soal kuota Bumiputera dan Melayu
semata-mata, tapi juga kewarganegaraan Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Penyelidik Undang-undang dan Perlembagaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr
Muhammad Fathi Yusof, berkata ratifikasi ICERD secara tidak langsung boleh membuka ruang untuk Perkara 11
Perlembagaan Persekutuan membabitkan kedudukan agama Islam, dipertikaikan.

Katanya, ia berikutan Perkara 11 memberi keistimewaan kepada agama Islam apabila memperuntukkan sekatan
penyebaran ajaran bukan Islam, kepada orang Islam, yang boleh dilihat sebagai bercanggah dengan ICERD.

“Apabila ICERD diratifikasi, Malaysia akan tertakluk kepada penilaian antarabangsa secara berkala dan sewaktu
penilaian, panel petugas atau mana-mana pihak yang ingin menyertai pembentangan itu boleh mengemukakan
sebarang pertikaian yang ada kaitan dengan hak persamaan semua kaum.

“Isunya bukan percanggahan dari sudut teknikal undang-undang semata-mata, tapi juga risiko undang-undang kita
terdedah dengan pertikaian pada peringkat antarabangsa, dan mungkin terpaksa berdepan pindaan,” katanya.
Tambah beliau, ICERD turut bercanggah dengan Perkara 8 yang mengehadkan Rejimen Askar Melayu kepada
orang Melayu.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/11/501460/artikel-14-icerd-bercanggah-
perlembagaan-persekutuan

Undang-undang diperkenalkan atau diubah


Artikel 2(1)(c) Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Diskriminasi Kaum (tiada
terjemahan asal, terjemahan oleh Asklegal)

Setiap negara ahli harus mengambil langkan berkesan untuk mengkaji semula dasar kerajaan,
nasional dan tempatan, dan mengubah, membatalkan atau memansuhkan mana-mana undang-
undang dan peraturan yang memberi kesan dalam membentuk atau mengekalkan diskriminasi
kaum di mana sahaja ianya wujud;

2) Seperti yang dibincangkan sebelum ini, ICERD merupakan perjanjian antarabangsa; ia


menyediakan rangka kerja yang terdiri dari syarat yang harus dipatuhi negara yang telah
menandatanganinya. Ini bermakna peruntukan (“undang-undang” dalam ICERD) hanya sah di
Malaysia selepas kerajaan menandatangani dan meratifikasikannya – ‘ratifikasi’ bermaksud
menjadikannya sah dan diiktiraf secara rasmi.

Selepas satu-satu negara menandatanganinya, mereka kemudian harus mengkaji semula


undang-undang dan dasar yang sedia ada untuk memenuhi keperluan ICERD di mana seperti
yang dicadangkan melalui namanya, bertujuan untuk menghapuskan diskriminasi kaum.

Tanggungjawab utama negara-negara yang telah menandatanganinya (dirujuk sebagai State


Party (Negara Ahli) dalam dokumen tersebut) boleh didapati di dalam Artikel 2 ICERD, di mana
rumusannya adalah seperti di bawah:

 Tidak menyokong atau mempertahankan diskriminasi mana-mana individu atau


kumpulan
 Mengubah atau membatalkan undang-undang sedia ada yang mewujudkan atau
menyokong diskriminasi kaum
 Memupuk atau mencadangkan langkah-langkah yang membawa kepada penyatuan
kaum
 Mengambil langkah khas untuk membangunkan atau/dan melindungi kaum tertentu
dengan tujuan memberi kesetaraan kepada mereka.

Sebagai contoh, selepas Australia meratifikasikan ICERD pada tahun 1975, Parlimen Australia
meluluskan Akta Diskriminasi Kaum untuk menepati kewajipan baru ini.

https://asklegal.my/p/ICERD-kontrak-sosial-perlembagaan-Malaysia-tidak-setuju-tolak

Constitution,General
*************************************
3) Semua rakyat akan mendapat hak pendidikan yang
setara (dan perkara-perkara lain)

Sebahagian daripada langkah menghentikan diskriminasi kaum adalah setiam orang diberi
jaminan hak yang setara. Ini bermakna beberapa hak “asas” mesti diberi kepada semua rakyat
dengan setara

Artikel 5 Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Diskriminasi Kaum (dalam bahagian – tiada


terjemahan asal, terjemahan oleh Asklegal):

Untuk mematuhi kewajipan asas seperti yang termaktub dalam Artikel 2 Konvensyen, Negara
Ahli harus mengharamkan dan menghapuskan semua bentuk diskriminasi kaum dan menjamin
hak yang sama kepada semua orang, tanpa mengira kaum, warna kulit, kewarganegaraan atau
etnik asal, dengan kesetaraan di bawah undang-undang, terutamanya dalam menikmati hak-hak
berikut…

Artikel 5 seterusnya menggariskan hak-hak berikut, termasuk

 5(d)(vii) – Hak untuk berfikir, bersuara hati dan agama


 5(d)(v) – Hak untuk memiliki hartanah dan semua yang berkaitan dengannya
 5(e)(v) – Hak untuk mendapatkan pendidikan dan latihan

Ini juga mungkin merupakan usul utama yang menjadi perbahasan hangat tentang keputusan
Malaysia dalam isu ICERD.

https://asklegal.my/p/ICERD-kontrak-sosial-perlembagaan-Malaysia-tidak-setuju-tolak

Constitution,General
###################

4. Satu badan bebas memastikan bahawa negara ahli


mematuhi ICERD

Yang in boleh buat otak anda bengkak sedikit. Perlaksanaan ICERD dipantau
oleh Jawatankuasa Penghapusan Diskriminasi Kaum (Committee on the Elimination of Racial
Discrimination) atau lebih dikenali sebagai....CERD.

Ya betul, ICERD dipantau oleh CERD #samatapitaksama.

Ringkasnya, CERD terdiri dari kumpulan pakar bebas yang memantau perlaksanaan dasar oleh
negara ahli dan menyemak aduan yang dibuat oleh individu dan kumpulan terhadap negara
mereka.

Artikel 8 Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Diskriminasi Kaum (dalam bahagian – tiada


terjemahan asal, terjemahan oleh Asklegal):

Satu Jawatankuasa Penghapusan Diskriminasi Kaum (dirujuk sebagai Jawatankuasa) yang


terdiri dari lapan belas pakar yang bermoral tinggi dan diiktiraf akan dibentuk melalui pengundian
yang adil oleh Negara Ahli dari rakyat negara mereka.…
Negara ahli perlu memberi laporan kepada CERD setahun selepas menandatangani perjanjian,
dan sekali setiap dua tahun atau jika diminta. Jika anda ada membaca pautan Akta Diskriminasi
Kaum Australia di butiran 1 di atas, ia sebenanya merupakan laporan bagaimana pihak berkuasa
Australia “akhirnya bersetuju untuk memberi kerjasama” dan mematuhi CERD terhadap
kelewatan mereka memberi laporan dan beberapa kekurangan dalam perlaksanaan
ICERD mereka; di mana ini termasuk beberapa perunduran dalam Akta Diskriminasi Kaum dan
kekurangan lain dalam kesetaraan kaum. Baca di sini.

Jika sesetengah kumpulan atau individu merasakan bahawa hak mereka dilanggar atau tidak
diutarakan dengan betul oleh kerajaan mereka (atau pihak berkuasa), mereka juga boleh
membuat rayuan kepada CERD – tetapi ini hanya boleh dilakukan sekiranya mereka sudah
ketandusan semua jalan penyelesaian yang lain. Jika kita mengimbas kembali butiran 3 di atas
berkenaan kes ungkapan kebencian di Norway, masyarakat Yahudi yang terlibat hanya
mengutarakan kes mereka kepada CERD setelah kes berkenaan dirujuk sehingga ke Mahkamah
Tinggi Norway, di mana mahkamah tersebut tidak memihak kepada mereka.

Jadi apakah akibatnya jika CERD mendapati ada berlakunya pelanggaran?

Amnya, CERD akan mengeluarkan laporan menggariskan sebab mereka dan akan memberi
cadangan untuk memperbaiki keadaan. Namun dalam sesetengah kes seperti kes pertelagahan
di antara dua negara yang tidak dapat mencari jalan penyelesaian, maka Mahkamah Keadilan
Antarabangsa (International Court of Justice) akan terlibat (Artikel 22) dan mereka akan
mempertimbangkan laporan CERD dalam penentuan kes. Jika anda berminat, bacaan lanjut
boleh didapati di sini.

Negara yang menandatangani perjanjian ICERD amnya akan diletakkan di bawah pantauan dan
piawai yang lebih tinggi, di mana ia akan memberi kesan terhadap beberapa objektif
antarabangsa seperti keahlian agensi PBB atau majlis/badan. Sebagai contoh, Amnesty
International mencadangkan persetujuan Australia untuk memenuhi CERD berkait rapat dengan
penyertaan negara tersebut ke dalam Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (UNHCR).

You might also like