You are on page 1of 4

Unsur-unsur persamaan antara Piagam Madinah dan Perlembagaan Malaysia

A)Kebebasan Beragama

Dalam Piagam Madinah , Fasal 25 ada mengatakan , “bagi Yahudi agama mereka dan bagi
orang-orang Islam agama mereka”. Hal ini selaras dengan firman Allah S.W.T dalam surah Al-
Kafirun ayat 6 yang bermaksud, “bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku” serta ayat lain
dalam surah Al-Baqarah ayat 256 yang bermaksud “tidak ada paksaan dalam agama”. Melalui
perjanjian ini, kaum Yahudi dianggap sebagai satu ummah yang hidup bersama dan saling
membantu di bawah perjanjian yang dipimpin oleh seorang ketua negara Islam. Mereka bebas
menganut dan mengamalkan agama mereka. Kebebasan ini bukan sahaja diberi kepada kaum
Yahudi malah kepada pengikut dan sekutu (mawali) mereka.1

Dalam Perlembagaan Malaysia pula, Perkara 3 dalam Agama bagi Persekutuan ada
mengatakan dalam Fasal 1 bahawa “ Islam ialah agama bagi Persekutuan;tetapi agama-agama
lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan”. Ini jelas
menyatakan setiap rakyat bebas untuk menganut dan mengamalkan agama mereka.2

B)Jaminan Hak Asasi Kemanusiaan

Setiap orang diberi hak untuk memberi perlindungan kepada seseorang dan berjanji agar
perlindungan yang diberi oleh seseorang itu hendaklah dihormati oleh semua ummah.
Perlindungan itu diberikan dengan syarat orang yang hendak dilindungi ini mestilah bukan
musuh negara dan orang yang bersalah. Memberikan perlindungan kepada jiran merupakan
sebahagian daripada adat yang diamalkan oleh orang Arab ketika itu. Dalam fasal 40 ada
mengatakan “ Bahawa jiran tetangga hendaklah diperlakukan sebagai diri sendiri, tidak boleh
dilakukan terhadapnya bahaya dan dosa” malah dalam fasal 41 ada mengatakan “tidak boleh
dihampiri sebarang kehormatan wanita melainkan dengan izin keluarganya sendiri”. Ini jelas
menunjukkan Nabi Muhammad S.A.W amat menjaga hak-hak ummat baginda.3

Perkara 8 dalam Kesamarataan, fasal 1 ada menyebut “semua orang adalam sama rata di sisi
undang-indang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang” . Ini
jelas menunjukkan bahawa setiap orang berhak mendapatkan jaminan yang sama rata di sisi
undang-undang Perlembagaan Malaysia. Dalam Perkara 10 pula , dalam Kebebasan bercakap,
berhimpun dan berpersatuan ada menyatakan dalam fasal 1 bahawa “ tiap-tiap warganegara
berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara, semua warganegara berhak untuk berhimpun
secara aman dan tanpa senjata dan semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan”.4

1
Mahasiswa Syariah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) oleh mahasiswa dan mahasiswi dari Jabatan Syariah
Fakulti Pengajian Islam UKM http://mahasiswasyariahukm.blogspot.com/2011/04/piagam-madinah.html
2
Perlembagaan Persekutuan http://cpps.org.my/resource_centre/perlembagaan_persekutuan.pdf
3
http://www.bluefame.com/topic/95199-piagam-madinah/
4
Perlembagaan Persekutuan http://cpps.org.my/resource_centre/perlembagaan_persekutuan.pdf
C)Ketaatan Kepada Pemimpin

Fasal 23 berdasarkan Piagam Madinah ada menyatakan bahawa “walau bagaimanapun


kamu berbalah dalam sesuatu perkara hendaklah merujukkan perkara itu kepada Allah dan Nabi
Muhammad”. Nabi Muhammad S.A.W adalah pesuruh Allah dan segala perselisihan pendapat
atau pertikaian hendaklah diselesaikan kepada hukum Allah dan mengikut kebijaksanaan
baginda. Manakala fasal 42 memperuntukkan “ bahawa apa jua kemungkaran (bunuh) atau apa
juga pertengkaran di antara sesama ummah , piagam ini sekira-kira khuatir membawa kepada
bencana , maka hendaklah dirujukkan kepada hukum Allah dan kepada penyelesaian oleh
Muhammad, pesuruh Allah dan Allah menyaksikan kebaikan isi kandungan piagam ini dan
merestuinya’.5

Dalam Perkara 3 fasal 2 pula memperuntukkan “Di dalam tiap-tiap Negeri selain Negeri-
Negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai Ketua agama Islam di Negerinya
mengikut cara dan setakat yang diakui dan ditetapkan oleh Perlembagaan Negeri itu, dan,
tertakluk kepada Perlembagaan itu, segala hak, keistimewaan, prerogatif dan kuasa yang
dinikmati olehnya sebagai Ketua agama Islam, tidaklah tersentuh dan tercacat; tetapi dalam apa-
apa perbuatan, amalan atau upacara yang berkenaan dengannya Majlis Raja-Raja telah bersetuju
bahawa perbuatan, amalan atau upacara itu patut diperluas ke seluruh Persekutuan, setiap Raja
lain hendaklah atas sifatnya sebagai Ketua agama Islam membenarkan Yang di-Pertuan Agong
mewakilinya”. Setiap negeri mempunyai raja dan tugas raja adalah sebagai ketua agama Islam di
setiap negeri tersebut akan tetapi terdapat negeri-negeri yang tidak mempunyai raja pula ada
dinyatakan dalam fasal 3 bahawa “ perlembagaan-perlembagaan negeri Melaka, Pulau Pinang,
Sabah dan Sarawak hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi memberi Yang Di-
Pertuan Agong kedudukan sebagai ketua agama Islam negeri itu”.6

D)Hak Mendapat Perlindungan Daripada Kezaliman

Dalam kedua-dua Piagam Madinah dan Perlembagaan Malaysia, hak rakyat terhadap
keselamatan diri daripada kezaliman adalah terjamin sepenuhnya oleh undang-undang dengan
meletakkan garis panduan yang jelas dalam perlaksanaan hukuman.

Dalam Piagam Madinah, hak rakyat dijamin melalui undang-undang qisas (hukuman balas)
tidak kira sama ada orang yang melakukan kesalahan atau kezaliman itu dari kaum keluarga
sendiri. Jaminan ini telah disebut di dalam Al-Quran dalam surah Al-Nisa’ ayat 135 yang
bermaksud “Wahai orang-orang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa
menegakkan keadilan lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kepada Allah ,
sekalipun terhadap diri kamu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang yang
didakwa itu kaya atau miskin janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang
memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa, kerana Allah lebih bertimbang

5
http://www.bluefame.com/topic/95199-piagam-madinah/
6
Perlembagaan Persekutuan http://cpps.org.my/resource_centre/perlembagaan_persekutuan.pdf
rasa kepada keduanya. Oleh itu janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak
menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar balikkan keterangan ataupun enggan
(daripada menjadi saksi) maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan
apa yang kamu lakukan.7

Dalam Perlembagaan Malaysia pula, hak keselamatan rakyat adalah tanggungjawab Yang
Di-Pertuan Agong untuk melindungi rakyat Malaysia daripada kezaliman. Sebagai contohnya,
Yang Di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan darurat jika negara diancam bencana besar tidak
kira dari aspek politik, ekonomi ataupun sosial. Manakala mahkamah tinggi pula ditugaskan
untuk memastikan kesahihan pertuduhan agar yang tertuduh tidak dianianya. Ini jelas dinyatakan
dalam Perkara 5 fasal 2 “ Jika pengaduan dibuat kepada Mahkamah Tinggi atau mana-mana
hakim Mahkamah Tinggi menyatakan bahawa seseorang sedang ditahan dengan menyalahi
undang-undang, maka mahkamah itu hendaklah menyiasat pengaduan itu dan, melainkan jika
mahkamah itu berpuas hati bahawa tahanan itu adalah sah, hendaklah memerintahkan supaya
orang itu dibawa ke hadapan mahkamah itu dan melepaskannya.”8

Kesimpulan

Piagam Madinah merupakan piagam bertulis pertama di dunia. Dengan tergubalnya


piagam ini maka lahirlah sebuah negara Islam di dunia di Kota Madinah. Rasulullah SAW
mencipta piagam ini ialah untuk menghadapi masyarakat majmuk Madinah. Baginda membentuk
peraturan yang dipatuhi bersama semua penduduk di Kota Madinah ketika itu. Tujuan piagam ini
digubal kerana ingin menyatukan masyarakat pelbagai kaum, mewujudkan perdamaian dan
melenyapkan permusuhan, mewujudkan keamanan di Madinah, menentukan hak-hak dan
kewajipan Nabi Muhammad dan penduduk setempat, memberikan garis panduan pemulihan
kehidupan kaum Muhajirin, membentuk Kesatuan Politik dalam mempertahankan Madinah,
merangka persefahaman dengan penduduk bukan Islam, terutama Yahudi dan akhir sekali
memberi peruntukan pampasan kepada kaum Muhajirin yang kehilangan harta benda dan
keluarga di Mekah. Piagam Madinah ini boleh dijadikan asas kepada mana-mana piagam Islam
yang baru, terutama sekali kepada sebuah negara Islam yang mempunyai penduduk berbilang
bangsa seperti Malaysia. Namun, setiap rakyat harus bertanggungjawab dalam merealisasikan
usaha untuk membentuk sebuah negara Islam yang mempunyai undang-undang berasaskan
daripada Al-Quran dan As-Sunnah ini. Jika kita lihat melalui dasar Piagam Madinah, ketaatan
kepada Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW sebagai pesuruh Allah amatlah sangat penting.
Hukuman akan dikenakan kepada sesiapa yang mengkhianati perjanjian yang telah dimeterai.
Sebagai contohnya, ketika kaum Yahudi mengkhianati perjanjian damai yang dimeteraikan
dengan Rasulullah S.A.W, dan mengambil sikap permusuhan terhadap negara, maka mereka
diusir keluar oleh Baginda tanpa berlengah-lengah lagi, kerana orang-orang yang mengkhianati
7
http://www.bluefame.com/topic/95199-piagam-madinah/
8
Perlembagaan Persekutuan http://cpps.org.my/resource_centre/perlembagaan_persekutuan.pdf
negara dan menjadi pembelot haruslah diberikan hukuman yang paling berat yang sepadan
dengan tindakan mereka yang amat keji itu. Hukuman bagi mereka ialah dibuang dari negara
supaya keadaan negara menjadi tenteram dan terselamat dari sikap permusuhan mereka yang
berterusan. Begitu juga dengan Malaysia, setiap rakyat tidak kira bangsa, agama, mahupun kaum
harus bekerjasama dan patuh kepada pemimpin dan perjanjian yang telah digubal oleh ketua
negara. Banyak pengajaran dan teladan yang dapat diambil daripada Piagam Madinah agar
Malaysia dapat menjadi sebuah negara yang membangun dan aman serta harmoni dengan rakyat
yang berbilang kaum, bangsa dan agama. Diharapkan dengan peristiwa pengkhianatan kaum
Yahudi dapat diambil pengajaran dan juga semoga peristiwa hitam 13 Mei tidak berulang
kembali dan semua rakyat Malaysia dapat hidup aman dan damai.9

9
Ambil Pengajaran Daripada Piagam Madinah oleh Datuk Dr Ismail Ibrahim
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=1999&dt=0820&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=ot_03.htm#ixzz3aVZD0YEu

You might also like