You are on page 1of 4

UNIT PENGAJIAN LUAR KAMPUS

PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)


UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

GMGA 2023
DASAR AWAM

DISEDIAKAN UNTUK :
PUAN AIDANAJWA BINTI SABRI

DISEDIAKAN OLEH  :

MOHD HELMI BIN ZAMIL

TUGASAN :
KUIZ INDIVIDU 1
SOALAN NO.4

TARIKH  SERAHAN :

10 DISEMBER 2022

Soalan 4
Teori Sistem merupakan pendekatan dalam memikirkan dasar awam sebagai satu
rangsangan bagi satu sistem politik terhadap gerak kuasa persekitaran. Gerak kuasa
persekitaran merupakan perkara yang penting dalam teori sistem ini. Manakala, teori
kelompok pada asasnya menggambarkan satu interaksi yang wujud di antara kolompok
dalam kalangan masyarakat berkaitan dengan fakta utama dalam politik. Masyarakat
mahupun individu akan membuat tuntutan sebagai tekanan kepada pihak kerajaan bagi
memenuhi permintaan mereka.
Pada pendapat saya, kepercayaan rakyat terhadap ahli-ahli sistem politik semakin
menipis kerana ketidakstabilan politik. Dengan keadaan suasana politik kita pada masa
sekarang sangat sukar untuk melaksanakan dasar-dasar negara. Apabila berlakunya
ketidakstabilan politik ini dasar awam yang digubal oleh pihak kerajaan sentiasa berubah
(Mohamad, 2022). Jika setiap bulan dasar kita bertukar ganti, ekonomi kita sukar untuk
dipulihkan kerana kita memerlukan kestabilan dalam politik. Ini akan memberi kesan yang
buruk kepada kelompok-kelompok yang terdiri daripada rakyat. Rakyat akan mula berasa
hilang kepercayaan terhdapat kepimpinan kepada pihak kerajaan. Oleh itu, kestabilan politik
harus diutamakan dalam membentuk negara yang terus membangun dengan menggubal
dasar-dasar awam yang dapat menyatupadukan rakyat malah dapat meningkatkan ekonomi
negara di paras yang terbaik. Pihak kerajaan perlu mempunya visi jangka masa panjang untuk
merangka satu-satu dasar awam.
Selain itu, pada masa kini rakyat semakin bijak dalam membuat keputusan untuk
menentukan kerajaan yang lebih stabil. Rakyat lebih cenderung kepada ahli-ahli dalam sistem
politik berbanding hanya memilih sistem politik yang digubal oleh kerajaan. Nilai integriti
dalam kepimpinan ahli-ahli politik harus diutamakan. Bukan sahaja memberi kepada
individu, malah seterusnya akan memberin kesan kepada kepimpinan kerajaan. Sebagai
contoh, terdapat ahli-ahli politik yang terlibat dalam kes mahkamah dilantik sebagai Menteri.
Walaupun belum didapati bersalah, tetapi ini akan menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap
ahli-ahli sistem politik yang berlaku sekarang. Rakyat sendiri menaruh harapan yang tinggi
kepada mereka untuk memberi idea dalam membangunkan negara. Rakyat akan terus
mempersoalkan kredibiliti seorang ahli politik yang mempunyai kes mahkamah yang
meilbatkan integriti individu seperti kes rasuah dalam organisasi masih dapat memegang
jawatan tertinggi dalam kebinet. Memetik ayat yang di keluarkan bekas Menteri Rafidah Aziz
berkata, kluster mahkamah perlu ditolak daripada menyertai Jemaah Menteri kerana ianya
akan memberi imej negatif kepada kerajaan baharu (Reporters, 2022).
Seterusnya, kepercayaan rakyat berkurang akibat ketidakselarasan tingkah laku dalam
kalangan ahli politik (Spoel, 2021). Setiap apa yang diperkatakan oleh ahli politik, pasti akan
diingati oleh rakyat walaupon setelah berpuluh tahun berlalu, lebih-lebih lagi di zaman
teknologi ini. Sekiranya berlaku percanggahan tingkah laku dengan apa yang telah
diperkatakan, pasti kepercayaan rakyat akan merosot. Sebagai contoh dalam senario parti
politik Malaysia, parti Barisan Nasional berpendirian untuk tidak bergabung dengan mana-
mana parti lain, tetapi akhirnya bergabung dengan parti Pakatan Harapan untuk membentuk
kerajaan perpaduan, sudah tentunya rakyat akan kurang kepercayaan terhadap parti Barisan
Nasional. Contoh yang lain, setiap undang-undang yang digubal oleh kerajaan perlulah
dipatuhi oleh semua penduduk di Malaysia, akan tetapi, seringkali kita dengar golongan
atasan atau digelar ‘kluster kayangan’ terlepas dari tuduhan mahkamah, namun sekiranya
rakyat biasa yang dikenakan tuduhan pasti sukar terlepas.
Akhir sekali, kelayakan seseorang ahli politik itu turut memainkan peranan penting
dalam mendapat kepercayaan rakyat. Pengalaman yang luas, ilmu yang cukup menjadikan
seseorang ahli politik itu lebih kompeten dan mendapat kepercayaan rakyat. Seperti kita sedia
maklum, tiada syarat minimum kelayakan akademik diperlukan untuk menjadi ahli politik.
Dalam dunia moden ini, rakyat semakin bijak menilai, maka, mereka cenderung untuk
menolak ahli politik yang dirasakan tidak layak untuk menjawat jawatan yang tinggi dalam
kerajaan. Ini kerana ahli politik tersebutlah yang bakal membuat polisi, berbahas dalam
parlimen, menggubal dasar awam tetapi mereka tidak mempunyai ilmu yang cukup dalam
bidang yang berkaitan.
Kesimpulannya, ahli politik perlu berubah selaras dengan peredaran zaman. Integriti,
menepati janji, kompeten, dan menjaga hak rakyat amat diperlukan untuk mengembalikan
kepercayaan rakyat kepada ahli politik. Sebagai langkah permulaan, rakyat sendiri perlu
berubah sikap seperti yang dinyatakan, kerana mustahil untuk kita harapkan cuma ahli politik
yang berubah kerana ahli politik sebenarnya datang daripada rakyat.
Rujukan

Mohamad, H. F. (2022, June 14). Malaysia sukar pulih tanpa kestabilan politik. Berita

Harian. https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2022/06/965879/malaysia-

sukar-pulih-tanpa-kestabilan-politik

Reporters, F. M. T. (2022, November 28). Integriti kerajaan terjejas jika lantik individu ada

kes mahkamah jadi menteri, kata Bersih. Free Malaysia Today (FMT).

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/11/28/integriti-

kerajaan-terjejas-jika-lantik-individu-ada-kes-mahkamah-jadi-menteri-kata-bersih/

Spoel, J. V. D. (2021). 4 reasons why people don’t trust their government anymore (and how

to restore it). https://www.linkedin.com/pulse/4-reasons-why-people-dont-trust-

government-anymore-jan-van-der-spoel

You might also like