You are on page 1of 4

4.

0 KERJASAMA ANTARA PARTI POLITIK DAN PERTUBUHAN BADAN BUKAN

KERAJAAN (NGO)

Kerjasama antara parti politik yang menjadi kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO)

merupakan salah satu pelan yang telah dibentangkan oleh Kementerian Perpaduan Negara

untuk kepentingan bersama. Kesepakatan antara ahli politik dan NGO sangat penting dalam

memastikan keharmonian dan kesejahteraan rakyat yang berbilang kaum di negara Malaysia

melalui pelan, dasar dan program yang dirancang. Pelan NGO Rakan Perpaduan (Friends of

Unity) 2022-2030 adalah merupakan salah satu inisiatif untuk mewujudkan kerjasama NGO

dengan pihak politik yang mentadbir negara pada masa kini. Pelan ini bertujuan untuk

menjadikan NGO sebagai rakan strategik perpaduan melalui program-program, teras dan

strategi yang mana ia lebih berfokus dan lebih berstruktur. Menurut Portal Rasmi

Kementerian Perpaduan Negara (2023) Badan Bukan Kerajaan (NGO) akan diperkukuhkan

dan diperkasakan sebagai sebuah organisasi sukarela yang bekerjasama dan mendukung

Dasar Perpaduan Negara 2021-2030. Dalam NGO memainkan peranannya seperti

mempromosi dan mengetengahkan dasar negara, ini akan mengeratkan lagi kerjasama yang

strategik untuk memastikan semua kepakaran bergabung dan dapat digunakan seluruhnya

melalui penyampaian dari segi perkhidmatan yang berhasil.

Menurut Ameer Halin (2021) Menteri Kementerian Perpaduan Negara (KPN) Datuk

Halimah Mohamed Sadique, telah menjelaskan bahawa hubungan kerjasama antara NGO

dengan ahli politik yang menjadi kerajaan sangat penting kerana ia merupakan penanda aras

check and balance untuk kerajaan serta NGO juga menjadi mata dan telinga kepada rakyat-

rakyat demi memastikan keadaan ekosistem rakyat dalam sihat dan matang. Pelan ini

mempunyai lima teras yang utama yang bakal memacu agenda perpaduan nasional melalui

kerjasama NGO. Teras yang pertama ialah memperkukuhkan kepimpinan-kepimpinan NGO

sebagai salah satu pemangkin perpaduan (Portal Rasmi Kementerian Perpaduan Negara,
2023). Teras ini mempunyai tiga strategi utama yang bakal memperkukuhkan kepimpinan

NGO iaitu mempertingkatkan pengetahuan pemimpin NGO, memperkasakan kepimpinan

dan nilai integriti NGO dan meningkatkan tahap kualiti tadbir urus dan kepimpinan NGO.

Strategi-strategi yang telah digariskan akan berpandukan kepada komponen asas yang utama

untuk mempertingkatkan ciri-ciri pemimpin yang berkualiti seperti bertanggungjawab, efektif

dan berintegriti.

Teras yang kedua ialah memperteguhkan peranan NGO di dalam membina tapak

integrasi nasional (Portal Rasmi Kementerian Perpaduan Negara, 2023). Teras ini

mempunyai dua strategi yang utama iaitu menggalakan hubungan dan kerjasama terutamanya

kerjasama dengan parti-parti politik dan kalangan jaringan NGO. Strategi yang kedua ialah

memperluaskan jaringan dan jangkauan NGO di kesemua sektor untuk merapatkan lagi

hubungan kerjasama diantara masyarakat di setiap kawasan. Melalui tapak ini, pelbagai

aktiviti dan program masyarakat akan dapat dilaksanakan secara efektif dan kolektif oleh

NGO dengan syarat mengambil kira aspek sensitiviti pelbagai kaum (Ameer Halin, 2021).

Dalam hal ini, NGO mempunyai maklumat yang luas tentang masyarakat dan bakal

membantu parti-parti politik untuk menyampaikan dari pihak bahawa kepada pihak yang

paling atas iaitu pihak kerajaan. Parti-parti politik mestilah dan wajib menyokong pelan ini

kerana ia membawa perubahan yang begitu besar di dalam dunia politik yang makin matang.

Dalam melaksanakan teras yang kedua ini, terdapat 12 program yang dirancang bagi

membina tapak integrasi nasional kepada NGO dalam berbakti kepada masyarakat serta

menolong pihak kerajaan. Teras yang ketiga ialah mendayaupayakan peranan NGO sebagai

barisan keharmonian komuniti dan keselamatan (Portal Rasmi Kementerian Perpaduan

Negara, 2023). Ini pentingnya kerjasama parti politik dan NGO kerana peranan NGO

sangatlah besar kepada negara. Teras ini mempunyai dua strategi utama iaitu memperkasakan
NGO sebagai penggerak keharmonian dan menyiapkan NGO sebagai barisan hadapan

keselamatan komuniti.

Teras yang keempat ialah melestarikan ekosistem jaringan NGO sebagai rakan

perpaduan (Portal Rasmi Kementerian Perpaduan Negara, 2023). Teras ini mempunyai tiga

strategi yang utama iaitu mempergiatkan dan memperluaskan jaringan NGO dalam

masyarakat, membantu sistem penyampaian perkhidmatan dam memperkasakan

penyampaian dan komunikasi yang ekfektif (Ameer Halin, 2021) Kerjasama parti politik

dengan NGO akan membantu dan memudahkan maklumat disalurkan serta menjadi

penghubung antara masyarakat dengan pelbagai pihak seperti, parti politik, pihak kerajaan

dan sebagainya. Dalam menyokong teras ini, terdapat 13 program yang telah dirangka dalam

mencapai teras ini. Teras yang kelima ialah memperkasakan fungsi-fungsi NGO di dalam

mengiklankan dan mempromosikan kesejahteraan (Portal Rasmi Kementerian Perpaduan

Negara, 2023). Strategi untuk teras ini mempunyai 3 strategi utama iaitu, memperkuatkan

peranan NGO dalam meningkatkan kesejahteraan masyarakat, menggalakan penglibatan

NGO dalam ekonomi rakyat dan memperkasakan peranan NGO dalam mengurangkan

masalah sosial. Teras ini disokong dengan 11 program bagi memastikan ianya berhasil.

Parti politik sering mempunyai akses kepada sumber politik dan kuasa untuk

mempengaruhi dasar dan perundangan, manakala NGO mungkin lebih menumpukan pada

penyelidikan, kesedaran awam dan program sokongan komuniti secara langsung (Norma

Mansor, 2014). Kerjasama antara kedua-duanya membolehkan gabungan kuasa mencapai

inisiatif yang lebih komprehensif. Parti politik dan NGO selalunya mempunyai matlamat

yang sama untuk memastikan kesaksamaan, memperbaiki keadaan sosial dan menyelesaikan

masalah yang melibatkan masyarakat. Kerjasama ini membolehkan gabungan sumber dan

tenaga untuk mencapai matlamat ini dengan lebih berkesan. Gabungan parti politik dan NGO

boleh membawa kepada penglibatan masyarakat yang lebih luas dalam proses demokrasi
(Abdul Hamid, 2020). Mereka mungkin bekerjasama untuk menggalakkan kesedaran,

pendidikan, dan penglibatan aktif komuniti dalam isu berkaitan. Parti politik mungkin

mempunyai akses kepada sumber kewangan dan politik yang diperlukan untuk melancarkan

inisiatif, manakala NGO selalunya mempunyai kepakaran dan pengetahuan dalam bidang

tertentu (Bernama, 2023). Gabungan ini boleh mengembangkan sumber dan sokongan yang

diperlukan untuk mencapai matlamat bersama.

RUJUKAN
Ameer Halin. (2021, April 22). NGO Dan Aktivis Turut Terlibat Dalam Pembentukan Pelan
Tindakan Perpaduan Negara 2021-2025. Life News Agency. Diakses daripada
https://my.lifenewsagency.com/2021/04/22/ngo-dan-aktivis-turut-terlibat-dalam-
pembentukan-pelan-tindakan-perpaduan-negara-2021-2025/
Bernama. (2023, April 7). NGO seru masyarakat antarabangsa bersatu padu untuk Palestin.
Astro Awani. Dikakses daripada https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ngo-
seru-masyarakat-antarabangsa-bersatu-padu-untuk-palestin-414392
Norma Mansor. (2014 November 6). NGO penuhi keperluan sosial rakyat. BH ONLINE.
Diakses daripada https://www.bharian.com.my/kolumnis/2014/11/15982/ngo-penuhi-
keperluan-sosial-rakyat
Portal Rasmi Kementerian Perpaduan Negara. (2023). Pelan NGO Rakan Perpaduan (Friends
of Unity) 2022 – 2023. Portal Rasmi Kementerian Perpaduan Negara. Diakses
daripada https://www.perpaduan.gov.my/index.php/bm/dasarr-3/dasarr-2/pelan-ngo-
rakan-perpaduan-friends-of-unity-2022-2023
Abdul Hamid. (2020). KEPERLUAN PERSEFAHAMAN ANTARA PARTI-PARTI
POLITIK DAN NGO-NGO MELAYU. Former Chief Justice of Malaysia. Diakses
daripada https://tunabdulhamid.me/2020/09/keperluan-persefahaman-antara-parti-
parti-politik-dan-ngo-ngo-melayu/

You might also like