You are on page 1of 18

ANALISIS PENYERTAAN POLITIK DI MALAYSIA:

DARI ERA MAHATHIR KE PILIHAN RAYA KECIL (PRK) TELOK INTAN

Disediakan oleh:

Zaharahanum Kamarudin

PENGENALAN

17 April 2014 merupakan tarikh yang menggemparkan dunia politik Malaysia apabila

peguam yang disegani ramai yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh

dilaporkan meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Dua minggu kemudian, Malaysia

dikejutkan pula dengan kematian Ahli Parlimen Telok Intan, Seah Leong Peng akibat

penyakit barah. Kedua-dua Ahli Parlimen ini merupakan ahli Parti Tindakan Demokratik

(DAP), salah satu parti pembangkang di Malaysia yang merupakan komponen Pakatan

Rakyat. Kematian mereka bukan sahaja membuka ruang kepada wajah baharu dalam parti

berkenaan untuk menempati kedua-dua kerusi yang ditinggalkan, malah ia juga menambah

warna dalam landskap politik negara.

Mendiang Karpal Singh merupakan sebuah nama besar dalam dunia politik Malaysia.

Memastikan kemenangan kerusi tinggalannya kepada DAP adalah satu tugas yang sukar.

Mendiang Seah Leong Peng pula mungkin kurang dikenali bagi rakyat di luar negeri Perak.

Namun, kedudukannya sebagai Ahli Parlimen sangat penting sebagai salah satu suara yang

mewakili pembangkang. Justeru, DAP amnya dan Pakatan Rakyat secara umumnya perlu

berganding bahu dan bekerja keras demi memastikan kedua-dua kerusi Parlimen ini kekal

menjadi milik mereka. Namun, di tengah-tengah keriuhan ura-ura pelaksanaan undang-

undang hudud di negeri Kelantan oleh parti sekutu DAP iaitu Parti Islam Se-Malaysia (PAS),

mampukah DAP terus kekal di kedua-kedua kerusi terbabit tanpa pandangan serong daripada

pengundi-pengundi mereka? Bagaimanakah reaksi rakyat Bukit Gelugor dan Telok Intan
1
terhadap pilihan raya kecil yang akan dilaksanakan? Bolehkah mereka terus memberikan

kepercayaan kepada DAP untuk mewakili suara mereka dalam dewan yang mulia? Kertas ini

akan membincangkan sejauh mana penyertaan politik rakyat Malaysia iaitu sedari awal

peningkatan kesedaran berpolitik dan bagaimana kesedaran ini dicerminkan melalui

tindakan-tindakan rakyat Bukit Gelugor dan Teluk Intan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di

kedua-dua Parlimen baru-baru ini.

PENYERTAAN POLITIK: AKTIVITI AKTIF DAN PASIF

Syed Ahmad Hussein (1999) menyatakan bahawa penyertaan politik ialah “kegiatan

ahli masyarakat yang bertujuan untuk mempengaruhi kerajaan dalam proses membuat

keputusan”. Untuk mendapatkan huraian yang lebih jelas, takrifan ini boleh dikembangkan

lagi dengan memisahkan frasa “kegiatan ahli masyarakat...” dan “...bertujuan untuk

mempengaruhi kerajaan dalam proses membuat keputusan”. “Kegiatan ahli masyarakat” yang

dinyatakan oleh Syed Ahmad merujuk kepada apa-apa aktiviti yang dijalankan oleh semua

lapisan masyarakat berkaitan dengan hal-hal politik. Aktiviti-aktiviti ini boleh dibahagikan

kepada dua jenis iaitu aktiviti aktif dan aktiviti pasif.

Pengkelasan aktiviti aktif dan pasif dapat dilihat melalui tulisan Nadrawina (2008)

dalam ‘Refleksi Wanita dan Politik di Negeri Sarawak: Satu Kajian Perbandingan dalam

Pilihan Raya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Sarawak’. Beliau mencatatkan

pandangan Conway di mana aktiviti politik yang aktif ialah aktiviti mengundi, menulis surat

kepada pihak Kerajaan dan berkempen semasa tempoh pilihan raya manakala aktiviti pasif

ialah sekadar mengikuti perkembangan isu-isu politik dan mempunyai kesedaran tentang

tindakan dan keputusan kerajaan.

Nadrawina turut mengutip pandangan Rashila berkenaan hal yang sama di mana

tindakan mendaftar sebagai ahli parti politik serta mengundi dalam pilihan raya dikelaskan

2
sebagai aktiviti aktif dan tindakan menyuarakan pendapat dalam isu-isu politik tanah air pula

ialah tindakan pasif.

Aktiviti-aktiviti aktif yang lain adalah aktiviti-aktiviti ketika pilihan raya seperti yang

disenaraikan oleh Muhammad Fauzi dan rakan-rakan (2003) iaitu mendengar ceramah,

menampal poster calon, mengedar risalah, menyertai tunjuk perasaan dan memasang bendera

parti. Secara amnya, apa sahaja kegiatan ahli masyarakat yang berkaitan dengan politik sama

ada secara sendirian atau berkumpulan dan secara senyap atau terang-terangan termasuk

dalam takrifan aktiviti politik.

Berbalik kepada definisi penyertaan politik oleh Syed Ahmad Hussein, frasa

“...bertujuan untuk mempengaruhi kerajaan dalam proses membuat keputusan” merujuk

kepada apa-apa keadaan yang berupaya mempengaruhi kerajaan sebelum memutuskan

sesuatu perkara. Contohnya, pilihan raya adalah salah satu keadaan yang boleh menyebabkan

pihak kerajaan mengambil keputusan untuk membuat atau tidak membuat sesuatu perkara

sama ada penggubalan undang-undang baharu atau pelaksanaan dasar-dasar kerajaan.

Sebagai contoh, dalam tahun 2012, isu tangga gaji penjawat awam yang baharu iaitu

Skim Baharu Perkhidmatan Awam merupakan antara isu yang hangat diperkatakan. Melalui

skim tersebut, kenaikan gaji kumpulan Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) ditetapkan di

antara 57% - 81% manakala bagi kumpulan Pelaksana (sebagai contoh) yang berada di gred

N22, kenaikan adalah sebanyak RM100 hingga RM200 sahaja. Keadaan ini menimbulkan

rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat terutama penjawat awam. Malah, Kongres

Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CEUPACS) turut ‘mengugut’

kerajaan supaya menangguhkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) selagi hal ini tidak

ditangani sebaiknya. Lantaran itu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak

telah mengarahkan sebuah jawatankuasa petugas khas (task force) semakan semula gaji

dibentuk untuk bersama-sama CEUPACS membincangkan langkah-langkah pembetulan

yang harus diambil. Pembentukan jawatankuasa ini perlu dilakukan memandangkan isu ini
3
mungkin memberi kesan yang besar terhadap keputusan PRU-13 yang bakal diadakan pada

tahun tersebut (Zaini, 2012).

Situasi ini secara jelas memperlihatkan CEUPACS memainkan peranan sebagai badan

pendesak yang bertindak memperjuangkan kebajikan penjawat awam, turut serta ‘bermain’

dalam lapangan politik Malaysia. Penyertaan CEUPACS dengan cara menyuarakan isu

tangga gaji serta mengaitkannya dengan PRU-13 memperlihatkan peningkatan kesedaran

politik penjawat awam dan secara tidak langsung peningkatan penyertaan politik dalam

kalangan rakyat Malaysia. Ini kerana CEUPACS mewakili 1.3 juta penjawat awam yang

layak mengundi di seluruh Malaysia.

Selain daripada itu, anjakan paradigma sebahagian besar rakyat Malaysia terhadap

senario politik di negara ini memperlihatkan penyertaan politik mereka bukan satu kegiatan

bermusim. Golongan ini menyerap budaya politik partisipan iaitu golongan yang tinggi

kesedaran politiknya. Hal ini boleh diandaikan berlaku kerana pertambahan bilangan rakyat

yang memperoleh pendidikan tinggi sama ada di dalam atau di luar negara serta pendedahan

berterusan berkenaan aktiviti politik antarabangsa.

Oleh kerana itu, walaupun PRU-13 telah berlalu pada 5 Mei 2013, pelbagai isu terus

dikemukakan pembangkang dan mendapat perhatian penuh rakyat seperti kenaikan harga

barang, cukai barang dan perkhidmatan (goods and services tax – GST), kenaikan tambang

pengangkutan awam, penggunaan kalimah Allah, penguatkuasaan undang-undang hudud,

catuan bekalan air dan lain-lain lagi (Dr. Siva, 5 Mei 2014). Terbaharu, tragedi MH370 dan

penyewaan beruang panda negara China turut menempati fikiran rakyat.

Walau bagaimanapun, harus diingat, penyertaan politik secara aktif oleh rakyat

Malaysia tidak terjadi dengan sendiri. Penglibatan aktif ini adalah atas usaha mantan Perdana

Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad apabila beliau mula mengubah budaya politik

khususnya orang Melayu dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya untuk berkumpul,

4
mempersoal dan membahas tradisi dan amalan institusi diraja secara terbuka (Sobri dan

Mohd. Hafidz, 2006).

KESAN KEPIMPINAN TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD TERHADAP

PENYERTAAN POLITIK RAKYAT MALAYSIA

Tidak dapat dinafikan bahawa kepekaan rakyat Malaysia terhadap iklim politik tanah

air, mula disuburkan oleh mantan Perdana Menteri keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Menurut Sobri dan Mohd Hafidz (2006), Tun Dr. Mahathir Mohamad berhasrat untuk

melahirkan masyarakat yang adil, demokratis dan matang selaras dengan usaha mewujudkan

sebuah negara industri. Bermula dengan penerbitan buku “The Malay Dilemma” yang

mengkritik kelemahan kerajaan ketika itu dalam menangani masalah ekonomi dan

bumiputera, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak henti-henti berusaha mengubah pemikiran

politik masyarakat Malaysia terutama selepas pelantikan beliau sebagai Menteri Pelajaran

pada 6 Oktober 1974.

Tun Dr. Mahathir Mohamad meneruskan pertentangan beliau terhadap nilai, persepsi

dan budaya politik tradisional apabila beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia pada

tahun 1981. Hal ini dapat dilihat apabila beliau meminda beberapa peruntukan perlembagaan

yang menyentuh tentang beberapa hak keistimewaan Raja-Raja Melayu. Antaranya ialah

dengan memansuhkan imuniti (kekebalan), Raja-Raja Melayu daripada dibicarakan di

mahkamah biasa dengan mewujudkan Mahkamah Khas. Tindakan ini menunjukkan kekuatan

tekad Tun Dr. Mahathir sebagai seorang rakyat biasa yang mampu mengubah budaya dan

amalan tradisi politik Melayu (Sobri dan Mohd. Hafidz, 2006).

Beliau juga dilihat telah berjaya melahirkan pemikiran baharu dalam minda rakyat

iaitu raja tidak selama-lama menjadi pelindung kepada rakyat. Apa yang Tun Dr. Mahathir

lakukan seolah-olah menepati ungkapan pahlawan Melayu dahulu, ‘raja adil raja disembah,

5
raja zalim raja disanggah’. Kerana itu beliau dilihat sebagai tokoh yang sangat disegani oleh

rakyat Malaysia atas tindakan beliau mengubah amalan politik yang diwarisi turun-temurun.

Walau bagaimanapun, dukungan rakyat terhadap kepimpinan Tun Dr. Mahathir tidak

berpanjangan. Sebagaimana tindakan beliau yang kritis terhadap institusi diraja, begitulah

juga kritisnya pemikiran rakyat terhadap kepimpinan beliau. Hal ini terlihat dengan jelas

apabila beliau memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu merupakan Timbalan

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan pada 2 September 1998.

Pemecatan Datuk Seri Anwar merupakan kayu ukur kepada kejayaan perubahan

pandangan rakyat ke arah dunia yang lebih moden dan liberal yang diusahakan oleh Tun Dr.

Mahathir selama hampir 17 tahun. Ibarat seorang anak gadis yang sedang mekar, rakyat

Malaysia pada ketika itu begitu ranum oleh pengetahuan politik dan pentadbiran

antarabangsa. Hal ini disokong oleh perkembangan teknologi maklumat, keterbukaan

pemikiran rakyat dan perkongsian fikiran dengan masyarakat antarabangsa. Asuhan Tun Dr.

Mahathir telah memunculkan kobaran semangat ‘reformasi’ yang mana kata-kata ini dilaung-

laung di jalan raya, dikongsi melalui komunikasi internet dan disebarkan secara bertulis di

seluruh pelusuk negara.

Perhimpunan dianjurkan di sana-sini. Menurut Sobri dan Mohd. Hafidz (2006), selain

menuntut keadilan untuk Datuk Seri Anwar yang dipercayai telah dianiaya, perhimpunan ini

menjadi medan kepada rakyat untuk menuntut tindakan-tindakan pembetulan ke atas amalan-

amalan ekonomi, perundangan dan pentadbiran yang dianggap penuh dengan unsur-unsur

ketidakadilan dan penyelewangan. Apatah lagi, rakyat merasakan mandat pemerintahan yang

diberi telah dinodai oleh kepentingan-kepentingan politik individu tertentu yang mana hal ini

bertentangan dengan prinsip-prinsip keluhuran perlembagaan dan kejujuran amalan

demokrasi yang sebenar. Keberadaan tokoh-tokoh politik, aktivis-aktivis sosial, ahli-ahli

akademik dan para ulama dalam perhimpunan-perhimpunan yang dianjurkan menarik minat

rakyat dari pelbagai golongan tanpa mengira kaum, agama, ideologi politik dan latar
6
pendidikan untuk turut serta. Tahun-tahun getir ini memperlihatkan rakyat peka dan aktif

dalam menyuarakan pemikiran-pemikiran politik mereka malah tidak gentar dengan ugutan-

ugutan dan tangkapan-tangkapan yang dibuat kemudiannya di bawah Akta Keselamatan

Dalam Negeri (ISA).

Perkara ini dirangkumkan oleh Sobri dan Mohd. Hafidz (2006) dalam tulisan mereka

“Globalisasi & Budaya Politik di Malaysia” seperti yang berikut:

“Situasi ini telah mewujudkan satu bentuk budaya baharu dalam amalan

politik di Malaysia apabila wujud suatu kesedaran untuk lebih prihatin dan

berani membahas dan mengkritik dasar-dasar pentadbiran kerajaan yang

dianggap membelakangkan hasrat rakyat. Rakyat ingin mendapatkan maklumat

sebenar, bebas, cepat, adil dan lebih terperinci yang menggambarkan realiti

sebenar berhubung isu atau krisis yang sedang berlaku dan bukan penyiaran

media yang berat sebelah.”

(halaman 11 – 12)

Momentum penyertaan aktif rakyat terhadap aktiviti politik Malaysia tidak berhenti

hingga ke hari ini. Pengunduran Tun Dr. Mahathir dari pemerintahan negara pada 31 Oktober

2003 dilihat tidak berjaya mengubat luka sebahagian rakyat. Apatah lagi, rakyat melihat

akibat pengunduran beliau pentadbiran negara terus kacau-bilau. Indeks Persepsi Rasuah

Malaysia yang dikeluarkan oleh Transperancy International (TI) memperlihatkan kedudukan

persepsi masyarakat antarabangsa terhadap rasuah dalam pentadbiran awam di negara ini

semakin merudum tahun demi tahun (Zaharahanum, 2014). Hal-hal lain seperti skandal

rasuah yang tidak ditangani dengan adil, harga barang dan perkhidmatan yang terus

meningkat dan kebanjiran warga asing bersama 1001 masalah sosial menggugat kepercayaan

rakyat terhadap pentadbiran negara.

Refleksi penyertaan politik secara aktif oleh rakyat dapat dilihat melalui keputusan

PRU dari tahun ke tahun iaitu penurunan jumlah kerusi yang dimenangi oleh Barisan
7
Nasional (BN – dahulu dinamakan Parti Perikatan), parti besar yang menerajui pemerintahan

Malaysia sejak pembentukan Persekutuan Tanah Melayu. Hal ini diketengahkan oleh

Muhammad Shamsul (17 Jun 2013) yang memetik perbincangan Faizal Riduan, Penyelidik

dan Penganalisis MySuara melalui kertas yang dibentangkan di Universiti Yonsei, Korea

Selatan bertajuk “Participant of The Trash Voting on the 13th General Election: Malaysia

Perspective, International Conference on Government Transition and Policy Ghange”.

Menurut Faizal, peratusan undi popular BN dan peratusan perwakilan BN di dalam Dewan

Rakyat diringkaskan seperti jadual yang berikut:

Tahun Pilihan Raya Peratus Undi Peratus Perwakilan


Umum (PRU) Popular BN BN di Dewan Rakyat
1959 51.7 71.1
1964 58.5 85.6
1969 49.3 66.0
1974 60.7 87.7
1978 57.2 84.5
1982 60.5 85.7
1986 55.8 83.6
1990 53.4 70.5
1995 65.2 84.4
1999 56.5 76.7
2004 63.9 90.4
2008 52.2 62.6
2013 47.4 59.9
Jadual 1: Peratus Undi Popular dan Peratus Perwakilan BN di Dewan Rakyat.
Sumber: Diubah suai daripada Muhammad Shamsul (17 Jun 2013) melalui
www.sinarharian.com.my

Dari jadual di atas, nyata PRU pada tahun 2013 menyaksikan peratusan undi popular

BN yang paling rendah iaitu sebanyak 47.4%, turun sebanyak 4.8% berbanding tahun

sebelumnya. Jelas kelihatan bahawa semakin ramai rakyat menolak untuk ditadbir oleh BN.

Kepekaan rakyat terhadap keperluan melibatkan diri dalam PRU, salah satu aktiviti politik

8
utama menyebabkan graf sokongan terhadap BN semakin merosot. Walau bagaimanapun,

rakyat Malaysia yang bijak mempunyai cara tersendiri untuk melahirkan rasa tidak puas hati

terhadap senario politik negara. Hal ini dapat dilihat melalui Pilihan Raya Kecil (PRK)

Parlimen Bukit Gelugor dan Telok Intan.

PENYERTAAN POLITIK DALAM PILIHAN RAYA KECIL (PRK) BUKIT

GELUGOR DAN TELOK INTAN

Bermula 24 Julai 2013, empat PRK bagi memilih Ahli Dewan Undangan Negeri

(ADUN) telah diadakan. Kecuali di Kajang yang ADUN berkenaan meletak jawatan, PRK

yang lain terpaksa diadakan akibat kematian ADUN sedia ada iaitu di DUN Kuala Besut,

DUN Sungai Limau dan DUN Balingian. DUN Kuala Besut dan Balingian dimenangi oleh

BN manakala DUN Sungai Limau dan Kajang, masing-masing dimenangi oleh PAS dan Parti

Keadilan Rakyat (PKR). Terbaharu, Parlimen Bukit Gelugor dan Parlimen Telok Intan juga

mengadakan PRK akibat kematian penyandang di kawasan tersebut (Suruhanjaya Pilihan

Raya, 2014).

PRK Bukit Gelugor diadakan pada 25 Mei 2014. Empat calon bertanding di PRK

Bukit Gelugor yang terdiri daripada dua calon bebas (Mohamed Nabi dan Abu Backer

Sidek), seorang calon Parti Cinta Malaysia (PCM) iaitu Huan Cheng Guan manakala seorang

lagi mewakili DAP iaitu anak mendiang Karpal Singh, Ramkarpal Singh. Menariknya, tiada

calon dari BN bertanding untuk kerusi ini.

PRK Telok Intan pula dijadualkan pada seminggu kemudian iaitu pada 31 Mei 2014.

Di sini, pertandingan sengit berlaku antara Mah Siew Kong, calon daripada parti Gerakan,

salah satu parti komponen BN dan Dyana Sofya binti Mohd Daud dari parti DAP.

Ringkasan keputusan selepas pengundian kawasan tersebut adalah seperti yang

berikut:

9
PARLIMEN BUKIT PARLIMEN TELOK
BIL. PERKARA
GELUGOR INTAN

1 Jumlah pemilih 82,431 60,349


2 Jumlah undian 46,438 40,668
3 Peratus pengundian 56.30% 67.40%
4 Undi rosak 539 543
5 Peratus undi rosak 1.16% 1.34%
6 Kertas undi tidak dikembalikan 50 49
7 Pemenang Ramkarpal Singh Mah Siew Keong
8 Undi diterima 41,242 20,157
9 Majoriti 37,659 238
Jadual 2: Ringkasan keputusan PRK Bukit Gelugor dan PRK Teluk Intan.
Sumber: Diubah suai daripada http://spr.gov.my/

Di bawah ini pula adalah ringkasan keputusan PRU 2013 Parlimen Bukit Gelugor dan

parlimen Teluk Intan.

PARLIMEN BUKIT PARLIMEN TELOK


BIL. PERKARA
GELUGOR INTAN

1 Jumlah pemilih 81,897 60,483


2 Jumlah undian 70,683 48,649
3 Peratus pengundian 86.30% 80.70%
4 Undi rosak 654 885
5 Peratus undi rosak 0.93% 1.81%
6 Kertas undi tidak dikembalikan 129 190
Karpal Sing a/l Ram
7 Pemenang Seah Leong Peng
Singh
8 Undi diterima 70,425 48,649
9 Majoriti 42,706 7,313
Jadual 3: Ringkasan keputusan PRU 2013 Bukit Gelugor dan PRK Teluk Intan.
Sumber: Diubah suai daripada http://spr.gov.my/

Antara perkara menarik yang dapat dilihat untuk dibuat perbandingan melalui jadual-

jadual di atas ialah jumlah pemilih yang turun mengundi di kedua-dua pilihan raya. Merujuk

10
kepada Jadual 2, didapati bahawa hanya sebanyak 46,438 undi sahaja yang dibuang

berbanding seramai 82,431 pemilih berdaftar di Parlimen Bukit Gelugor. Ini bererti hanya

56.3% sahaja pengundi yang turun untuk membuang undi. Sementara itu, di Parlimen Telok

Intan, hanya 67.4% sahaja pengundi yang turun mengundi di mana sebanyak 40,668 undi

yang dibuang berbanding jumlah pengundi berdaftar yang seramai 60,349 orang.

Hal ini jauh berbeza jika dibandingkan dengan keputusan PRU 13 seperti yang

ditunjukkan di dalam Jadual 3 di mana, 86.3% pemilih turun untuk membuang undi di

Parlimen Bukit Gelugor manakala seramai 80.7% pemilih turun untuk membuang undi di

Parlimen Telok Intan. Perbezaan antara 13% ke 30% ini mengundang tanda tanya dan

menyebabkan pelbagai pihak mengeluarkan berbagai pendapat dalam mengulas situasi ini.

Di Parlimen Bukit Gelugor, antara faktor popular yang dipersetujui oleh ramai pihak

yang menyumbang kepada penurunan peratus pemilih turun mengundi ialah kerana ketiadaan

calon Barisan Nasional. Hal ini dipersetujui oleh Datuk Ahmad Darus, Setiausaha UMNO

Bahagian Kepala Batas dan Datuk Seri Sayed Ali Alhabshee, Ketua UMNO Bahagian

Cheras. Menurut mereka, ketiadaan pesaing dari Barisan Nasional menyebabkan pengundi-

pengundi Bukit Gelugor telah membuat kesimpulan bahawa calon DAP, Ramkarpal Singh

akan memperoleh kemenangan besar. Tambahan pula pengundi juga tidak mengenali dan

kurang maklumat berkenaan calon-calon lain yang bertanding (Adam, 2014).

Perkara ini turut diakui Pengerusi SPR, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd

Yusof. Menurut beliau, akibat ketiadaan calon, penyokong BN tidak mahu turun mengundi

kerana tiada calon untuk mereka pilih pada PRK kali ini. Selain itu, beliau juga berpendapat

antara pengundi-pengundi yang tidak turun mengudi ialah pengundi-pengundi yang menetap

di luar Pulau Pinang dan tidak pulang untuk mengundi. Sekali lagi faktor merasakan calon

DAP akan menang mudah menyebabkan pengundi-pengundi di luar Pulau Pinang berat untuk

pulang mengundi (Sofea Susan, 25 Mei 2014).

11
Di PRK Telok Intan, faktor penurunan peratusan mengundi tidak jauh berbeza.

Persaingan di antara Mah Siew Kong dan Dyana Sofya semangnya hangat dari mula oleh

kerana latar belakang kedua-dua calon yang menarik. Mah, Presiden Gerakan merupakan

orang lama dalam politik dan sangat dikenali oleh penduduk Telok Intan. Hal ini berlawanan

dengan penampilan calon DAP, Dyana Sofya yang merupakan wajah baharu dalam politik

dan bukan anak tempatan (Iwan, 30 Mei 2014).

Melihat kepada keputusan PRK ini seperti mana yang tercatat dalam Jadual 2, ada

pendapat yang mengaitkan penurunan peratusan pengundi keluar mengundi dengan

kekalahan calon DAP. Sebab utama hal ini terjadi sekali lagi dilemparkan kepada pengundi-

pengundi yang berada di luar Telok Intan. Menurut Salahuddin Ayub, Pengarah

Jawatankuasa Induk PAS PRK Teluk Intan, pengundi luar mungkin tidak pulang mengundi

disebabkan mereka merasa selesa atas kemenangan besar calon DAP dalam PRU yang lalu.

Keselesaan ini mengenepikan keperluan untuk pulang ke Teluk Intan dengan anggapan

bahawa kerusi Parlimen ini terjamin sebagai milik DAP (Muhammad Faizal, 2 Jun 2014).

Ahmad Fadli (1 Jun 2014) turut bersetuju dengan pendapat Salahuddin. Menurut

Ahmad, kekurangan motivasi dari parti DAP dan sekutunya menyebabkan pengundi-

pengundi luar tidak pulang ke Teluk Intan bagi mengundi calon muda ini. Begitu juga Amin

Iskandar (1 Jun 2014) menganggap penurunan peratusan pengundi berpunca daripada

pengundi luar yang tidak pulang mengundi.

Hal ini dibincangkan dengan lebih jelas oleh Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP.

Menurut beliau, jumlah pengundi yang berkurangan secara drastik menyebabkan DAP

kehilangan majoriti 7,000 undi. Perkara ini tidak mungkin terjadi sekiranya pengundi luar

pulang mengundi. Menurut beliau lagi, kepulangan sekurang-kurangnya 1% pengundi akan

dapat membantu kemenangan Dyana (Christoper Tan, 2014).

Nurul Islam (3 Jun 2014) pula mencatatkan pendapat yang sedikit berbeza. Menurut

analisis Nurul Islam, undi yang diperolehi Mah dalam PRU 13 dan PRK kali ini tidak jauh
12
berbeza. Walau bagaimanapun, undi yang diperoleh DAP dalam kedua-dua pilihan raya ini

mencatatkan penurunan yang ketara iaitu sebanyak 7,480 undi. Hal ini kemungkinan

disebabkan oleh rasa tidak puas hati pengundi-pengundi Telok Intan atas pencalonan Dyana

Sofya untuk mewakili suara mereka. Ini kerana 42% pengundi di Telok Intan adalah kaum

Cina manakala pengundi Melayu hanya sekitar 38% (Teoh El Sen, 19 Mei 2014).

Sehubungan itu, Dyana Sofya sebagai seorang Melayu dianggap tidak dapat mewakili

majoriti penduduk Teluk Intan. Tambahan pula sikap Dyana yang tidak mengumumkan

keahlian ibunya sebagai seorang ahli pertubuhan Perkasa dikecam hebat oleh masyarakat

tempatan. Hal inilah, menurut Nurul Islam menyebabkan jumlah pengundi dalam kalangan

kaum Cina yang turun membuang undi menurun secara mendadak.

Analisis penurunan peratusan mengundi di kedua-dua parlimen menggambarkan

tahap penyertaan politik masyarakat Bukit Gelugor dan Telok Intan. Didapati, dalam tempoh

satu tahun, tahap penyertaan politik kedua-dua parlimen menurun sehingga 30%. Sukar untuk

menyatakan apakah hal ini merupakan satu kebiasaan bagi negara-negara yang memiliki

rakyat berpengetahuan tinggi dalam ilmu politik. Namun, pendapat Robert Dahl seperti yang

dipetik oleh Syed Ahmad Hussein (1999) boleh dijadikan panduan.

Menurut Dahl, individu dalam masyarakat akan menjauhkan diri dari aktiviti politik

sekiranya ia memikirkan bahawa alternatif-alternatif politik yang ada tidak jauh berbeza.

Justeru, ia berpendapat penglibatannya dalam politik tidak akan menukar situasi semasa.

Dalam erti kata lain, penglibatannya dalam politik tidak akan mempengaruhi senario yang

ada. Hal ini seterusnya menyebabkan individu tersebut merasakan penglibatannya dalam

aktiviti-aktiviti politik adalah tidak penting. Lalu, individu ini mengambil keputusan untuk

menjauhi aktiviti politik yang sedang berjalan di kawasannya.

Mengulas kembali situasi di Bukit Gelugor, pengundi membuat kesimpulan bahawa

calon DAP akan memperoleh kemenangan besar. Ketiadaan calon Barisan Nasional

13
memperkuatkan lagi kesimpulan ini. Justeru, pengundi merasakan, tidak ada bezanya sama

ada si pengundi turun mengundi atau tidak.

Keadaan yang sedikit berbeza berlaku di Telok Intan. Di parlimen ini, pengundi-

pengundi DAP dalam PRU 13 yang lalu didapati tidak turun untuk kembali memilih calon

mereka. Hal ini mungkin menepati satu lagi generalisasi tentang penglibatan politik oleh

Dahl di mana seseorang itu kurang berkemungkinan untuk menyertai aktiviti politik jika dia

percaya bahawa pengakhiran keputusan-keputusan politik itu akan memuaskan hatinya. Teori

ini menepati anggapan Salahudin Ayub bahawa pengundi-pengundi Telok Intan masih dalam

zon selesa atas kemenangan calon DAP pada PRU 13 menyebabkan mereka tidak mengambil

bahagian dalam PRK kali ini.

Selain daripada itu, dalam PRK Telok Intan, etnik sebagai antara faktor

mempengaruhi penyertaan politik rakyat tempatan tidak dapat diketepikan. Menurut Rizal

dan Jumaat (2002), faktor etnik seperti latar belakang pengundi yang berbilang kaum, agama,

ideologi dan kebudayaan memberi kesan yang besar terhadap citarasa dan cita-cita rakyat

tempatan ketika memilih calon dan parti yang bertanding. Kedua-dua sarjana ini turut

memetik pendapat Smith dalam tulisan mereka “Politik Etnik dan Perkembangan Politik

Baru” yang menyatakan bahawa:

‘... masyarakat berbilang kaum cenderung untuk mengekalkan

kelangsungan indentiti masing-masing serta mempertahan sistem nilai budaya

dan idea yang berbeza antara kelompok masyarakat.’

Halaman 68.

Perbahasan di atas menepati pendapat Nurul Islam bahawa kemungkinan penarikan

diri rakyat Telok Intan daripada terlibat dalam PRK kali ini dipengaruhi oleh faktor etnik

yang akhirnya menyebabkan kekalahan tipis calon DAP tersebut iaitu sebanyak 238 undi.

Walau apapun huraian yang dinyatakan di atas, kedua-dua PRK nyata menjentik

kesedaran parti-parti politik bahawa penyertaan rakyat dalam PRU dan PRK tidak boleh
14
dipandang enteng. Apabila satu PRU atau PRK diumumkan, secara automatik parti-parti

yang bertanding perlu memainkan peranan aktif supaya rakyat turut terlibat secara

sepenuhnya. Ini kerana keputusan PRU dan PRK adalah refleksi kepada keinginan dan cita-

cita rakyat. Sekiranya rakyat memboikot mana-mana PRU atau PRK, ia bermaksud ada

keinginan rakyat yang tidak dapat dipenuhi oleh kesemua parti yang bertanding. Kemenangan

dalam mana-mana PRU atau PRK adalah tidak bermakna sekiranya jumlah rakyat yang turun

memilih kurang daripada 50% daripada jumlah rakyat yang layak memilih. Justeru, situasi ini

memberi isyarat bahawa parti-parti yang bertanding bukan pilihan rakyat di mana rakyat

tidak mahu dan tidak percaya untuk menyerahkan mandat pemerintahan kepada mereka.

PENUTUP

Sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen, penglibatan rakyat

secara aktif dalam aktiviti-aktiviti politik menunjukkan ‘roh demokrasi’ wujud dalam setiap

jiwa rakyat. Melalui penglibatan aktif ini baharulaha makna demorasi itu benar-benar terisi.

Dalam membentuk jiwa rakyat yang aktif, parti-parti politik sedia ada perlu

memahami kehendak dan cita-cita rakyat yang sebenar. Parti-parti politik perlu turun padang

untuk menilai dan menyelami sendiri hitam putih kehidupan rakyat, bukan sekadar berkokok

di kerusi masing-masing, kononnya ingin memperjuangkan itu dan ini namun tiada berhasil.

Hanya dengan cara turun padang hati rakyat dapat diikat untuk turut mengambil berat hal-hal

politik negara.

Namun parti-parti politik juga perlu bijak membaca pemikiran rakyat. Apa lagi di

zaman serba terbuka ini, tidak sukar untuk mengenal pasti pilihan dan kehendak sebenar

rakyat. Setiap langkah yang diambil atau tidak diambil oleh rakyat adalah refleksi kepada

sokongan rakyat terhadap mana-mana parti politik atau pemimpin. Parti-parti politik dan

pemimpin perlu mengambil tindakan yang cerdik agar tidak tertipu atau tertinggal oleh

mainan politik yang tidak berpenghujung ini.


15
Menyorot PRK Bukit Gelugor dan Telok Intan, semua parti yang bertanding harus

mengambil iktibar daripada keputusan-keputusan pengundian yang telah diumumkan. Sama

ada menang atau kalah, parti-parti yang terlibat tidak wajar untuk terus mendiamkan diri

sebaliknya perlu sentiasa berusaha merakyatkan politik hingga dapat menjamin penglibatan

aktif masyarakat dalam politik sekaligus memelihara keluhuran demokrasi dalam iklim

politik negara.

Rujukan

Buku.

Rizal Yaakop dan Jumaat Abd. Moen. (2002). Politik etnik dan perkembangan politik baru.
Dalam Mohd. Yusof Kasim dan Azlan Ahmad (penyunting), Politik baru dalam pilihan
raya umum. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sobri Sudin dan Mohd. Hafidz Hussein. (2006). Globalisasi & Budaya Politik di Malaysia.
Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia

Syed Ahmad Hussein. (1999). Pengantar Sains Politik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka

Artikel dari laman web

Adam Abu Bakar. (26 Mei 2014). PRK Bukit Gelugor: BN tak tanding punca ramai tak
keluar mengundi. Free Malaysia Today. Dicapai daripada
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2014/05/26/prk-bukit-gelugor-bn-
tak-tanding-punca-ramai-tak-keluar-mengundi/

Ahmad Fadli KC. (1 Jun 2014). DAP tumbang di Teluk Intan, di mana silapnya?
Malaysiakini. Dicapai daripada http://www.malaysiakini.com/news/264428

Amin Iskandar. (1 Jun 2014). Dyana Sofya tewas di Teluk Intan, tetapi DAP menang. The
Malaysian Insider. Dicapai daripada
http://www.themalaysianinsider.com/opinion/amin-iskandar/article/dyana-sofya-tewas-
di-teluk-intan-tetapi-dap-menang

Christoper Tan. (1 Jun 2014). Tiga sebab DAP kalah PRK Teluk Intan. Mstar. Dicapai
daripada http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/06/01/tiga-sebab-dap-
kalah/

16
Dr. Siva. (5 Mei 2014). Setahun pasca 505 Pru ke-13. Utusan Online. Dicapai daripada
http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140505/re_02/Setahun-Pasca-505-PRU-
Ke-13

Iwan Shu-Aswad Shuaib. (30 Mei 2014). PRK Teluk Intan: Jangan perjudi masa depan.
Mstar. Dicapai daripada http://www.mstar.com.my/berita/berita-
semasa/2014/05/30/analisis-teluk-intan/

Muhammad Faizal. (2 Jun 2014). PRK Teluk Intan: Pengundi luar antara faktor kalah.
Harakahdaily. Dicapai daripada http://m.harakahdaily.net/index.php/headline/28336-
prk-teluk-intan-pengundi-luar-antara-faktor-kalah

Muhammad Fauzi Othman, Muhammad Fuad Othman, Zaheruddin Othman dan Jamaludin
Mustafa. (2003). Penyertaan politik masyarakat dalam pilihanraya: kajian kes pilihan
raya umum ke sepuluh 1999 di negeri Johor. Jurnal Kemanusian: 178 – 199. Dicapai
daripada
http://eprints.utm.my/10224/1/MuhammedFauziOthman2003_Penyertaan_politik_masy
arakat_dalam_pilihanraya.pdf

Muhammad Shamsul Abd Ghani. (17 Jun 2013). Gelombang ‘tsunami politik’ berterusan.
Sinar Harian. Dicapai daripada
http://www.sinarharian.com.my/mobile/politik/gelombang-tsunami-politik-berterusan-
1.172518

Nadrawina. (2008). Refleksi wanita dan politik di negeri Sarawak: satu kajian perbandingan
dalam pilihan raya parlimen dan dewan undangan negeri Sarawak. Dalam Worran Hj.
Kabul, Shireen Haron, Mat Zin Mat Kib dan Abdul Kadir Rosline (penyunting),
Seminar Politik Malaysia: 697 – 704. Dicapai daripada
http://eprints.uitm.edu.my/3010/1/SP_RWD0852.pdf

Nurul Islam Mohamed Yusoff. (3 Jun 2014). Hudud punca kekalahan DAP di PRK Teluk
Intan. Harakahdaily. Dicapai daripada http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-
utama/28361-hudud-punca-kekalahan-dap-di-prk-teluk-intan

Sofea Susan Albert Kassim. (25 Mei 2014). PRK Bukit Gelugor: Peratus Keluar Mengundi
Merosot. Mstar. Dicapai daripada http://www.mstar.com.my/berita/berita-
semasa/2014/05/25/peratus-keluar-mengundi-merosot/

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. (2014). Keputusan-keputusan Pilihan Raya Kecil


Selepas PRU-13. Dicapai daripada
http://spr.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=256&Itemid=274

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. (2014). Penyata pengundian selepas penjumlahan rasmi
undi – P.051 Bukit Gelugor. Dicapai daripada
http://spr.gov.my/images/stories/pdf/BORANG_16_PRK_P051_Bukit_Gelugor.pdf

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. (2014). Penyata pengundian selepas penjumlahan rasmi
undi – P.076 Telok Intan. Dicapai daripada
http://spr.gov.my/images/stories/pdf/BORANG_16_PRK_TELOK_INTAN.pdf

17
Teoh El Sen. (19 Mei 2014). PRK Teluk Intan: Satu ujian untuk “politik perkauman”. Astro
Awani. Dicapai daripada http://www.astroawani.com/news/show/prk-teluk-intan-satu-
ujian-untuk-politik-perkauman-36103

Zaharahanum Kamarudin. (2014). Rasuah: Kupasan Makna dan Persepsi. Dicapai daripada
https://www.academia.edu/5689483/RASUAH_Kupasan_Makna_dan_Persepsi

Zaini Hassan. (22 Februari 2012). Jika isu ini tak selesai, jangan harap PRU-13 boleh
diadakan... . Utusan Online. Dicapai daripada
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0222&sec=Rencana&pg=re_0
6.htm

18

You might also like