You are on page 1of 20

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/333892834

Krisis Politik Sabah Pasca Pilihan Raya Umum Ke-14

Conference Paper · June 2019

CITATIONS READS

0 1,458

2 authors:

Tony Paridi Bagang Asri Salleh


Universiti Teknologi MARA Sabah Campus Universiti Teknologi MARA Sabah
9 PUBLICATIONS   15 CITATIONS    9 PUBLICATIONS   15 CITATIONS   

SEE PROFILE SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Malaysia's Peacekeeping 1960-2010 View project

Constitutional Asymmetry View project

All content following this page was uploaded by Tony Paridi Bagang on 20 June 2019.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


Krisis Politik Sabah Pasca Pilihan Raya Umum Ke-141
Tony Paridi Bagang2 & Asri Salleh3
tonyparidi@gmail.com

Abstrak
Pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) yang berakhir pada 9 Mei 2018 telah
membuktikan sistem demokrasi berparlimen di Malaysia kekal berfungsi dengan
baik. PRU-14 telah menyaksikan pertukaran kerajaan di peringkat persekutuan yang
dahulunya diperintah oleh Barisan Nasional (BN) selama 60 tahun kepada kumpulan
kerjasama parti-parti pembangkang yang dikenali sebagai Pakatan Harapan (PH). Di
peringkat kerajaan negeri pula, lapan negeri telah dikuasai oleh PH, dua di bawah
kerajaan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) manakala tiga negeri kekal di bawah BN
termasuk negeri Sarawak. Sabah sekali lagi menghadapi krisis politik dan
kepimpinan di antara Tan Sri Musa Aman daripada BN dan Datuk Seri Mohd Shafie
Apdal daripada parti Warisan. Meskipun Datuk Seri Mohd Shafie telah pun menjadi
Ketua Menteri Sabah yang baru dan membentuk kerajaan gabungan Warisan-PH
dan parti United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation (UPKO), krisis
yang berlaku semakin meruncing apabila Tan Sri Musa telah memfailkan saman
terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan Ketua Menteri DS
Mohd Shafie Apdal. TS Musa Aman mahu mendapatkan pengisytiharan bahawa
beliau kekal sebagai Ketua Menteri yang sah mengikut peruntukan undang-undang.
Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin bertindak balas dengan
membuat laporan polis terhadap TS Musa Aman, berkaitan dengan upacara angkat
sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri pada 10 Mei 2018. Artikel ini adalah
sebahagian daripada kajian pasca pilihan raya negeri Sabah. Kajian ini menggunakan
pendekatan kualitatif yang berbentuk kajian lapangan, analisis kandungan, terbitan
ilmiah seperti buku, makalah dan jurnal akademik, laporan-laporan akhbar serta
dokumen kerajaan yang berkaitan. Artikel ini berpendapat krisis politik ini
merupakan satu krisis perlembagaan dan ini akan menguji secara tuntas sistem
perundangan negara, kebebasan badan kehakiman dan perlembagaan negeri Sabah.

Kata kunci: Pilihan Raya; Krisis Politik; Perlembagaan

1
Artikel ini telah dibentang di International Conference On Politics And International Studies 2018
pada 30 – 31 Oktober 2018 di UMS.
2
Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi, Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah.
3
Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi, Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah.

1
1.0 Pengenalan
Malaysia baru sahaja mengadakan pilihan raya umum yang ke-14 (PRU-14) pada 9
Mei 2018 yang lalu. Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi
berparlimen dan raja berpelembagaan, Malaysia telah berjaya melaksanakan salah
satu fungsi demokrasi dengan memberikan hak kepada rakyat untuk memilih dan
memberi mandat kepada kerajaan baru. Dalam sejarah politik negara, PRU-14 telah
melakar satu sejarah yang besar apabila pemerintah terdahulu iaitu kerajaan Barisan
Nasional (BN) tidak berjaya mempertahankan rekod tanpa kalah di peringkat
nasional semenjak negara ini mencapai kemerdekaan. BN telah mengalami
kekalahan yang tidak disangka apabila gagal mendapat majoriti mudah di Parlimen
dengan hanya memenangi 79 kerusi daripada 222 kerusi. Sistem elektoral yang
mengamalkan sistem majoriti mudah atau dikenali sebagai first past the post
system, telah memberi kemenangan kepada Pakatan Harapan untuk membentuk
kerajaan baru dengan memperolehi 113 kerusi dan turut disokong oleh parti Warisan
di Sabah yang memenangi 8 kerusi parlimen manakala 2 lagi kerusi daripada calon
Bebas. Turut berlangsung dalam PRU-14 yang lalu adalah pilihan raya negeri bagi
Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing kecuali negeri Sarawak. Di peringkat
negeri, Pakatan Harapan (PH) telah berjaya menguasai sekurang-kurangnya tujuh
buah negeri iaitu Johor, Kedah, Melaka, Negri Sembilan, Perak, Penang dan
Selangor. Jumlah ini kemungkinan akan berubah kerana negeri Sabah pada ketika
ini dikuasai oleh parti Warisan yang membentuk kerajaan campuran bersama PH dan
parti United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation (UPKO). Artikel ini
tertumpu kepada krisis politik dan kepimpinan yang sedang berlaku di Sabah
meskipun PRU-14 telah pun melabuh tirainya pada 9 Mei 2018 yang lalu.

2.0 Demokrasi dan Sistem Elektoral di Malaysia


Umum mengetahui, sejak merdeka Malaysia mewarisi sistem Kerajaan Demokrasi
Berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Turut dikenali sebagai sistem Westminster,
sistem ini meletakkan Sultan atau Yang Dipertua Negeri sebagai Ketua Negeri
manakala Menteri Besar atau Ketua Menteri sebagai Ketua Kerajaan Negeri. Pada
ketika ini, sembilan daripada 13 negeri dalam Persekutuan Malaysia diketuai oleh
Sultan. Manakala lima lagi negeri tidak mempunyai sultan diketuai oleh Yang
Dipertua Negeri. Di peringkat persekutuan pula, Yang Dipertuan Agong (Agong)
bertindak sebagai Ketua Negara, manakala Perdana Menteri berfungsi sebagai Ketua
Kerajaan. Sebagai sebuah negara demokrasi, Malaysia mengadakan pilihanraya di
peringkat parlimen dan negeri setiap lima tahun untuk memilih kerajaan baharu bagi
setiap peringkat (Jayum A. Jawan 2006). Pilihanraya parlimen dan negeri yang ke-14
(terbaharu) telah dijalankan pada 9 May 2018 lalu kecuali negeri Sarawak.

2
Sebagai rekod, Malaysia menggunapakai sistem elektoral majoriti mudah yang
berpaksikan kepada Demokrasi Perwakilan (Representative Democracy). Demokrasi
Perwakilan merupakan alternatif kepada sistem Demokrasi Langsung (Direct
Democracy). Dalam sistem Demokrasi Perwakilan, pengundi sesebuah kawasan
mengundi wakil mereka bagi mewakili kepentingan mereka diperingkat persekutuan
(Dewan Rakyat atau Parlimen) dan negeri (Dewan Undangan Negeri atau DUN).
Proses pilihanraya ini biasa dilakukan setiap lima tahun sekali. Dalam sesetengah
keadaan, ada juga pilihanraya yang diadakan kurang daripada lima tahun terutama
apabila sesebuah kerajaan yang memerintah dibubarkan atas sebab kehilangan
majoriti dalam parlimen atau kerana sebab-sebab lain. Calon-calon pilihanraya pula
biasanya dicalonkan oleh parti politik masing-masing. Ada juga calon bebas yang
tidak mewakili mana-mana parti politik.

Ini adalah berbeza dengan Demokrasi Langsung di mana rakyat biasanya mengambil
bahagian dalam hal-ehwal perjalanan dan pentadbiran negara secara langsung
tanpa penglibatan orang tengah sebagai wakil. Sistem ini lebih mudah dipraktikkan
dalam sesebuah negara-kota (city-states) seperti yang diamalkan oleh negara-
negara kota Greek pada zaman dahulu seperti Athens, Sparta, Athens, Corinth,
Eretria dan lain-lain. Rakyat atau penduduk negara kota ini akan memilih, mengundi
dan membuat keputusan secara langsung dengan para pegawai kerajaan dalam
satu-satu perhimpunan besar yang diadakan didalam sesebuah negara-kota ini.
Sistem ini lebih mudah dan praktikal diamalkan bagi sesebuah kawasan dan jumlah
pengundi yang yang kecil. Tetapi, ianya langsung tidak sesuai bagi sesebuah negara
yang bukan sahaja bersaiz besar malah memiliki jumlah pengundi yang jauh lebih
ramai seperti yang dapat dilihat pada zaman moden ini.

Dalam pada itu, ada dua perkara utama yang mesti ditekankan dalam sistem
elektoral Demokrasi Perwakilan ini iaitu: sistem pengiraan undi dan parti politik.
Seperti yang disebutkan di atas, Malaysia menggunapakai sistem elektoral pluraliti
(majoriti mudah) atau dikenali sebagai ‗first past the post system‘ di mana hanya
seorang individu akan dipilih (diundi) bagi mewakili sesebuah kawasan parlimen atau
negeri (Tunku Mohar Mokhtar, 2012). Mana-mana parti politik yang memiliki
bilangan calon yang memenangi pilihanraya paling ramai, maka parti politik tersebut
akan membentuk kerajaan dan barisan kabinet mengikut kehendak mereka. Dalam
pilihanraya mengikut sistem ini, seseorang wakil rakyat dipilih berdasarkan jumlah
undi paling minima yang perlu diperoleh sebelum diisytihar sebagai pemenang.
Katakanlah sesebuah kawasan parlimen memiliki 10,000 pengundi, maka seseorang
calon itu hanya perlu memperolehi 5001 undi untuk dikira sebagai pemenang. Baki
4999 undi lagi tidak membawa maksud apa-apa kepada calon yang kalah walaupun
perbezaan jumlah cumalah 2 undi. Secara mudahnya, menurut Felo Penyelidik
(Undang-undang dan Perlembagaan) Pusat Penyelidikan Fiqh Sains dan Teknologi

3
UTM, Muhamad Fathi Yusof, Siapa yang dapat undi tertinggi maka dia menang di
kerusi tersebut. Pihak lawan tetap dikira kalah dan tidak dapat apa-apa walau pun
beza undinya hanya sedikit (―Sistem Pilihan Raya First-Past-The-Post Di Malaysia:
Perlukah Ditukar?‖, Berita Harian, 14 Februari 2014). Ini juga bermaksud, jumlah
undi keseluruhan tidak penting kerana yang dikira ialah jumlah keseluruhan calon
sesebuah parti politik yang menang dan kalah. Berikutan itu, jumlah-jumlah calon
sesebuah parti politik yang menang pilihanraya inilah yang akan membentuk
kerajaan jika jumlah keseluruhan mereka melebihi jumlah majoriti nipis dalam
Parlimen. Contohnya, katakanlah jumlah kerusi Parlimen sesebuah negara ialah 200.
Sesebuah parti politik hanya memerlukan 101 daripada calon-calonnya memenangi
kerusi yang dipertandingkan bagi membentuk kerajaan. Jika baki 99 kerusi lagi
dimenangi oleh parti politik lawan, ia tidak membolehkan mereka membentuk
kerajaan kerana kekurangan majoriti dua kerusi. Dalam erti kata lain, parti lawan ini
hanya akan menjadi pembangkang.

Sistem ini juga kondusif kepada sistem multi-parti dan sistem dua parti. Apabila
sesebuah parti menguasai majoriti perwakilan dalam parlimen, maka ia akan melalui
proses yang mudah untuk melulus, meminda atau memansuh apa-apa akta atau
polisi yang dikehendaki kerana ia hanya perlu undi atau sokongan daripada
perwakilannya di dalam parlimen. Ia tidak perlu bergantung kepada undi atau
sokongan daripada parti pembangkang. Ini juga membantu mengelakkan situasi
―buntu‖ atau deadlock apabila jumlah undi yang diperlukan bagi melulus sesuatu
rang undang-undang misalnya, tidak mencukupi. Ini juga menjadi antara punca
sesebuah kerajaan dapat bertahan lebih lama atau sekurang-kurangnya bagi tempoh
satu terma. Maka jelas di sini, antara kebaikan sistem ini ialah ia membenarkan
sesebuah parti politik mendominasi parlimen, menggalakkan kestabilan dan
melancar pentadbiran kerajaan dan negara (Magstadt, 2009: 377). Sistem ini banyak
digunapakai oleh negara-negara komanwel dan bukan komanwel seperti Amerika
Syarikat, Britain, Malaysia dan India.

Alternatif kepada sistem ini dikenali sebagai sistem elektoral Perwakilan Mengikut
Kadar atau Proportional Representation. Sistem ini popular di kalangan negara-
negara Eropah seperti Belgium, Jerman, Denmark, Sweden, Norway, Belanda dan
Itali. Melalui sistem ini, perwakilan ke Parlimen dipilih mengikut kadar peratusan
undi yang diperoleh oleh parti-parti politik yang bertanding. Sifir mudahnya, jika
parti politik A memperolehi 60% daripada undi, maka ia juga memiliki 60% daripada
jumlah kerusi dalam Parlimen. Dalam keadaan di mana tiada parti politik memiliki
jumlah majoriti yang diperlukan bagi membentuk kerajaan, maka pilihan yang ada
ialah mengadakan kerjasama atau pakatan dengan parti-parti politik lain bagi
membentuk kerajaan. Dalam sistem ini, jarang sekali sesebuah parti politik memiliki

4
majoriti besar kerana setiap undi akan dikira dan seterusnya menyumbang kepada
peratusan undi yang dimenangi oleh sesebuah parti politik.

Antara tujuan utama sistem elektoral Kesaksamaan Perwakilan ini ialah ia membantu
mengelakkan penumpuan kuasa atau dominasi sesebuah parti politik dalam
parlimen. Hakikatnya, ia memang sengaja dibentuk sedemikian rupa bagi memecah
undi dan mengelakkan mana-mana parti politik daripada memenangi terlalu banyak
kerusi dan kemudiannya menjadi terlalu berkuasa dalam parlimen. Ini juga dapat
mengelak timbulnya corak pemerintahan autoritarian yang menjadi antara punca
tercetusnya perang dunia kedua yang bermula di Eropah. UK Engage, melalui artikel
―What are the Advantages and Disadvantages of Using A Proportional
Representation, (PR) Electoral System?‖ mengakui dalam beberapa aspek, sistem ini
dianggap lebih baik, adil dan saksama kerana dalam dalam pilihanraya yang
diadakan dibawah sistem ini, tiada undi yang akan dibazirkan (UK Engage, 2013). Ini
menjadikan setiap undi sebagai penting. Ini juga membawa kepada perwakilan atau
representasi rakyat yang lebih meluas, adil dan komprehensif.

Dalam pada itu, kerjasama atau pakatan antara parti politik adalah sesuatu yang
normal dalam sistem ini sepertimana ia juga biasa berlaku dalam sistem elektoral
majoriti mudah. Namun, kerjasama parti politik yang membentuk kerajaan ini
kebiasaannya adalah rapuh. Kerajaan yang dibentuk pula menghadapi kesukaran
untuk kekal stabil (Magstadt, 2009: 377). Oleh kerana setiap parti politik biasanya
memliki peratusan majoriti yang kecil, dalam situasi di mana sesebuah parti politik
menarik diri daripada sesebuah kerajaan, dan kemudiannya bertindak menyertai
pakatan parti politik lawan, maka sebuah kerajaan baharu perlu dibentuk kerana
kerajaan yang sedia ada telah kehilangan majoriti walaupun hanya sebesar 10%.
Sekilas pandang, kedua-dua sistem ini tidak memiliki perbezaan yang besar selain
daripada cari pengiraan undi bagi memilih pemenang pilihanraya atau menentukan
jumlah kerusi yang dimenangi oleh parti-parti politik yang bertanding.

Justeru, sistem elektoral dan parti yang diamalkan di Malaysia mempunyai meritnya
dan telah terbukti di mana kerajaan terdahulu (BN) telah menjadi pemerintah
selama enam puluh satu tahun di peringkat kerajaan persekutuan manakala di
peringkat negeri khususnya di Sabah, BN pernah menjadikan Sabah (dan Sarawak)
sebagai fixed deposit kerana dominasi BN di kedua-dua negeri ini telah
menyumbang secara signifikan kepada kemenangan BN pada pilihan raya – pilihan
raya terdahulu.

5
3.0 Latar belakang politik Sabah
Berbanding dengan kebangkitan politik khususnya dalam kalangan rakyat Sabah
dengan negeri-negeri di semenanjung Malaysia, kebangkitan semangat untuk
mengambil bahagian dalam aktiviti politik, rakyat Sabah agak lewat sedikit namun
mulai kelihatan apabila Tunku Abdul Rahman menyatakan cadangan penubuhan
gagasan persekutuan Malaysia yang terdiri daripada semenanjung Tanah Melayu,
Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei pada 27 Mei 1961 (Ongkili, 1989). Bertitik
tolak daripada pengumuman tersebut, lahirlah gerakan politik di Sabah di mana parti
politik yang pertama sekali ditubuhkan secara rasmi ialah parti United National
Kadazan Organisation (UNKO) yang dipimpin oleh Tun Fuad Stephen. Sejurus
selepas itu, parti United Sabah National Organisation (USNO) telah ditubuhkan oleh
Tun Datu Mustapha bersama dengan beberapa pemimpin. Masyarakat cina turut
tidak ketinggalan dalam arena politik negeri Sabah. Masyarakat cina telah
membentuk parti Democratic (DP) di Jeselton (kini dinamakan Kota Kinabalu) dan
United Party (UP) di Sandakan pada tahun 1962. Bagaimanapun, kedua-dua parti ini
telah bergabung dan dinamakan Borneo Utara National Party (BUNAP) tetapi pada
tahun 1963 parti ini menjenamakan nama kepada Sabah National Party (SANAP)
selepas pembentukan Malaysia dan sekali lagi pada tahun 1965 SANAP
menjenamakan semula parti mereka kepada Sabah Chinese Association (SCA).

Semenjak Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963, Sabah telah menyaksikan


beberapa kali pertukaran kerajaan negeri. Daripada kerajaan Perikatan (UNKO,
USNO dan SCA) yang dipimpin oleh Tun Fuad kepada kerajaan USNO (bersama
SCA), seterusnya kerajaan Berjaya (1976 – 1985), kerajaan Parti Bersatu Sabah
(1985 – 1994), kerajaan Barisan Nasional (1994 – 2018). Peralihan kuasa kerajaan
negeri yang berlaku semenjak tahun 1963 merupakan satu menifestasi demokrasi
subur yang diamalkan di negeri ini. Meskipun berlakunya beberapa peristiwa yang
tidak dijangka seperti demonstrasi dan rusuhan yang berlaku pada tahun 1986 di
Kota Kinabalu, Sandakan dan Kudat (Esther Chung, 2013; Mohammad Agus, 2006)
namun rusuhan tersebut dapat dikawal dan tidak pernah lagi berulang selepas itu.
Menurut Mohammad Agus (2006), kemenangan PBS pada tahun 1985, berlaku
beberapa peristiwa penting yang menyebabkan hubungan Kota Kinabalu dan Kuala
Lumpur menjadi sukar. Perebutan kuasa oleh USNO dan BERJAYA, tindakan saman
oleh Tun Mustapa dan beberapa siri rusuhan selepas pilihan raya 1985
menyebabkan DUN dibubarkan setelah hanya sepuluh bulan kerajaan PBS menjadi
kerajaan (ibid). Peralihan kuasa politik dan kerajaan yang telah berlaku adalah juga
suatu dinamika politik Sabah yang bukan hanya dipengaruhi dan ditentukan oleh
satu faktor tetapi memperlihatkan bagaimana faktor etnik, hubungan federalisme,
sentimen regional serta pembangunan dan penaungan antara faktor-faktor yang
saling berhubung-kait.

6
4.0 Sorotan Krisis Politik di Malaysia
Terdapat beberapa krisis politik yang melibatkan persaingan kuasa mahupun
jawatan ketua kerajaan negeri iaitu Ketua Menteri atau Menteri Besar. Krisis politik
yang berlaku telah mencetuskan krisis perlembagaan di mana badan kehakiman
memainkan peranan penting dalam membuat keputusan bagi menentukan
keabsahan sesebuah kerajaan dan Ketua Menteri atau Menteri Besar. Pada tahun
1966, krisis politik telah berlaku di negeri Sarawak yang melibatkan jawatan Ketua
Menteri pertama negeri tersebut. Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan telah
dilucutkan jawatan Ketua Menteri oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak kerana beliau
dikatakan sudah hilang kepercayaan dalam kalangan ADUN di Dewan Undangan
Negeri Sarawak. Berikutan itu, Gabenor Abang Haji Openg pada ketika itu
mengarahkan Ningkan untuk meletak jawatan tetapi Ningkan menolak untuk
melepaskan jawatan Ketua Menteri. Oleh kerana Ningkan gagal meletak jawatan,
Gabenor kemudiannya telah mengisytiharkan bahawa Ningkan disingkirkan daripada
jawatan berkenaan. Ningkan telah membawa kes tersebut ke Mahkamah Tinggi bagi
mencabar tindakan Gabenor berdasarkan peruntukan undang-undang dan
perlembagaan negeri Serawak. Keputusan mahkamah telah menyebelahi Kalong
Ningkan dan jawatan Ketua Menteri dikembalikan semula kepada beliau (Joseph,
Marcel J.,2010).

Di Sabah, krisis politik berlaku beberapa kali apabila berlakunya peralihan kuasa dan
kepimpinan. Jika ditinjau sejarah politik negeri ini, berlaku beberapa peristiwa yang
melibatkan perebutan dan peralihan kuasa dan kepimpinan kerajaan negeri. Pada
tahun 1985, PBS telah berhadapan dengan krisis politik apabila berlakunya
konspirasi menghalang PBS menubuhkan kerajaan dan ianya didalangi oleh
pemimpin USNO dan Berjaya pada ketika itu. Tun Mustapha telah berjaya
mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohammed Adnan
Robert pada ketika itu. Tindakan berani Tun Mustapha pada ketika itu dipercayai
berdasarkan kepada peruntukan Perlembagaan Negeri yang membolehkan Ketua
Menteri melantik enam ADUN Dilantik yang mempunyai kuasa mengundi penuh di
DUN. Walau pun Tun Mustapha berjaya mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri
Sabah tetapi dengan campur tangan Persekutuan, Yang di-Pertua Negeri akhirnya
membuat keputusan untuk membatalkan perlantikan Tun Mustapha. Dalam hal ini,
antara perkara yang diketengahkan ialah berkaitan dengan peruntukan
Perlembagaan Negeri dan kuasa budi bicara Yang di-Pertua Negeri. Kes ini telah
dibawa ke mahkamah tinggi oleh Tun Mustapha untuk mencabar kerajaan PBS dan
juga menafikan kuasa budi bicara Yang di-Pertua Negeri dalam hal perlantikan beliau
dengan merujuk kepada artikle 7 (1) Perlembagaan Negeri yang menyatakan
bahawa Ketua Menteri yang dilantik secara sah tidak boleh dilucutkan kecuali melalui
undi tidak percaya di DUN. Maklumat terperinci berkenaan kes ini boleh rujuk

7
kepada kes Tun Datuk Mustapha bin Datu Harun v. Tun Adnan Robert & Another
(1987,471).

Pada tahun 1994, sekali lagi krisis politik berlaku di. Pada ketika ini, parti PBS telah
berjaya menubuhkan kerajaan semula dengan kemenangan majoriti mudah.
Bagaimana pun, kerajaan PBS semakin lemah apabila beberapa ADUN mereka
meninggalkan PBS untuk menyertai BN. Ketua Menteri ketika itu Tan Sri Joseph
Pairin Kitingan memutuskan untuk membubarkan DUN (meskipun persidangan
pertama belum bermula) tetapi Yang di-Pertua Negeri enggan membubarkan DUN
dengan memberi alasan bahawa memandangkan BN mempunyai majoriti, maka BN
perlu diberi peluang untuk membentuk kerajaan. Akhirnya, Pairin secara ‗gentleman‘
terpaksa meletak jawatan dan menyerahkan jawatan Ketua Menteri kepada Tun
Sakaran Dandai (Sabihah Osman, 2008). Perletakan jawatan oleh Pairin dibuat tanpa
ada usul undi tidak percaya (vote of no confidence) di DUN (Harding, A.,2015).
Pada hemat penulis, krisis yang berlaku terhadap kerajaan PBS dan Pairin tidak
sebegitu rumit. Ini kerana Pairin tidak menjadikan krisis tersebut sebagai kes
mahkamah untuk mencabar keputusan yang dibuat oleh Yang dipertua Negeri pada
ketika itu meskipun Artikel 7 (1) perlembagaan negeri Sabah boleh dirujuk.

Kemelut politik Perak turut menjadi salah satu krisis perlembagaan berhubung
dengan legitimasi kerajaan negeri selepas pilihan raya diadakan. Pada pilihan raya
umum 2008, kerajaan campuran Pakatan Rakyat (PR) telah menawan Perak
daripada BN dengan kemenangan majoriti mudah. Datuk Mohammad Nizar
Jamaluddin telah menjadi Menteri Besar Perak namun hanya seketika sahaja apabila
beliau kehilangan majoriti mudah disebabkan peralihan sokongan terhadap
kepimpinan beliau. Peralihan kuasa telah berlaku di mana Datuk Dr Zambry dari
pada BN untuk menjadi Menteri Besar Perak. Bagaimana pun, Datuk Mohammad
Nizar telah membawa kes ini ke Mahkamah Tinggi manakala Datuk Dr Zambri
membuat rayuan di Mahkamah Rayuan. Akhirnya kes ini telah dibawah ke
Mahkamah Persekutuan dan keputusan mahkamah telah memihak kepada Datuk Dr
Zambri.

Perlis turut menghadapi krisis politik berkaitan perlantikan Menteri Besar (MB) pada
PRU-14 yang lalu. Meskipun BN telah memenangi 10 kerusi DUN, manakala PH dan
PAS masing-masing memenangi tiga dan dua kerusi namun krisis jawatan Menteri
Besar telah menyebabkan pentadbiran kerajaan baru tertunda sehingga empat belas
hari (Utusan Online, 2018). Sejurus selepas keputusan PRU-14 bagi negeri Perlis
diumumkan, Datuk Seri Seri Shahidan Kassim telah menamakan adik beliau iaitu
Datuk Ismail Kassim yang juga ADUN Tambung Tulang sebagai calon Menteri Besar

8
Perlis. Namun pencalonan Ismail tidak diperkenan oleh Tuanku Syed Sirajuddin.
Kemelut MB Perlis telah mendorong Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri
Hishammuddin Tun Hussein mengadap Tuanku bagi mencari jalan penyelesaian
(Utusan Online, 2018). Akhirnya, Datuk Seri Azlan Man telah dilantik sebagai Menteri
Besar untuk penggal kedua setelah diperkenan oleh Raja Perlis, Tuanku Tuanku
Syed Sirajuddin Putra Jamalullail. Bagaimana pun, upacara angkat sumpah yang
berlangsung di Istana tidak dihadiri oleh sembilan ADUN BN dan perkara ini kejadian
ini menyebabkan Raja Perlis murka dengan tindakan mereka (BH Online, 2018). Di
dalam krisis politik Perlis, ternyata kuasa Raja melantik Menteri Besar adalah jelas.
Pernyataan ini disokong oleh pensyarah Undang-undang Universiti Utara Malaysia
(UUM), Prof Madya Dr Rusniah Ahmad bahawa kemelut perlantikan MB Perlis tidak
boleh dibawa ke mahkamah dan Raja Perlis mempunyai kuasa untuk menentukan
pelantikan individu yang diperkenan oleh baginda untuk mentadbir kerajaan negeri
seperti termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perlis (ibid).

Berdasarkan kepada beberapa sorotan krisis politik yang pernah berlaku di Malaysia,
ianya menjelaskan meritnya yang tersendiri serta menjadi precedent kepada krisis
politik yang sedang berlaku mahupun yang mungkin akan berlaku di masa hadapan.

5.0 Keputusan PRU14 Bagi Kerusi DUN Sabah


Parti Politik Jumlah Kerusi Jumlah Kerusi
Ditandingi Dimenangi
Barisan Nasional (BN) 60 29
 UMNO (32)
 PBS (13)
 UPKO (6)
 PBRS (1)
 MCA (2)
 LDP (4)
 GERAKAN (2)
Warisan 45 21
DAP (Pakatan Harapan) 7 6
PKR (Pakatan Harapan) 8 2
STAR Sabah 18 2
HARAPAN (PHRS) 26 0
PPRS 9 0
PKS 16 0
PAS 18 0
Parti Cinta Sabah (PCS) 18 0

9
Jumlah Kerusi 60
Sumber: https://election.thestar.com.my/sabah.html (jadual diubahsuai mengikut
kesesuaian)

Keputusan PRU-14 bagi DUN Sabah pada awalnya menyaksikan tidak ada parti yang
dapat membentuk kerajaan negeri. Berdasarkan kepada keputusan rasmi yang
diumumkan oleh SPR pada 9 Mei 2018, BN hanya mendapat 29 kerusi; Warisan 21;
DAP (PH) 6; PKR (PH) 2 dan STAR Sabah 2. Meskipun BN mendapat 29 kerusi
namun ianya tidak mencapai majoriti mudah. Kedudukan Warisan dan PH (DAP dan
PKR) juga menghadapi situasi yang sama justeru berlakunya hung assembly ((Daily
Express, 10 Mei, 2018). Keadaan ini menyebabkan STAR Sabah yang memenangi
dua kerusi menjadi ‗kingmaker‘ kepada BN atau Warisan dan PH untuk membentuk
kerajaan baru dengan majoriti mudah (The Star Online,2018).

Suasana politik yang agak getir dan tidak menentu pada 10 Mei 2018 amat jelas
menjadi tumpuan kepada para pemerhati dan penganalisis politik. Malahan, sudah
ada rakyat Sabah mulai membuat spekulasi bahawa kerajaan baru di bawah
pimpinan Warisan-PH dan STAR mungkin akan terbentuk memandangkan ketiga-tiga
parti ini merupakan pembangkang kepada kerajaan BN terdahulu. Malahan Jeffrey
Kitingan pernah menyatakan pendirian beliau bahawa hanya Gabungan Sabah (GS)
yang disifatkan sebagai pembangkang tempatan sahaja dapat memberikan kebaikan
kepada rakyat Sabah dalam memperjuangkan kepentingan rakyat dengan menuntut
hak dan otonomi negeri tanpa terikat dengan kepimpinan kerajaan pusat (The Star
Online, 8 Mei, 2018). Ini bermaksud STAR yang dipimpin oleh Jeffrey merupakan
salah satu parti dalam GS secara jelas tidak akan membuat sebarang pakatan politik
bersama BN.

Bagaimana pun, dinamika politik di Sabah seringkali membuat pelbagai kejutan.


Selang beberapa jam pada hari yang sama iaitu 10 Mei 2018 bersamaan pada hari
Khamis, Musa Aman membuat pengumuman bahawa BN telah memperoleh
sokongan majoriti mudah sebanyak 31 kerusi menerusi kerjasama dengan 2 ADUN
STAR (Harian Metro, 2018 & The Star Online, 2018). Ternyata Jeffrey Kitingan telah
membuat pendirian yang bertentangan dengan hujah beliau sebelum ini. Tindakan
Jeffrey disifatkan sebagai pengkhianat terhadap kebanyakkan rakyat Sabah yang
inginkan perubahan. Menurut Yee I-Lann, seorang artis tempatan Sabah yang
berkumpul di Padang Merdeka sebagai tanda bantahan terhadap tindakan Jeffrey,
menyatakan bahawa Jeffrey telah mengkhianati pengundi beliau dan juga rakyat
Sabah keseluruhannya dikala sentimen menukar kerajaan BN sedang hangat
dilaungkan (The Star Online, 10 Mei 2018). Tindakan Jeffrey juga dilabelkan sebagai

10
‗katak‘ yang disamakan dengan tindakan beberapa pemimpin pada era kerajaan
Parti Bersatu Sabah (PBS) yang tersungkur akibat daripada melompat parti. Dalam
sistem pilihan raya yang mengamalkan first past the post system atau majoriti
mudah, kelebihan satu kerusi diperoleh oleh BN berbanding Warisan-PH telah
melayakkan BN membentuk kerajaan campuran bersama STAR. Dengan kedudukan
kerusi yang disifatkan agak fragile ketika itu, Musa Aman bergegas ke istana negeri
untuk mengadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin. Pada jam 11.05
malam, Musa Aman sekali lagi mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah di
hadapan Yang di-Pertua Negeri dan BN secara rasmi membentuk kerajaan campuran
(BH Online, 10 Mei, 2018). Selain daripada Musa Aman, sepuluh orang wakil rakyat
turut mengangkat sumpah sebagai barisan kabinet Sabah. Tiga timbalan ketua
Menteri telah dilantik iaitu Datuk Seri Masidi Manjun merangkap Menteri
Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Hajiji Noor merangkap Menteri
Pembangunan Infrastruktur, Datuk Dr Jeffrey Kitingan merangkap Menteri Pertanian
dan Industri Makanan manakala tujuh lagi ADUN iaitu Datuk Bobbey Suan, Datuk
Ellron Angin, Datuk Bolkiah Ismail, Datuk Jahid Jahim, Datuk Masiung Banah, Datuk
Musbah Jamli dan Datuk Anita Baranting - dilantik sebagai menteri penuh (Utusan
Online, 11 Mei 2018; NST, 12 Mei, 2018).

6.0 Krisis Politik Sabah Pasca PRU-14


Pada 10 Mei 2018, kepimpinan BN Sabah dikejutkan dengan pengumuman parti
UPKO untuk keluar daripada BN dan menyatakan sokongan mereka kepada parti
Warisan untuk bergabung membentuk kerajaan (FMT, 10 Mei 2018). Ini bermakna,
lima ADUN dari UPKO bakal beralih sokongan mengikut keputusan kepimpinan parti
tersebut. Kerajaan negeri yang baharu dibentuk dibawah pimpinan Musa kini
berhadapan dengan krisis politik dan bakal kehilangan majoriti mudah. Namun, Musa
tetap yakin bahawa lima ADUN daripada UPKO akan tetap setia bersama BN dan
pendirian mereka telah dibuat melalui sidang media yang dibuat di Sri Gaya (Utusan
Borneo Online, 10 Mei 2018). Beliau turut menyatakan bahawa enam ADUN dilantik
mengikut peruntukan yang ada di dalam Perlembagaan Negeri Sabah Bahagain II
Artikle 14 (1) (c).

Tenyata krisis dan persaingan politik berlaku dengan pantas sekali. Kurang daripada
24 jam selepas Musa mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri,dua ADUN
daripada UPKO telah membuat pusingan ‗U‘ apabila menyatakan pendirian mereka
yang sebenar untuk bersama dengan kepimpinan parti mereka. Dua ADUN tersebut
ialah YB Ewon Benedick (Kadamaian) dan YB Datuk Abidin Madingkir (Paginatan)
mendahului tiga ADUN UPKO yang lain untuk meninggalkan BN dan menyatakan
sokongan terhadap kepimpinan Shafie untuk menubuhkan kerajaan campuran

11
Warisan-PH-UPKO (The Borneo Post, 12 Jun 2018). Ini bermaknanya, kerajaan
pimpinan Musa sudah kehilangan 2 kerusi. Menurut Ewon, pada 9 Mei 2018 sekitar
jam 8 pagi sehingga keesokan harinya iaitu jam 9 pagi pada 10 Mei 2018, semua
ADUN BN telah dipanggil ke Sri Gaya dan mereka telah diminta untuk
menandatangani surat yang telah disediakan bagi menyatakan sokongan terhadap
Musa untuk dilantik semula sebagai Ketua Menteri setelah beliau berjaya berunding
dan mendapat sokongan daripada dua ADUN daripada STAR (personal comm,
19/7/2018). Apabila tularnya video kunjungan Datuk Seri Panglima Madius Tangau
ke rumah kediaman Shafie Afdal, Musa berasa sangat marah dan meminta Ewon
untuk menghubungi Madius tetapi gagal. Musa kemudiannya memangil kesemua
ADUN UPKO ke bilik makan Seri Gaya disusuli dengan kesemua ADUN BN yang lain.
Di dalam pertemuan tersebut, Musa telah menyatakan beberapa dasar penting yang
bakal diperkenalkan seperti IC Sabah dan pendatang asing serta hala tuju politik
beliau untuk maninggalkan UMNO untuk menubuhkan parti tempatan Sabah atau
pun menyertai parti tempatan sedia ada seperti PBS. Pada waktu itu, kenyataan
Musa amat diyakini dan sesuatu yang baik bakal berlaku untuk rakyat Sabah.
Namun, banyak juga kenyataan dilontarkan oleh Musa dan situasi tersebut
menyebabkan Ewon berasa takut dan tertekan. Selesai sahaja pertemuan tersebut,
satu sidang media telah diatur dan mereka termasuk Ewon diminta untuk
menyatakan pendirian mereka. Dalam situasi yang amat mencemaskan ketika itu,
Ewon dan beberapa ADUN UPKO yang lain telah menyatakan pendirian mereka yang
dirasakan sesuai iaitu menyokong kepimpinan Musa (ibid).

Situasi politik yang berlaku sejurus sidang media oleh Musa dan para ADUN BN
semakin kritikal. Kesemua ADUN dibawa ke Istana Negeri dan kelima-lima ADUN
UPKO telah diberi peluang berjumpa dengan Tuan Yang Terutama (TYT). Ewon
menyatakan bahawa beliau tidak dapat menghadiri mesyuarat Khas Majlis Tertinggi
UPKO kerana berada di Seri Gaya sepanjang hari. Sewaktu menandatangani surat
sokongan terhadap Musa, ianya telah dibuat sebelah pagi sebelum mesyuarat Khas
Majlis Tertinggi UPKO diadakan. Selepas bertemu dengan TYT, kesemua ADUN
dibawa semula ke Seri Gaya kerana Musa akan mengangkat sumpah pada jam 8.30
malam. Pada masa yang sama, Ewon berjaya berhubung dengan pucuk pimpinan
parti UPKO dan mendapat pencerahan tentang perkara yang sedang berlaku dan
mengambil keputusan nekad untuk memaklumkan semula pendirian sebenar
berdasarkan kepada perkembangan politik semasa dan pendirian UPKO. Akhirnya
Ewon berpeluang bertemu semula dengan TYT sekitar jam 8.00 malam apabila
rombongan dari Seri Gaya tiba di Istana Negeri untuk persediaan upacara angkat
sumpah Ketua Menteri. Beliau turut menyatakan bahawa terdapat dua lagi ADUN
UPKO yang berpendirian sama seperti beliau. Ekoran daripada pertemuan tersebut,
mereka mentandatangani surat perakuan yang baru pada malam tersebut dan surat
tersebut telah disimpan oleh pegawai TYT (ibid).

12
Umpama jatuh ditimpa tangga, empat lagi ADUN daripada UMNO telah
mengisytiharkan untuk keluar daripada UMNO dan menyertai parti Warisan (The Star
Online, 2018). Dengan enam ADUN yang beralih sekongan kepada parti Warisan di
bawah pimpinan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, ianya melayakkan Warisan dengan
gabungan PH dan UPKO membentuk kerajaan dengan majoriti mudah. Kedudukan
kerusi DUN yang diperolehi Warisan-PH-UPKO ialah 35 daripada 60 jumlah kerusi.
Pada 12 Mei 2018, jam 9.15 malam, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal telah
mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah di hadapan Yang di-Pertua
Negeri, Tun Juhar Mahiruddin (BH Online, 2018; The Star Online, 2018).

Persaingan kuasa politik negeri Sabah tidak terhenti dan selesai begitu sahaja.
Meskipun kerajaan gabungan baharu Warisan-PH-UPKO telah memperolehi
sekurang-kurangnya 37 kerusi, namun Musa Aman masih yakin dan percaya bahawa
beliau masih lagi ketua Menteri yang sah (Sinar Online, 2018). Krisis politik Sabah
yang berkaitan dengan keabsahan perlantikan Musa sebagai Ketua Menteri dan
kerajaan yang dibentuk pada 10 Mei 2018 yang lalu telah membawa kepada proses
perundangan (Daily Express, 2018).

7.0 Badan Perundangan Sebagai Jalan Penyelesaian


Krisis politik yang berlaku di Sabah masih belum menemui jalan penyelesaian yang
tuntas. Datuk Seri Mohd Shafie Apdal telah mengangkat sumpah sebagai Ketua
Menteri Sabah yang baru pada 12 Mei 2018 merupakan suatu tanda pengakhiran
kerajaan pimpinan Musa dan UMNO selepas dua puluh empat tahun mendominasi
tampuk pemerintahan kerajaan Sabah (The Star Online, 2018), Pada masa yang
sama, Shafie menyatakan bahawa beliau adalah ketua menteri yang sah dan Musa
Aman wajar meletak jawatan berdasarkan kepada tafsiran undang-undang yang ada
(Borneo Today Online, 2018). Selain itu, pihak Istana Negeri Sabah juga telah
menghantar surat kepada Musa bahawasanya beliau bukan lagi ketua Menteri
berkuatkuasa pada 12 Mei 2018. Surat tersebut telah disampaikan oleh Abinan Asli,
selaku Setiausaha Sulit TYT kepada wakil Musa iaitu setiausaha sulit beliau Efendy
Sunoh (New Straits Times, 2018).
Namun, pada 17 Mei 2018, Musa Aman telah memfailkan saman terhadap Yang di-
Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd
Shafie Apdal untuk mendapatkan pengisytiharan bahawa beliau kekal sebagai Ketua
Menteri yang sah mengikut peruntukkan undang-undang (Daily Express, 2018).
Saman tersebut juga menghendaki pengisytiharan bahawa semua tindakan yang
dibuat oleh Shafie adalah batal, tidak sah dan tidak terpakai. Menurut Tengku Fuad,
peguam yang mewakili Musa, berdasarkan Rules of Court 2012, pihak Tun Juhar dan
Shafie mempunyai empat belas hari (14) untuk mengemukakan respond terhadap

13
writ yang dibuat (ibid). Tindakan Musa terhadap Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar
dan Shafie telah mendapat reaksi daripada pelbagai pihak. Datuk Johny Mositun,
setiausaha Agung PBS dan juga merupakan bekas timbalan speaker DUN Sabah
menyatakan bahawa Musa is right in law to insist he is the legitimate Chief Minister.
There is no provision in our State Constitution for him to be removed from office in
this manner. The proper way for his removal is by a vote of no-confidence in the
State Assembly (The Borneo Post, 2018). Kenyataan Johny memberi indikasi bahawa
beliau menyokong tindakan yang dibuat oleh Musa agar krisis jawatan ketua Menteri
ditentukan oleh mahkamah. Selain itu, bagi Datuk Seri Panglima Masidi Manjun,
tindakan mahkamah yang dilakukan Musa tidak harus dilihat sebagai persaingan
kuasa tetapi menghormati dan mematuhi rule of law dan Perlembagaan Negeri (The
Borneo Post, 2018). Ianya juga memberi peluang kepada badan kehakiman untuk
menentukan kuasa yang ada pada Yang Dipertua Negeri seperti yang termaktub di
dalam perlembagaan negeri (ibid).

Krisis Ketua Menteri di antara Musa dan Shafie semakin menjadi tumpuan oleh ramai
pihak. Ini berikutan laporan polis yang telah dibuat oleh Yang Dipertua Negeri, Tun
Juhar terhadap Musa Aman yang dipercayai mempunyai kaitan dengan upacara
angkat sumpah jawatan Ketua Menteri pada 10 Mei 2018 yang lalu (Borneo Post,
2018; BH Online, 2018;). Sehubungan itu, Musa telah tampil membuat kenyataan
untuk menafikan bahawa berlaku ugutan mahu pun intimidasi jenayah terhadap
Yang Dipertua Negeri untuk mengangkat sumpah sebagai ketua Menteri. Malah,
Musa berasa kesal kerana terpaksa membawa Yang Dipertua Negeri dalam writ
saman beliau (Free Malaysia Today, 2018).

Sebagai ketua Menteri yang sudah memulakan tugas selepas sahaja mengangkat
sumpah pada 12 Mei 2018 yang lalu, Shafie tidak akur dengan tindakan undang-
undang yang dibuat oleh Musa. Sebagai balasan terhadap writ saman yang dibuat
oleh Musa, Shafie telah memfailkan permohonan daripada mahkamah untuk
membatalkan saman yang difailkan oleh Musa berdasarkan beberapa hujah,
antaranya beliau (Shafie) adalah ketua menteri yang sah dan mempunyai majoriti di
dalam DUN (Sinar Online, 2018; The Borneo Post, 2018). Hujah Shafie merujuk
kepada Artikel 6 (3) Perlembagaan Negeri Sabah bahawasanya undang-undang
membenarkan Yang Dipertua Negeri untuk melantik Ketua Menteri berdasarkan
pertimbangan Yang Dipertua bahawa seseorang itu mempunyai majoriti di DUN.
Dalam hal yang sama, artikle 7 (1) dalam Perlembagaan Negeri menyatakan bahawa
jika Ketua Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan
Undangan, maka, dia hendaklah meletakkan jawatan ahli-ahli Kabinet, melainkan
atas permintaan Dewan Undangan dibubarkan oleh Yang di-Pertua Negeri.
Berdasarkan peruntukan ini, Hamid Ismail, seorang peguam kanan berpendapat
bahawa perlantikan Shafie adalah sah mengikut lunas-lunas perlembagaan meskipun

14
Musa tidak meletak jawatan (The Borneo Post, 2018). Dengan ertikata lain,
perlantikan Musa sebagai Ketua Menteri terbatal dengan sendirinya apabila beliau
tidak lagi mempunyai undi majoriti.

Pada 6 Jun 2018, Musa telah membatalkan writ saman terdahulu terhadap Yang
DiPertua Negeri, Tun Juhar dan Shafie melalui firma guaman Messrs FT Ahmad &
Co. tetapi telah memfailkan writ saman baharu dengan disokong afidavit bagi
mendapatkan pengisytiharan bahawa beliau kekal sebagai Ketua Menteri yang sah
mengikut peruntukkan undang-undang, selain mendakwa pengakuan sumpah Mohd
Shafie sebagai Ketua Menteri oleh Yang di-Pertua Negeri pada 12 Mei lalu adalah
tidak berperlembagaan dan tidak sah (BH Online, 2018; The Borneo Post 2018).
Pada 24 Ogos 2018, mahkamah tinggi melalui hakim Datuk Yew Jen Kie telah
menolak permohonan Shafie untuk membatalkan saman TS Musa Aman (Utusan
Malaysia, 2018).

Krisis politik membabitkan jawatan Ketua Menteri yang sah diantara Musa dan Shafie
mengimbau kembali krisis politik yang berlaku pada tahun 1985 di antara Tun
Mustapha dan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan. Menurut Khoon (1986), dalam
keterdesakan untuk berkuasa, Datuk Harris Salleh dan Tun Mustapha telah berjumpa
kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Datuk Hj. Mohd. Adnan Robert pada ketika itu,
dan memberi keyakinan kepada Yang di-Pertua Negeri untuk mengangkat sumpah
sebagai Ketua Menteri. Tun Mustapha telah mengangkat sumpah meskipun
keputusan rasmi pilihan raya belum diumumkan. Namun, apabila keputusan rasmi
diumumkan, ternyata PBS memenangi dua puluh lima kerusi daripada empat puluh
kerusi dan secara jelas memperolehi majoriti dalam DUN. Yang di-Pertua Negeri
membatalkan perlantikan Tun Mustapha sebagai Ketua Menteri dan melantik TS
Joseph Pairin sebagai Ketua Menteri yang baru. Tun Mustapha telah mencabar
tindakan Yang di-Pertua Negeri di mahkamah atas sebab tindakan membatalkan
perlantikan beliau sebagai Ketua Menteri dan melantik TS Joseph Pairin adalah ultra
vires terhadap perlembagaan Negeri Sabah. Bagaimana pun, keputusan mahkamah
tidak memihak kepada Tun Mustapha. Philip Koh seorang peguam yang terlibat
dalam kes tersebut membuat refleksi terhadap keputusan Mahkamah Tinggi
menulis; the Court instead took the route of making specific finding of facts that
Article 6(3) of the Sabah State Constitution was not adhered in that the discretion of
the Head of State was vitiated by duress and further that Tun Mustapha‘s
appointment by an unsealed letter of appointment was unconstitutional when
measured with the usage and custom of such appointments which was accompanied
by the seal. Jelasnya kemelut politik Sabah yang sedang berlaku tidak mampu
diselesaikan secara rundingan meja bulat mahu pun pendekatan secara ‗gentleman‘
oleh kedua pihak iaitu Musa dan Shafie. Jalan penyelesaian yang terbaik ialah

15
melalui badan perundangan dan menyerahkan sepenuhnya kepada mahkamah
untuk mengimbang tara aspek teknikal peruntukan undang-undang yang sedia ada.

8.0 Kesimpulan
Pemerhati politik khususnya di negeri Sabah mengaitkan krisis politik yang sedang
berlaku di negeri ini merupakan ulangan sejarah politik Sabah yang lalu setiap kali
berlakunya peralihan kerajaan parti pemerintah. Krisis politik Sabah pasca PRU-14
sekali lagi menguji sistem perundangan negara, selain mengetengahkan dinamika
politik negeri Sabah yang sentiasa menjadikan fokus para golongan penyelidik dan
pemerhati politik. Tidak dinafikan bahawa sistem majoriti mudah (first past the post
system) dan sistem berbagai parti (multiparty system) yang diamalkan di Malaysia
adalah penyumbang kepada berlakunya krisis politik dan persaingan kuasa apabila
kerajaan tidak dapat dibentuk oleh mana-mana parti politik yang bertanding dalam
pilihan raya disebabkan ketiadaan majoriti (seri) justeru memerlukan gabungan atau
pakatan untuk membentuk kerajaan. Kes-kes persaingan kuasa yang pernah berlaku
di Sabah, Sarawak dan Perak sudah pasti bakal menjadi rujukan dalam menentukan
keabsahan jawatan ketua menteri dan kabinet negeri Sabah. Selain itu, tiga badan
kerajaan iaitu badan eksekutif, perundangan (legislative) dan kehakiman memainkan
peranan serta fungsinya bersesuian dengan konsep pengasingan kuasa yang
diamalkan oleh ketiga-tiga badan ini. Jelasnya, rakyat negeri ini sudah mulai dan
turut mengikuti perkembangan politik lokal yang pastinya memberi pengetahuan
tentang politik dan pilihan raya serta meningkatkan kesedaran politik dalam
kalangan rakyat Sabah.

Rujukan

Abdul Rashid Moten & Syed Serajul Islam. (2015). Introduction to Political Science.
Edisi kelima. Malaysia: Cengage Learning Asia Pte Ltd.
Borneo Post (2018, Jun 12). UPKO Sacrifices Principles for Stability. The Borneo
Post. Muka surat. 2
Daily Express. (2018, Mei 18). Musa takes TYT, Shafie to court. Daily Express
Daily Express. (2018, Mei 10). Deadlock in Sabah. Daily Express.
http://www.dailyexpress.com.my/news.cfm?NewsID=124595 dicapai pada
17/8/2018
Esther Chung (2013, Januari 27). Adakah Anda Tahu Tentang 'Rusuhan
Tersembunyi' Sabah? SAYS. Dicapai di http://says.com/my/news/adakah-anda-
tahu-tentang-rusuhan-tersembunyi-sabah

16
Harding, Andrew. (2015). Legal pluralism and the constitutional position of East
Malaysia‘s indigenous peoples: The view from the longhouse. Dalam G. Bell &
V. Taylor (editor). Pluralism, Transnationalism and Culture in Asian Law: A
Book in Honour of M.B. Hooker. Singapore: ISEAS
https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/05/10/musa-aman-claiming-simple-
majority-in-sabah/ dicapai pada 16 Julai 2018
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/05/338516/musa-aman-angkat-
sumpah-km-sabah dicapai pada 16 Julai 2018
https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/05/08/dr-jeffrey-gabungan-sabah-
the-only-coalition-not-beholden-to-kuala-lumpur/ dicapai pada 17/7/2018
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/05/424139/musa-angkat-sumpah-
ketua-menteri-sabah dicapai pada 17/7/2018
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/05/14/adun-upko-dakwa-
berdepan-tekanan-untuk-sokong-warisan/ dicapai pada 17/7/2018
https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/05/10/sabahans-call-jeffrey-
kitingan-a-traitor-for-helping-bn-form-state-govt/. Dicapai pada 19/7/2018
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/tujuh-menteri-dilantik-dalam-kabinet-
sabah-1.670764 dicapai pada 17/7/2018
https://www.nst.com.my/news/politics/2018/05/368709/musa-chairs-first-sabah-
cabinet-meeting-after-sworn-cm dicapai pada 17/7/2018
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2018/05/10/upko-quits-sabah-
bn-exodus-could-follow/
https://www.utusanborneo.com.my/2018/05/10/adun-upko-kekal-bersama-bn
http://www.sinarharian.com.my/edisi/sabah-sarawak/musa-dakwa-masih-ketua-
menteri-sabah-yang-sah-1.833982
https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/05/12/musa-loses-it-but-will-fight-
on-role-up-in-the-air-less-than-24-hours-after-swearingin-as-sabah-cm/ dicapai
pada 19/7/2018
https://www.borneotoday.net/saya-ketua-menteri-sabah-sah-kata-shafie-musa-
perlu-letak-jawatan/ dicapai pada 19/7/2018
http://www.theborneopost.com/2018/05/19/not-about-power-but-rule-of-law-and-
sabah-constitution-masidi/ dicapai pada 20/7/2018
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/05/427949/ydp-sabah-buat-
laporan-polis dicapai pada 20/7/2018

17
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/05/24/musa-nafi-
takutkan-gabenor-sabah/
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/06/434854/musa-aman-failkan-
saman-baharu dicapai pada 23/7/2018
http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/keputusan-saman-musa-pada-3-
september-1.705658 dicapai pada 23/7/2018
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/07/09/keputusan-
permohonan-shafie-batal-saman-musa-september-ini/ dicapai pada 23/7/2018
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/06/440135/musa-perlu-angkat-
sumpah-dalam-3-bulan dicapai pada 23/7/2018
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pelantikan-mb-perlis-di-istana-arau-
esok-1.677952. Dicapai pada 26/7/2018
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/05/429838/raja-perlis-punya-
kuasa-lantik-mb. Dicapai pada 26/7/2018
https://www.utusan.com.my/berita/nasional/shafie-apdal-gagal-batalkan-saman-
musa-aman-1.735398. Dicapai pada 19/9/2018
Jayum A. Jawan. (2006) Malaysian Politics and Government. Selangor, Malaysia:
Karisma Publication
Joseph, Marcel J. (2010, April 26). The saga of Stephen Kalong Ningkan — the
conclusion. The Borneo Post. http://www.theborneopost.com/2010/04/26/the-
saga-of-stephen-kalong-ningkan-%E2%80%94-the-conclusion. Dicapai pada
24/7/2018
Mohd. Agus Yusoff. (2006). Malaysian Federalism: Conflict of Consensus. Bangi,
Selangor: UKM
Muhamad Fathi Yusof. (2014, Februari 14). Sistem Pilihan Raya First-Past-The-Post
Di Malaysia: Perlukah Ditukar?. Berita Harian
Muhammad Mustakim Ramli & Aizat Sharif (2018, Mei 24). Azlan Man MB Perlis, 9
ADUN BN tak hadir. Utusan Malaysia. Sumber dari
https://www.hmetro.com.my/utama/2018/05/342699/azlan-man-mb-perlis-9-
adun-bn-tak-hadir
New Straits Times. (2018, Mei 15). Musa no longer Chief Minister. New Straits Times
Ongkili, James P. (1989). Political Development in Sabah, 1963-1988. Dalam Jeffrey
G. Kitingan and Maximus J. Ongkili (Editor). Sabah: 25 Years Later, 1963 –
1988 (m/s 61 – 80). Kota Kinabalu, Sabah: Sabah Institute for Development
Studies (IDS)

18
Philip Koh (undated), Constitutional Adjudication, Conventions, Justiciability and
Democratic Governance: Reflections from Sabah Constitutional Cases 1985 -
1986. Advocate & Solicitor, High Court Malaya Senior Partner, Mah –Kamariyah
& Philip Koh. Unpublished.
Sabihah Osman. (2008). Pembangunan Politik Sabah: Satu Penelusuran Sejarah.
Kinabalu: Jurnal Perniagaan & Sains Sosial. 14:1-28
Perlembagaan Negeri Sabah. Kerajaan Sabah
Shafie Apdal sworn in as Sabah CM, Musa seen leaving official residence (2018).
https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/05/12/shafie-apdal-sworn-in-
as-sabah-cm/ dicapai pada 19/7/2018
Suzianah Jiffar & Olivia Miwil (2018, Mei 12). Shafie Afdal Angkat Sumpah Ketua
Menteri. BH Online. Dari
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/05/424866/shafie-apdal-
angkat-sumpah-ketua-menteri dicapai pada 19/7/2018
The Star. (2018, Mei 10). Sabah STAR emerges as kingmaker with BN, Warisan tied
at 29 seats each. The Star. Dicapai dari
https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/05/10/sabah-star-emerges-as-
kingmaker/
Tunku Mohar Mokhtar. (2012). Election and Electoral System. Dalam Abdul Rashid
Moten (editor). Government and Politics in Malaysia. Edisi ke-2. Malaysia:
Cengage Learning Asia Pte Ltd
UK Engage. (2013). www.uk-engage.org. Dicapai 15 Ogos 2013.
Vanar, M. & Fatimah Z. (2018, Mei 10). Hung Assembly in Sabah-Sees intense
politicalhorse-trading. The Star. Dicapai dari
https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/05/10/hung-assembly-in-
sabah-sees-intense-political-horsetrading/

19

View publication stats

You might also like