You are on page 1of 1

TUTORIAL 6 – T2

Sila baca dan lihat 25 slaid yang ada dalam link ini Bertajuk Pemuafakatan Politik
Dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia. Dan jawab beberapa soalan berikut :

1) Apakah yang dimaksudkan dengan Tsunami Politik 2008 dalam slaid yang
keempat.

Gelombang Pembangkang Malaysia 2008 merupakan peristiwa mengejutkan


yang berlaku semasa Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 yang diadakan pada 8 Mac
2008. Gelombang politik ini diistilahkan sebagai kebangkitan tsunami politik yang
tidak disangka-sangka, baik oleh parti kerajaan Barisan Nasional mahupun oleh
pembangkang - DAP, PKR dan PAS. Gelombang ini digerakkan oleh Datuk
Seri Anwar Ibrahim yang mencatur kedudukan calon PKR, DAP dan PAS agar hanya
satu parti pembangkang menentang Barisan Nasional. Ternyata semua pemimpin
pembangkang akur dengan gesaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memastikan
kemenangan maksimum kepada pembangkang. Manifesto yang dikeluarkan oleh
DAP, PKR dan PAS juga hampir sama iaitu mahu mengurangkan majoriti 2/3
Barisan Nasional di peringkat Parlimen dan merampas negeri yang utara Malaysia
iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan mengekalkan Kelantan di tangan PAS.
Pembangkang juga cuba menguasai negeri Perak. Tetapi tanpa disangka kejayaan
pembangkang tersebar ke Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Malah
banyak kerusi di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor serta Pahang berjaya
dimenangi oleh pembangkang.

2) Jelaskan perubahan trend dan corak pengundian gaya politik baru pemimpin
berintegriti

Perubahan trend dan corak pengundian berlaku di Malaysia pada pilihan raya
ke-13 pada tahun 2008. Di mana Barisan Nasional kehilangan penyokong yang
banyak. Hal ini kerana rakyat lebih mementingkan ketelusan dalam pentadbiran
negara, hak kebebasan bersuara, keadilan dan seumpamanya sehingga politik
perkauman semakin kendur. Ini menunjukkan kematangan demokrasi dan politik
Malaysia. Rakyat juga mengundi berdasarkan pemimpin yang berintegriti bukan lagi
berdasarkan parti.

3) Apakah perbezaan pakatan politik Sabah Sarawak dengan Semenanjung


Malaysia. (Tuliskan isi-isi penting sahaja - anda boleh jumpa isi ini jika anda
baca dengan telitik keseluruhan 25 slaid tersebut)

Politik sabah dan Sarawak lebih kompleks daripada politik semenanjung. Hal ini kerana
wujudnya parti politik yang mewakili entik masing-masing. Oleh itu amat sukar untuk
mereka mencapai kata sepakat dalam menentukan pentadbiran dalam negeri. Di Sabah
sahaja mempunyai 30 suku. Oleh itu amat sukar bagi mereka untuk mendapat
kemenangan majoriti. Berbanding dengan politik semenanjung yang hanya mempunyai 2
atau tiga penjuru ketika pilihan raya.

You might also like