You are on page 1of 19

1.

0 PENDAHULUAN

Persekitaran bilik darjah mesra budaya adalah sangat penting untuk diwujudkan di
sekolah terutamanya di sekolah yang mempunyai pelbagai etnik di dalam sesebuah
bilik darjah.

Perkataan mesra menggambarkan keselesaan, keceriaan dan kegembiraan.


Kemesraan wujud dan terjalin apabila manusia berhubungan. Dalam hubungan
tersebut, nilai-nilai murni menjadi pegangan dan amalan lalu terbina persefahaman,
toleransi dan hormat-menghormati. Budaya pula dapat difahami sebagai suatu
kelompok nilai amalan dan perlakuan yang diterima pakai oleh sekelompok
masyarakat yang memenuhi kehendak rohani dan jasmani sehingga wujud
kesejahteraan bagi kelompok tersebut. Maka, mesra budaya bermaksud perlakuan
atau amalan yang mendatangkan keselesaan dan kegembiraan (Noriati A. Rashid et.
al, 2014).

Menurut Noriati A. Rashid et. al (2014) lagi, persekitaran bilik darjah mesra
budaya bukan sekadar melibatkan unsur-unsur fizikal yang dapat dilihat dengan
pancaindera semata-mata seperti ruang bilik darjah serta peralatan di dalamnya,
sebaliknya persekitaran bilik darjah adalah turut melibatkan unsur-unsur emosi dan
hubungan kemanusiaan. Kedua-dua unsur sangat perlu digabungkan serta
diserasikan untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah mesra budaya.

Manakala, Syed Ismail bin Syed Mustafa & Ahmad Subki Miskon (2010)
menyatakan bahawa pengalaman pembelajaran mesra budaya akan menjadi nadi
bagi kehidupan masyarakat yang harmonis dan aman di peringkat nasional dan
global. Antara nilai sivik yang diperlukan oleh masyarakat yang mempunyai pelbagai
agama, etnik, dan budaya ialah hormat-menghormati, toleransi, kasih sayang
terhadap alam sekitar, kepatuhan kepada peraturan dan undang-undang dan
semangat patriotik.

Oleh itu, dalam menghadapi situasi bilik darjah yang terdiri daripada pelbagai
kaum dan etnik yang mempunyai budaya yang berbeza, seseorang guru hendaklah
membina satu persekitaran bilik darjah yang mesra budaya agar murid dapat melalui
proses pengajaran dan pembelajaran dapat disampaikan dengan berkesan.

1
2.0 PEMBINAAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA

2.1 Kepelbagaian Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran

Menurut Malta Fulop dan Ference Maton (2003) dalam Noriati A. Rashid et. al
(2014), kajian empirikal menmenunjukkan perbezaan antara budaya ada
kaitan dengan jangkaan pembelajaran dan pengetahuan, ontologikal dan
epistomologikal yang mempengaruhi cara berfikir dan cara bertindak. Hal ini
mendorong ke arah perbezaan pencapaian pendidikan.

Justeru, antara tindakan guru dalam merancang dan mengurus


pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan murid daripada kelompok
etnik yang berbeza-beza menerima peluang pembelajaran yang sama adalah
seperti berikut:

a) Memilih murid daripada pelbagai etnik untuk aktiviti berkumpulan dan


tindakan ini menggalakkan perkongsian idea, pandangan dan
pendapat.
b) Melayan kerenah murid dengan adil tanpa membeza-bezakan etnik
dan keturunan murid.
c) Memupuk nilai menghargai budaya etnik lain dengan menonjolkannya
melalui aktiviti pembelajaran.
d) Mengadakan lawatan ke destinasi untuk menyingka sejarah dan
budaya yang dimiliki oleh sesuatu etnik misalnya ke Muzium,
perkampungan orang Asli, Taman Budaya dan sebagainya.
e) Memberikan contoh negara yang musnah akibat daripada
persengketaan dan perpecahan etnik seperti menayangkan
dokumentari dan filem.

Selain itu, menurut Syed Ismail bin Syed Mustafa & Ahmad Subki
Miskon (2010), pelaksanaan aktiviti dapat dikawal mengikut masa yang
ditetapkan, murid diatur supaya peluang pembelajaran berlaku secara adil
dan telus serta ada pengukuhan yang jelas selepas aktiviti dijalankan. Dalam
aktiviti yang dijalankan, guru boleh juga memberi murid ruang untuk
merehatkan minda (Brain Breaks) untuk mengelakkan murid berasa bosan.
Brain Breaks boleh mempertingkatkan pembelajaran dan mengurangkan
kesilapan murid.

2
2.2 Bahan Pengajaran dan Pembelajaran

Pemilihan bahan sumber untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran


memainkan peranan penting dalam memastikan murid pelbagai etnik dapat
belajar dalam suasana menyeronokkan. Guru sepatutnya meraih peluang
dalam mempelbagaikan sumber pengajaran dan pembelajaran melalui
budaya dan etnik muridnya. Kepelbagaian sumber yang berlatarbelakangkan
budaya dan amalan hidup yang berbeza-beza mampu menarik minat murid
untuk mengikut pembelajaran tanpa rasa jemu. Selain menjadikan proses
belajar menyeronokkan, murdi diasuh untuk melihat bukan sahaja perbezaan
yang wujud dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik, sebaliknya turut
mencari persamaan yang dapat dikongsi bersama-sama. Antara tindakan
guru dalam hal ini adalah seperti berikut:

a) Memilih sumber pembelajaran yang mengandungi ciri-ciri budaya


sesuatu etnik bagi memupuk pemahaman dan perkongsian nilai
budaya. Contohnya, makanan pada musim perayaan, adat istiadat
perkahwinan, pantang larang yang menjadi kepercayaan turun-
temurun dan sistem panggilan berdasarkan ‘kinship’.
b) Menggalakkan murid mencari bahan seperti cerita-cerita rakyat, lagu-
lagu rakyat serta artifak-artifak milik sesuatu etnik untuk dikongsi
semasa pembelajaran.
c) Memilih bahan atau seumber pengajaran yang menonjolkan
kepentingan hubungan kemanusiaan tanpa mengira perbezaan etnik.
Guru boleh memilih bahan sumber yang paling sesuai untuk memupuk
perasaan kasih sayang antara etnik melalui penggunaan sumber yang
sesuai seperti melalui cerita, lagu, klip video dan foto.

Syed Ismail bin Syed Mustafa & Ahmad Subki Miskon (2010)
menyatakan kemahiran menggunakan sumber yang sedia ada menjadikan
pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Sumber pengajaran dan
pembelajaran hendaklah lebih relevan dengan hasil pembelajaran serta isi
pembelajaran. Sumber itu dapat mempercepat dan menjimat masa
pembelajaran, menarik minat murid, dan boleh disertai oleh semua murid.
Maklumat daripada sumber berkenaan adalah tepat, pengolahan yang mudah
difahami, senang digunakan dan boleh diubah dan sesuai dengan keadaan
semasa.

3
2.3 Pengurusan Bilik Darjah

Syed Ismail bin Syed Mustafa & Ahmad Subki Miskon (2010) mendefinisikan
bilik darjah sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran,
merupakan tempat terpenting di sekolah. Bilik darjah juga merupakan medan
perjuangan utama kerjaya seorang guru.

Menurut Woolfolk (200: 437) dalam Noriati A. Rashid et. al (2014),


pengurusan bilik darjah adalah perlu untuk mengekalkan persekitaran
pembelajaran yang positif dan produktif.

Menurut Noriati A. Rashid et. al (2014), susun atur bilik darjah


melibatkan kerusi meja tempat duduk murid. Persekitaran bilik darjah mesra
budaya akan wujud apabila murid ditempatkan di tempat duduk yang
dikelilingi oleh rakan-rakan daripada pelbagai etnik. Penyusunan tempat
duduk murid berasaskan keperluan yang relevan dengan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran. Dalam hal ini, guru perlu adil terhadap semua muridnya.
Murid yang memerlukan perhatian guru perlu didekati sekerap yang mungkin.
Murid yang mudah hilang perhatian dan lambat memahami isi pelajaran perlu
diletakkan di hadapan kelas berdekatan dengan meja guru dan papan tulis.

2.4 Penaksiran dan Penilaian Prestasi Pelajar

Merujuk Syed Ismail bin Syed Mustafa & Ahmad Subki Miskon (2010), guru
perlu melaksanakan penilaian terhadap murid berasaskan budaya yang
sesuai dengan situasi di dalam kelas berkenaan. Murid perlu diberi peluang
melakukan aktiviti bersama kaum yang berbeza. Penerapan nilai
bekerjasama dalam subjek akan memudahkan proses penilaian terhadap
murid.

Penilaian berbentuk sumatif boleh digunakan bagi menilai hasil


pembelajaran secara holistik. Murid boleh dinilai dengan cara memberi murid
kebebasan sewaktu menjalani aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta
penaksiran. Guru boleh menyediakan pelbagai aktiviti yang melibatkan
penyertaan semua murid dengan memberikan tugasan yang terdiri daripada
pelbagai aktiviti (Noriati A. Rashid et. al, 2014).

Penilaian dan penaksiran seperti ini memberikan peluang kepada


murid memilih sesuatu tugasan yang bersesuaian dengan gaya pembelajaran
masing-masing serta membina rasa tanggungjawab yang tinggi. Dengan cara

4
ini, murid akan menggunakan perbezaan yang ada pada mereka berdasarkan
perbezaan latar belakang serta kecerdasan pelbagai untuk menyediakan
tugasan tersebut. Perbezaan tersebut menjadikan suasana bilik darjah ceria,
bermakna dan menarik. Guru pula perlu memaparkan sikap terbuka
menerima perbezaan murid sebagai sesuatu yang istimewa dan memaparkan
penghargaan atas kerja murid yang bersungguh-sungguh. Sekiranya suasana
ini dapat diwujudkan di dalam bilik darjah, persekitaran bilik darjah pasti
menjadi bertamabah ceria dan murid akan berasa gembira menghadapi
pembelajaran seharian (Noriati A. Rashid et. al, 2014).

5
3.0 Rancangan Pengajaran Harian (Konsep Mesra Budaya) KSSR: Tahun 2

Rancangan Pengajaran Harian (KSSR)

Mata Pelajaran : Pendidikan Islam (Jawi)

Kelas : Tahun 2 Jujur

Tarikh/Hari : 28 Rabiulakhir 1435H/ 28 Februari 2014

Masa : 10.10 – 10.40 pagi

Bilangan Murid : 20 orang (Lelaki: 9, Perempuan: 11)

Tajuk : Perkataan yang terdiri daripada suku kata terbuka dan


tertutup.

Pengetahuan sedia ada : 1. Murid sudah mempelajari perkataan yang terdiri daripada
suku kata terbuka dan tertutup pada pelajaran yang lalu.

2. Murid telah biasa menggunakan perkataan yang terdiri


daripada suku kata terbuka dan tertutup dalam kehidupan
seharian mereka.

Standard kandungan : 6.1 Membaca, membina dan menulis perkataan yang terdiri
daripada suku kata terbuka dan tertutup.

Standard pembelajaran : 6.1.1 Membaca, membina dan menulis perkataan yang terdiri
daripada suku kata terbuka dan tertutup dengan betul.

Objektif : Selepas pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

1. Menyebut dan membaca perkataan 2 dan 3 suku kata


terbuka dan tertutup dengan betul setelah mendengar sebutan
guru.

2. Membina rangkai kata yang terdiri daripada suku kata


terbuka dan tertutup selepas melihat paparan gambar.

3. Membina sekurang-kurangnya 2 ayat menggunakan rangkai


kata yang terdiri daripada suku kata terbuka dan tertutup
setelah mendengar penerangan guru.

6
Kemahiran berfikir : Membezakan bilangan suku kata yang ada di dalam sesuatu
perkataan.

Gabung Jalin : Ibadah (memilih makanan yang halal)

Penyerapan : Bahasa Melayu- sebutan mengikut intonasi yang betul.

Penerapan Nilai : Khusyuk,Kerjasama, bersungguh-sungguh, prihatin.


Menghargai

Elemen Merentas Kurikulum (EMK) :

1. Teknologi maklumat : Penggunaan ICT

2. Keusahawanan : Murid bekerjasama dan


mempunyai daya saing untuk menghasilkan kerja
berkumpulan.

3. Daya Kreativiti & Inovasi : Murid memberi contoh nama


makanan tradisional kaum di Malaysia yang terdiri daripada
suku kata terbuka dan tertutup.

Bahan Bantu Mengajar : Gambar, Kad suku kata, kad perkataan, kotak ajaib, LCD,
projektor, audio, lembaran kerja.

7
Fasa Pengajaran/ Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan
(Masa)

Muqaddimah Bacaan doa penerang hati: 1. Seorang murid diminta oleh guru untuk Adab berdoa

ِ ‫حيْم‬ َّ ‫سم ِ اللَّهِ َّالرمْح َ ٰ ِن‬


ِ ‫الر‬ ْ ِ‫ب‬
(2 minit) mengetuai bacaan doa. - Khusyuk berdoa.
2. Murid-murid lain diminta mengaminkan

ِ ‫ح ع َلَيْنَا‬ َّ ُ‫اَللَّه‬
bacaan doa.
‫ك‬ َ َ ‫مت‬َ ْ ‫حك‬ ْ َ ‫م افْت‬ 3. Semua murid membaca kalimah

ِ ‫وَانْشُ ْر عَلَيْنَا‬
syahadah bersama-sama.
َ ِ ‫مت‬
‫ك‬ َ ‫ح‬
ْ ‫ن َر‬ ِ ِ ‫ن خ ََزائ‬ ْ ‫م‬
.‫ن‬ َ
َ ْ ‫مي‬
ِ ‫ح‬ِ ‫الرا‬
َّ ‫م‬ َ ‫ح‬
َ ‫يَا أ ْر‬
Lafaz syahadah:
َ َ َ
ُ ‫ه إِال َّ اللَّه وَ أشْ هَد‬
َ ‫ن ال َ إِل‬
ْ ‫أشْ هَد ُ أ‬
.‫ل اللَّه‬ ُ ْ‫سو‬ َ
ُ ‫مد ً َّر‬َّ ‫ح‬َ ‫م‬
ُ ‫ن‬ َّ ‫أ‬

1. Fasa Persediaan (10 minit)

8
1.1 Pemerhatian Gambar beberapa makanan tradisional pelbagai 1. Murid dipaparkan gambar pelbagai * Gambar yang sesuai
Set Induksi kaum di Malaysia. makanan tradisional pelbagai kaum di dengan kaum yang ada
(3 Minit) Malaysia yang disebut dengan suku kata di dalam kelas.
terbuka dan suku kata tertutup.
 Guru memilih gambar Kecerdasan : Visual
makanan yang sesuai dengan
semua etnik, bangsa dan budaya Kaedah: Soal jawab
murid di dalam kelas.
Bahan bantu: Gambar
pelbagai makanan
2. Soal jawab antara guru dengan murid
tradisional kaum
mengenai paparan gambar-gambar
tersebut.
EMK: TMK-
Soalan: 3. Murid menjawab soalan guru.
penggunaan ict.
1. Apa yang kamu lihat tentang gambar ini?  Guru tidak boleh memilih
2. Bolehkah kamu sebutkan nama-nama satu-satu kaum atau bangsa sahaja
makanan tradisional pelbagai kaum di Malaysia untuk menjawab soalan guru.
yang dinyatakan tadi?
4. Jawapan murid dikaitkan dengan tajuk
3. Adakah makanan tersebut dimakan oleh
pelajaran hari ini.
semua kaum?
 Semua murid boleh
berkomunikasi dengan baik tanpa
mengira perbezaan bangsa dan
budaya.

9
1.2 Analisis Suku kata terbuka + suku kata tertutup Nilai: Bersungguh-
1. Murid ditayangkan beberapa kad suku
Langkah 1 sungguh

‫باكو‬ ‫كو‬
kata dihadapan kelas.
(5 minit)
‫ب‬ 2. Murid mendengar sebutan guru.
Kaedah: Pengulangan
= +
‫ل‬ ‫ل‬ ‫ا‬ 3. Murid diminta untuk menyebut suku
kata terbuka dan tertutup yang
Bahan bantu: Kad suku

‫بول‬ ‫لن‬ ‫ب‬ ditayangkan


kelas,
dihadapan
berkumpulan
kelas
dan
secara
individu
kata
= + Penyerapan: Bahasa
‫ن‬ ‫و‬ (*(meliputi semua kaum di dalam kelas)
4. Sebutan murid dan ejaan murid
Melayu- sebutan guna
intonasi yang betul.

‫ مغ = لمغ‬+ ‫ل‬
dibetulkan oleh guru.
5. Murid diminta mengulang-ulang
*Individu yang dipilih
sebutan secara kelas, berkumpulan dan
untuk membaca
individu.
perlulah mewakili
semua kaum yang ada
di dalam kelas.

2. Fasa Imaginasi (10 minit)

2.1 Penjanaan Rangkai kata: 1. Murid dibahagikan kepada beberapa Bahan bantu
Idea kumpulan. mengajar: kad
Langkah 2 2. Setiap kumpulan diberi beberapa kad perkataan

10
(7 minit) perkataan dan gambar.
3. Setiap kumpulan perlu berbincang Kaedah:

untuk mencantumkan beberapa kad perbincangan


Nilai: bersungguh-
perkataan supaya menjadi rangkai kata
sungguh
yang sesuai.
4. Setiap ahli perlu bekerjasama untuk
EMK: Keusahawanan
menyesuaikan hail gabungan rangkai
- Murid bekerjasama
kata dengan gambar yang betul dalam dan mempunyai daya
masa 3 minit. saing untuk
5. Murid diminta untuk mempamerkan menghasilkan kerja
hasil di hadapan kelas. berkumpulan.

* Setiap kumpulan
yang dibahagikan
perlu ada semua
kaum yang terdapat di
dalam kelas tanpa
mengenepikan mana-
mana kaum.

11
Membina ayat berdasarkan rangkai kata:
2.2 Sintesis Idea 1. Murid diberikan satu kotak ajaib oleh guru Nilai: Bersungguh-

‫ناسي‬ ‫روتي‬
Langkah 3 yang mengandungi kad-kad rangkai kata. sungguh, prihatin.
(15 minit) 2. Murid diperdengarkan lagu sehingga

‫لمق‬ ‫خاناي‬ kotak ajaib bertukar tangan sehinggalah


lagu berhenti.
Bahan Bantu: kotak
ajaib, kad rangkai
‫ناسي‬ ‫كوءيه‬ 2. Murid yang masih memegang kotak ajaib kata.
diminta mengambil satu kad rangkai kata di
‫برياني‬ ‫باكول‬ dalam kotak tersebut. Kaedah: Permainan

‫لفت‬ ‫كوءيه‬ 3. Murid diminta untuk membina satu ayat


berdasarkan rangkai kata yang diperoleh
‫فيسغ‬ ‫بولن‬ melalui kotak ajaib tersebut.
4. Murid dibantu oleh rakan-rakan untuk
memberikan ayat.
5. Jawapan murid diperbetulkan oleh guru.
6. Permainan diteruskan sehingga rangkai

12
kata selesai.

3. Fasa Perkembangan (10 minit)

3.1 Lagu: Siapa saya? 1. Murid diminta bersedia untuk menyanyi Kaedah: Nyanyian
Penambahbaikan Siapa saya? Siapa saya? lagu bersama-sama. Bahan bantu:
Langkah 4 Saya roti, saya roti. Gambar, LCD, audio
(5 minit) Sebutlah nama, sebutlah nama. 2. Murid mendengar audio alunan lagu “Are Nilai: Kerjasama dan
Saya roti canai, roti canai. You Sleeping”. bersungguh-sungguh.
* ulang lagu menggunakan rangkai kata nama 3. Murid mengikut alunan lagu “Are * Kerjasama dan
makanan tradisional yang berbeza. Sleeping” pada lirik lagu “Siapa Saya” kesungguhan murid
menggunakan satu rangkai kata makanan dalam menyanyikan
tradisional yang dipaparkan oleh guru lagu secara beramai-
dihadapan kelas. ramai tanpa mengira
4. Murid mengulang lagu menggunakan kaum dan budaya.
rangkai kata yang lain.

3.2 Penilaian 1. Sumbang saran lagu yang dinyanyikan. Kaedah: sumbang


Langkah 5 2. Guru merumus dan menilai nyanyian saran
(5 minit) murid. Nilai: menghargai
makanan tradisional
pelbagai kaum.

4. Fasa Tindakan (8 minit)

13
4.1 Pelaksanaan Penutup Kognitif  Murid diminta menyebut kembali Pentaksiran: Soalan
Rumusan dan kesimpulan perkataan suku kata terbuka dan Lisan
tertutup.

4.2 Amalan Penutup Sosial: - Murid dinasihati agar Gabung jalin: ibadah-
Berterusan menghargai makanan setiap kaum memilih makanan
yang pelbagai di Malaysia dan yang halal.
mengamalkan adab makan semasa Nilai: menghargai
makan. makanan tradisional
Kerja lanjutan:
pelbagai kaum.
Bahan Bantu:
- Murid diberi lembaran kerja
Lembaran kerja
untuk kerja lanjutan.

Refleksi kendiri:

Ulasan guru pembimbing:

Ulasan pensyarah:

14
4.0 Laporan Ringkas Pelaksanaan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Pada 28 Februari 2014 yang lalu, saya dan kumpulan saya telah menjalankan satu
pengajaran dan pembelajaran bagi matapelajaran Pendidikan Islam tahun dua bagi
bidang jawi. Tajuk yang diajar oleh kami adalah perkataan yang terdiri daripada suku
kata terbuka dan tertutup.

Kami telah memilih kaedah tertentu dalam pelaksanaan aktiviti pengajaran


dan pembelajaran kami iaitu kaedah soal jawab, pengulangan, perbincangan,
permainan, sumbang saran, dan juga nyanyian. Kaedah-kaedah yang digunakan ini
adalah bersesuaian dengan konsep persekitaran bilik darjah yang mesra budaya.

Dalam aktiviti set induksi kami telah memaparkan gambar pelbagai makanan
tradisional pelbagai kaum di Malaysia yang disebut dengan suku kata terbuka dan
suku kata tertutup kepada semua murid di dalam kelas. Strategi berpusatkan bahan
iaitu gambar dilaksanakan. Kami telah memilih gambar makanan yang sesuai
dengan semua etnik, bangsa dan budaya murid di dalam kelas. Semasa aktiviti soal
jawab berlaku mengenai paparan gambar-gambar tersebut, kami tidak memilih satu-
satu kaum atau bangsa sahaja untuk menjawab soalan, malah, semua murid
dibenarkan menjawab soalan. Kesan daripada kaedah dan aktiviti soal jawab ini
adalah semua murid boleh berkomunikasi dengan baik tanpa mengira perbezaan
bangsa dan budaya.

Seterusnya dalam fasa analisis, kami telah menggunakan kaedah


pengulangan. Dalam kaedah ini, kami menayangkan beberapa kad suku kata
terbuka dan tertutup di hadapan kelas. Strategi berpusatkan murid dijalankan di
mana kami telah meminta murid menyebut dan mengulang suku kata terbuka dan
tertutup yang ditayangkan dihadapan kelas secara kelas, berkumpulan dan individu.
Aktiviti pengulangan ini meliputi semua kaum di dalam kelas. Manakala, bagi
beberapa murid yang dipilih secara individu untuk membaca dan mengulang suku
kata terbuka dan tertutup itu perlulah mewakili semua kaum yang ada di dalam kelas.

Selain itu, dalam fasa penjanaan idea pula, kami telah menggunakan kaedah
perbincangan di dalam kumpulan. Kesemua kumpulan yang dibahagikan perlu ada
semua kaum yang terdapat didalam kelas tanpa mengenepikan mana-mana kaum.
Kemudian, setiap kumpulan diberi beberapa kad perkataan dan gambar dan perlu
berbincang untuk mencantumkan kad-kad perkataan supaya menjadi rangkai kata
yang sesuai. Strategi berpusatkan murid dan bahan digunakan dalam fasa ini.

15
Kesannya, aktiviti perbincangan di dalam kumpulan telah membuatkan murid dapat
bekerjasama dan mempunyai daya saing untuk menghasilkan kerja berkumpulan.

Di samping itu, dalam fasa sintesis idea pula, kami telah menggunakan
kaedah permainan kotak ajaib. Dalam aktiviti permainan ini, murid diberikan satu
kotak ajaib yang mengandungi kad-kad rangkai kata. Kemudian, murid
diperdengarkan lagu sehingga kotak ajaib bertukar tangan sehinggalah lagu berhenti.
Murid yang masih memegang kotak ajaib diminta mengambil satu kad rangkai kata di
dalam kotak tersebut. Murid diminta untuk membina satu ayat berdasarkan rangkai
kata yang diperoleh melalui kotak ajaib tersebut. Mana-mana murid yang tidak dapat
membina ayat menggunakan rangkai kata dibantu oleh rakan-rakan mereka. Nilai
kerjasama dan prihatin terhadap rakan tanpa mengira kaum atau etnik dapat dilihat
dalam aktiviti ini. Strategi yang digunakan adalah berpusatkan bahan dan murid.

Manakala, dalam fasa perkembangan pula, kami menggunakan kaedah


nyanyian untuk aktiviti penambahbaikan. Murid mengikut alunan lagu “Are Sleeping”
pada lirik lagu “Siapa Saya” menggunakan rangkai kata makanan tradisional yang
dipaparkan dihadapan kelas. Aktiviti nyanyian ini memupuk kerjasama dan
kesungguhan murid dalam menyanyikan lagu secara beramai-ramai tanpa mengira
kaum dan budaya. Strategi yang digunakan adalah strategi berpusatkan murid dan
bahan.

Dalam fasa penilaian, kami menggunakan kaedah sumbang saran dan


strategi berpusatkan guru yang mana kami telah merumus dan menilai nyanyian
murid. Kami juga telah menyarankan murid agar menghargai makanan tradisonal
pelbagaian kaum yang ada di malaysia.

Semasa melaksanakan pengajaran ini, saya dan rakan-rakan mendapat


banyak ilmu baharu terutamanya dalam pembinaan persekitaran bilik darajah yang
mesra budaya di sekolah. Kami mendapati bahawa walaupun terdapat pelbagai
kaum atau etnik di dalam sesebuah kelas, maka seseorang guru perlulah kreatif
dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kami mestilah
menggunakan bahan sumber yang bersesuaian dengan semua kaum atau etnik
yang terdapat di dalam kelas tersebut, dan bukannya hanya menggunakan bahan
yang khusus untuk kaum atau etnik tertentu sahaja. Malahan, kami juga turut
mengetahui tentang kepentingan menjalankan aktiviti secara berkumpulan dan setiap
kumpulan mestilah terdiri daripada setiap kaum atau etnik yang ada di sesebuah
kelas tersebut. Hal ini demikian kerana aktiviti berkumpulan ini akan melibatkan
interaksi antara murid yang pelbagai kaum di dalam kelas tersebut.

16
Implikasi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran ini menjadikan kami
semakin kreatif dalam mempelbagaikan aktiviti yang menarik di dalam pengajaran
kami. Bahkan, kami juga dapat menimba ilmu tentang pengawalan kelas semasa
mengadakan aktiviti pengajaran. Selain itu, pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran ini telah menambahkan ilmu pengetahuan kami. Kami sedar bahawa
latar belakang budaya murid mempengaruhi pembelajaran mereka. Justeru, kami
sebagai bakal guru hendaklah memahami terlebih dahulu latar belakang budaya
murid untuk memudahkan kami membina strategi pengajaran dan pembelajaran
yang efektif.

Kesimpulannya, aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah kami


lakukan adalah menepati dengan konsep mesra budaya kerana kami telah
melibatkan semua murid yang terdiri daripada pelbagai kaum di dalam kelas tersebut
dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran kami. Kami juga melibatkan murid
yang pelbagai kaum secara main peranan di dalam aktiviti berkumpulan.

17
BIBLIOGRAFI

Abdul Ghaffar bin Mohd Din. 2003. Prinsip dan Amalan Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Ahmad Mohd Salleh. (2011). Kurikulum, Metodologi, dan Pedagogi Pengajian Islam. Shah
Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Atan Long. (1992). Pedagogi Kaedah Am Mengajar. Petaling Jaya: Amiza Publishing Sdn.
Bhd.

Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral. (2002). Sukatan Pelajaran. Selangor:
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral. (2002). Huraian Sukatan Pelajaran.
Selangor: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Ghazali Darussalam. (2001). Pedagogi Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Utusan


Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Hasanah Binti Yahya, Zarina Binti Mahyuddin, & Mohd Nasir Bin Irshad. (2011). Pendidikan
Islam Tahun 2 Buku Teks. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. (2005). Buku Panduan Guru P & P Pendidikan Islam
Hadhari Tahun 2. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Melissa Ching & Adnan Baharom. (2011). Budaya dan Pembelajaran. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mohd Zaini Bin Yahya et. al. (2012). Pendidikan Islam Tahun 3 Buku Teks. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noriati A. Rashid et. al. (2014). Budaya dan Pembelajaran. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn.
Bhd.

Syed Ismail Bin Syed Mustapa & Ahmad Subki Bin Miskon. (2010). Budaya dan
Pembelajaran. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

18
LAMPIRAN

19

You might also like