You are on page 1of 2

KUIZ 1

SEM JULAI 2021/2022

Soalan

Negara kita dilanda krisis kepimpinan sejak akhir-akhir ini. Berkaitan dengan perkara ini,
bagaimana pendirian dan tahap profesionalisme penjawat awam? Berikan pandangan serta
hujah yang menyokong pendirian anda.
(5 markah)

Sejak akhir-akhir ini negara kita dilanda krisis kepimpinan yang benar-benar
mengecewakan rakyat. Perkara seperti ini seharusnya tidak berlaku di negara kita kerana
negara kita merupakan negara contoh untuk negara sedang membangun di peringkat
antarabangsa dimana sedikit sebanyak menjejaskan pandangan negara luar terhadap imej
pentadbiran untuk negara Malaysia.

Isu yang ditimbulkan baru-baru ini adalah perebutan kuasa politik melebihi daripada
melaksanakan urusan berkaitan menangani wabak Covid-19. Perkara seperti ini telah
meruncingkan orang ramai dan sedikit sebanyak menggangu tahap profesionalisme penjawat
awam untuk menerima, mengatur dan menjalankan tugas yang lebih efisien.

Setelah perubahan tampuk pentadbiran negara beberapa kali dalam kurang daripada 3
tahun, ianya dilihat telah menguji tahap profesionalisme di seluruh kakitangan kerajaan. Hal
ini adalah kerana penjawat awam yang berkhidmant di bawah pentadbiran kerajaan perlu
menyesuaikan diri dengan manifestasi daripada kerajaan yang baharu.

Namun hal yang demikian, pihak penjawat awam tetap berpegang teguh pada
pendirian dengan menyokong dan bersama-sama dengan pihak kerajaan dalam melaksanakan
manifestasi yang diinginkan terlaksana. Hal ini menunjukkan betapa setianya kejujuran,
keikhlasan dan sikap profesionalisme yang telah ditunjukkan oleh penjawat awam biarpun
pelbagai pihak yang telah mentadbir negara.

Dalam huraian ini dapat digambarkan bahawa isu intergriti dari pihak penjawat awam
tidak boleh dipertikaikan sewenang-wenangnya malah ianya menjadi pertaruhan yang
penting bagi memelihara intergriti yang telah diterapkan didalam diri penjawat awam biarpun
dari pihak mana yang memerintah negara.
Penjawat awam yang telah dilantik untuk berkhidmat kepada pihak kerajaan sehingga
pencen seharunya juga bijak dalam memainkan peranan agar melaksanakan setiap dasar dan
polisi yang telah diperkenalkan telah melalui proses pertimbangan yang jelas agar tidak
berlaku salah urus tadbir, supaya urusan pentadbiran dapat diperincikan dengan lebih jelas.

Dengan adanya ‘guideline’ ini, ianya dapat membantu penjawat awam


memperlihatkan sikap profesionalisme yang tinggi dan mampu meyakinkan rakyat
meletakkan harapan yang tinggi bagi merealisasikan impian dan perubahan dasar yang
diinginkan oleh kerajaan.

Oleh itu penjawat awam pada zaman sekarang hendaklah menggunakan kesempatan
yang ada untuk membuktikan bahawa sikap profesionalisme yang bermutu mampu untuk
membaiki ketirisan serta kelemahan imej penjawat awam agar terus terpelihara.

You might also like