You are on page 1of 26

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ST PAUL

BEAUFORT

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 2

TAJUK: JENIS-JENIS PENGANGKUTAN DI


PEKAN BEAUFORT
DISEDIAKAN OLEH:
Daniel Julian Yeo
Tingkatan 2A
Tarikh Hantar: 1/12/2022

1
Isi kandungan
Bilangan Isi kandungan Muka surat
1. Halaman 1
2. Isi kandungan 2
3. Penghargaan 3
4. Pendahuluan 4
5. Objektif kajian 5
6. Kawasan Kajian 6
7. Kaedah kajian 7
8. Hasil kajian 8-21
9. Rumusan 22
10. Sumber Rujukan 23-24

2
PENGHARGAAN

Saya amat berterima kasih kepada tuhan kerana dapat


menyiapkan kerja kursus Geografi bagi memenuhi
kriteria saya sebagai seorang pelajar Tingkatan 2A bagi
tahun 2022 dalam masa yang telah ditetapkan.

Saya,Daniel Julian Yeo ingin mengucapkan ribuan


terima kasih kepada guru mata pelajaran Geografi saya,
Cikgu Zahrin di atas tunjuk ajar tanpa putus asa kepada
saya untuk menyiapkan kajian ini. Saya juga
mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya
kerana telah memberi dorongan dan galakan demi
memastikan kajian dijalankan dengan sempurna.

Seterusnya, terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan


saya yang telah banyak memberikan informasi dan
maklumat yang sewajarnya kepada saya bagi
menyempurnakan kerja kursus di waktu PdPR ini.
Walaupun sekarang kita didepani dengan pendemik
COVID-19.

3
PENDAHULUAN

Saya telah menjalankan kajian tentang pengangkutan


awam di Beaufort, Sabah.

Saya memilih tajuk ini kerana kebanyakan penduduk di


sini menggunakan pengangkutan awam seperti bas,
kereta api dan teksi untuk ke sesuatu tempat.
Tambahan pula, kawasan kajian saya ini merupakan
tempat laluan utama pengangkutan awam.

Saya menjalankan kajian ini selama enam minggu


bermula pada bulan November sehingga bulan
Disember. Pengumpulan data dan maklumat dilakukan
selepas waktu persekolahan. Manakala, penulisan
laporan kerja lapangan di Microsoft Words dilakukan di
bilik darjah pada waktu pengajaran dan pembelajaran
mata pelajaran Geografi.

4
OBJEKTIF KAJIAN

Saya menjalankan kerja lapangan di Beaufort, Sabah


bertujuan untuk:

 Mentakrif dan menghuraikan konsep pengangkutan


awam.

 Menyatakan dan menghuraikan jenis pengangkutan


awam.

 Menyatakan dan menghuraikan kepentingan


pengangkutan awam di kawasan
kajian.

 Menghuraikan masalah perkembangan


pengangkutan awam di kawasan kajian.

 Menghuraikan cadangan untuk mengurangkan


masalah pengangkutan awam di kawasan kajian.

5
KAWASAN KAJIAN

Beaufort merupakan salah sebuah bandar dan juga


daerah di Bahagian Pedalaman, , Malaysia. Ia
dinamakan sempena bekas Gabenor Britain, Leicester
Paul Beaufort. Penduduknya dianggarkan sekitar
12,742 pada 2010. Di pekan ini terdapat rumah kedai
yang telah dibina sejak zaman British lagi. Pada asalnya
pekan dan daerah ini ditubuhkan bagi membantu
meningkatkan ekonomi pendalaman Borneo
Utara. Pada awalnya aktiviti ekonomi daerah ini
berdasarkan getah. Semasa Perang Dunia II, ia
merupakan salah satu tapak pertempuran antara tentera
Jepun dan Australia di Sabah

6
KAEDAH KAJIAN

 Pemerhatian: Saya menggunakan kaedah ini untuk


mengetahui jenis pengangkutan di kawasan kajian

 Rujukan: Saya menggunakan Internet untuk


mendapat cadangan untuk mengurangkan masalah
pengangkutan awam dan huraian konsep
pengangkutan awam. Saya juga mencari gambar
yang berkenaan tentang topik kerja krusus ini di
Internet.

7
KONSEP PENGANGKUTAN
AWAM

Menurut Wikipedia, pengangkutan awam atau transit


awam merangkumi segala sistem pengangkutan yang
mana penumpang tidak bergerak menggunakan
kenderaan sendiri. Meskipun istilah-istilah tersebut
secara amnya dianggap sebagai perkhidmatan rel dan
bas manakala definisi yang lebih luas merangkumi
perkhidmatan penerbangan berjadual, feri, teksi dan
sebagainya.

Kebanyakkan sistem pengangkutan awam berjalan di


sepanjang laluan yang telah ditetapkan dengan titik
embarkasi atau berlepas yang mempunyai jadual waktu
yang telah ditetapkan. Kebanyakkan
penumpang bergerak dalam lingkungan kawasan
tempatan di antara rumah mereka dan tempat kerja,
pusat beli-belah atau institusi pendidikan.

JENIS PENGANGKUTAN
AWAM DI KAWASAN KAJIAN

Rapid KL di Kuala Lumpur, Malaysia

8
Melalui pemerhatian saya, terdapat 3 jenis
pengangkutan di Kawasan kajian saya iaitu bas, teksi
dan kereta api. Terdapat juga e-panggilan yang saya
baru diketahui melalui iklan-iklan yang ditampal pada
pokok-pokok di tepi jalan raya.

Pengangkutan bas merupakan pengangkutan awam


yang paling banyak digunakan di kawasa kajian saya
kerana terdapat banyak perhentian bas dan terdiri
daripada bas henti-henti dan bas tambang.

Kebanyakkan pengangkutan teksi berada di luar stesen


kereta api kerana terdapat banayk pengunjung dari
daerah lain yang datang ke Beaufort menggunakan
pengangkutan kereta api yang menghubungi Tanjung
Aru ke daerah Tenom.

Penduduk di Kawasan kajian saya juga menggunakan


satu aplikasi dipanggil perkhidmatan e-panggilan untuk
menaiki kenderaan penumpang seperti “Maxim Car”.

9
10
Stesen kereta api Beaufort

KEPENTINGAN
PENGANGKUTAN AWAM
DI KAWASAN KAJIAN

Kewujudan pengangkutan
Pintu masuk awam di Beaufort,
stesen kereta api Sabah
sangat penting dalam beberapa aspek. Berikut adalah
senaraian kepentingan:

 Membawa penumpang
 Melalui pemerhatian saya, pengangkutan awam
sangat penting dalam membawa penumpang ke
destinasi mereka, terutamanya pengunjung.
Tempat membeli tiket bas dan stesen teksi yang terletak di luar stesen kereta api Beaufort

11
Pengunjung boleh menaiki teksi atau bas dengan
membeli tiket di stesen yang berada di luar stesen
kereta api. Kedua-dua pengangkutan tersebut
dapat membawa ke destinasi yang sama ada jauh
atau di kawasan Beaufort.

 Menghubungi kawasan pedalaman

12
 Semasa saya melayari internet, saya terjumpa satu
artikel yang membincang tentang pengangkutan
kereta api di Beaufort. Artikel itu berkata bahawa
terdapat kereta api yang dinamakan "School Train"
yang disediakan oleh Jabatan Keretapi Negeri
Sabah (JKNS). Kereta api ini akan membawa
murid-murid ke sekolah melalui kawasan kampung
masing-masing seawal jam 5 pagi. Hal ini kerana

MURID sekolah menuruni School Train untuk ke


sekolah masing-masing di pekan Beaufort.
terdapat penduduk perkampungan yang tinggal di
Kawasan pedalaman beaufort dan mereka tidak
dapat dihubungi jalan darat, hanya kereta api
menjadi pengangkutan utama, sama ada ke tempat
kerja di pekan mahu pun urusan seharian termasuk
memasarkan hasil pertanian. Dengan
pengangkutan awam ini, murid-murid dan
penduduk kampung dapat pergi ke sekolah dan
pekan Beaufort dengan lebih mudah.
13
14
 Menjimatkan kos
 Kadar tambang sehala untuk pengangkutan ‘School
Train’ ialah antara 50 sen hingga RM1.20 seorang.
Melalui beberapa rujukan di internet, harga tiket bas
dari pekan Beaufort ke Kota Kinabalu ialah antara
RM10 hingga RM12 manakala teksi pula RM 25.
Harga menaik kereta api pula hanya RM4.80 untuk
tiket sehala.

Saya tidak pasti dengan harga tambangan e-


panggilan di kawasan kajian saya agar Ia baru
diperkenalkan beberapa hari yang lalu. Tetapi (1)
merujuk kepada beberapa ulasan dari internet,
kebanyakka pengguna menyatakan bahawa e-
panggilan “Maxim Car” sangat mura daripada
banyak kemudahan e-panggilan.

Harga naik kereta apidar Beaufort ke Kota Kinabalu merujuk


kepada laman web tersebut

15
Gambar di atas menujukkan harga tambangan kereta api

Perkhidmatan e-panggilan ini juga memberi diskaun jika penunggang


membawa pekerjanya bersama-sama ke tempat kerja mereka dalam satu
kenderaan

16
MASALAH
PERKEMBANGAN
PENGANGKUTAN AWAM

Walaupun pengangkutan awam merupakan pekara


yang penting di kawasan kajian saya, namun ia juga
mewujudkan pelbagai masalah. Antaranya ialah:

 Pencemaran udara
Melalui pemerhatian saya, kebanyakkan bas-bas,
teksi dan kenderaan e-panggilan sudah terlalu
lama. Maka pengangkutan tersebut akan
mengeluarkan asap yang banyak kerana (2)
merujuk kepada beberapa sumber dari internet,
karburetor dalam kenderaan yang lama yang
berperanan untuk mencampurkan udara dan bahan
api tidak berfungsi dengan baik, menyebabkan
karburetor tersebut menghantar terlalu banyak
petrol atau disel ke enjin.

Penggunaan minyak yang lebih murah, iaitu minyak


petrol yang mengandungi plumbum juga digunakan
oleh pengangkutan awam di kawasan kajian saya.
Hal ini juga mengeluarkan asap yang banyak dan
merupakan antara faktor pencemaran udara di
Kawasan kajian saya.

17
 TAMBANG MAHAL
Melalui temu bual dengan ibu saya yang pernah
menaiki teksi dan bas beberapa kali, mereka
berkata bahawa tambangan bas dan teksi semakin
meningkat dari tahun ke tahun.

Sebelum PKP, harga naik teksi adalah RM 15.


Selepas PKP, harganya telah meningkat sehingga
RM 25 untuk tambangan teksi. Sama juga dengan
harga untuk tiket bas. Harga yang asal, iaitu RM10
telah meningkat sehingga RM15 untuk tambangan
bas. Pada pandangan ibu saya, kenaikan harga
yang melampau ini sangat tidak adil kepada
penumpang.

Peningkatan harga minyak merupakan antara faktor yang menyebabkan


harga tambangan pengangkutan awam meningkat

18
 JANGKA MASA LAMA
Melalui temu bual dengan ibu saya juga, mereka
berkata bahawa masa untuk menunggu bas adalah
lebih lama dari sebelumnya. Hal ini mungkin
berlaku kerana bas yang terdapat di kawasan
kajian saya adalah bas henti-henti. Maka pengguna
terpaksa menggunakan dan menunggu bas henti-
henti hampir satu jam lamanya. Ketibaan bas yang
tidak tentu masa juga menyukarkan dan
menyusahkan para penggunanya untuk ke sesuatu
tempat.

 KESESAKAN DALAM BAS


Ibu saya juga mengatakan bahawa ruang dalam
bas kecil. Hal ini menyebabkan keadaan dalam bas
sangat sesak dan penumpang akan berasa tidak
selesa semasa perjalanan mereka.

19
Pencemara
n udara

Masalah
Kesesakan perkembangan Tambangan
pengangkutan
dalam bas awam di mahal
kawasan kajian

Jangka
masa lama

Peta i-Think masalah perkembangan pengangkutan awam di


kawasan kajian

20
CADANGAN UNTUK
MENGURANGKAN MASALAH
PERKAMBANGA PENGANGKUTAN
DI KAWASAN KAJIAN

Masalah yang disenaraikan dari muka surat 16 hingga


18 perlu diatasi dengan segera. Antara cadangan saya
terhadap masalah tersebut ialah:

 MENGGUNAKAN PETROL TANPA PLUMBUM


Melalui pemerhatian saya, pengeluaran asap yang
berlebihan dari bas dan teksi awam boleh
dikurangkan dengan penggunaan petrol tanpa
plumbum. Walaupun pengguanaan petrol ini agak
mahal, tetapi boleh mengurangkan pengeluaran
karbon monoksida dan pencemaran udara di
kawasan kajian saya.

 MEMBAIKI ATAU MENYEDIAKAN KENDARAAN


YANG LEBIH MODEN
Melalui pemerhaian saya, pengangkutan awam di
kawasa kajian saya perlu dibaiki oleh pemandu
atau kerajaan secara percuma untuk mengatasi
masalah karbunetor yang mengeluarkan banyak
asap dari ekzos kenderaan.

21
Kerajaan juga boleh menyediakan kenderaan dan
kereta api yang lebih moden kerana pengangkutan
tersebut juga mampu mengurangan pencemaran
udara di Kawasan kajian saya di samping dapat
meningkatkan keselesaan penumpang dengan
memilih bas yang mempunyai ruang dalaman yang
lebih besar.

Pengangkutan awam yang lebih moden seperti gambar di atas boleh


disediakan oleh kerajaan di kawasan kajian saya

22
 MELANCARKAN BAS RAPID
Melalui rujukan di beberapa laman web, dengan
melancarkan bas rapid di kawasan kajian saya,
pengguna akan berasa lebih selesa di samping tiba
ke destinasi mereka dengan lebih cepat.

Bas rapid merupakan sistem transit berasaskan bas berkapasiti tinggi yang
memberikan perkhidmatan pantas dan cekap yang mungkin termasuk lorong
khusus, laluan bas, keutamaan isyarat trafik, kutipan tambang luar kapal,
platform bertingkat dan stesen yang dipertingkatkan.

 MENGUATKUASA UNDANG-UNDANG
Melalu temu bual dengan ibu saya, pihak kerajaan
perlu menetapkan harga untuk tiket bas dan
tambangan teksi supaya pemandu tidak mengambil
kesempatan untuk meningkatkan harga tambangan
dan tiket dengan berlebihan.

23
RUMUSAN

Kesimpulannya, terdapat 4 jenis pengangkutan di


Beaufort iaitu teksi, e-panggilan, kereta api dan yang
utama ialah bas kerana kawasan kajian saya
mempunyai banyak perhentian bas.

Walaupun perkembangan pegangkutan awam telah


memberi banyak manfaat kepada peduduk di kawasan
kajian saya, namun perkembangan tersebut juga
mewujudkan pelbangai masalah seperti pencemaran
udara, tambangan mahal, jangka masa lama dan
kesesakan dalam bas.

Masalah tersebut boleh diatas dengan pelbagai


cara. Antaranya ialah menggunakan petrol tanpa
plumbum, membaiki atau menyediakan kenderaan
yang lebih moden, melancarkan bas rapid dan
menguatkuasa undang-undang.

Saya amat bangga kerana dapat menyiapkan kerja


krusus ini di samping mendapat ilmu pengetahuan
tentang topik kerja krusus ini. Saya berharap dapatan
kajian ini dapat menyedari penduduk dan mereka akan
mengambil tindakan terhadap masalah tersebut.

24
RUJUKAN

INTERNET
https://www.bharian.com.my/bhplus-old/
2016/01/116108/kereta-api-awal-pagi-disiplinkan-pela

https://pelancongtegar.blogspot.com/2015/11/keretapi-
kk-beaufort-tenom.html

https://www.checkmybus.my/beaufort-my

https://my.busonlineticket.com/booking/beaufort-to-kota-
kinabalu-bus-tickets

https://www.sharifuddinlennon.com/2021/12/panduan-
menaiki-keretapi-sabah.html

https://mrhanafi.com/maxim-malaysia/#Harga_tambang

https://www.facebook.com/1093771954116514/posts/
pfbid0EGS9aZQNF4wPJb9ZDHbRoi9d1KgkfBGAyHEfH
KKyZwGceg7Z92NX5NZoGbqEytSbl/?sfnsn=mo

25
https://www.mof.gov.my/portal/ms/berita/siaran-media/
harga-minyak/harga-runcit-produk-petroleum-bagi-
tempoh-30-jun-2022-hingga-6-julai-2022

https://news.okezone.com/read/
2022/05/02/18/2588552/kereta-bawah-tanah-di-hong-
kong-sistem-paling-modern-di-dunia

https://ms.wikipedia.org/wiki/Rapid_Bus

https://bm.soyacincau.com/2019/11/15/aplikasi-
perancang-perjalanan-bas-rapid-kl-siap-januari-2020-
skg/

m/s 13(1):
https://mrhanafi.com/maxim-malaysia/#Harga_tambang

m/s 15(2): https://www.rac.co.uk/drive/advice/know-


how/engine-smoking-why-its-happening-and-what-to-
do/#:~:text=Older%20cars%20use%20a
%20carburettor,and%20therefore%20producing
%20excessive%20emissions.

26

You might also like