You are on page 1of 11

Disediakan Oleh : Rozaini Abu Bakar Pensyarah KH IPG Kampus Tuanku Bainun

TAJUK-TAJUK PERBINCANGAN HARI INI


DEFINISI PERNIAGAAN PERNIAGAAN DAN ORGANISASI BUKAN PERNIAGAAN PERNIAGAAN DAN KEUNTUNGAN PERNIAGAAN DAN EKONOMI PERNIAGAAN DAN MASYARAKAT FAKTOR-FAKTOR PENGELUARAN MEMENUHI KEPERLUAN DENGAN SUMBER TERHAD PROSES PERNIAGAAN PERNIAGAAN KINI DAN MASA DEPAN

DEFINISI

Aktiviti pembelian dan penjualan barang dan perkhidmatan untuk mendapatkan keuntungan- libat pengeluar, pemborong, peruncit dan pengguna akhir 4 elemen utama barang dan perkhidmatan pertukaran nilai atau wang keuntungan perniagaan memberi kepuasan atau nilai faedah kepada pelanggan Perniagaan= dalam negeri dan antara bangsa

Organisasi Perniagaan dan Organisasi Bukan Perniagaan(OBP)

Perbezaan utama= keuntungan OBP- memikul t/jawab sosial untuk memenuhi keperluan awam- bidang agama, sosial, budaya dan pendidikan Aktiviti dibantu/biayai oleh kerajaan, orang ramai atau pihak yang berkepentingan Objektif OBP- meningkatkan taraf hidup ahli, menjaga kepentingan ahli dan melibatkan ahli dalam aktiviti organisasi Contoh: Perniagaan bermatlamat memaksimumkan keuntungan

Perniagaan dan Keuntungan


Keuntungan merupakan elemen penting dalam perniagaan Untung= Jumlah hasil >jumlah kos Keuntungan terhasil bila pengguna berpuas hati dengan barangan/ perkhidmatan yang ditawarkan/ jika tidak perniagaan akan menanggung kerugian Keuntungan merupakan asas penilaian prestasi organisasi. diberi perhatian berat oleh para pelabur.

Perniagaan dan Ekonomi

Keuntungan perniagaan dapat membantu negara dalam mempertingkatkan ekonomi. Aktiviti jual beli dapat meningkatkan produktiviti dan keluaran negara Organisasi perniagaan yang banyak membuka lebih peluang pekerjaan dan ini dapat meningkatkan taraf hidup dan kestabilan negara Cukai atas keuntungan perniagaan dapat digunakan untuk kemudahan awam kepada rakyat Aktiviti perniagaan punyai hubungan rapat dengan ekonomi.menjadi tugas utama ahli perniagaan memberi perhatian kepada perubahan persekitaran ekonomi

Perniagaan dan Masyarakat

Perniagaan menjalankan t/jawab kepada masyarakat- pengambilan OKU untuk jawatan tertentu memberi peluang mereka bekerja Perniagaan akan sentiasa cuba memenuhi keperluan dan kehendak pengguna Pemeliharaan alam sekitar turut diberi perhatian terutama dalam pengeluaran barang dan perkhidmatan supaya alam sekitar tidak tercemar Perniagaan perlu sedar apa yang baik untuk masyarakat akan memberi kebaikan kepada mereka

Faktor Pengeluaran

Tanah- sumber alam untuk pelbagai aktiviti perniagaanpertanian, pelombongan, pembalakan dsb.pemilihan lokasi perlu diberi perhatian Buruh- tenaga kerja=aset penting-tiada buruh pengeluaran agak sukar. Pemilihan harus bersesuaian dengan kerja-kerja yang akan dijalankan Perlu beri peluang buruh tempatan berbanding buruh luar Modal- dalam pelbagai bentuk-penggunaan modal membolehkan pengeluaran menjadi lebih cekap, pantas dan berkesan Usahawan- merealisasikan tujuan perniagaan/ dengan mengambil risiko dan kemahiran pengurusan, usahawan mengembeling faktor lain untuk pengeluaran

Memenuhi Keperluan dengan Sumber Terhad

Kehendak pengguna tiada batas. Pengeluar akan cuba memenuhi semua kehendak ini. Namun sumber tenaga dan wang memberi kekangan terhadap usaha ini Dalam mengimbangi kehendak manusia beberapa perkara perlu diberi perhatian memberi keutamaan kepadap pengeluaran yang memberi pulangan yang banyak menggunakan sumber dengan bijak dan cekap memenuhi keperluan setiap lapisan masyarakat menabung untuk masa depan/ tidak memaksimumkan penggunaan masa kini

Proses perniagaan

Tiga proses utama Proses mengenal pasti dan membangunkan barangan Proses menukar sumber asas kepada barangan Proses pengeluaran barangan kepada pengguna

Perniagaan Kini dan Masa depan


Permintaan pasaran, taraf hidup dan kedudukan ekonomi penduduk setempat memainkan peranan penting kepada kejayaan perniagaan Cara hidup moden dan kedudukan kewangan yang kukuh membolehkan pengguna membuat pemilihan yang dapat menepati cita rasa mereka- perniagaan perlu lebih peka dan kreatif terhadap perkembangan ini Perkembangan dalam bidang komunikasi dan teknologi maklumat membolehkan pengguna mendapat maklumat terkini dan kewujudan perdagangan elektronik/ persaingan yang lebih sengit Perlu kenalpasti cabaran- kekurangan sumber/ globalisasi/ ledakan sistem maklumat/ perubahan sistem ekonomi dan peningkatan t/jawab sosial Keupayaan perniagaan menyesuaikan dengan cabaran akan memastikan penerusan dan pertumbuhan sesebuah perniagaan/ gagal-akan lenyap

You might also like