You are on page 1of 3

950405-08-5292

PENGENALAN

Hutan didefinasikan sebagai suatu formasi yang dikuasai oleh pokok. Perkataan hutan
biasanya merujuk kepada tiga konsep yang berlainan. Konsep yang pertama ialah hutan
merujuk kepada dirian pokok atau tumbuh-tumbuhan yang menyerupai pokok. Konsep kedua
pula menyatakan hutan merujuk kepada seluruh komuniti tumbuh-tumbuhan dan haiwan
yang dikuasai oleh pokok. Menurut konsep ketiga, hutan merupakan seluruh sistem komuniti
yang dikuasai oleh pokok yang berfungsi , termasuk substrat abiotik dan persekitaran
atmosferanya. Hutan hujan adalah komuniti tumbuhan yang padat dengan pokok-pokok yang
mempunyai adaptasi terhadap kelembapan di mana ia mempunyai daun-daun yang lebar
walaupun saiz daun bukanlah ciri utama dalam pembentukan jenis hutan hujan. Hutan
mempunyai jasa yang besar bagi kehidupan makhluk yang hidup terutama manusia. Salah
satu jasa hutan adalah mengambil karbon dioxsida dari udara dan menggantikannya dengan
oksigen yang diperlukan oleh makluk lain. Maka hutan digelar paru-paru dunia.

Hutan mempunyai pelbagai manfaat yang boleh digunakan oleh manusia dan haiwan-haiwan.
Malah hasil hutan dapat dijadikan sumber ekonomi negara yang tinggi nilainya. Hasil hutan
boleh dijual menjadi pelbagai barangan yang bermutu tinggi dan bernilai, Melalui fungsi
klimatologis, hutan dapat mengatur ilkim. Malah hutan juga berfungsi sebagai paru-paru
dunia yang menghasilkan oksigen bagi kehidupan. Manfaat yang diperoleh daripada fungsi
Hidrolis ialah hutan dapat menampung air hujan di dalam tanah melalui akar-akar pokok
yang hidup subur. Malah , manfaat yang diperoleh melalui fungsi ekologi ialah mampu
mencegah geseran tanah dan banjir serta mampu menjaga dan mempertahankan kesuburan
tanah kawasan sekeliling.

Sejak Malaysia semakin mengorak langkah ke arah negara maju membangun, pelbagai
kegiatan berlaku untuk memperoleh kemajuan yang setanding dengan negara lain. Salah satu
kegiatan yang dilakukan ialah penebangan kawasan hutan. Pembinaan kawasan perumahan
dan bangunan-bangunan yang tinggi menyebabkan banyak kawasan hutan terpaksa ditebang.
Kepesatan industri pelancongan menyumbang kepada kemusnahan hutan. Pembukaan tempat
pelancongan baru memerlukan banyak bangunan didirikan. Ini termasuklah pembinaan
950405-08-5292

prasarana seperti jalan raya untuk menghubungkan tempat pelancongan dengan kawasan
bandar. Pembangunan yang terjadi secara mendadak dan tidak terancang di kawasan
pelancongan akan memusnahkan ekosistem hutan tersebut. Aktiviti pembalakan haram juga
semakin berleluasa sejak kebelakangan ini. Aktiviti ini dijalankan secara tidak terancang dan
salah di sisi undang-undang semata-mata untuk mendapatkan sumber kayu-kayan untuk
mengaut keuntungan dengan jalan mudah. Hal-hal sebegini yang akan menyebabkan
kepupusan flora dan haiwan-haiwan kehilangan habitat mereka. Contohnya, aktiviti
pembalakan yang berlaku du Pulau Redang dan Kuala Terengganu.

Terdapat beberapa langkah yang telah diambil oleh kerajaan bagi mengawal aktiviti
penebangan hutan. Salah satu daripadanya adalah melalui perundangan. Dasar Pehutanan
Negara 1978 telah mengistiharkan hutan simpan kekal untuk mewujudkan hutan
perlindungan, hutan berhasilkan dan hutan lipur. Akta Perhutanan Negara 1984 dan Akta
Industri Berasaskan Kayu 1985 telah menggariskan beberapa larangan.antara larangan yang
dikenakan adalah larangan memasuki hutan simpan kekal, serta menebang, memotong dan
memindahkan sebarang hasil hutan dan mineral. Orang ramai tidak dibenarkan untuk
membersihkan apa-apa tanah untuk tujuan tanaman selain dilarang menggunakan sebarang
bahan beracun dan letupan nabi tujuan menagkap ikan, memburu dan menembak haiwan liar.

Pengurusan Hutan Strategik adalah salah satu langkah yang efektif untuk mengawal aktiviti
penebangan hutan. Terdapat dua sistem yang diperkenalkan iitu Sistem Sebaya Malaya dan
Sistem Tebangan Memilih. Sistem-sistem ini amat menitikberatkan kaedah penebangan hutan
secara sistematik dan berjadual. Dalam Sistem Sebaya Malaya, hanya pokok yang
mempunyai nilai dagangan dalam sesuatu operasi dan tempoh pusingannya adalah di antar
60-80 tahun yang akan ditebang. Dalam Sistem Tebangan Memilih, satu invertori hendaklah
dibuat dikawasan yang hendak ditebang,

Selain itu, pendidikan alam sekitar juga telah dipraktikkan dalam usaha mengawal aktiviti
penebangan hutan. Langkah ini telah dilaksanakan dalam dua peringkat iaitu formal dan tidak
formal. Kurikulum formal diajar dalam Geografi dan subjek lain untuk meningkatkan
kesedaran pelajar terhadap kepentingan hutan. Pada peringkat tidak formal, aktiviti yang
diadakan adalah dalam bentuk kempen kesedaran seperti “Kempen Mencintai Hutan Kita”,
The Green World” dan lain-lain lagi. Malaysia juga banyak menjalinkan kerjasama dengan
950405-08-5292

negara-negara serantau dan pertubuhan-pertubuhan lain seperti ASEAN dan turut menyertai
Program Alam Sekitar Malaysia. Program silvikultur pula adalah satu cara pemulihan hutan
dan penggantian yang teratur. Salah satu daripadanya adalah projek ladang hutan
kompensatori yang bertujuan membekal n=bahan kayu industri dan memenuhi keperluan
tempatan.

Kesimpulannya, penebangan hutan yang semakin berleluasa di Malaysia ini haruslah


ditandangi dengan segera. Kerajaan dan orang ramai haruslah berganding bagu dan bersama-
sama memikirkan idea-idea yang lebih kritis untuk mengawal masalah ini. Hutan-hutan di
negara ini perlu diselamatkan supaya alam sekitar ini tidak terjejas dan generasi-generasi
akan datang dapat mewarisi alam sekitar yang bersih, sihat dan selamat. Bagi mengatasi
masalah ini, faktor pemyumbang haruslah dikaji dengan lebih mendalam terlebih dahulu.
Kesedaran orang ramai terhadap kepentingan hutan juga haruslah ditingkatkan. Slogan
“Cintailah Hutan Kita” haruslah dipraktikka, bukannya sekadar kata-kata kosong sahaja.

You might also like