You are on page 1of 5

Isi-Isi Penting :

Peperangan membawa kemusnahan kerana :


- memusnahkan harta benda.
- mengorbankan banyak nyawa.
- memusnahkan alam sekitar.
- memincangkan perjalanan ekonomi.
- kesan-kesan sampingan peralatan perang.
- sistem sosial negara menjadi pincang.


Peperangan membawa pelbagai kesan buruk kepada manusia. Peperangan yang biasanya
menggunakan peralatan senjata yang semakin canggih, bukan sahaja mengorbankan jiwa
manusia malah membawa seribu satu mcm kesan negatif lain. Perang dunia kedua sahaja telah
mengorbankan lebih kurang dua juta manusia sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak
dalam peperangan tersebut. Kemusnahan perang yang besar inilah yang telah mendorong
pembentukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1945 yang bertujuan untuk
memelihara keamanan dunia.

Kesan perang yang paling nyata ialah ia banyak mengorbankan nyawa manusia. Peperangan
adalah berpunca daripada pertikaian di antara manusia. Dengan demikian matlamat perang
adalah untuk menawan secara kekerasan sekelompok manusia. Nyawa terpaksa dipertaruhkan
kerana setiap pihak tidak mahu mengalah. Biasanya yang terkorban dalam perang ialah mereka
yang terbabit secara langsung dalam peperangan iaitu anggota tentera. Bagaimanapun
peperangan juga biasanya akan membabitkan nyawa orang awam. Dalam Perang Teluk yang lalu
lebih 10,000 orang awam Iraq terkorban. Ini membuktikan bahawa peperangan akan
mengorbankan banyak nyawa manusia.

Selain itu peperangan juga banyak sekali memusnahkan harta benda. Peralatan ketenteraan yang
semakin canggih seperti bom nuklear, meriam dan peluru berpandu berkeupayaan untuk
memusnahkan apa sahaja dalam lingkungan sasarannya. Peluru berpandu Scud yang digunakan
oleh Iraq dalam Perang Teluk umpamanya dapat memusnahkan apa sahaja dalam lingkungan 30
meter daripada sasarannya. Ini boleh memusnahkan sejumlah besar harta benda sama ada milik
tentera atau orang awam. Bagi tentera, antara harta yang boleh musnah dalam peperangan ialah
senjata, kapal pejuang dan kereta perisai, sementara orang ramai akan kehilangan tempat tinggal
dan harta.

Peperangan yang berlaku juga boleh memusnahkan alam sekitar. Peperangan memungkinkan
kawasan hutan terbakar. Letupan bom nuklear akan menyebabkan bahan kimia tertentu
merosakkan alam sekitar. Bom atom yang digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki dahulu
umpamanya telah menjadikan sisa-sisa nuklear terbebas di udara sehingga mengancam
kehidupan manusia. Sebagai strategi perang pula, bahan-bahan tertentu seperti minyak mungkin
sengaja ditumpahkan ke laut untuk menghalang perjalanan pihak musuh. Dalam Perang Teluk
lalu, pihak Iraq dikatakan sengaja menumpahkan minyak dari telaga-telaga minyak Kuwait.
Perbuatan ini menyebabkan alam semulajadi di laut musnah dan kesannya akan turut dirasai oleh
manusia.

Selain itu peperangan juga akan menyebabkan kepincangan perjalanan ekonomi sesebuah negara.
Ekonomi merupakan nadi bagi sesebuah negara. Tanpa sumber ekonomi yang mencukupi,
sesebuah negara tidak berupaya untuk berdiri sendiri. Dalam peperangan, ekonomi negara yang
terbabit amat penting. Jika ekonomi mereka dilumpuhkan oleh musuh, maka ada kemungkinan
untuk mereka kalah dalam peperangan. Dalam peperangan, setiap satu pihak yang bermusuh
akan berusaha memusnahkan ekonomi lawannya. Ekonomi juga musnah apabila sasaran perang
memusnahkan sumber-sumber ekonomi seperti pertaniaan dan perusahaan.

Sistem peralatan perang semakin hari semakin canggih. Setiap negara berusaha untuk
mempercekapkan sistem pertahanan masing-masing dan turut berusaha untuk memenangi
peperangan dalam apa cara sekalipun. Inilah yang menimbulkan pelbagai gejala seperti
penggunaan racun berbentuk bom kimia dan tenaga nuklear. Bahan-bahan ini mempunyai kesan
serta-merta dan sampingan yang berbahaya. Selain dapat membunuh manusia melalui kimia
yang terbebas melalui letupan, bahan-bahan itu juga mengancam kehidupan dalam jangka masa
panjang. Kecacatan yang dialami oleh bayi-bayi yang dilahirkan di Jepun selepas Perang Dunia
Kedua contohnya, telah banyak dihubungkan dengan kesan sampingan bahan kimia.

Peperangan juga boleh menyebabkan kepincangan sistem sosial sesebuah negara. Pengalaman
negara yang pernah berperang dan rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum menunjukkan
bahawa kesan perang amat besar kepada sistem sosial mereka. Di Yugoslavia yang kini dilanda
perang umpamanya, hubungan sentiasa tegang di antara masyarakat Islam dengan bukan Islam
disebabkan peperangan di negara mereka. Jumlah orang tua akan melebihi golongan muda dan
bilangan perempuan akan melebihi lelaki. Ini kerana orang lelaki yang muda banyak terkorban
dalam perang. Keadaan ini sudah tentu menyebabkan sistem sosial sesebuah kelompok
masyarakat atau negara itu kurang sempurna.

Jelaslah bahawa peperangan membawa pelbagai kesan negatif kepada manusia dan alam
sekitarnya. Peperangan bukanlah penyelesai masalah. Oleh itu peperangan perlu dielakkan.
Setiap pihak haruslah bertolak ansur untuk menyelesaikan sebarang pertikaian melalui saluran
sah antarabangsa. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah ditubuhkan untuk menjamin
keamanan dunia. Oleh yang demikian pihak atau negara yang bertikai haruslah menggunakan
pertubuhan tersebut untuk menyelesaikan masalah masing-masing. Peperangan bukanlah
jawapannya.
http://bahasamelayuf4smja.blogspot.com/2009/02/peperangan-yang-berlaku-di-dunia-
banyak.html

PEPERANGAN YANG BERLAKU DI DUNIABANYAK MEMBAWA KEMUSNAHAN
Oleh : Leng Siong Cheng ( Tingkatan U6SB)Semenjak kewujudan semua kehidupan,
terutamanya manusia, persaingan selalu ber l aku. Apabi l a ber l a ku per s ai ngan yang
t er l al u s e ngi t , ni at unt uk mel enya pka nkehadi r an pe s ai ng l ai n a kan mul a
ber mai n di pe mi ki r an manus i a s ecar a aut omat i k. Dengan i t u, konf l i k da n
pe mbunuha n ber l a ku mel i ba t ka n dua pi hak de ngan t uj uan menghapuskan lawan.
Senario itu mungkin terkawal sekiranya keadaan tersebut hanya me l i b a t k a n d u a o r a n g
s a h a j a . Ap a p u l a y a n g a k a n b e r l a k u s e k i r a n y a k e a d a a n i t u melibatkan
sekumpulan orang ramai, yang siap siaga dengan peralatan canggih untuk membunuh musuh
masing-masing? Sebenarnya, yang disebutkan di atas itu merupakandefinisi jelas bagi peperangan atau
dalam bahasa Inggerisnya, war.Peperangan bukan lagi sesuatu yang asing bagi kita . Setiap
masa, peperangan berlaku di mana-mana sahaja, tanpa mengira tempat, waktu, keadaan dan
cuaca. Antaracontoh peperangan yang disenaraikan oleh para pengkaji sejarah ialah Perang
DuniaPertama dan Kedua, Perang Vietnam, Perang Teluk dan yang terkini pencerobohan Iraqoleh
tentera Amerika Syari kat. Peperangan sudah menjadi kebiasaan dalam tamadunkita kerana
ini adalah sebahagian daripada sejarah kita. Namun, apa yang kita perolehsemasa dan selepas
peperangan hanyalah suatu jenis kemusnahan berskala besar.Peperangan, tidak kira skalanya, mesti
akan melibatkan nyawa yang terkorban. Berdasarkan laporan media, kita mendengar beratus-ratus
nyawa melayang begitu sahaja.Itu hanya khabar tentang kematian orang awam, apakah yang terjadi
kepada askar-askar yang berjuang untuk negara masing-masing? Angka sebenarnya tidak
kurang dahsyat berbanding orang awam. Sebagai contoh, pembunuhan besar-besaran di Nanjing
semasaPer ang Duni a Kedua. Le bi h 10 j ut a r a kyat dan as kar Chi na yang mat i
t er kena bom, dibedil peluru berpandu, ditembak, diperkosa lalu dibunuh oleh askar-askar Jepun.
Dalamkalangan mereka yang mati, terdapat juga kanak-kanak yang menjadi magsa peperangan.Kana k-
ka na k i ni ada ya ng ma t i , cac at , dan ada ya ng t r auma s eumur hi dup
me r e ka. Peperangan sememangnya memberi impak negatif yang besar terhadap golongan ini
yangd i g e l a r ma s a d e p a n b a n g s a s e h i n g g a a d a y a n g k e c a c a t a n mo r a l
a k i b a t d e s a k a n mas ya r a kat da n ke hi l anga n ka s i h s a ya ng dar i pada or ang
t er s a yang yang mat i dal a m peperangan.P e p e r a n g a n t u r u t me mu s n a h k a n h a r t a
b e n d a , s a ma a d a h a r t a b e n d a a wa mmahupun harta benda persendirian. Banyak harta
benda seperti bangunan, jalan, landasankereta api, lapangan terbang, pelabuhan, jambatan dan
sebagainya lenyap begitu sahajaekoran kemaraan tentera penceroboh. Selain itu, harta
benda seperti ternakan, tanaman,alat pengangkutan, hutan juga musnah akibat peperangan
yang tidak munasabah. Harta benda i ni mer upa kan ke mudahan dan na di kehi dupan
ma s yar a kat di s es uat u t e mpat . Tidak hairan salah satu kesan sampingan peperangan
ialah kebuluran dan kadar inflasiyang meningkat. Masyarakat setempat tidak mampu untuk
membeli barang keperluan. Ramai yang terpaksa menjadi perompak, pencuri, pelacur dandan terlibat
dalam pelbagaikebobrokan sosial semata-mata untuk mencari rezeki hidup. Di Malaysia
semasa tahun

1941 hingga 1945, ramai perempuan yang terpaksa menggadai maruah mereka
kepadaa s kar - as kar J epun s e mat a - ma t a i ngi n hi dup. Apa da ya me r e ka, hanya i t u
ya ng dapat dilakukan demi memastikan nadi terus berdenyut !Selain itu, peperangan juga mengundang
kepada kemusnahan tamadun. Tamadun-tamadun seperti tamadun Mesopotamia, Mesir, Indus,
dan Inca yang pernah menjadi tersohor dan agung pada suatu ketika dahulu, termusnah pada akhir
zaman mereka akibat peper a nga n. Se gal a bai k dan bur uk yang t er bi na s e mas a
t a madun t er s ebut hi l a ng bersekali dengan kemusnahan tamadun tersebut. Banyak ilmu, teknologi
dan ajaran yang baik dicipta oleh mereka yang arif dalam tamadun tersebut dianggap anasir-anasir
buruk ol e h pi ha k ya ng me ncer oboh l al u di hapus kan t anpa mengi r a ni l ai nya
me nyeba bka n ma n u s i a h a r i i n i k e h i l a n g a n b a n y a k k h a z a n a h y a n g a g u n g ,
s e t e r u s n y a me mb a wa kepupusan sesuatu bangsa. Mengapakah manusia boleh berbuat
apa-apa sahaja untuk menghalang kepupusan spesies haiwan tetapi tidak terhadap kepupusan sesuatu
bangsa?Walaupun begitu, peperangan juga telah membawa s atu kebaikan kepada kita,iaitu
kemajuan teknologi. Banyak teknologi seperti bom berkuasa tinggi, alat perangseperti
kereta kebal, jet pejuang, kapal terbang, dan sistem komunikasi yang lebih baik t el a h
di ci pt a a ki bat de s a ka n pe per a ngan. Te knol ogi i ni t i da k s e mes t i nya
me mba wa ke mus nahan ke pada manus i a, t et api da pat j uga me mbant u ki t a.
Seba gai c ont ohnya, teknologi nuklear merupakan teknologi penting dan sistem penjana
kuasa elektrik. KodMorse yang merupakan sistem telegraf semasa Perang Dunia Kedua
banyak membantumenyelamatkan dunia kerana hal ini menyukarkan pihak Pakatan Paksi
untuk mentafsir i nf or ma s i t ent er a Ber s e kut u. Sel ai n i t u, t anpa t er ci pt anya
t e knol ogi per ang, nya wa seseorang askar mungkin hanya akan melayang begitu sahaja.
Dengan itu, sumbangan pepe r angan j uga a mat bes a r ke pada ki t a . Per s oal annya ,
a da ka h peper a ngan s es uat u perkara yang berbaloi? Berdasarkan kemusnahan yang
dibawa melebihi apa-apa yangdisumbang, maka peperangan hanya satu pertelingkahan manusia yang
bodoh dan kejam.Kesimpulannya, peperangan harus dielakkan kerana jalan penyelesaian
bolehtercapai melalui jalan perundingan. Sudah banyak yang kita kehilangan ekoran perbuatannenek
moyang kita yang tidak munasabah. Oleh itu, janganlah kita menghilangkan apa-apa yang masih kita
ada pada hari ini dan belajarlah daripada sejarah peperangan itusendiri kerana sejarah pasti
mendewasakan kita.
http://www.scribd.com/doc/2403821/Peperangan-yang-berlaku-di-dunia-banyak-membawa-kemusnahan-
U6
Kesan perang pada ekonomi -- Lidah Pengarang
Sehingga ini peperangan yang dilancarkan oleh Amerika Syarikat (AS) terhadap Iraq belum lagi mendatangkan kesan
ekonomi hingga menjejaskan kehidupan seharian rakyat Malaysia secara langsung.
Namun begitu, kita wajar akur bahawa lambat laun perang ini akan juga mendatangkan kesan kepada ekonomi dunia
yang sudah tentu tempiasnya akan sampai ke Malaysia.
Apabila kesan negatif yang datang, maka sudah tentu sedikit sebanyak ia akan menjejaskan kehidupan seharian
rakyat negara ini.
Kita percaya kerajaan akan berusaha bersungguh-sungguh dengan melakukan pelbagai cara bagi mengurangkan
kesan negatif perang terhadap kedudukan ekonomi negara.
Tetapi dalam hal ini rakyat harus bersikap realistik dan menyediakan minda kita untuk menerima hakikat bahawa
sebagai negara perdagangan, Malaysia pasti menerima kesan daripada perubahan kedudukan ekonomi dunia.
Dalam keadaan aman sekalipun, kita terdedah dengan pelbagai perubahan suasana ekonomi global, apatah lagi
ketika mana sedang berlaku peperangan di Iraq yang natijahnya tidak menentu lagi.
Iraq sebagai pengeluar minyak yang penting dan pembabitan kuasa utama dunia, AS dalam konflik menjadikan kesan
perang ini bersifat global dan berjangka panjang.
Sesungguhnya perang mendatangkan kesusahan kepada semua pihak, bukan saja terhadap rakyat Iraq sendiri tetapi
juga manusia pada keseluruhannya.
Justeru, usaha penentangan perang oleh rakyat di banyak negara di seluruh dunia mempunyai kewajaran kerana
mereka juga akan menerima padah daripada kesan perang ini.
Tetapi penentangan negara ini terhadap serangan AS ke atas Iraq ialah berasaskan prinsip antikekerasan kerana kita
percaya perang hanya mendatangkan kesusahan dan ia merupakan cara primitif dan tidak bertamadun.
Sungguhpun begitu, kita sedar bahawa kedudukan Malaysia merupakan sebuah negara kecil dan lemah untuk
memberi pengaruh besar terhadap AS. Tetapi itulah kedudukan sebenar kebanyakan negara di dunia.
Majoriti negara dunia menolak peperangan yang dilancarkan AS dengan kesedaran bahawa bencana yang dialami
oleh Iraq sekarang boleh menimpa mana-mana negara lain kerana tidak ada siapa yang dapat menahan tindak-
tanduk AS. Lebih-lebih lagi Washington sendiri telah mengetepikan institusi multilateralisme Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu (PBB).
Dalam menghadapi suasana masa depan yang tidak menentu, apa yang perlu dilakukan oleh rakyat negara ini ialah
mengelakkan diri daripada melakukan tindakan-tindakan yang boleh memburukkan lagi kedudukan ekonomi negara.
Sesungguhnya apa yang mungkin berlaku terhadap ekonomi negara ini pada masa-masa akan datang tidak wajar
untuk menjadi sesuatu yang mengejutkan.
Ini kerana rakyat negara ini juga telah melalui pelbagai jenis pengalaman ekonomi dan acapkali kerajaan berjaya
mengatasinya dengan mengurangkan kesan negatif terhadap kehidupan seharian kita.
Apa yang kita harapkan ialah mereka yang mempunyai pengaruh ke atas ekonomi seperti penggubal-penggubal dasar,
ahli-ahli perniagaan dan perancang-perancang ekonomi di semua peringkat mempunyai kreativiti bagi mencari jalan
mengatasi sebarang masalah yang dihadapi negara.


Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=0401&sec=Rencana&pg=re_02.htm#ixzz2e4SQbtvu
Utusan Melayu (M) Bhd
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=0401&sec=Rencana&pg=re_02.htm

You might also like