You are on page 1of 12

15 September 2009

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU


Menurut Amat Juhari Moain (2006:27) , terdapat 5 zaman perkembangan bahasa
Melayu.Ini membuktikan bahawa bahasa Melayu tersebar dan berkembang secara
bertahap tahap iaitu dari zaman ke zaman.Lima zaman tersebut ialah zaman bahasa
Melayu Purba, Melayu Kuno, Melayu Klasik, Melayu Pramoden dan Melayu Moden.
Secara ringkasnya, berdasarkan pengklasifikasi zaman-zaman perkembangan telah
membuktikan bahawa bahasa Melayu berkembang dan mempunyai sejarah
penyebarannya.
2.2.1 Zaman Bahasa Melayu Purba
Bahasa Melayu Purba ialah bahasa Melayu yang wujud pada zaman
prasejarah.Bahasa ini dikatakan sedemikian kerana tidak ada sejarah bertulis pada
masa itu.
Manakala menurut Asmah Haji Omar, Bahasa Melayu Purba dipercayai dituturkan oleh
kelompok Melayu Deutro. Mereka menggunakan bahasa ini dalam bentuk lisan. Oleh
itu Bahasa Melayu Purba tidak wujud dalam bentuk tulisan.
2.2.2 Zaman Bahasa Melayu Kuno
Menurut Abdul Rashid dan Amat Juhari Moain, (2006 : 27), bahasa Melayu Kuno
bermula pada abad ke-4 Masihi. Bahasa Melayu Kuno dikatakan bermula pada abad
ke-4 Masihi kerana terdapat beberapa bukti yang telah ditemui di Dong Yen Chau di
Teluk Tourane Vietnam yang diperkirakan bertarikh pada abad ke-4 Masihi. Bahan bukti
yang ditemui ialah sebuah prasasti.
Berdasarkan maklumat daripada wikipedia bahasa Melayu, bahasa Melayu Kuno wujud
setelah menerima pengaruh daripada India. Bahasa Melayu Kuno mencapai
kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya
sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran. Mereka yang bertutur bahasa Melayu
Kuno merangkumi Semenanjung Tanah Melayu , Kepulauan Riau dan Sumatera.
Bahasa Melayu Kuno diterima ramai kerana terdapat beberapa ciri yang boleh diterima
oleh orang ramai. Antaranya ialah bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh
luar. Bahasa Melayu Kuno juga dikatakan tidak terikat kepada perbezaan susun lapis
masyarakat. Sehubungan itu, bahasa Melayu Konu juga mempunyai sistem yang lebih
mudah berbanding bahasa Jawa.
Terdapat juga teori yang mengkatakan bahawa berlakunya perkembangan bahasa
Melayu iaitu bahasa Melayu Purba menjadi bahasa Melayu Kuno adalah melalui aktiviti
perdagangan.Buktinya ialah pada abad pertama, barulah pedagang dari India belayar
ke timur menuju Tiongkok dan pedagang Tiongkok pula belayar ke barat menuju India.
Pelayaran dua hala ini mengharuskan mereka melalui Selat Melaka. Lama-kelamaan
pelabuhan yang ada di Kepulauan Melayu ini bukan sahaja sebagai tempat
persinggahan tetapi menjadi tempat perdagangan pedagang India dan Tiongkok seperti
yang telah dirintis lebih awal oleh pedagang Arab.
Di samping itu juga para mubaligh terutama mubaligh India turut datang ke Kepulauan
Melayu ini untuk menyebarkan agama Hindu. Kedatangan para pedagang dan
penyebar agama ini mengakibatkan bahasa Melayu Purba mendapat pengaruh baru.
Bahasa Melayu Purba ini kemudian dinamai sebagai bahasa Melayu Kuno.
2.2.2.1 Pengaruh Bahasa Sanskrit dan Hindu dalam Bahasa Melayu Kuno.
Bahasa Melayu Kuno banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Ini adalah
kerana kebanyakan masyarakat Melayu ketika itu beragama Hindu dan Bahasa
Sanskrit telah menjadi bahasa bangsawan dan mempunyai hierarki yang tinggi. Selain
itu, sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan juga antara penyebab
bahasa asing seperti sanskrit diterima. Ini boleh dibuktikan daripada pengaruh tulisan
atau aksara Pallava dan Devanagari yang datang dari India, kata-kata pinjaman
daripada bahasa Sanskrit, rangkai-rangkai kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit,
dan fonem-fonem Sanskrit.
Kesan daripada bahasa sanskrit ini menyebabkan penambahan kosa kata Bahasa
Melayu Kuno. Contoh contoh perkataan yang diambil daripada Bahasa Sanskrit adalah
seperti syukasyitta, athava, karana, tatakala dan sebagainya. Bahasa Melayu Kuno
tidak mempunyai pengaruh Parsi atau Arab.
2.2.2.2 Penggunaan Bahasa Melayu Kuno
Berdasarkan bahan bukti sejarah yang ditemui, terdapat beberapa batu bersurat yang
menggunakan bahasa Melayu Kuno. Batu bersurat telah ditemui di sekitar Sumatera
dan Jawa yang memperlihatkan penggunaan Bahasa Melayu kuno pada abad ke-7.
Tulisan yang digunakan ialah aksara (alphabet) Pallawa iaitu sejenis tulisan yang
berasal dari selatan India. Antara batu bersurat tersebut ialah batu bersurat Kedukan
Bukit di Palembang, bertarikh 605 Tahun Saka, bersamaan dengan 683 Masihi. Tulisan
yang terdapat pada Batu Bersurat ini menggunakan huruf Palava.
Batu Bersurat Talang Tuwo , bertarikh 606 Tahun Saka, bersamaan dengan 684 M dan
batu, Jawa Tengah yang bertarikh 832 Masihi ditulis dalam huruf Nagiri.Ringkasnya,
penemuan batu bersurat ini membuktikan bahawa bahasa Melayu Kuno wujud dan
digunakan oleh masyarakat.
2.2.2.3 Ciri-Ciri Bahasa Melayu Kuno
Bahasa Melayu Kuno mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Beberapa kajian telah
dijalankan pada bahan bukti iaitu batu bersurat. Tulisan yang terdapat pada batu
bersurat tersebut telah dikaji dari aspek bahasanya.
Berdasarkan kajian tersebut, bahasa Melayu jelas memperlihatkan pengaruh bahasa
Sanskrit, terutama dari segi kata-kata pinjaman. Hal ini terjadi kerana pada waktu itu
bahasa Melayu tidak mempunyai kata-kata yang sesuai untuk memperkatakan perkara-
perkara dan konsep-konsep baru yang dibawa dari kebudayaan asing. Oleh itu bahasa
Melayu terpaksa meminjam daripada bahasa masyarakat yang membawa konsep-
konsep baru itu. Contoh contoh perkataan yang diambil daripada bahasa Sanskrit
adalah seperti syukasyitta, athava, karana, tatakala dan sebagainya.
Bahasa Melayu itu kebanyakannya ditulis oleh raja. Oleh itu dapat dibuat kesimpulan
bahawa bahasa Melayu kuno telah menjadi bahasa rasmi dan bahasa untuk urusan
pemerintahan di istana.Bahasa Melayu kuno juga telah tersebar luas dan berfungsi
sebagai lingua franca.Selain itu bahasa Melayu kuno juga bersifat kosmopolitan,
keranan menerima pengaruh dari luar terutama pengaruh bahasa Sanskrit.
2.2.3 Definisi Bahasa Melayu Klasik
Terdapat beberapa definisi yang telah diutarakan oleh pengkaji bahasa .Antaranya ialah
Asmah Hj.Omar (1985:33), bahasa abad ketiga belas dan ketujuh belas itu dinamakan
bahasa Melayu Klasik.
Menurut Ismail Hussein (1984:24), pembahagian yang dibuat oleh adalah atas
pertimbangan sejarah perkembangan bahasa Melayu. Hal ini dapat dibahagikan
mengikut zaman politik Srivijaya, Majapahit, Melaka, dan sebagainya, pengaruh
kebudayaan seperti Hindu, Islam, dan Barat atau mengikut zaman tulisan yang
digunakan seperti tulisan Melayu Kuno yang diambil dari India, tulisan Arab, dan akhir
sekali tulisan Latin. Contohnya pada zaman politik Srivijaya, masyarakatnya yang
beragama Hindu dan Buddha, menggunakan tulisan yang dibawa dari India, sasteranya
dipenuhi oleh cerita-cerita sastera India dan bahasa Melayunya, dengan pinjaman kata-
kata Sanskrit.
2.2.3.1 Sejarah Bahasa Melayu Klasik
Doktor Zaitul Azma telah mengatakan bahawa perkembangan bahasa Melayu Klasik
mempunyai perkaitan dengan perkembangan karya sastera. Perkembangan
kesusasteraan memberikan gambaran tentang sejarah silam sesuatu bangsa dari segi
kebudayaan,dan keperibadian bangsa .
Dalam masa yang sama bahasa Melayu Klasik digunakan oleh pengarang untuk tujuan
menghasilkan sesebuah karya dalam bidang kesusasteraan, ketatanegaraan,
kebudayaan, kemasyarakatan dan keagamaan. Seiring dengan kemunculan bahasa
Melayu Klasik, pengaruh Hindu dilihat mula hilang sedikit demi sedikit sehinggalah ke
abad ke-15.
Bahasa Melayu Klasik mula berkembang pada abad ke -13 dan ke -14. Buktinya ialah
penemuan beberapa buah prasasti. Ketika itu juga bahasa Melayu Klasik telah
digunakan sebagai lingua franca iaitu zaman kerajaan Melayu Melaka. Penggunaan
bahasa Melayu Klasik ini jelas dalam aktiviit perdagangan dan penyebaran agama
Islam.
Bukti tentang penyebaran agama islam menggunakan bahasa Melayu Klasik adalah
penghasilan kitab-kitab agama. Antara kitab yang dihasilkan ialah Furu Al-Masail oleh
Syed Muhammad Daud Al-Fatani,dan Sabil Al-Muhtadin oleh Syed Muhammad Arsyad
Al-Banjari .Kandungan kitab-kitab ini adalah mengenai agama seperti al- Hadith, feqah,
tafsir al-quran, tasawuf, di samping sejarah, hikayat, hal ehwal haiwan, perdukunan,
perubatan Melayu, bintang dua belas, pentadbiran dan pemerintahan, falsafah dan
pengembaraan.
Secara ringkasnya bahasa Melayu Klasik meluas dalam kalangan orang bukan Melayu
dari kelompok Asia, juga dalam kelompok orang Eropah dan Asia Barat yang datang ke
Asia Tenggara.
2.2.3.2 Permulaan Zaman Bahasa Melayu Klasik
Mengikut Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah, pada abad ke -13 pengaruh agama Islam
menjadi makin dominan di Nusantara. Perkembangan agama Islam membawa
bersama-samanya bahasa Arab.
Zaman ini memperlihatkan kemasukan perkataan Arab dan tulisan Jawi yang
menggunakan huruf-huruf Arab. Secara ringkasnya evolusi tahap kedua berlaku
kepada bahasa Melayu. Bahasa Melayu berkembang dengan pesat melalui
peminjaman perkataan Arab dan Parsi. Di samping itu, bahasa Melayu juga mula
berkembang dengan bahasa-bahasa dari Barat seperti Portugis, Inggeris, dan Belanda.
Menurut Ismail Hussein (1984:25), bahasa Melayu Klasik bermula sekitar abad ke-13
dan ke-14. Tetapi beliau menyebutnya sebagai zaman peralihan di seluruh kepulauan
Melayu dengan kedatangan agama Islam. Bukti konkrit tentang bertapaknya Islam di
Nusantara dari sudut sejarah diperoleh pada tahun 1292 M sewaktu Marco Polo
melawat Sumatera Utara dan catatannya tentang pengislaman Pasai.
Pada zaman peralihan dalam abad ke-13 dan ke-14 telah dijumpai beberapa prasasti
dalam bahasa Melayu yang ditulis menggunakan huruf India tetapi bahasanya sudah
terdapat pengaruh bahasa Arab. Di sini bermulanya bahasa Melayu klasik.
Dalam masa yang sama bahasa Melayu Klasik boleh ditandai dengan kemunculan dan
keagungan kerajaan Melayu Melaka. Bahasa Melayu menjadi medium dalam
pemerintahan, perhubungan, perdagangan, dan penyebaran agama Islam.
Ketika itu juga bahasa Melayu mendapat tulisan baru, iaitu tulisan Jawi, iaitu dengan
meminjam dan menyesuaikan abjad bahasa Arab. Sebelumnya, pada tahap bahasa
Melayu Kuno, bahasa Melayu menggunakan dua jenis tulisan, iaitu tulisan rencong dan
lampung yang tidak terpengaruh oleh tulisan dari India walaupun bahasa Sanskrit
sudah bertapak di Nusantara.Tulisan yang disesuaikan dengan tulisan Pallava dan
Nagiri seperti yang terdapat pada batu-batu bersurat antara abad ke-7 hingga abad ke-
14.
2.2.3.3 Perkembangan Bahasa Melayu Klasik
Kedatangan pengaruh agama Islam dan bahasa Arab,telah menyebabkan bahasa
Melayu melangkah setapak lagi dengan satu lagi tulisan, iaitu tulisan Jawi. Bahasa
Melayu Klasik mula pada abad ke-16 sampai pula pengaruh dari Barat dengan
kedatangan penjajah dari Eropah seperti Portugis, Belanda, dan Inggeris. Sekali lagi
bahasa Melayu bertembung dengan bahasa dan kebudayaan yang baru yang turut
mempengaruhi bahasa Melayu.
Amat Juhari Moain ( 1992:1062) tulisan rumi mula digunakan dengan penggunaan yang
pertama dalam bahasa Melayu oleh David Barbosa pada tahun 1516 Masihi setelah
Melaka ditawan oleh Portugis, kemudian pada tahun 1521 Masihi seorang pengembara
Itali, Antonio Pigfafetta membuat catatan perkataan Melayu dalam tulisan rumi dengan
padanannya dalam bahasa Itali.
Dengan senario itu, bahasa Melayu Klasik mencakup zaman antara abad ke-14 hingga
abad ke-19, dengan abad ke-12 dan ke-13 sebagai zaman peralihan antara tahap
bahasa Melayu Kuno dengan tahap bahasa Melayu klasik. Bahasa Melayu klasik dapat
disimpulkan sebagai bahasa yang digunakan dalam kesusasteraan, pemerintahan dan
undang-undang, agama, sejarah, perdagangan, dan perhubungan iaitu budaya dan
kemasyarakatan.
Ringkasnya kosa kata daripada bahasa Arab banyak digunakan. Penggunaan bahasa
Melayu dapat dilihat dalam beberapa buah karya seperti Hikayat Raja-raja Pasai, Misa
Melayu, Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Negeri Johor dan banyak lagi
karya yang ditulis dalam tulisan Jawi.
2.2.3.4 Zaman Kegemilangan Bahasa Melayu Klasik
Berdasarkan bahan yang di akses, didapati ada tiga zaman kegemilangan bahasa
Melayu Klasik. Antaranya ialah zaman kerajaan Melaka, Acheh dan zaman kerajaan
Johor Riau. Ketika zaman tersebut terdapat beberapa orang tokoh penulis. Buktinya
ialah pada zaman kerajaan Acheh. Antara tokoh penulis yang penting ialah Hamzah
Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-
Singkel.
2.2.3.5 Ciri-Ciri Bahasa Melayu Klasik
Dari Wikipedia bahasa Melayu Klasik, telah menyatakan beberapa ciri-ciri bahasa
Melayu Klasik. Namun demikian cirri-ciri yang dinyatakan adalah lebih mencirikan
bahasa Melayu Klasik dari aspek perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan
tulisan. Antara ciri ciri tersebut ialah ayat yang panjang, berulang, dan berbelit-belit.
Ayat yang digunakan kebanyakkannya ialah ayat pasif dan songsang.Ketika itu juga
banyak menggunakan laras bahasa istana.
Manakala terdapat perbezaan dalam mengklasifikasi ciri-ciri bahasa Melayu Klasik bagi
Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah. Beliau telah membahagikan ciri tersebut kepada
beberapa aspek iaitu aspek sistem tulisan,kosa kata dan tatabahasa.
Dr. Zaitul Azama mengatakan bahawa dalam bahasa Melayu Klasik terdapat
penggunaan kata pangkal ayat yang agak klise atau usang. Penggunaan kata pangkal
ayat ini agak meluas. Contoh kata pangkal adalah seperti "syahadan", "maka", "alkisah",
"hatta", "arakian", "kata sahibul hikayat", "maka, tatkala" dan "adapun. Kata-kata
seperti itu bukan sahaja digunakan untuk memulakan sesuatu perenggan, malah
digunakan juga pada awal ayat-ayat dalam perenggan. Penulisan dalam bahasa
Melayu moden tidak memperlihatkan penggunaan kata pangkal ayat yang sedemikian.
Manakala dari aspek struktur ayat pula, bahasa Melayu Klasik agak berbeza dengan
bahasa Melayu Kuno kerana struktur ayatnya panjang-panjang, berulang-ulang dan
berbelit-belit.Terdapat juga gabungan beberapa ayat tunggal yang dicantumkan dengan
menggunakan kata-kata hubung yang tertentu, terutamanya "dan" dan "atau" ataupun
dengan menggunakan tanda koma dan tanda koma bertitik sahaja. Contoh ayat bahasa
Melayu Klasik seperti ayat berikut Maka apabila dibawalah akan mereka itu ke
penghadapan Tajul Muluk, demi terpandang akan anak si peladang itu, mesralah ke
dalam hatinya, diberinya wang yang tiada berhisab banyaknya serta disuruh perbela
akan dia baik-baik.
Dalam bahasa Melayu Klasik juga, terdapat perubahan dari aspek bentuk ayat yang
digunakan. Bentuk ayat yang lebih lumrah digunakan, ialah bentuk ayat pasif, iaitu
bentuk ayat yang lebih mengutamakan objek pelaku atau subjek. Sebagai contoh,
Hatta datanglah kepada suatu hari maka Hamzah dan Umar Umayyah dibawanya oleh
Khoja Abdul Mutalib kepada mualim
Selain itu, dalam bahasa Melayu Klasik juga banyak menggunakan partikel pundan
lah.Contoh perkataan yang digandingkan dengan partikel ialah seperti adapun,
bertitahlah,dan berebutlah. Manakala contoh penggunaan partikel dalam ayat pula
ialah seperti berikut Maka Bendahara pun hairanlah kalam raja seperti dikhatankan
orang rupanya dalam Sejarah Melayu.
Sehubungan itu terdapat pengaruh daripada beberapa bahasa lain dalam bahasa
Melayu Klasik kerana di kepulauan Melayu ketika itu bahasa Arab dan Sanskrit
bertapak kukuh lantaran aktiviti perdagangan dan penyebaran agama islam.Contoh
penggunaan bahasa Arab ialah Allah Taala, makhdum, mualim daulat, wallahualam,
takzim. Bagi bahasa Sanskrit pula ialah dosa,pahala,dan raja . Bahasa Melayu Klasik
juga menerima fonem Arab seperti kh, dz, dan sy. Contoh perkataan seperti khamis,
zakat, syarat.
Menurut Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah, bahasa Melayu klasik lebih bersifat
"bahasa istana". Ini amat ketara dari segi penggunaan perkataan dan sistem
panggilannya. Contohnya ialah sembah, beta, titah, berangkat, dan gering.
Penggunaan ini adalah disebabkan kebanyakan hasil penulisan bahasa Melayu klasik
adalah dalam bentuk karya sastera, yang menceritakan kisah dan peristiwa yang
dialami oleh kalangan raja di istana.
Bahasa melayu Klasik juga lebih banyak menggunakan kiasan dan perbandingan serta
penggunaan laras bahasa puisi, seperti pantun, syair, seloka dan gurindam dalam
karya prosa. Buktinya ialah terdapat banyak dalam hikayat-hikayat Melayu lama.
Mungkin disebabkan oleh sifat sastera Melayu klasik itu sendiri, yang pada asalnya
dalam bentuk lisan dan penggunaan unsur-unsur tersebut dikatakan dapat
menghidupkan suasana penceritaan.
2.2.4 Zaman Bahasa Melayu Pramoden
Menurut Amat Juhari dan Abdul Rashid Melebek ( 2006 : 32 ), bahasa Melayu
Pramoden bermula pada abad ke -19. Buktinya ialah kedatangan pendatang luar ke
Asia Tenggara untuk menguasai Asia Tenggara.Pendatang bangsa barat ini bukan
sahaja menguasai ekonomi, tetapi politik. Bagi mengukuhkan kedudukan di tanah
Melayu, mereka telah mengkaji bahasa dan budaya pribumi. Hasil kajian ini telah
mewujudkan pusat-pusat pengajian tentang bahasa, sastera dan budaya pribumi
terutama Melayu. Manuskrip-manuskrip Melayu dan bahan-bahan tinggalan
sejarah,budaya dan sastera Melayu telah dikumpulkan di perpustakaan- perpustakaan
barat ini.
Dalam masa yang sama,perkataan-perkataan daripada bahasa barat seperti Inggeris
dan Belanda mula meresap ke dalam bahasa Melayu. Proses ini berlaku secara sedikit
demi sedikit. Kesan penyerapan bahasa ini telah mengakibatkan kegiatan penulisan
Melayu mula menggusur dari istana-istana raja seperti dalam zaman bahasa melayu
Klasik ke dalam masyarakat umum.Dengan kata lain, kegiatan penulisan dalam bahasa
Melayu sudah mula memasyarakat dan merakyat.
Zaman bahasa Melayu Pramoden ini juga, terdapat banyak hasil penulisan seperti buku
Sejarah Melayu, Taj al- Salatin, Hikayat Abdullah dan lain-lain.Selain itu, zaman ini
turut mencetak banyak kitab kitab agama di Asia Tenggara. Abdul Rashid Melebek
(2006 : 33 ) juga mengatakan bahawa berlakunya beberapa peristiwa pada abad ke -19.
Antaranya ialah pertembungan budaya Melayu dengan Barat, perkembangan teknologi
cetak ,serta perkembangan perhubungan yang lebih mudah telah menjadikan bahasa
Melayu terdedah kepada pengaruh Barat.Oleh yang demikian,perkembangan ini
bagaikan wahana yang menyebabkan bahasa Melayu diresapi oleh unsur-unsur Barat
sehingga berlaku beberapa perubahan pada bahasa Melayu.
2.2.5 Zaman Bahasa Melayu Moden
Berdasarkan laman web wikipedia dan tutor, telah menyatakan bahawa zaman bahasa
Melayu Moden telah mula pada abad ke-19 iaitu setelah kedatangan penjajah Eropah
seperti Portugis, Belanda dan Inggeris. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap
sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden.Sebelum penjajahan British, bahasa
Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan,
pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam. Selepas
Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai
pengantar dalam sistem pendidikan. Namun semasa Malaysia mencapai kemerdekaan,
Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 telah menetapkan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan.
Buktinya ialah dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu
sebagai bahasa rasmi negara. Selain itu, dalam Laporan Razak 1956 juga telah
mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara.
Manakala menurut Amat Juhari (2006 : 34 ) bahasa Melayu berubah sedikit demi sedikit
untuk menuju ke bentuk yang baharu iaitu bahasa Melayu Moden.Peluang ini cerah
apabila mencecah ke abad ke-20. Buktinya ialah negeri-negeri dan kesultanan melayu
tetap menggunakan bahasa Melayu dalam urusan pemerintahan negerinya
terutamanya yang berkaitan dengan adat istiadat Melayu dan agama Islam. Ketika itu
juga sekolah-sekolah Melayu juga dibuka dengan lebih banyak lagi sama ada dalam
pemerintahan Inggeris mahupun yang dalam pemerintahan Belanda.
Sehubungan itu, dari aspek media perkembangan bahasa Melayu pula, seperti syarikat
percetakan telah banyak didirikan. Maka banyak buku,majalah, jurnal dan akhbar
berbahasa Melayu yang dicetak di tanah jajahan Inggeris dan Belanda di Asia
Tenggara. Situasi ini telah menyebabkan bahasa Melayu secara langsung menjadi
bahasa perantaraan di Asia Tenggara.
Pada tahun 1957, bahasa Melayu telah menjadi bahasa kebangsaan dan salah satu
bahasa rasmi negara Malaya Merdeka. Manakala pada tahun 1967, bahasa Melayu
telah menjadi bahasa rasmi tunggal bagi negara Malaysia.Bagi meningkatkan
penggunaan bahasa Melayu banyak akhbar, buku, majalah dan jurnal berbahasa
Melayu diterbitkan sama ada di Malaysia, Indonesia dan Singapura terutamanya
selepas Perang Dunai Kedua.
Lantaran itu, pelbagai usaha telah dijalankan bagi memajukan bahasa serta
menigkatkan kemampuannya dalam menghadapi zaman moden. Antara langkah yang
dijalankan untuk memodenkan bahasa Melayu ialah perancangan korpus bahasa
Melayu.Perancangan korpus ini telah diterajui oleh Pakatan Belajar Mengajar
Pengetahuan Bahasa. Mereka memulakan perancangan korpus bahasa iaitu dengan
menyusun panduan ejaan,kamus,tatabahasa ,tanda-tanda bacaan,surat kiriman,dan
peristilahan.
Sejurus selepas itu muncullah badan perancangan daripada persatuan dan lembaga
yang dikelolakan oleh kerajaan seperti Dewan Bahasa dan Pustaka. Dengan adanya
usaha-usaha ini maka dapat diatur dan dibakukan sistem
ejaan,peristilahan ,tatabahasa,perkamusan,sebutan ,laras dan lain lain yang berkaitan
dengan bahasa Melayu.Bagi mengukuhkan usaha-usaha ini maka berbagai-bagai
kongres dan seminar tentang bahasa dan sastera Melayu telah diadakan.Contohnya
ialah Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu dimulai pada tahun 1952 hingga 1984
iaitu Kongres yang keempat.
Kesimpulannya,dengan adanya kegiatan-kegiatan seumpama di atas ini, maka bahasa
Melayu terus melonjak naik kemampuannya sehingga menjadi bahasa moden yang
digunakan sebagai bahasa pengantar di institusi pengajian tinggi, dan tulisan ilmiah.
Di catat oleh elLyi eDa di Sel asa, Sept ember 15, 2009
Komen

http://edubahasabyayda.blogspot.com/2009/09/sejarah-perkembangan-bahasa-melayu.html
Blogger

You might also like