You are on page 1of 2

KESALAHAN EJAAN DAN IMBUHAN

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan
imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula
tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

1. Kanak-kanak itu bertepok tangan sebaik-baik sahaja persembahan nyanyian sempena


disambut kemerdekaan tanah air selesai.

2. Selepas upacara peresmian dewan, pegawai daerah itu dibawa lawatan ke bilik
seminar.

3. Pendidikan pra-sekolah dikenalkan kepada kanak-kanak dalam lingkungan usia 4


hingga 6 tahun bagi tujuan mendedahkan mereka pada persekitaran sosial.

4. Atlit yang mewakili negara dalam Sukan Asia akan menerima imbuhan sekiranya
menangi pingat dalam acara yang disertai.

5. Pemandu teksi di ibu kota sudah biasa diperangkap dalam kesesakan jalanraya
terutama pada waktu puncak.

6. Pilihan raya kecil di kawasan itu bakal mengadakan berikutan kematian ahli
parlimennya pada awal minggu lepas.

7. Kami singgah di Restoren Dusun untuk menikmati pelbagai hidangan dan masak
tradisional Melayu pada minggu yang lalu.

8. Lima orang lelaki yang disyaki mencolek anak hartawan itu telah tertangkap oleh
pihak polis di sebuah gudang kosong yang terletak di Ipoh.

9. Kelayakkan dalam bidang perakaunan sangat penting kepada seseorang yang ingin
melibat diri dalam lapangan perniagaan.

10. Majlis pelancaran album baharu penyanyi popular itu telah diadakan secara besar-
besar di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.

11. Jabatan Alam Sekitar akan bertindak tegas kepada mana-mana pehak yang melakukan
kebakaran secara terbuka untuk menangani masalah jerebu yang semakin meruncing.

12. Jabatan Pengangkutan Jalan akan menguatkuasa undang-undang dari semasa ke


semasa untuk mendisplinkan pengguna jalan raya terutama pada musim perayaan.

13. Sebagai anak, kita mestilah sentiasa menjaga marwah keluarga dengan menghindari
diri daripada perbuatan yang mengaibkan keluarga.

14. Penduduk Kampung Permai sedang bergotong royong untuk memperlebarkan jalan
kerana bilangan kenderaan yang melalui kampung itu semakin bertambah.
15. Dalam majlis itu, pelbagai persembahan telah mengadakan sempena hari keputeraan
baginda yang ke 52 tahun.

16. Mereka kesali sikap pihak kontrekter yang tidak dapat menyiapkan projek perumahan
tersebut mengikut jadual yang terdapat dalam butir-butir perjanjian.

17. Untuk mempastikan komputer sentiasa selamat samada daripada serangan virus atau
daripada penceroboh sistem komputer, beberapa panduan telah disediakan oleh
pembekal.

18. “Saya mempunyai kaki tangan yang berpengalaman luas dalam bidang kecantikan
termasuk khidmatan menggunting rambut,” katanya dengan ramah.

19. Dalam perhimpunan raksaksa itu, Perdana Menteri telah menasihatkan rakyat supaya
sentiasa bersatu padu untuk mengekalkan perpaduan yang sudah terjalin sekian lama.

20. Untuk membenteras kejadian jenayah yang semakin berleluasa, pihak kerajaan
mestilah memperbesarkan pasukan anggota polis dengan menambahkan bilangan
anggotanya.

21. Dalam sambutan ulang tahun kemerdekaan kali ke 51 itu, pelbagai acara telah
dirancangkan termasuk acara boria yang akan disembahkan oleh peserta dari negeri
Pulau Pinang.

22. Semua ejensi kerajaan diarahkan bergabung untuk menjalani kajian bagi mencari
punca sebenarnya yang menyebabkan berlakunya banjir besar sejak beberapa hari
yang lalu.

23. Kerajaan menggubalkan sesuatu dasar pertanian berasaskan keperluan negara dengan
mengambil kira masa depan sektor pertanian supaya sektor berkenaan dapat diurus
dengan lebih efisyen.

24. Sistem perkhidmatan kaunter yang disediakan di semua stesyen bas ekspres telah
dikenali bagi memudahkan pengguna serta meningkatkan perkhidmatan
pengangkutan di negara kita.

25. Bersempena dengan sambutan hari ibu, kita digalakkan untuk menghadiahkan ibu kita
dengan hadiah yang bertujuan untuk mengenang jasa mereka membesar kita sehingga
dewasa.

26. Kementerian Pelajaran mendapati bahawa perlaksanaan dasar bahasa Inggeris dalam
matapelajaran sains dan matematik perlu dikaji semula untuk memperbaiki kelemahan
yang timbul.

27. Berita tentang kejayaan seorang pengkaji sejarah menemui pusara lama berusia 3000
tahun di pinggir sungai itu telah merebak ke seloroh negara.

You might also like