You are on page 1of 13

SULIT

011

UPSR

BAHASA MELAYU
PEMAHAMAN - 011
Bahagian A
1 ¼ jam Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas peperiksaan ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B.

2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini.

3. Bagi Bahagian A , setiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C, dan
D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada
kertas jawapan objektif yang disediakan. Jika kamu hendak menukar jawapan,
padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian, hitamkan jawapan yang baharu.

4. Bagi Bahagian B, jawab semua soalan dalam ruang jawapan yang disediakan.

B.MELAYU(PEM)-TAHUN 6
SULIT
011
Set 1 - 1
BAHAGIAN A
[ 20 markah ]

Soalan 1 hingga 8 4 Beberapa orang _________ tahun


Isi tempat kosong dengan jawapan yang akhir di universiti itu terlibat dalam
paling sesuai. program khidmat masyarakat yang
diadakan di Kampung Tapang.
1 “_____________ hendak pergi ke mana?”
tanya Cikgu Sanusi kepada murid- A seniman
muridnya. B mahasiswi
C sasterawan
A Saya D olahragawati
B Awak
C Kalian
5 Encik Rahman __________ sebuah calet
D Engkau
di Pantai Melawi untuk bercuti bersama
keluarganya pada minggu hadapan.
2 Ustaz Abdul Ghani menjadi rujukan untuk
menyelesaikan masalah agama oleh A membeli
penduduk kampungnya. Oleh sebab itu, B membayar
__________ amat dihormati dan disegani C menempah
oleh orang ramai. D mengambil
A dia 6 Puan Norashikin berasa cemas kerana
B beliau anak perempuannya masih belum pulang
C hamba _________ hari sudah senja.
D bagind
a A sedangkan
Soalan 3 berdasarkan gambardi bawah. B sehingga
C malahan
D jikalau

Soalan 7 berdasarkan gambardi bawah.

3 Mak Leha menjunjung ________ bakul


yang berisi sayur-sayuran untuk dibawa
pulang ke rumah.
A sebiji 7 Azlina dan kawannya sedang asyik
B sebuah bermain congkak kerana permainan
C seketul ini memerlukan ________ untuk
D sebentuk memenanginya.

A kerajinan
B kehebatan
C kemahiran
D ketangkasan

B.MELAYU(PEM)-TAHUN 6
SULIT
011
Set 1 - 2

8 __________ yang bertugas di stesen radio 12 Pilih ayat-ayat yang menggunakan


itu mengumumkan tentang banjir yang perkataan bergaris yang betul.
telah melanda bandar itu.
A Juruwang I Setiap hari Sharin bekerja sehingga
B Juruhebah terbenam malam.
C Jurubahasa II Perasaannya terbenam apabila dimarahi
D Jurugambar majikannya.
III Kapal yang terbenam di dasar laut itu
ditemui oleh seorang penyelam.
IV Kaki Pak Mat telah terbenam di dalam
Fauzi dan rakan-rakannya melakukan lumpur di kawasan yang becak itu.
aktiviti memanaskan badan semasa A I dan II
berada di pusat latihan itu. Setelah
selesai,mereka pun bergerak ke tengah B II dan IV
padang. C I dan III
D III dan IV
9 Apakah yang akan dilakukan oleh Fauzi
dan rakan-rakannya ?
13 Pilih jawapan yang sesuai
A Memesin rumput bagi ayat tanya yang
B Mengutip sampah diberikan.
C Bermain bola jaring
D Bermain bola Mengapakah Hanom merungut-
rungut sejak semalam ?
10 Pilih simpulan bahasa yang sesuai bagi
ayat yang diberikan. A Ya, Hanom merungut-rungut kerana
kucingnya hilang semalam.
Amirul berlari dengan sekuat hatinya B Hanom merungut-rungut sejak
apabila terserempak dengan seekor anjing
yang garang. semalam kerana kucingnya
telah hilang.
A langkah kiri C Hanom akan merungut kerana
B langkah kanan kucingnya hilang.
C langkah seribu D Kami tidak tahu kenapa Hanom
D langkah bendul
merungut.

11 Kita hendaklah berjimat cermat pada


masa perkembangan ekonomi yang
lembab ini.

Pilih perkataan antonim bagi lembab.

A pesat
B kuat
C cekap
D pantas

B.MELAYU(PEM)-TAHUN 6
SULIT
011
Set 1 - 3

14 Pilih ayat-ayat yang betul. 15 Pilih ayat yang sama maksud dengan
ayat yang diberikan.
I Sempena Hari Bapa, Anuar
menghadiahi bapanya sebatang pen. “ Siapkan kerja sekolah kamu dahulu,
barulah bermain gasing,” kata ibu
II Pemandu yang terkorban dalam kepada Sani.
kemalangan itu berasal daripada Johor.
III Tarmizi bercita-cita untuk menjadi A Ibu menegur Sani bermain gasing
seorang pelakon yang terkenal.
selepas menyiapkan kerja
IV Gambar di dinding itu terjatuh apabila sekolahnya.
ditiup angin. B Ibu meminta Sani bermain gasing
A I dan II dahulu sebelum menyiapkan kerja
sekolahnya.
B I dan III
C II dan IV C Ibu mengarahkan Sani menyiapkan
D III dan IV kerja sekolahnya selepas
bermain gasing.
D Ibu menyuruh Sani menyiapkan
kerja
sekolahnya dahulu sebelum bermain
gasing.

B.MELAYU(PEM)-TAHUN 6
SULIT
011
Set 1 - 4

Soalan 16 hingga 20

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Di belakang rumah nenekku terdapat empat batang pokok durian. Buahnya kecil tetapi rasa isinya
sungguh enak. Pokok durian itu telah puluhan tahun umurnya. Bukan nenekku yang menanamnya
tetapi moyangku.

Nenekku tinggal bersama anak perempuannya yang telah pun bersuami. Suaminya
bernama Rusli, tapi aku memanggilnya Pak Cik Li saja. Pak Cik Li ada anak yang sebaya
denganku. Namanya Haikal. Adik kepada Haikal ialah Amran dan Suria. Kami berkawan baik.
Ke mana-mana sahaja kami tidak pernah berenggang.

Biasanya selepas sekolah, kami akan menghabiskan masa dengan pelbagai kegiatan seperti
mandi di sungai, mengail ikan, mencari buah berangan dan sebagainya. Ada kalanya kami melastik
sarang tebuan. “ Kerja cangkul angin,” kata nenekku. Tapi itulah yang seronoknya. Seronok
melihat sarang tebuan terburai dan ribuan tebuan menyerang buah kelapa yang kami pacakkan
pada batang kayu di bawah sarangnya. Kami ketawa melihat kebodohan tebuan itu.

Rupa-rupanya tebuah itu tidak sebodoh yang kami sangkakan. Salah seekor daripadanya
menyerangku. Aku berlari lintang-pukang dan ketika itu aku berasa kepalaku disengat tebuan. Aku
mengaduh kesakitan. Kepalaku bengkak. Malam itu aku demam. Cerita aku disengat tebuan sampai
ke telinga nenekku. Nenek sangat marah. Tapi kami tidak pernah serik. Entah berapa banyak
tebuan yang kami musnahkan selepas kejadian itu.

Apabila tiba musim durian, keempat-empat pokok durian itu berbuah lebat sekali. Kami
menunggu buah durian yang gugur dari atas rumah. Sebaik sahaja bunyi buah durian luruh, kami
meluru ke tangga dan berlari ke bawah pokok durian itu. Dalam gelap, kami meraba-raba buah
durian yang gugur itu. Pak cikku lagi cekap. Dia terjun melalui lantai bilik tidurnya. Lantai bilik
tidurnya dibuat lubang besar dan ditutup dengan rapi. Sebaik sahaja kedengaran bunyi buah
durian luruh, dialah yangterlebih dahulu sampai keran bilik tidurnya dekatdengan pokok durian
itu.

Dia tidak meraba-raba seperti kami tapi menyeret kain nipis. Kain nipis itu akan tersangkut
pada buah durian. Setelah dipungutnya buah durian itu, dia masuksemula ke biliknya. Sedang kami
masih meraba-raba dalam gelap itu, pak cikku ketawa berdekah-dekah. Tahulah kami apa
sebabnya. Kami naik ke rumah dengan perasaan yang hampa.Tapi pak cikku baik orangnya. Dia
keluar dari bilik tidurnya lalu menjamu kami dengan buah durian itu.

Kini, keempat-empat batang pokok durian itu telah tiada. Pak cikku memperbesar
rumahnya. Pokok durian itu telah menjadi mangsanya. Sejak itu kami tidak lagi dapat merasai isi
buah durian yang enak itu.

B.MELAYU(PEM)-TAHUN 6
SULIT
011
Set 1 - 5

16 Siapakah yang menanam pokok durian itu ?

A Ibu bapa nenekku


B Ibu dan ayahku
C Pak Cik Li
D Nenekku

17 Hubungan “aku” dengan Haikal ialah

A adik
B sepupu
C bapa saudara
D anak saudara

18 Bagaimanakah nasib keempat-empat pokok durian itu akhirnya.

A Telah mati
B Telah tua benar
C Telah ditebang
D Tidak berbuah lagi

19 Apakah yang menyebabkan pak cikku ketawa berdekah-dekah ?

A Kami gagal mencari buah durian


B Pak cikku berjaya mendahului kami
C Kami naik ke rumah dengan kecewa
D Melihat kami masih mencari-cari buah durian

20 Simpulan bahasa cangkul angin dalam petikan ini bermaksud

A kerja dengan teliti


B kerja yang tidak berfaedah
C kerja yang mendatangkan kebaikan
D kerja yang dibuat dengan bersungguh-sungguh

B.MELAYU(PEM)-TAHUN 6
SULIT
011
Set 1 - 6

BAHAGIAN B
[ 30 markah ]

Soalan 21

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.

apabila oleh pada ke dengan

seperti sambil untuk yang sementara

i. Abang memetik gitar ______________ menyanyikan lagu kegemarannya.

ii Ain telah mengikuti lawatan sambil belajar ke Petrosains _____________


cuti persekolahan yang lalu.
iii. Bangunan ________________ baru siap itu merupakan bangunan paling tinggi
di bandar itu.
iv. Rosman mempunyai cita-cita yang sangat tinggi, iaitu ______________ menjadi
usahawan yang berjaya.
v. Air bandung yang dibeli _____________ ayah di pasar malam itu sangat tawar.

[ 5 markah ]

Soalan 22

(a) Tukarkan ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah.

“ Tolong basuhkan baju yang saya pakai semalam,” kata ayah kepada emak.

______________________________________________________________________
[ 1 markah
]

(b) Tukarkan ayat cakap pindah kepada ayat cakap ajuk.

Emak menasihati adik supaya tidak memetik bunga-bunga yang sedang berkembang itu.

______________________________________________________________________
[ 1 markah
]

B.MELAYU(PEM)-TAHUN 6
SULIT
011
Set 1 - 7

( c ) Padankan perkataan yang sesuai berdasarkan ayat yang diberikan. Satu daripadanya
telah ditunjukkan sebagai contoh.

( i ) Pak Leman sedang memikul


biji
se __________ pisang yang baru
diambil dari kebunnya.

( ii ) Ibu memetik beberapa __________


terung di kebunnya. tandan

( iii ) Pak Soh menggunakan tiga


_______ kawat yang berduri untuk gelung
memagari dusunnya.

[ 2 markah ]

( d ) Garis jawapan yang paling sesuai bagi ayat di bawah.

(i) Rosnaini suka berjoging sambil ( menyedut , membuang , menghirup ) udara


segar

( ii ) Lagu-lagu Melayu asli yang ( diolahkan, dinyanyikan, dinyaringkan )


dengan iringan orkestra itu telah menghiburkan penonton.
[ 2 markah ]

B.MELAYU(PEM)-TAHUN 6
SULIT
011
Set 1 - 8

Soalan 23
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Bachok, Isnin - Satu kemalangan berlaku apabila sebuah van kilang bertembung dengan lori
mengangkut tanah di Kilometer18, Jalan Kubang Kerian ke Pantai Irama Bachok, dekat Beris
Kubur Besar awal pagi semalam. Empat orang pekerja kilang cedera parah dan seorang lagi
mangsa masih tidak sedarkan diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Bachok, mangsa yang masih tidak sedarkan diri dalam
kemalangan kira-kira jam 7.00 pagi semalam ialah pemandu van, Harun bin Samad, 23. Mangsa-
mangsa lain masih berada di wad bagi mendapatkan rawatan yang selanjutnya.
Mangsa yang tidak sedarkan diri kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Kota Bharu,
manakala empat orang lagi rakan mereka dimasukkan ke Hospital Daerah Bachok. Ketua Polis
Daerah Bachok, Superintenden Adnan bin Mohammad berkata, kejadian itu berlaku apabila van
yang dipandu oleh Harun tidak dapat dikawal lalu bertembung dengan lori terbabit. Beliau
menasihatkan orang ramai agar berhati-hati semasa berada di jalan raya dan sentiasa mematuhi
had kelajuan yang ditetapkan untuk mengelakkan sebarang tragedi yang tidak diingini.

( a ) Kejadian ngeri itu berlaku pada hari

___________________________________________________________________________

[ 1 markah
]

( b ) Berapakah jumlah mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu ?

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
[ 1 markah ]

(c) Pada pendapat kamu, bagaimanakah cara-cara untuk mengelakkan diri daripada terlibat
dengan kemalangan jalan raya ?
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

[ 3 markah
]

B.MELAYU(PEM)-TAHUN 6
SULIT
011
Set 1 -
9 Soalan 24

(a) Tandakan ( √ ) bagi pernyataan yang betul dan ( ² ) bagi pernyataan yang salah.

Pasukan bola sepak sekolah saya tetap berlatih manakala hari hujan.

Pekerja-pekerja itu sedang meratakan tanah untuk dijadikan


kawasan perumahan.

[ 2 markah ]
(b) Garis kata adjektif yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah.

i. Aini tidak termakan buah mangga itu kerana rasanya terlalu masam.

ii. Pencapaian belia dalam bidang pertanian masih dipandang rendah oleh pihak tertentu.

[ 2 markah ]

(c) Lihat gambar di bawah, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat yang lengkap.

Kamu dalam perjalanan dari sekolah untuk pulang ke rumah. Tiba-tiba kamu terserempak dengan
seorang kanak-kanak sedang menangis.
Apakah tindakan yang kamu ambil untuk menenangkan kanak-kanak tersebut ?

________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
[ 3 markah ]

B.MELAYU(PEM)-TAHUN 6
SULIT
011
Set 1 - 10

Soalan 25

Baca jadual di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat yang lengkap.

JADUAL LATIHAN PERMAINAN SEKOLAH KEBANGSAAN TAPANG

Hari Masa Jenis Permainan


Ahad 4.00 - 6.00 petang 1. Bola sepak lelaki
2. Bola jaring perempuan
3. Ping Pong lelaki dan perempuan
Isnin 4.00 - 6.00 petang 1. Bola baling lelaki dan perempuan
2. Badminton lelaki dan perempuan
Selasa 8.00 - 9.00 pagi 1. Badminton lelaki dan perempuan
2. Bola sepak lelaki
3. Bola jaring perempuan
Rabu 5.00 - 6.30 petang 1. Bola tampar lelaki dan perempuan
2. Ping Pong lelaki dan perempuan
Khamis 5.00 - 6.30 petang 1. Hoki lelaki dan perempuan
2. Badminton lelaki dan perempuan

Peraturan semasa latihan dijalankan.

1. Semua murid dikehendaki memakai pakaian sukan yang sesuai dengan jenis permainan.
2. Murid-murid dikehendaki berada di sekolah setengah jam sebelum latihan
dimulakan kecuali semasa latihan sesi pagi.
3. Pemain-pemain dikehendaki membawa bekalan air sendiri semasa latihan.
4. Murid-murid hendaklah dihantar oleh ibu bapa ke sekolah semasa menghadiri
latihan sesi petang.
5. Murid-murid dikehendaki utamakan keselamatan diri semasa menjalani latihan.

B.MELAYU(PEM)-TAHUN 6
SULIT
011
Set 1 - 11

( a ) Jenis permainan yang dilatih sebanyak sekali dalam seminggu ialah __________________

___________________________________________________________________________

[ 1 markah
]

( b ) Latihan permainan pada sesi pagi diadakan pada hari


_______________________________

___________________________________________________________________________

[ 1 markah
]

( c ) Mengapakan para ibu bapa perlu menghantar sendiri anak mereka ke sekolah untuk
menjalani latihan sesi petang ?

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
[ 2 markah ]

(c) Pada pendapat kamu, mengapakah keselamatan diri murid-murid diutamakan oleh pihak
sekolah semasa menjalani latihan sukan ?
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

[ 3 markah
]

KERTAS SOALAN TAMAT


B.MELAYU(PEM)-TAHUN 6

You might also like