You are on page 1of 17

Modul JUSA Set 1

Nama :

Tarikh : _

021/031
Bahasa Melayu JUSA
2009
Set 1
50 minit

JABATAN PELAJARAN PERAK KEMENTERIAN

PELAJARAN MALAYSIA

MODUL JUSA
2009

BAHASA MELAYU SJK SET


1

Lima puluh
minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


1. ​ 0 ​soalan.
Kertas soalan ini mengandungi 4

2. Jawab ​semua ​soalan.​

3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu ​A​, B


​ ​, ​C ​dan D
​ ​. Bagi setiap
​ atu ​jawapan sahaja.​ ​Hitamkan ​jawapan kamu pada kertas jawapan objektif
soalan, pilih s
yang disediakan.​

4. Jika kamu hendak menukar jawapan,​ ​padamkan tanda yang telah dibuat​.
​ itamkan ​jawapan yang baru.​
Kemudian h

Kertas soalan ini mengandungi 11 halaman bercetak.

021/031 2009 Hak Cipta Sektor Pengurusan Akademik, JPN Perak

Modul JUSA Set 1

Arahan Am
Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat ​pilihan jawapan iaitu A , B , C d
​ an ​D​. Antaranya, ada satu
jawapan yang betul. Pilih jawapan kamu, hitamkan ruangan yang mempunyai huruf yang sama
dengan jawapan yang telah kamu pilih.

Soalan 1 hingga Soalan 20


Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan ​jawapan ​yang ​paling sesuai.

1. ì lah riwayat hidup Sultan Mahmud Shah yang mangkat dijulang,î


kata Hasrul.
A Itu
B Ini
C Begitu
D Begini

Soalan 2 ​berdasarkan gambar di bawah


2. Burung itu dipelihara di dalam yang sempit.

A reban B
sarang
C sangkar
D kandang

Modul JUSA Set 1

Soalan 3 ​berdasarkan gambar di bawah

3. Nenek tangan adik yang terseliuh.


A memicit-micit
B menekan-nekan C
mengetuk-ngetuk
D menarik-narik

4. Puan Hasnah _ pakaian yang telah dibasuhnya itu di ampaian.


A jemur
B dijemur
C menjemur
D jemuran

5. Cik Zaleha membasuh pakaiannya di .


A bilik mandi
B bilik makan
C bilik rehat
D bilik tidur

Soalan 6 ​berdasarkan gambar di bawah

6. Ali ketawa kegelian Si Putih menggeselkan badan di kakinya.

A tetapi
B apabila
C manakala
D sambil

Modul JUSA Set 1

Soalan 7 ​berdasarkan gambar di bawah

7. Hadi _ Jalur Gemilang semasa sambutan Hari Kebangsaan.


A menggerakkan
B melambaikan
C menaikkan
D mengibarkan

8. Rani dan Malar _ menjaga ibu mereka yang sakit di hospital.


A bersaing-saing
B bergilir-gilir
C berselang-seli
D berturut-turut

9. Murid-murid yang aktif bersukan sering cemerlang dalam .


A pelajaran
B mengajar
C pengajar
D belajar

Soalan 10 ​berdasarkan gambar di bawah

10. Emak menyimpan pisau itu di _ laci agar tidak diambil oleh adik.
A celah
B hujung
C dalam
D sudut

Modul JUSA Set 1

Soalan 11 ​berdasarkan gambar di bawah


11. Gajah sedang mengangkat _ kayu balak menggunakan belalainya.
A sebutir
B sebuah
C seketul
D sebatang

Soalan 12 ​berdasarkan gambar di bawah

12. Hobi Ah Leong membaca buku. Oleh itu, dia digelar _.


A ringan tulang
B ulat buku
C otak cair
D buta huruf

13. Adik duduk bermain alat permainan.


A semenjak
B sehingga
C supaya
D sambil

14. ì Sanggupkah menderhakai sultan dan kerajaan Melaka ? ì kata


Hang Tuah kepada Hang Jebat.
A patik
B hamba
C baginda
D tuan hamba

Modul JUSA Set 1

15. Negara kita ​menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-52


tidak lama lagi.
A akan
B masih
C sedang
D telah

16. Setiap hari ayah memakai _ _ ke pejabatnya

A kasut roda B
kasut getah
C kasut sukan
D kasut kulit

Soalan 17 dan Soalan 18 ​berdasarkan gambar di bawah

17. Abang mengait buah mangga menggunakan mata pengait yang _ .


A melengkung
B bundar
C bujur
D lurus

18.

mengait buah mangga yang telah masak sahaja.

A Engkau
B Dia
C Kamu
D Awak

6
Modul JUSA Set 1

19. Mei Ying menyerahkan dompet itu Encik Kamal

A dari
B pada
C kepada
D daripada

Soalan 20 ​berdasarkan gambar di bawah

20. Dinding rumah baharu yang Encik Chong diami telah mulai .
A retak
B calar
C carik
D pecah

Soalan 21
Pilih perkataan ​berlawan ​bagi perkataan yang bergaris.

21. Murid-murid bersenam pada waktu ​ ​pagi.


A senja
B malam
C petang
D subuh

Soalan 22
Pilih perkataan ​seerti ​bagi perkataan yang bergaris.

22. Selepas bersara Encik Yaakob berasa ​bosan​ ​berehat di rumah sahaja.
A rimas
B malas
C bingung
D jemu
7

Modul JUSA Set 1

Soalan 23
Pilih ​ayat tanya ​yang betul bagi jawapan yang diberikan.

23. Datuk Azhar Mansor mengambil masa selama 190 hari mengelilingi dunia.
A Bilakah Datuk Azhar Mansur mengelilingi dunia?
B Bagaimanakah Datuk Azhar Mansur mengelilingi dunia?
C Berapa lamakah masa yang diambil oleh Datuk Azhar Mansur untuk
mengelilingi dunia?
D Benarkah Datuk Azhar Mansur mengelilingi dunia selama 190 hari?

Soalan 24
Pilih ​jawapan ​yang betul bagi ayat tanya yang diberikan.

24. Bilakah pertandingan bola sepak itu bermula?


A Pertandingan bola sepak itu telah dibatalkan.
B Pertandingan bola sepak itu merupakan pertandingan persahabatan.
C Pertandingan bola sepak itu akan ditangguhkan pada minggu hadapan.
D Pertandingan bola sepak itu bermula sebaik-baik sahaja pengadilnya sampai.

Soalan 25 dan Soalan 26


Pilih ayat yang ​sama maksud ​dengan ayat yang diberikan.

25. Yang berkebaya biru dan berkaca mata itulah kakak sulung saya.
A Menurutnya, kakak sulungnya berkebaya biru dan berkaca mata. B
Kakak sulungnya berkebaya dan tidak memakai kaca mata.
C Saya memakai baju kebaya berwarna biru manakala kakak sulung saya
memakai kaca mata.
D Kakak berkebaya biru dan memakai kaca mata.

26. Puan Low menjual pelbagai barangan di kedai runcitnya.


A Pelbagai barangan di kedai runcit dijual oleh Puan Low.
B Pelbagai barangan dijual oleh Puan Low di kedai runcitnya. C
Berbagai-bagai barangan dijual di kedai runcit Puan Low.
D Berbagai-bagai barangan di kedai runcit Puan low dijual oleh.
8

Modul JUSA Set 1

Soalan 27 dan Soalan 28


Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

27 I Datuk saya ialah seorang ​bekas​ guru.


. I
Almari ini adalah hasil ​bekas​ tangan Pak Mail
I Tukang. Simpan buku awak di dalam ​bekas
masing-masing.
II
I
I Lebam ​bekas​ kena pukul masih kelihatan lagi pada
V lengannya.
A I dan II
B I,II dan III
C I, II dan IV
D I, II, III dan IV

28 I Kopi itu ​pahit​ rasanya.


.
II Gulai lemak cili padi ikan tenggiri itu sangat
pahit​.
III Adik enggan menelan ubat yang ​pahit​ itu.
I Bapanya seorang penghisap ​pahit​.
V
A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C I, II, dan III sahaja
D I, II, III, dan IV

Soalan 29 dan Soalan 30


Pilh ayat yang betul.

29 A Eh, cantik sungguh hiasan balai persandingan


. itu!
B Amboi, sudah mahir kau melayari internet!
C Cis, ada jualan murah di pasar raya itu!
D Aduhai, malang benar nasib budak miskin itu
!

30 I Ah Leng berbasikal ke sekolah.


. I
I
Mereka membimbing orang buta itu melintas jalan.
III Sungai itu telah tercemar sepuluh tahun yang lalu.
I Mukanya perang kerana kekurangan darah.
V
A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C II, III, dan IV sahaja
D I, II, III, dan IV

Modul JUSA Set 1

Soalan 31 hingga Soalan 35


Baca petikan berita di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

BALIK PULAU, 28 April ñ Semangat gotong-royong memang baik diamalkan. Tradisi


bekerjasama dan gotong-royong dalam melaksanakan sesuatu kerja masih diteruskan
walaupun tidak sehebat zaman dahulu.
Lebih kurang tiga ratus orang penduduk sekitar dan dibantu oleh sekumpulan
mahasiswa Universiti Sains Malaysia dan beberapa kaki tangan Majlis Perbandaran Pulau
Pinang telah mengadakan gotong-royong. Mereka membersihkan kawasan masjid dan
tanah perkuburan orang Islam di sini.
Aktiviti gotong-royong ini turut dihadiri oleh beberapa pemimpin masyarakat
tempatan. Majlis ini dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Shariff
Omar.
Menurut Datuk Shariff, sikap kerjasama dan gotong-royong mempunyai banyak
kebaikan. Selain mencantikkan dan membersihkan kawasan, amalan ini juga dapat
mengeratkan h ​ ubungan sesama penduduk setempat.
Gotong-royong juga boleh menyihatkan badan apabila peluh keluar ketika
melakukan sesuatu kerja.

31. Di manakah gotong-royong itu diadakan?


A Bandar Balik Pulau
B Masjid dan tanah perkuburan Islam di balik Pulau
C Berhampiran rumah Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang
D Di kawasan sekitar Universiti Sains Malaysia

32. Amalan bergotong-royong telah dimulakan sejak bila?


A Sejak zaman dahulu
B Sejak sekarang
C Sejak beberapa tahun lalu
D Sejak adanya masjid

33. Siapakah yang merasmikan aktiviti bergotong-royong itu?


A Penduduk sekitar
B Pemimpin masyarakat tempatan
C Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang
D Mahasiswa Universiti Sains Malaysia

34. Selain mencantikkan dan membersihkan kawasan, kebaikan bergotong-royong


adalah seperti berikut, ​kecuali
A merosakkan pokok
B mengeluarkan peluh
C berjumpa dengan pemimpin masyarakat
D mengeratkan hubungan sesama penduduk setempat

10

Modul JUSA Set 1

35. Perkataan ​mengeratkan ​dalam petikan bermaksud


A menyatukan
B memperkuatkan
C merapatkan
D mencantumkan

Soalan 36 hingga Soalan 40


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut.

Koridor Raya Multimedia atau singkatannya MSC meliputi kawasan seluas kira-kira
750 kilometer persegi. Kawasan ini melingkupi Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang, dan Putrajaya iaitu pusat pentadbiran baru
Kerajaan Persekutuan.

Secara umumnya, MSC ialah projek gergasi kerajaan untuk membangunkan industri
teknologi maklumat dan telekomunikasi tempatan. Hal ini sejajar dengan wawasan negara untuk
menjadi negara maju menjelang 2020.

Projek MSC ini akan memberikan faedah yang banyak dan kemudahan kepada kita
sebagai rakyat Malaysia. Salah satu daripada kemudahannya ialah membolehkan pengguna
membayar bil seperti bil telefon atau bil elektrik secara elektronik. Kita hanya perlu menekan
papan kekunci komputer dari rumah sahaja untuk menjelaskan bil berkenaan.

Selain itu, kita juga dapat menghantar, menerima dan berkongsi maklumat dengan
sesiapa sahaja melalui komputer peribadi yang disambungkan ke internet. Melalui cara ini kita
dapat berhubung dengan rakan-rakan atau ahli keluarga ​tanpa perlu bertemu muka​. Malahan
mungkin suatu hari nanti ada pekerja tidak perlu ke pejabat setiap hari. Kerja-kerja dapat
dilakukan di rumah dan dihantar kepada majikan melalui komputer sahaja.

36. Berapa luaskah kawasan yang dilitupi oleh Koridor Raya Multimedia?
A 75 km persegi
B 750 km persegi
C 7500 km persegi
D 705 km persegi

37. Mengapakah projek MSC dikatakan projek gergasi kerajaan?


A Projek ini merangkumi kawasan seluas kira-kira 750 kilometer persegi
B Projek ini akan merealisasikan wawasan 2020
C Memudahkan kerja menghantar dan menerima maklumat
D Projek ini akan memajukan bidang teknologi maklumat dan telekomunikasi
negara

11

Modul JUSA Set 1

38. Rangkaian kata-kata ​tanpa perlu bertemu muka ​bermaksud...


A tidak payah berbincang
B tidak perlu berjumpa
C tidak perlu bergesel muka
D tidak payah berselisih di jalan

39. Pilih pernyataan yang ​tidak benar ​tentang petikan tadi.


A Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur terletak di Sepang
B Pengguna dapat membayar bil telefon secara elektronik melalui projek MSC
ini
C Dengan internet kita dapat berhubung antara satu dengan yang lain dengan cara
yang canggih
D MSC meliputi dua kawasan utama di Kuala Lumpur

40. Berikut merupakan manfaat yang boleh dinikmati daripada kemudahan MSC yang
disediakan oleh projek ini ​kecuali
A Membayar bil
B Menyebarkan maklumat
C Menyediakan kemudahan awam
D Menjimatkan masa dan tenaga orang ramai
KERTAS SOALAN TAMAT

12

You might also like