You are on page 1of 11

Nama:

Kelas:

PROGRAM GEMILANG UPSR


TAHUN 2017

“MODUL PERSEDIAAN UPSR 2”


011 BAHASA MELAYU – PEMAHAMAN

1 jam 15 minit
Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Untuk Kegunaan Pemeriksa


1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian:
Bahagian A dan Bahagian B. No Soalan Markah
1-20
2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam
21
kedua-dua bahagian ini.
22 (a)
3. Tiap-tiap soalan dalam Bahagian A diikuti oleh empat (b)
pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap
soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan 23 (a)
kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan. (b)
Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda (c)
yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang
baharu. 24 (a)
(b)
4. Bagi Bahagian B, jawapan kamu hendaklah ditulis pada
(c)
ruangjawapan yang disediakan dalam kertas soalan ini.
(d)
5. Serahkan Bahagian B ini bersama-sama borang 25 (a)
jawapan objektif kepada pengawas peperiksaan pada
akhir peperiksaan. (b)
(c)
(d)

Jumlah
50

Kertas soalan ini mengandungi hanya 11 halaman bercetak.


SULIT 2 011
Bahagian A
[20 markah]

Soalan 1 hingga Soalan 14


Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Anggota rukun tetangga bertugas untuk menjaga __________ pada setiap malam.
A kampung
B daerah
C negeri
D negara

2 Ayah membeli dua __________ durian di pasar untuk dibawa pulang.


A ulas
B pangsa
C biji
D buah

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3 Anggota polis telah ________________ tangan peragut itu ke belakang sebelum


menggarinya.
A meramas
B mengilas
C memegang
D menggenggam

4 Pak Amin __________ di atas sofa kerana kepenatan setelah pulang dari kebun.
A bersila
B berbaring
C tergelincir
D tertiarap

5 “___________ telah diarahkan oleh Cikgu Shaiful untuk mengemas stor sukan,” kata Qistina
kepada rakan-rakannya.
A awak
B kalian
C kalian
D saudari

[Lihat halaman sebelah


011 SULIT
SULIT 3 011
6 “Di _________lah berlakunya kemalangan semalam,” kata Rosdi sambil menunjukkan
tempat dia berdiri.
A itu
B ini
C sini
D situ
7 Taman Botani dan Taman Negara sering menjadi tumpuan pengunjung terutamanya _____
hujung minggu.
A di
B pada
C dari
D daripada

8 Cikgu Halimaton menampal carta ___________ papan kenyataan di dalam kelasnya.


A di
B ke
C pada
D kepada

9 Permukaan papan itu masih ___________ kerana belum diketam lagi.


A kesat
B kasar
C licin
D lembut

10 Munirah berasa ________ untuk berpisah dengan rakan-rakannya kerana berpindah ke


Sekolah baharu.
A sedih
B suka
C geram
D bimbang

11 Persatuan Bahasa Melayu sekolah saya _________ melawat Pulau Langkawi pada cuti
persekolahan yang lalu .
A belum
B sedang
C akan
D telah

12 Wardina gembira kerana _______________ menjawab kesemua soalan kuiz itu dalam masa
yang ditetapkan.
A boleh
B dapat
C mahu
D mungkin

[Lihat halaman sebelah


011 SULIT
SULIT 4 011
13 Kakak berasa amat sedih __________ sejak nenek meninggal dunia akibat sakit jantung.
A nian
B sekali
C begitu
D benar

14 Daud terkebil-kebil ________________ dimarahi ayahnya ___________ dituduh


memecahkan cermin tingkap rumahnya.
A apabila ... kerana
B walaupun...kerana
C apabila...agar
D kerana ...agar

15 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


Fakhrul meminta izin daripada ibunya untuk menyertai perkhemahan itu.
A “Saya akan menyertai perkhemahan itu, ibu ” kata Fakhrul kepada ibunya.
B “Perlukah saya meminta izin untuk menyertai perkhemahan itu?” tanya Fakhrul kepada
ibunya.
C “Saya telah pun menyertai perkhemahan itu,” jelas Fakhrul kepada ibunya.
D “Bolehkah saya mengikuti perkhemahan itu, ibu?” tanya Fakhrul kepada ibunya.

16 Pilih ayat yang betul.


I Hadiah pemberian ibu itu adalah mahal kerana diperbuat daripada bahan yang
berkualiti.
II Sepak takraw ialah sukan yang elok dipertandingkan dalam kejohanan itu.
III Hobi saya adalah menanam pokok bunga dan mengemas rumah.
IV Tuduhan yang tidak berasas itu ialah palsu dan menjatuhkan maruahnya.
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

Soalan 17 hingga 20.


Baca petikan dibawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Hujan turun tidak berhenti-henti sejak lima hari yang lalu. Semalam, hujan semakin mencurah-
curah. Paras air sungai di Kampung Sejati hampir melimpahi tebing. Tebing itu tidak rebak kerana
telah ditambak dengan cerucuk kayu bakau.
Pak Senik sekeluarga yang tinggal berhampiran sungai itu berasa risau dan sentiasa
berwaspada jika air sungai naik akibat hujan lebat pagi tadi. Mereka telah bersiap-siap dan
berkemas. Semua perkakas rumah dikumpukan lalu diletakkan di tempat yang selamat. Selain
itu,segala surat yang penting pula diketepikan untuk dibawa bersama-sama kelak.
Pada petang Isnin itu, kampung tersebut dinaiki air. Air semakin mencecah sehingga ke anak
tangga teratas. Pak Senik semakin risau kerana beliau masih belum berpindah dari rumahnya. Tidak

[Lihat halaman sebelah


011 SULIT
SULIT 5 011
lama kemudian, kelihatan pasukan penyelamat tiba dengan untuk membawa mereka ke tempat
yang lebih selamat.
Semua mangsa banjir ditempatkan di dewan Sekolah Kebangsaan Seri Andalas iaitu sekolah
yang terletak di kawasan yang lebih tinggi berhampiran kampung tersebut. Suasana menjadi riuh-
rendah dengan suara kanak-kanak dan orang ramai. Walaupun meninggalkan rumah selama
seminggu, mereka berasa seronok berada di situ kerana dapat mengenali antara satu sama lain.
Setelah air surut, mereka diarah pulang ke rumah masing-masing.

17 Apakah yang menyebabkan tebing sungai Kampung Sejati kukuh?


A tidak dilimpahi air sungai
B hujan turun tidak berhenti-henti
C ditambak dengan cerucuk kayu bakau
D ditambak dengan timbunan tanah.

18 Mengapakah Pak Senik mengasingkan surat yang penting ketika sedang berkemas?
A untuk dibawa semasa berpindah
B untuk disimpan di tempat yang selamat
C untuk diberikan kepada pihak penyelamat
D untuk dihantar ke dewan Sekolah Kebangsaan Seri Andalas

19 Pilih pernyataan yang benar berdasarkan petikan di atas ?


A Hujan tidak turun selama lima hari.
B Mereka berada di dewan sekolah selama tujuh hari.
C Mereka menggunakan sampan untuk mengangkut mangsa.
D Tebing sungai itu kukuh dan tidak runtuh.

20 Pada pendapat kamu, apakah tindakan yang wajar dilakukan apabila berlaku banjir di tempat
tinggal kamu?
A Bermain air banjir di kawasan yang dinaiki air.
B Mengajak rakan meninjau keadaan banjir.
C Membiarkan buku-buku sekolah basah.
D Berpindah dengan segera ke tempat yang lebih selamat.

[Lihat halaman sebelah


011 SULIT
SULIT 6 011
Bahagian B
[30 markah]

Soalan 21
(a) Padankan perkataan yang betul bagi melengkapkan ayat. Satu daripadanya telah
ditunjukkan sebagai contoh.

(i)
Jangan hubungi saya di pejabat ______________
kamu benar-benar berada dalam kecemasan.
kecuali
(ii)
Rosalinda mempunyai suara yang merdu
______________ wajah yang cantik. kerana

(iii)
______________ aktif dalam sukan, Sivakumaran serta
tetap mengutamakan pelajarannya.

walaupun
(iv)
Azhar melonjak kegembiraan ______________
lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan UPSR.
[2 markah]

(b) Tanda ( √) bagi ayat yang betul dan ( X ) bagi ayat yang salah dalam kotak yang
disediakan.

Udara yang harum di tepi tasik itu dapat menenangkan fikiran para
i
pengunjung.

ii Kamal menggunakan pelampung kerana dia tidak begitu pandai berenang.

[ 2 markah]

(c) Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.

__________________________________________________________________________
[ 2 markah]
[Lihat halaman sebelah
011 SULIT
SULIT 7 011
Soalan 22
(a) Padankan pernyataan di bawah berdasarkan kata kerja yang diberikan. Satu daripadanya
telah ditunjukkan sebagai contoh.

(i)
Suraya suka membeli barang-barang berjenama
padahal gajinya kecil sahaja.

(ii) BETUL
Badan Rafiza menggeliat kerana ketakutan ketika
melihat lembaga putih itu.

(iii)
Mereka bergegas ke balai ketibaan untuk
menyambut Nadia di lapangan terbang.
SALAH

(iv)
Ah Meng berusaha meningkatkan kelemahan diri
sendiri agar dia berjaya dalam pelajaran.
[2 markah]

(b) Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.

Syafiq, jemputlah datang


ke rumah saya esok. Saya
akan mengadakan majlis
kesyukuran.

Ahmad Shafiq
________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________
[ 2 markah]

[Lihat halaman sebelah


011 SULIT
SULIT 8 011
Soalan 23
Baca dialog di bawah ini. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Ahmad : Selamat petang saya ucapkan kepada saudara Zainal. Nama saya Ahmad bin Kamal,
wakil majalah Sekolah Kebangsaan Lembah Menora. Saya bercadang untuk menemu
ramah saudara Zainal tentang saudara penglibatan dalam bola sepak.
Zainal : Selamat petang. Saya juga mengucapkan terima kasih kerana sudi menemu ramah saya
dalam bidang bola sepak.
Ahmad : Sejak bilakah saudara Zainal berjinak-jinak dalam bidang bola sepak?
Zainal : Saya mula berjinak-jinak dengan bola sepak ini sejak berumur enam tahun lagi kerana
ingin mengikut jejak ayah yang merupakan pemain bola sepak negara.
Ahmad : Siapakah yang menjadi pendorong utama saudara Zainal dan bilakah bakat saudara
digilap?
Zainal : Ayah saya. Selain itu, guru-guru di sekolah. Pada hari Sabtu dan Ahad saya mengikuti
latihan bersama-sama skuad remaja bawah 12 tahun negeri Perak. Dari situlah bakat dan
kebolehan saya digilap.
Ahmad : Sehingga tahun 2016, apakah pencapaian terbaik saudara Zainal bersama-sama skuad
Malaysia?
Zainal : Saya membantu skuad Malaysia menjuarai Piala Malaysia dan memenangi Pingat Emas
dalam Sukan SEA.
Ahmad : Sebelum mengundur diri, apakah nasihat dan pesanan saudara Zainal kepada murid-
murid yang ingin berjaya dalam bidang bola sepak?
Zainal : Nasihat saya bagi mereka yang ingin berkecimpung dalam permainan bola sepak,
mereka haruslah berlatih bersungguh-sungguh, mempunyai azam yang tinggi dan
semangat yang kental.

(a) Saudara Zainal mula berjinak-jinak dalam bidang bola sepak sejak______________________

___________________________________________________________________________
[1 markah]

(b) Mengapakah ayah Zainal menjadi pendorong utamanya dalam bidang bola sepak?

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________
[2 markah]

[Lihat halaman sebelah


011 SULIT
SULIT 9 011
(c) Senaraikan tiga cara untuk menjadi seorang pemain bola sepak yang handal.

(i) ________________________________________________________________________

(ii) ________________________________________________________________________

(iii)________________________________________________________________________

[3 markah ]

Soalan 24
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Ibu bapa merupakan insan terpenting dalam sesebuah keluarga. Tanpa mereka, kita tidak akan lahir
ke dunia ini. Merekalah yang memberikan kita kasih sayang yang sejati hingga sanggup berkorban
harta dan nyawa demi kebahagiaan kita.
Setiap ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka berkelakuan baik dan berakhlak mulia.
Anak-anak yang berakhlak mulia akan menjaga nama baik ibu bapa dan keluarganya. Pertuturan
yang lembut dan sopan serta tidak menyinggung hati kedua ibu bapa juga menunjukkan akhlak
yang baik. Ini pasti akan menggembirakan hati ibu bapa.
Ibu bapa sudah tentu gembira apabila mendapati anak-anak mereka belajar bersungguh-
sungguh. Anak-anak yang rajin belajar, kebiasaannya akan mendapat keputusan yang cemerlang.
Sememangnya setiap ibu bapa menginginkan anak mereka berjaya dalam pelajaran demi masa
depan.
Sebagai anak, kita juga haruslah membantu mereka. Kita boleh membantu mereka dengan
melakukan kerja-kerja yang sesuai seperti menjaga adik, mengemas rumah dan sebagainya. Dengan
itu, kita dapat meringankan beban dan menggembirakan hati mereka.
Kita juga boleh meraikan mereka pada hari ibu atau hari bapa dan hari jadi mereka dengan
memberikan hadiah. Dengan cara ini, mereka akan berasa dihargai dan disayangi.
Kesimpulannya, pengorbanan ibu bapa tidak ternilai. Kita pasti ingin melihat ibu bapa kita
sentiasa bergembira. Justeru, kita mestilah berazam dan berusaha untuk menggembirakan hati
mereka agar hidup kita lebih diberkati.

(a) Perkataan insan dalam petikan juga bermaksud ___________________________.


[1 markah]

(b) Apakah yang perlu dilakukan oleh seorang anak terhadap ibu bapa?

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________
[2 markah]
(c) Bagaimanakah kita boleh berjaya pada masa hadapan?
___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________
[2 markah]
[Lihat halaman sebelah
011 SULIT
SULIT 10 011
(d) Pada pendapat kamu, mengapakah pengorbanan ibu bapa tidak ternilai?
___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________
[2 markah]
Soalan 25
Baca puisi di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Bunga sekuntum harum baunya,


Pengubat rindu sepanjang masa;
Berbilang kaum hidup bersama,
Bersatu padu aman sentosa.

Harum sungguh bunga melati,


Hiasan sanggul amat memikat;
Bertolak ansur, hormat-menghormati,
Mengukuhkan perpaduan ikatan muafakat.

Membuak air di muka kuala,


Mengalir arus menghakis tebing;
Bantu-membantu amalan mulia,
Ibarat aur dengan tebing.

Hijau pegaga tumbuh melata,


Dibuat ulam pembuka selera;
Andai warga seia sekata,
Negara maju rakyat sejahtera.

(a) Tanda ( √ ) bagi pernyataan yang betul dan ( X ) bagi pernyataan yang salah dalam kotak
yang disediakan.

i Kehidupan kita akan sejahtera jika mengamalkan sikap bertolak-ansur.

ii Sikap bantu-membantu merupakan amalan yang perlu dijauhi.

[1 markah]
(b) Apakah maksud ‘ibarat aur dengan tebing’ dalam petikan?
___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________
[ 2 markah]
[Lihat halaman sebelah
011 SULIT
SULIT 11 011
(c) Bagaimanakah mewujudkan kesejahteraan dalam sebuah masyarakat?
___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________
[ 2 markah]

(d) Pada pendapat kamu, perlukah perpaduan di dalam negara diwujudkan? Mengapa?
___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________
[ 3 markah ]

KERTAS SOALAN TAMAT

[Lihat halaman sebelah


011 SULIT

You might also like