You are on page 1of 12

SULIT

PEPERIKSAAN AKHIR

KURSUS : PENGUCAPAN AWAM


KOD KURSUS : MPU 2233
TEMPOH : 2 JAM

ARAHAN KEPADA CALON PEPERIKSAAN:

1. Kertas peperiksaan ini mengandungi DUA (2) bahagian : BAHAGIAN A (40 soalan)
: BAHAGIAN B (12 soalan)

2. Sila pastikan set peperiksaan ini mengandungi :


i. Kertas Peperiksaan

3. Jawapan hendaklah bertulis tangan. Sila tulis jawapan anda menggunakan pen di atas
kertas jawapan (foolscap paper). Kertas jawapan hendaklah dihantar kepada pensyarah
masing-masing menerusi:
i. Aplikasi CamScanner. Imbas dan emel jawapan tersebut ATAU,
ii. Aplikasi Whatsapp. Tangkap gambar dan hantar jawapan tersebut ATAU,
iii. Muat naik jawapan dalam fail PDF dihantar ke OLES, GOOGLE CLASSROOM atau
Edmodo.

4. Tiada tolak ansur untuk sebarang aktiviti plagiat, meniru dan menipu di mana markah tidak
akan diberi dan tindakan disiplin akan diambil.

NO. KAD PENGENALAN:


NO. ID :
NAMA PENSYARAH :
SEKSYEN :

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU

Kertas soalan ini mengandungi 12 muka surat bercetak termasuk muka hadapan

2021/A/MPU2233
SULIT

SEPT2021/A/MPU2233
BAHAGIAN A: SOALAN OBJEKTIF
Arahan: Jawab semua soalan.

1. (1 point)
Penceramah yang cemerlang akan menggunakan dalam mengukuhkan
hujahnya.

A. kualiti gaya bahasa


B. kata-kata penguat
C. dialek
D. landskap bahasa

2. (1 point)
“Saya cadangkan.........................”

Pernyataan di atas,merupakan pernyataan tentang pendirian .

A. pandangan tidak pasti


B. pandangan yang ringan tetapi tidak komited
C. pandangan yang positif
D. pandangan dan pendirian diri yang jelas lagi yakin

3. (1 point)
bermaksud pemilihan perkataan yang sesuai dengan sesuatu cerita yang ditulis.

A. Diksi
B. Pantun
C. Bahasa
D. Asonansi

4. (1 point)
Ucapan yang baik hendaklah menggunakan bahasa agar ianya mudah untuk
difahami.

A. standard
B. daerah
C. gila-gila
D. rojak

2 2021/A/MPU2233
SULIT

5. (1 point)
Manakah gaya bahasa yang sesuai dalam ucapan hafalan atau manuskrip?

A. Menggunakan kata-kata yang lantang supaya memberi kesan kepada hadirin.


B. Bercakap secara formal dan secara spontan.
C. Menggunakan istilah yang tidak jelas dan mengelirukan.
D. Ucapan dalam bentuk bahasa buku atau penulisan.

6. (1 point)
“Ada gula ada semut”

Apakah jenis landskap bahasa di atas?

A. Alusi
B. Tamsil
C. Bidalan
D. Hiperbola

7. (1 point)
Pendekatan yang boleh digunakan dalam pengucapan awam ialah pendekatan
dan .

A. deduktif, negatif
B. induktif, positif
C. induktif, deduktif
D. positif, negatif

8. (1 point)
Bahasa kasar boleh menyebabkan pendengar kepada penceramah.

A. takut
B. suka
C. benci
D. sakit hati

9. (1 point)
Antara berikut yang manakah gaya bahasa hiperbola?

A. Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor.


B. Masa terus berjalan.
C. Bagai aur dengan tebing.
D. Biarpun berkecai tulang di badan tetapi menyerah tidak sekali.

3 2021/A/MPU2233
SULIT

10. (1 point)
Halangan dalam pengucapan awam bermaksud .

A. kecelaruan
B. gangguan
C. kelemahan
D. kegagalan

11. (1 point)
Antara berikut yang manakah merupakan tanda kegugupan?

A. Bunyi bising
B. Bibir menjadi kering
C. Banyakkan bertenang
D. Bahasa yang berbeza

12. (1 point)
Antara berikut yang manakah cara untuk mengawal kegugupan?

A. Datang awal ke majlis.


B. Fokus melihat audiens.
C. Berdiri tegak di hadapan audiens.
D. Buat persediaan di hujung waktu.

13. (1 point)
Antara berikut yang manakah BUKAN gangguan luaran?

A. Merasa merendah diri.


B. Papan putih tidak dipadam.
C. Bunyi kanak-kanak menangis.
D. Baju kotor tertumpah makanan

14. (1 point)
Berikut merupakan pelbagai kemungkinan yang perlu dihadapi semasa menyampaikan
ceramah KECUALI .

A. nota tertinggal
B. bilangan hadirin yang terlalu ramai
C. idea hilang dipertengahan jalan
D. mengenakan pakaian yang bersesuaian dengan majlis

4 2021/A/MPU2233
SULIT

15. (1 point)
Antara berikut yang manakah adalah gangguan psikologi?

A. Berasa bimbang.
B. Tangan berpeluh.
C. Hadirin yang kerap keluar masuk dewan.
D. Menggunakan perkataan ok terlalu kerap.

16. (1 point)
Perasaan takut, gugup dan berdebar ketika berucap.

Perkara yang dinyatakan di atas adalah kepada seseorang penceramah.

A. sengaja dibuat
B. tidak waras
C. tidak normal
D. normal

17. (1 point)
Antara berikut yang manakah gangguan dalaman ketika menyampaikan ucapan?

A. Gementar
B. Bilik terlalu sempit
C. Cuaca terlalu panas
D. Sistem audio bermasalah

18. (1 point)
Apakah faktor yang menyebabkan wujudnya masalah sebutan kurang difahami oleh khalayak?

A. Umur
B. Dialek
C. Bahasa badan
D. Fizikal penceramah

19. (1 point)
Perkara yang perlu dititikberatkan oleh pengucap sewaktu menyampaikan ucapan adalah
seperti berikut KECUALI .

A. banyakkan bertenang.
B. pandang terus kepada audiens.
C. datang awal ke tempat program.
D. habiskan ucapan tanpa menghiraukan masa.

5 2021/A/MPU2233
SULIT

20. (1 point)
Salah satu syarat yang perlu ada pada seorang da’i adalah .

A. hanya menyampaikan nasihat tanpa perlu mengamalkan dalam kehidupannya


B. setiap perkara yang dilakukan dengan niat kerana Allah semata-mata
C. ceramah yang disampaikan tidak perlu difahami namun dapat dikuasai dengan baik
D. merasakan penyampaian yang baik itu adalah daripada usaha penceramah itu sendiri

21. (1 point)
Perkataan maudhu’ dalam bahasa Arab adalah bermaksud .

A. topik
B. hadirin
C. penceramah
D. Muqaddimah

22. (1 point)
Personaliti dan perwatakan yang menarik akan membuatkan penceramah .

A. mampu untuk menguasai hadirin


B. menghargai kehadiran pendengar
C. kelihatan arif dalam bab yang dibicarakan
D. menggunakan bahasa yang kemas dan mudah difahami

23. (1 point)
Penyampaian mengikut perspektif Islam meliputi perkara-perkara berikut KECUALI

A. Pemakaian.
B. Penyediaan topik.
C. Penggunaan bahasa.
D. Penggunaan alat bantu.

24. (1 point)
Antara berikut yang manakah BUKAN ciri-ciri pathos?

A. Menjaga kebajikan hadirin ketika berceramah


B. Menghargai kehadiran pendengar
C. Mahir dalam bab yang dibicarakan
D. Mampu menguasai dan mengawal perasaan hadirin

6 2021/A/MPU2233
SULIT

25. (1 point)
“Kemampuan pengucap dalam mengolah bahasa yang baik berasaskan fakta dan contoh-
contoh”. Pernyataan ini merujuk kepada .

A. Ethos
B. Logos
C. Pathos
D. Athos

26. (1 point)
Manakah antara berikut BUKAN merupakan interaksi soal jawab yang sesuai?

A. Memastikan penceramah mendengar soalan,komen atau ulasan hadirin dengan jelas


B. Penceramah perlu merasa segan sekiranya tidak dapat menjawab soalan hadirin.
C. Mengumpul dan mencatat soalan bagi memudahkan proses soal jawab
D. Hanya menjawab soalan yang dikemukakan sahaja

27. (1 point)
Mengapakah penceramah perlu mengaitkan antara satu isi dengan satu isi yang lain dengan
merujuk kepada Al-Quran, hadis-hadis sahih serta buku-buku ulama?

A. Menambah keyakinan hadirin kepada penceramah.


B. Bertujuan menghasilkan satu pengaliran idea yang tersusun.
C. Menampakkan kredibiliti seorang penceramah yang hebat.
D. Mudah difahami oleh hadirin.

28. (1 point)
Manakah antara berikut merupakan penyampaian dalam bentuk syarahan menurut perspektif
Islam?

i. Khutbah Jumaat
ii. Usrah
iii. Forum
iv. Ceramah umum

A. i dan iv
B. ii dan iii
C. i, ii dan iii
D. i, ii, iii dan iv

7 2021/A/MPU2233
SULIT

29. (1 point)
Antara berikut yang manakah BUKAN merupakan cara penyampaian oleh seorang da’i?

A. Menyediakan rangka penyampaian.


B. Menggunakan bahasa perantaraan yang mudah difahami.
C. Penyampaian boleh diterjemahkan dalam bentuk pergerakan anggota badan.
D. Menggunakan perkataan yang membawa erti paksaan dan gertakan.

30. (1 point)
Manakah antara berikut BENAR mengenai bahasa atau lisan?

A. Kelancaran penceramah dalam ucapan.


B. Suara yang jelas, mudah didengar dan tidak satu nada.
C. Penceramah mendengar soalan, komen atau ulasan hadirin dengan jelas
D. Menggunakan istilah yang jelas, mudah difahami dan tidak mengelirukan.

31. (1 point)
Berikut merupakan persediaan alat bantu sebelum ceramah dimulakan KECUALI
.

A. kedudukan dan jarak speaker hendaklah bersesuaian serta tidak terlalu dekat dengan
hadirin
B. penggunaan alatan yang sesuai mengikut tempat dan suasana
C. penggunaan sistem pembesar suara sekiranya melibatkan jumlah yang ramai dan tempat
luas
D. peralatan yang digunakan tidak perlu diuji dan yakin ianya dapat digunakan dengan baik.

32. (1 point)
Apakah pergerakan tangan yang membawa maksud tidak setuju tentang sesuatu perkara?

A. Bertepuk tangan.
B. Mendepa tangan.
C. Menggerakkan jari telunjuk ke kiri dan ke kanan.
D. Mengepalkan jari menjadi penumbuk.

33. (1 point)
Antara berikut yang manakah perkara yang perlu dihindari semasa memberi ceramah?

A. Berpakaian sopan.
B. Solekan sederhana.
C. Memakai wangi-wangian.
D. Memakai gelang berloceng.

8 2021/A/MPU2233
SULIT

34. (1 point)
Berikut merupakan contoh kelakuan badan KECUALI .

A. Nada suara
B. Memek muka
C. Kenyitan mata
D. Gerakan kepala

35. (1 point)
Penampilan diri yang positif seseorang penceramah akan mempengaruhi .

A. perasaan audien
B. proses mengingati idea
C. keaktifan pergerakan penceramah
D. ketenangan dan keyakinan penceramah

36. (1 point)
Mengapakah aspek pemakaian begitu penting bagi seseorang penceramah?

A. Menunjukkan status penceramah.


B. Menunjukkan jenama pakaian yang dipakai oleh pengucap.
C. Melambangkan ilmu pengetahuan yang tinggi penceramah.
D. Dapat meningkatkan kewibawaan dan keyakinan hadirin kepada penceramah.

37. (1 point)
Apakah kepentingan penampilan diri kepada seorang pengucap?

A. Menarik minat audien


B. Meningkatkan keyakinan
C. Memudahkan proses mengingati idea
D. Menjadikan penceramah aktif dalam berucap

38. (1 point)
Manakah antara berikut menerangkan tentang emblems?

A. Gerakan tangan yang digunakan secara tersendiri untuk menyampaikan sesuatu maksud.
B. Gerakan tangan yang digunakan bersama-sama dengan ucapan untuk membantu
mengukuhkan pemahaman.
C. Gerakan tangan yang digunakan tanpa sedar ketika ucapan.
D. Gerakan tangan yang digunakan bersama-sama dengan ucapan untuk menarik perhatian
pendengar.

9 2021/A/MPU2233
SULIT

39. (1 point)
Apakah kesan yang mungkin timbul sekiranya penceramah memakai perhiasan secara
berlebihan?

A. Mengganggu tumpuan audien


B. Memberi lebih keyakinan kepada pengucap
C. Menarik perhatian audien
D. Menunjukkan simbol kekayaan pengucap

40. (1 point)
Pilih pernyataan yang BENAR mengenai pemilihan pakaian bagi seorang penceramah wanita.

i. Pakaian yang menutup aurat


ii. Pakaian berwarna merah terang
iii. Pakaian yang bersih, kemas dan sopan
iv. Pakaian mengikut bentuk tubuh badan

A. i dan iii
B. ii dan iv
C. iii dan iv
D. i, ii dan iv

10 2021/A/MPU2233
SULIT

BAHAGIAN B: SOALAN STRUKTUR


Arahan: Jawab SEMUA soalan.

1. (3 points)
Huraikan tujuan landskap bahasa digunakan beserta DUA (2) contoh.

2. (4 points)
Jelaskan secara ringkas pendekatan deduktif dan pendekatan induktif beserta contoh.

3. (3 points)
Huraikan secara ringkas maksud hiperbola beserta DUA (2) contoh.

4. (2 points)
Berikan DUA (2) jenis gangguan dalam pengucapan awam.

5. (3 points)
Berikan TIGA (3) simptom kegugupan secara fisiologi dalam pengucapan awam.

6. (4 points)
Jelaskan DUA (2) punca seseorang pengucap mengalami kegugupan secara psikologi.

7. (4 points)
Terangkan DUA (2) halangan luaran yang mengganggu kelancaran pengucapan awam.

8. (4 points)
Berikan EMPAT (4) tujuan analisis hadirin perlu dilakukan sebelum penceramah memulakan
ucapan.

9. (3 points)
Berikan TIGA (3) faktor yang boleh mempengaruhi persepsi hadirin terhadap kredibiliti
penceramah.

11 2021/A/MPU2233
SULIT

10. (3 points)
Senaraikan TIGA (3) perkara yang perlu dititikberatkan dalam penampilan diri.

11. (3 points)
Berikan TIGA (3) jenis kelakuan badan.

12. (4 points)
Berikan DUA (2) perkara yang perlu dielakkan oleh penceramah wanita semasa berucap.

KERTAS SOALAN TAMAT

12 2021/A/MPU2233

You might also like