You are on page 1of 9

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUALA LANGAT

UJIAN DIAGNOSTIK, 2016


PEMAHAMAN BAHASA MELAYU TAHUN 6
BAHAGIAN B
( Satu jam lima belas minit )

Nama : _______________( ) Markah: _____________ %


Kelas : 6 ( ) Tarikh : ( ) - ( ) - 2016
T/tangan Ibu bapa: _________________

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Untuk Kegunaan Pemeriksa


No. Soalan Markah
21
1. Jawapan kamu hendaklah
ditulis pada ruang jawapan yang (a)
disediakan dalam kertas soalan ini. 22 (b)
(c)
2. Serahkan Bahagian B ini (a)
bersama-sama borang jawapan
23 (b)
objektif kepada pengawas
peperiksaan pada akhir (c)
peperiksaan. (a)
(b)
24 (c)
(d)
(a)
(b)
25 (c)
(d)

Jumlah
30
BAHAGIAN B
[30 markah]

Soalan 21
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang
diberi.

menunjuk mengambil bekerja memastikan

belajar memperoleh pengambilan kepastian

Encik Lazim ___________________ sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Sungai

Manggis. Beliau seorang guru yang tegas tetapi penyayang. Setiap hari, beliau memandu

keretanya dengan berhati-hati ketika pergi ke sekolah. Apabila tiba di sekolah, beliau

akan __________________ murid-murid Tahun 6 Amanah membersihkan kelas

mengikut giliran tugasan masing-masing. Beliau sentiasa _____________________ berat

pelajaran murid-muridnya. Oleh itu, murid-murid Tahun 6 Amanah sentiasa

__________________ markah yang cemerlang setiap kali peperiksaan.

[ 4 markah ]

2/9 (Thn 6 BM Pem / Bahagian B)


Soalan 22

a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.

Ayat tanya:

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

Jawapan: Alas kaki itu sudah kotor dan berbau busuk.

[ 2 markah ]

b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.

Tahniah, beta gembira dengan kejayaan kamu dalam


pertandingan debat antarabangsa yang diadakan pada minggu
lalu!

Terima kasih, _____________________________________


___________________________________________________
___________________________________________________

[ 2 markah ]

3/9 (Thn 6 BM Pem / Bahagian B)


c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

[ 2 markah ]

4/9 (Thn 6 BM Pem / Bahagian B)


Soalan 23

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Nama diabetes mungkin agak asing dalam kalangan masyarakat Melayu di negara ini.
Hal ini demikian kerana mereka lebih gemar menyebutnya sebagai kencing manis.
Diabetes sering dikaitkan dengan faktor keturunan. Jika salah seorang ibu bapa
menghidap diabetes, kemungkinan anaknya mendapat diabetes adalah tinggi. Di samping
itu, faktor umur dan pengambilan lemak yang berlebihan juga menjadi penyumbang
diabetes.
Sebenarnya, diabetes bukanlah penyakit berjangkit. Diabetes terjadi lantaran
kekurangan hormon yang dinamakan insulin dalam tubuh seseorang. Insulin dikeluarkan
oleh pankreas untuk mengawal paras glukosa ( gula ) dalam darah.
Dalam keadaan biasa, insulin membantu glukosa memasuki sel badan untuk
menghasilkan tenaga. Bagi pesakit diabetes pula, glukosa tidak dapat diserap oleh sel
badan. Glukosa ini terkumpul dalam darah menyebabkan paras glukosa meningkat. Paras
glukosa yang tidak terkawal ini menggugat tanpa mengira kaum, pangkat mahupun darjat
manusia.
Antara tanda-tanda diabetes ialah sering dahaga dan kerap buang air kecil
terutamanya pada waktu malam. Pesakit diabetes juga akan berasa lesu dan berat
badannya akan menurun walaupun selera makan bertambah.
Diabetes boleh dikawal dengan beberapa cara. Antaranya, pastikan anda memiliki
berat badan yang unggul di samping mengambil pemakanan seimbang. Banyakkan
mengambil makanan yang mengandungi serat untuk menyerap kolesterol dalam tubuh.
Selain itu, kita hendaklah selalu bersenam. Senaman membantu tubuh menjadi sihat,
cergas, dan aktif. Ingatlah bahawa diabetes boleh membawa kesengsaraan dan maut.
Justeru, amalkan gaya hidup sihat demi kesejahteraan hidup kita.

a. Diabetes dikenali sebagai _________________________________.

[ 1 markah ]

b. Apakah peranan insulin kepada tubuh badan kita?

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

[ 2 markah ]

5/9 (Thn 6 BM Pem / Bahagian B)


c. Bagaimanakah cara terbaik untuk mengelakkan diri daripada penyakit diabetes?

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

[ 2 markah ]

Soalan 24

Baca puisi di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Duduk termenung di atas titi,


Angin bertiup sepoi bahasa;
Nasihat guru harus dituruti,
Kelak kehidupan pasti berjaya.

Remang kuning di kala senja,


Burung terbang kembali ke sarang;
Tolong-menolonglah sesama kita,
Kerja yang berat menjadi senang.

Pulau Tioman pantainya indah,


Tempat menarik bagaikan syurga;
Isikan masa dengan berfaedah,
Kerana masa itu amat berharga.

Waktu malam bulan bercahaya,


Sinar cahayanya indah nian;
Apabila hidupmu sudah berjaya,
Jasa ibu bapa dilupa jangan.

a. Jenis puisi di atas ialah ________________________.

[ 1 markah ]

6/9 (Thn 6 BM Pem / Bahagian B)


b. Apakah yang harus kita lakukan setelah berjaya?

________________________________________________________________

________________________________________________________________

[ 2 markah ]

c. Tandakan (√) bagi pernyataan yang betul dan (X) bagi pernyataan yang salah
berdasarkan pantun tersebut.

Jika kita sentiasa tolong-menolong, kerja yang berat akan menjadi


senang.

Kita boleh membuang masa dengan melepak bersama-sama rakan


pada setiap hari.

Kita akan berjaya dalam kehidupan jika sentiasa mematuhi nasihat


guru-guru.

[ 2 markah ]

d. Sebagai seorang murid, apakah yang perlu anda lakukan sepanjang tempoh
persekolahan?

i. _____________________________________________________________

ii. _____________________________________________________________

iii. _____________________________________________________________

[ 3 markah ]

7/9 (Thn 6 BM Pem / Bahagian B)


Soalan 25

Baca perbualan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pemberita : Selamat pagi. Saya Rosman, dari akhbar Sinar Harian. Saya ingin
bertanya tentang kebakaran yang berlaku pagi tadi.
Encik Amir : Boleh, silakan.
Pemberita : Bilakah kejadian kebakaran ini disedari oleh penduduk kampung?
Encik Amir : Lebih kurang pada pukul 2.30 pagi. Ketika itu, semua penghuni sedang
tidur nyenyak. Saya tersedar apabila terdengar suara Mutusamy, anak
jiran saya menjerit, “Api! Api! Api!”
Pemberita : Apakah punca kebakaran ini, pak cik ?
Encik Amir : Kebakaran ini berpunca daripada api lilin. Malam tadi, kampung kami
bergelap kerana bekalan elektrik terputus pada pukul 12.30 tengah
malam. Kira-kira satu setengah jam kemudian, barulah bekalan elektrik
pulih. Menurut tuan rumah tersebut, anaknya tertidur tanpa memadam
api lilin yang dipasang itu.
Pemberita : Bagaimanakah keadaan tuan rumah itu, pak cik?
Encik Amir : Dia tidak mengalami kecederaan. Hanya badan anaknya sahaja yang
melecur kerana api telah membakar kertas dan menyambar baju
tidurnya sewaktu dia cuba keluar dari biliknya.
Pemberita : Bagaimanakah dengan harta benda tuan rumah itu?
Encik Amir : Harta benda tuan rumah itu tidak dapat diselamatkan kerana api
merebak terlalu cepat. Tambahan pula rumah di sini semuanya rumah
papan. Dalam masa beberapa minit sahaja seluruh rumah itu hangus
dijilat api.
Pemberita : Di manakah mereka ditempatkan untuk sementara ini, pak cik?
Encik Amir : Mereka menumpang di rumah saudara mereka yang kebetulan duduk
berhampiran.
Pemberita : Baiklah, pak cik. Terima kasih kerana sudi ditemu bual.

Encik Amir : Sama-sama

a. Encik Amir ialah ________________________ mangsa kebakaran.

[ 1 markah ]
8/9 (Thn 6 BM Pem / Bahagian B)
b. Mengapakah temu ramah itu diadakan ?

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

[ 2 markah ]

c. Bekalan elektrik di kampung itu pulih pada pukul _______________________.

[ 1 markah ]

d. Apakah yang menyebabkan kebakaran dan mengapakah api merebak dengan cepat
ketika kebakaran itu berlaku?

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

[ 3 markah ]

KERTAS SOALAN TAMAT

9/9 (Thn 6 BM Pem / Bahagian B)

You might also like