You are on page 1of 27

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


KAMPUS DARULAMAN, 06000 JITRA
KEDAH DARUL AMAN

EDUP3063

PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN

Nama : FUDHLA AMALI BINTI MOHD IMRAN


Angka Giliran : 2020182340004
No. Kad Pengenalan : 010720070170
Kumpulan/Unit : PISMP JUN 2020
BAHASA MELAYU 1
Kod Kursus : EDUP 3063
Nama Pensyarah : DR. MAHAYA BINTI SALLEH
Tarikh Hantar : 26 APRIL 2022

PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh
PENGESAHAN PELAJAR : 26 April 2022
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.
Isi
Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________

Kandungan Muka Surat

1.0 Pengenalan……………………………………………………………………..1

2.0 Merungkai Standard dan Penjajaran Konstruktif……………………..…….2

3.0 Justifikasi dan Mentadbir Dua Alat Pentaksiran……………………………7


4.0 Interprestasi Data …………………………………………………………….12

5.0 Laporan Prestasi Murid Berdasarkan Templet PBD………………………17

6.0 Kesimpulan…………………………………………………………………….20

Rujukan…………………………………………………………………………21

Lampiran………………………………………………………………………..22

Tugasan 1: Penulisan Akademik

1. Membina dua jenis alat pentaksiran (PBD) berdasarkan satu topik yang dipilih bagi
mana-mana mata pelajaran dengan merujuk Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP).
2. Menggubal rubrik pemarkahan bagi salah satu alat pentaksiran yang dibina.
3. Mentadbir alat pentaksiran yang dibina kepada murid di sekolah.
4. Menginterprestasi data dan melaporkan prestasi murid dengan menggunakan
templet pelaporan murid (PBD).

1.0 Pengenalan

Pendidikan yang terbaik mestilah memberikan impak kepada kemenjadian murid yang

cemerlang. Oleh itu, sesuatu topik yang diajar kepada murid perlulah diukur dengan

menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran untuk mengetahui tahap pemahaman dan

penguasaan mereka dalam pembelajaran, Menurut Mardziah Abdullah et. al. (2019),

pentaksiran ialah satu pelaksanaan yang menggunakan berbagai kaedah dalam

mengumpulkan maklumat tentang tahap perkembangan dan prestasi murid. Justeru,

kecekapan guru dalam merancang alat-alat pentaksiran mestilah mengambil kira aspek

kesesuaian dengan tahap perkembangan kognitif murid untuk merealisasikan pembelajaran

yang bermakna. Alat-alat pentaksiran yang dibina boleh diberikan kepada murid semasa di

bilik darjah. Pentaksiran ini dikenali sebagai Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) iaitu satu

pendekatan guru yang berterusan untuk memperoleh dan menganalisis maklumat berkaitan

Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) untuk perancangan penambahbaikan secara konsisten

(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2019).

Maka, untuk memenuhi kehendak tugasan, dua alat pentaksiran telah dibina iaitu

Ujian Objektif dan Subjektif dengan merujuk kepada Dokumen Standard Kurikulum dan

Pentaksiran (DSKP) Bahasa Melayu Tahun 4 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2017).

Justeru, antara proses yang dilalui adalah merungkai standard, kemudian membina dua alat

pentaksiran, mengubal rubrik pemarkahan bagi salah satu alat pentaksiran yang dibina,

mentadbir alat pentaksiran yang dibina kepada murid di sekolah serta menginterprestasi

data dan melaporkan prestasi murid dengan menggunakan templet pelaporan murid (PBD).

2.0 Merungkai Standard dan Penjajaran Konstruktif


Menurut Abd Razak Shafii et. al (2020), merungkai standard ialah proses penataan semula

Standard Kandungan (SK), Standard Pembelajaran (SP) dan Standard Prestasi dalam

Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) dan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) oleh

guru dengan menitikberatkan kemampuan murid dalam melakukan aktiviti PdP melalui

pedagogi yang sesuai bagi tercapainya sesuatu objektif pembelajaran.

PROSES MERUNGKAI STANDARD ALAT PBD 1:

Tahun: 4

Mata Pelajaran: Bahasa Melayu

Topik: Kata Nama Am, Kata Nama Khas, Kata Ganti Nama dan Penjodoh Bilangan

Standard Kandungan: 5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata mengikut konteks.

Standard Pembelajaran:

5.1.1 Memahami dan menggunakan kata nama mengikut konteks tidak formal;

(i) kata nama am (ii) kata nama khas (iii) kata ganti nama (iv) penjodoh bilangan

5.1.2 Memahami dan menggunakan kata kerja mengikut konteks;

(i) kata kerja aktif – transitif dan tak transitif (ii) kata kerja pasif

5.1.3 Memahami dan menggunakan kata adjektif mengikut konteks;

(i) cara (ii) perasaan (iii) pancaindera (iv) waktu

5.1.4 Memahami dan menggunakan kata tugas mengikut konteks;

(i) kata hubung (ii) kata sendi nama (iii) kata nafi (iv) kata bilangan

Kefahaman (Understand): The Big Idea EQ (Essential Questions):

Berilmu Pengetahuan Dan Mahir Dalam 1. Sejauh manakah murid mengetahui dan

Kemahiran Berbahasa Pemacu mahir dalam kemahiran berbahasa melalui

Pemartabatan Bahasa Warisan Bangsa. pentaksiran yang dilaksanakan untuk

memacu pemartabatan bahasa warisan

bangsa?
Pengetahuan (knowledge): Kemahiran (skills):

1. Kata Nama 1. Memahami

2. Kata Kerja 2. Menggunakan

3. Kata Adjektif

4. Kata Tugas

PROSES MERUNGKAI STANDARD ALAT PBD 2:

Tahun: 4

Mata Pelajaran: Bahasa Melayu

Topik: Pemahaman

Standard Kandungan: 3.2 Menulis perkataan, frasa, dan ayat yang bermakna.

Standard Pembelajaran:

3.2.1 Membina dan menulis ayat, dan perenggan daripada bahan multimedia.

3.2.2 Menghasilkan jawapan pemahaman berdasarkan soalan bertumpu dan

bercapah secara kritis dan kreatif.

3.2.3 Menganalisis dan mencatat maklumat tentang sesuatu perkara yang dirujuk.

3.2.4 Menulis ayat dalam perenggan yang diimlakkan.

Kefahaman (Understand): The Big Idea EQ (Essential Questions):

Berilmu Pengetahuan Dan Mahir Dalam 1. Sejauh manakah murid mengetahui dan

Kemahiran Berbahasa Pemacu mahir dalam kemahiran berbahasa melalui

Pemartabatan Bahasa Warisan Bangsa. pentaksiran yang dilaksanakan untuk

memacu pemartabatan bahasa warisan

bangsa?

Pengetahuan (knowledge): Kemahiran (skills):


1. Membina dan menulis ayat, dan 1. Membina

perenggan daripada bahan 2. Menulis

multimedia. 3. Menghasilkan
2. Menghasilkan jawapan
4. Menganalisis
pemahaman berdasarkan soalan
5. Mencatat
bertumpu dan bercapah secara

kritis dan kreatif.

3. Menganalisis dan mencatat

maklumat tentang sesuatu

perkara yang dirujuk.

4. Menulis ayat dalam perenggan

yang diimlakkan.

Seterusnya, selepas merungkai standard, penjajaran konstruktif akan dibina iaitu satu

perancangan aktiviti PdP dan penentuan pentaksiran yang sesuai untuk mencapai hasil

pembelajaran yang ditetapkan (Kang Hwa Choo, 2021).

PENJAJARAN KONSTRUKTIF

Alat PBD 1:

Standard Kandungan 5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata mengikut

konteks.

Standard Pembelajaran 5.1.1 Memahami dan menggunakan kata nama mengikut

konteks tidak formal;


(i) kata nama am

(ii) kata nama khas

(iii) kata ganti nama

(iv) penjodoh bilangan

Topik Kata nama am, kata nama khas, kata ganti nama dan

penjodoh bilangan.

Hasil Pembelajaran i) Menggunakan konsep kata nama am, kata nama

khas, kata ganti nama dan penjodoh bilangan

dalam pelbagai konteks tidak formal dengan baik.

ii) Menjelaskan secara bertulis fungsi kata nama am,

kata nama khas, kata ganti nama dan penjodoh

bilangan dengan betul.

Pengajaran Murid melaksanakan tugasan dalam kelas berkaitan soalan

objektif.

Pentaksiran Soalan objektif

Alat PBD 2:

Standard Kandungan 3.2 Menulis perkataan, frasa, dan ayat yang bermakna.

Standard Pembelajaran 3.2.2 Menghasilkan jawapan pemahaman berdasarkan soalan

bertumpu dan bercapah secara kritis dan kreatif

Topik Pemahaman

Hasil Pembelajaran i) Menulis jawapan pemahaman berdasarkan petikan

Aktiviti Persatuan Bahasa Melayu dengan betul.

ii) Menjawab soalan secara bertulis menggunakan

idea sendiri yang kritis dan kreatif berdasarkan

soalan pemahaman ‘Aktiviti Persatuan Bahasa


Melayu’ dengan baik.

Pengajaran Murid melaksanakan tugasan dalam kelas berkaitan soalan

pemahaman.

Pentaksiran Soalan subjektif (pemahaman)

Berikutan itu, dua alat pentaksiran dan satu rubrik pemarkahan analitik telah dibina bagi

soalan subjektif. Rubrik pemarkahan secara umumnya ialah alat yang digunakan oleh guru

untuk menilai melalui kriteria-kriteria penilaian yang dibuat agar memudahkan dalam

pemberian markah yang tepat dan jelas.

Rubrik Pemarkahan Soalan Subjektif (Pemahaman):

Skor Deskriptor

3 Memahami soalan dengan sangat jelas dan menulis dengan sangat tepat dan

logikal secara kritis, kreatif dan imaginatif.

2 Memahami soalan dengan jelas dan menulis dengan tepat secara kritis, kreatif dan

imaginatif.

1 Memahami soalan dengan agak jelas dan menulis dengan sederhana tepat secara

kritis, kreatif dan imaginatif.

0 Tidak dapat memahami soalan dengan jelas dan menulis secara kritis, kreatif dan

imaginatif.

3.0 Justifikasi dan Mentadbir Dua Alat Pentaksiran

Pembinaan jenis alat pentaksiran yang saya pilih iaitu pentaksiran formatif. Menurut Ragbir

Kaur Joginder Singh (2010), pentaksiran formatif ialah pentaksiran yang ditadbir kepada

murid selepas sesuatu topik selesai diajar. Justeru, dua alat pentaksiran formatif yang saya

buat iaitu soalan objektif dan soalan subjektif pemahaman. Bagi alat pentaksiran pertama

iaitu soalan objektif, soalan ini ditadbir kepada murid tahun 4 di bilik darjah selama 10 minit
untuk mengetahui tahap penguasaan mereka terhadap topik tatabahasa yang diajar guru

Bahasa Melayu di Sk Bukit Tinggi. Justeru, rasional saya membina soalan objektif adalah

untuk melihat kefahaman murid mengenai konsep tatabahasa yang diterapkan iaitu kata

nama am, khas, ganti nama dan penjodoh bilangan di samping mahir menggunakannya

dalam pelbagai konteks sama ada formal atau tidak.

Dalam membina soalan objektif ini, saya membinanya dengan menjurus kepada

topik tatabahasa yang diajar mengikut SP 5.1.1 Memahami dan menggunakan kata nama

mengikut konteks tidak formal; (i) kata nama am (ii) kata nama khas (iii) kata ganti nama (iv)

penjodoh bilangan. Pembinaan soalan objektif ini adalah untuk memudahkan murid

mengaplikasikan konsep yang difahaminya dalam bentuk aneka pilihan jawapan. Contoh

soalan, ‘Mereka berpeluang melihat beberapa ekor_____yang tinggi-tinggi di Zoo Negara.

Aneka pilihan yang diberikan ialah A. kucing, B. itik, C. zirafah. Maka, murid perlu

memahami konsep dengan baik dan menggunakannya untuk menjawab soalan dengan

betul. Melalui soalan objektif yang menjurus kepada topik, tiada kekeliruan yang timbul

kepada murid untuk memilih jawapan yang betul kerana soalan yang diberikan tidak

bercanggah dengan topik yang telah dipelajari. Kesannya, pengetahuan murid terhadap

konsep tatabahasa dapat diukur dengan mudah dan guru dapat mengesan murid-murid

yang masih tidak memahami topik pembelajaran.

Seterusnya, soalan objektif yang saya bina juga menggunakan ayat dan frasa yang

mudah, jelas dan ringkas. Hal ini kerana, soalan objektif ini adalah untuk mengesan

pengetahuan murid terhadap konsep tatabahasa yang diajar sahaja tanpa memerlukan

mereka menggunakan pemikiran yang kritis dan kreatif. Menurut Azhar Ab Wahab (2016),

penggunaan ayat yang mudah akan membantu menjelaskan maklumat yang rumit supaya

individu yang membacanya dapat memahami konteks ayat yang hendak disampaikan.

Contohnya, ‘Irfan menghadiahkan se__ jam tangan kepada rakan karibnya Ahmad’. Ayat

yang diberikan ini tidak menunjukkan kesukaran kepada murid untuk berfikir dalam
menjawab soalan yang diminta. Kesannya, perkara ini akan memberi penerangan yang lebih

jelas kepada murid untuk memahami topik pembelajaran dengan efektif.

Dalam pembinaan soalan objektif ini juga, saya memberikan beberapa gambar untuk

menarik perhatian murid kepada soalan yang ditanya. Menurut Baharin Abu et. al. (2007),

pembelajaran yang menerapkan unsur visual mampu meningkatkan pemahaman dan

ingatan seseorang terhadap sesuatu perkara. Contohnya, dalam soalan objektif, terdapat

gambar untuk menjelaskan lagi soalan bagi kata nama khas iaitu berdasarkan gambar

lampiran 1 ‘Kami menikmati ketam lembut goreng tepung yang sungguh lazat di _____.

Melalui gambar yang diberi, murid mudah untuk mengenal pasti jawapan yang tepat kepada

soalan. Justeru, penggunaan gambar sebagai bahan rangsangan dalam soalan objektif

lebih jelas kepada murid dan dapat menunjukkan tahap pemahaman mereka yang jitu

kepada pembelajaran di samping menyeronokkan mereka untuk menjawab soalan alat

pentaksiran saya.

ALAT PBD 1:

TEMA 1: KEMASYARAKATAN
SOALAN OBJEKTIF
Bahagian ini mengandungi 10 soalan objektif. Pilih dan bulatkan jawapan yang betul
pada kertas soalan.

1. Mereka berpeluang melihat beberapa ekor _________ yang tinggi-tinggi di Zoo


Negara.
A kucing
B itik
C zirafah
2. Kakak membeli beberapa helai kain batik di _________ untuk diberikan kepada
jiran tetangga.
A Pasar Payang
B Hospital Selayang
C Stadium Bukit Jalil
3. Adik membantu ayah mendirikan _________ untuk dijadikan tempat berteduh
semasa bercuti di Rumah Hutan.
A tiang
B rumah
C khemah
4. Benih orkid hutan _________ diberikan oleh Puan Rohana kepada ibu.
A ini
B situ
C sana
5. Kami duduk di pondok sambil makan beberapa ________ anggur yang baru
dipetik di dusun datuk.
A jambak
B ulas
C gugus
6. Murid-murid dibenarkan memasuki makmal komputer jika _______ mematuhi
peraturan yang ditetapkan.
A kalian
B mereka
C saya

7. Hilmi sedang mencari makna perkataan yang baharu itu menggunakan ________.
A Utusan Malaysia
B Mingguan Pelajar
C Kamus Dewan
8. Irfan menghadiahkan se_____ jam tangan kepada rakan karibnya Ahmad.
A utas
B helai
C untai
9. Berdasarkan gambar di bawah.
Kami menikmati ketam lembut goreng tepung yang sungguh lazat di __________.
A Pusat Dagangan Dunia Putra
B Restoran Terapung Kuala Gula
C Menara Berkembar Petronas
10. Berdasarkan gambar di bawah.

“Kakak, abang dan adik, mari makan di ________, ibu sudah siapkan makanan
tengah hari kita,” kata Puan Haslina kepada anak-anaknya.
A sini
B ini
C sana

Bagi alat pentaksiran kedua iaitu soalan subjektif pemahaman, soalan ini ditadbir

kepada murid tahun 4 di bilik darjah selama 15 minit untuk mengetahui tahap penguasaan

mereka terhadap kemahiran menulis. Justeru, rasional saya membina soalan subjektif

adalah untuk melihat penggunaan pemikiran murid yang kritis dan kreatif dalam menulis

jawapan kepada soalan berpandukan stimulus. Dalam pembinaan soalan subjektif ini, saya

memberikan beberapa soalan aras tinggi iaitu soalan yang memerlukan murid

menggunakan idea sendiri dalam pemikiran mereka. Contohnya, soalan ‘Pada pendapat

kamu, apakah kelebihan-kelebihan menyertai aktiviti-aktiviti seperti yang dinyatakan dalam

catatan?’. Justeru, soalan ini merangsang pemikiran murid dalam menggunakan idea
masing-masing secara kreatif dan kritis. Soalan ini juga tidak mengehadkan jawapan khusus

agar guru dapat mengesan tahap kebolehan murid dalam menjana idea untuk menulis

jawapan yang baik. Menurut Yee Mei Heong et. al (2011), idea yang kreatif berkepentingan

kepada seseorang untuk menyelesaikan masalah dan pantas dalam membuat keputusan.

Kesannya, murid bukan sahaja dapat menulis jawapan menggunakan idea yang kritis dan

kreatif, sebaliknya dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.

ALAT PBD 2:

SOALAN SUBJEKTIF
Teliti catatan aktiviti di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Aktiviti Persatuan Bahasa Melayu

Tugasan: Menganjurkan aktiviti sempena Bulan Bahasa Kebangsaan untuk meningkatkan


penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid:

 Pertandingan bercerita
 Pertandingan menulis esei

Hari: Setiap hari Rabu sepanjang bulan Oktober


Masa: 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari

1. Apakah tujuan aktiviti Persatuan Bahasa Melayu tersebut?

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

2. Bilakah aktiviti Persatuan Bahasa Melayu ini diadakan?

__________________________________________________________________

3. Selain pertandingan bercerita dan menulis esei, nyatakan dua aktiviti lain yang sesuai
diadakan oleh ahli persatuan.

a) _________________________________________________________________

b) _________________________________________________________________

4. Pada pendapat kamu, apakah kelebihan-kelebihan menyertai aktiviti-aktiviti seperti


yang dinyatakan dalam catatan?

Jawapan kamu mestilah dalam bentuk ayat yang lengkap.


__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

4.0 Interprestasi Data

Berdasarkan pentadbiran alat pentaksiran kepada murid di SK Bukit Tinggi, dapat saya

interpretasikan data tersebut secara terperinci.

Berdasarkan Daniel Terrasa (2022), Perwakilan Data Secara Visual:

Soalan Objektif

JANTINA
4.5

3.5

2.5

1.5

0.5

0
LELAKI PEREMPUAN

Rajah 1
SKOR

*8 - 11

*4 - 7

0-3

0 0.5 1 1.5 2 2.5 3 3.5 4 4.5

Rajah 2

Perwakilan data secara visual bagi rajah 1 menunjukkan bilangan lelaki melebihi daripada

bilangan perempuan. Ini membuktikan bahawa responden-responden saya banyak terdiri

daripada lelaki. Selain itu, bagi rajah 2 pula, berkaitan jumlah skor murid yang diperoleh

dalam soalan objektif, menunjukkan majoriti murid mendapat skor antara 8 hingga 11.

Manakala, minoriti murid memperoleh skor antara 4 hingga 7. Justeru, saya dapat membuat

kesimpulan bahawa murid tahun 4 sudah menguasai tatabahasa dengan baik dan

membuktikan guru berjaya memberikan pengajaran yang berkesan kepada murid.

Soalan Subjektif
SKOR

5
4.5
4
3.5
3
2.5
2
1.5
1
0.5
0
0-3 *4 - 7

Rajah 3

Bagi rajah 3 pula, berkaitan jumlah skor murid yang diperoleh dalam soalan subjektif,

menunjukkan majoriti murid mendapat skor antara 4 hingga 7. Manakala, minoriti murid

memperoleh skor antara 0 hingga 3. Justeru, saya dapat membuat kesimpulan bahawa

murid tahun 4 menguasai kemahiran menulis dengan baik dan membuktikan guru berjaya

mengasah kebolehan murid dalam menulis melalui kaedah yang betul.

Sukatan Kecenderungan Memusat

SKOR KEKERAPAN TITIK fx KEKERAPAN x


2
fx 2

TENGAH (X) LONGGOKAN


(f)

0-3 0 1.5 0 0 2.25 0

4-7 2 5.5 11 2 30.25 60.5

8-11 4 9 36 6 81 324

Rajah 4: Soalan Objektif

Min:
∑ fx
x =
∑f

= 11+36
6
= 7.83

Median, m:

( )
1
N−F
2
L+ C
fm

( )
6
−2
m = 7.5 + 2
4
4

= 8.5

Mod:

L+ ( ∆1+∆ 1∆ 2 ) c
= 7.5 + ( 2+42 )4
= 10.17

Sukatan kecenderungan memusat bagi rajah 4 iaitu min ialah 7.83. Perkara ini dapat

dijelaskan lagi, min akan dipengaruhi oleh setiap nilai dalam set data termasuk nilai ekstrem

yang merupakan nilai terlalu besar atau kecil dibandingkan dengan nilai-nilai lain dalam

data. Umumnya, nilai median ditentukan oleh kedudukan data yang berada di tengah-

tengah, maka kehadiran data yang ekstrem dalam set data tidak akan menjejaskan nilai

median. Median bagi rajah 4 ialah 8.5. Kelas mod bagi data ini ialah 8-11. Ini kerana kelas

tersebut mempunyai nilai kekerapan yang tertinggi iaitu 4. Bagi nilai mod pula ialah 10.17.
SKOR KEKERAPAN TITIK fx KEKERAPAN x2 fx2

TENGAH (X) LONGGOKAN


(f)

0-3 1 1.5 1.5 1 2.25 2.25

4-7 5 5.5 27.5 6 30.25 151.25

Rajah 5: Soalan Subjektif

Min:

∑ fx
x =
∑f

= 1.5+27.5
6
= 4.83

Median, m:

( )
1
N−F
2
L+ C
fm

( )
6
−1
m = 3.5 + 2
4
5

= 5.1

Mod:
L+ ( ∆1
∆1+ ∆ 2
c )
= 3.5 + ( 4 4+5 )4
= 5.28

Sukatan kecenderungan memusat bagi rajah 5 iaitu min ialah 4.83. Median bagi

rajah 5 ialah 5.1. Kelas mod bagi data ini ialah 4-7. Ini kerana kelas tersebut mempunyai

nilai kekerapan yang tertinggi iaitu 5. Bagi nilai mod pula ialah 5.28.

5.0 Laporan Prestasi Murid Berdasarkan Templet PBD

Berdasarkan Kementerian Pendidikan Malaysia (2021), Templet PBD Tahap 2:

Templet Pelaporan PBD Tahun 4 SK: Soalan Objektif


TA TA BA HA SA
3.5

2.5
BILANGAN MURID

1.5

0.5

0
TP1 TP2 TP3 TP4 TP5 TP6

Graf Pencapaian

Secara keseluruhannya, tiga orang murid berhasil memperoleh skor tinggi, manakala tiga

orang murid lagi memperoleh skor sederhana bagi soalan objektif. Oleh itu, dapat dilihat

bahawa murid tahun 4 sudah menguasai serta berada pada tahap penguasaan 5 dan 6 bagi

tatabahasa mata pelajaran Bahasa Melayu. Hal ini kerana, murid memahami konsep dan

penggunaan tatabahasa yang diajar dengan jelas secara keseluruhannya.

Walaubagaimanapun, bagi murid yang berada pada skor sederhana boleh diberikan soalan-

soalan tatabahasa yang lain oleh guru untuk meningkatkan penguasaan mereka sehingga

boleh berada pada skor tinggi.


Templet Pelaporan PBD Tahun 4 SK: Soalan Subjektif

MENULIS
3.5

2.5
BILANGAN MURID

1.5

0.5

0
TP1 TP2 TP3 TP4 TP5 TP6

Graf Pencapaian

Secara keseluruhannya, empat orang murid berhasil memperoleh skor tinggi, seorang murid

memperoleh skor sederhana, manakala seorang murid lagi berada pada skor rendah bagi
soalan subjektif. Justeru, dapat dilihat bahawa murid tahun 4 sudah menguasai serta berada

pada tahap penguasaan 5 dan 6 bagi kemahiran menulis secara kritis dan kreatif daripada

mata pelajaran Bahasa Melayu. Hal ini kerana, murid dapat menjawab soalan aras tinggi

dengan menggunakan idea sendiri secara kritis dan kreatif. Justeru, murid-murid ini dilihat

berkemampuan untuk membimbing rakan-rakan yang lain dalam menulis jawapan yang baik

pada soalan. Namun, bagi murid yang berada pada skor rendah, 2 markah sahaja iaitu pada

tahap penguasaan 3 perlulah dibimbing guru secara konsisten, misalnya memberikan

soalan-soalan pengukuhan, melaksanakan kelas tambahan dan mengajar semula kaedah

menulis dengan betul dan tepat. Hal ini bagi membolehkan murid membuat

penambahbaikan terhadap penguasaannya dalam kemahiran menulis di samping guru juga

dapat merancang PdP yang lebih efektif kepada semua murid.

6.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, proses pembinaan alat pentaksiran perlulah dibuat dengan perancangan

yang rapi untuk mendapatkan maklumat tentang tahap penguasaan murid yang tepat.

Justeru, guru mestilah menjalani beberapa proses seperti merungkai standard dan membina

rubrik pemarkahan supaya soalan-soalan yang dibina mempunyai kualiti yang baik dan

mampu mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan. Maka, melalui tahap pencapaian

murid yang diperoleh, guru boleh melakukan penambahbaikan yang berkesan agar murid

menguasai sesuatu pembelajaran. Akhirnya, PBD yang dijalankan di sekolah berjaya

merealisasikan peningkatan pencapaian akademik murid untuk melahirkan murid yang

berpengetahuan, berkemahiran dan berintelektual.


Rujukan

Abd Razak Shafii, Nadimah Ismail, Shukri Ismail & Azaha Ibrahim. (2020). Merungkai Dskp Dan
Penjajaran PdP. Jabatan Kecemerlangan Akademik. Institut Pendidikan Guru Kampus Kota
Bharu.

Azhar Ab Wahab. (2016). Penulisan Praktikal: Penggunaan Bahasa Mudah. Seminar Penulisan dan
Penerbitan Saintifik. Retrieved 17 April 2022 from
https://www.researchgate.net/publication/303652020_Penulisan_Praktikal_Penggunaan_B
ahasa_Mudah

Baharin Abu, Othman Md Johan, Syed Mohd Shafeq Syed Mansor & Haliza Jaafar. (2007).
Kepelbagaian Gaya Pembelajaran dan Kemahiran Belajar Pelajar Universiti di Fakulti
Pendidikan, UTM Johor. Jabatan Asas Pendidikan: Universiti Teknologi Malaysia Johor.

Daniel Terrasa. (2022). Cara Membuat Carta Profesional dan Bergaya dalam Excel. Retrieved 22 April
2022 from https://movilforum.com/ms/cara-membuat-graf-profesional-dan-bergaya-dalam-
excel/

Kang Hwa Choo. (2021). Konsep Pendidikan Berasaskan Hasil (Obe) Dan Program Standard
Pendidikan (Eps). Institut Pendidikan Guru Kampus KENT. Retrieved 18 April 2022 from
https://ipkent.edu.my/document/jkpp/LPS_OBE_PENTAKSIRAN_PENJAJARAN_KONSTRUKTIF
.pdf

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sekolah
Rendah Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Tahun 4. Retrieved 18 April 2022 from
https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2019/02/DSKP-KSSR-SEMAKAN-
2017-BAHASA-MELAYU-TAHUN-4.pdf

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah. Bahagian
Pembangunan Kurikulum. Retrieved 19 April 2022 from
https://unitldp.ipsah.edu.my/images/files/PBD_Edisi_2.pdf

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2021). Templet Pelaporan PBD Tahap 2. Retrieved 20 April 2022
from http://bpk.moe.gov.my/index.php/terbitan-bpk/kurikulum-sekolah-rendah/category/
390-pelaporan-pbd-tahap-2

Mardziah Abdullah, Mariani Md Nor & Fonny Dameaty Hutagalung. (2019). Tadbir Urus Pentaksiran
Murid Dalam Kalangan Guru Prasekolah. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 20-27.

Ragbir Kaur Joginder Singh. (2010). Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan Untuk Kursus Perguruan
Lepasan Ijazah(KPLI) Sekolah Rendah Dan Menengah. Kumpulan Budiman Sdn.Bhd

Yee Mei Heong, Jailani Md Yunos, Tee Tze Kiong, Widad Othman, Mimi Mohaffyza Mohamad &
Razali Hassan. (2011). Faktor-Faktor Kesukaran Penjanaan Idea Dalam Kalangan Pelajar
Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia. International Conference on Teaching & Learning in
Higher Education.
Lampiran

Lampiran 1:

Lampiran 2:

Bukti Pentadbiran Alat Pentaksiran:

Pentadbiran Alat Pentaksiran Soalan Objektif dan Subjektif:


Lampiran 3:

You might also like