You are on page 1of 17

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA

KOTA KINABALU, SABAH

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN


(PISMP)

[BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH]


(AMBILAN JUN 2020)
KERJA KURSUS
SEMESTER 3, TAHUN 2
SESI FEB-JUN 2022

NAMA PELAJAR : AFIQ NAJWAN BIN BUDIN


ANGKA GILIRAN : 2020072340053
NO KAD PENGENALAN : 010101120191
KUMPULAN/UNIT : PISMP BM SK 1
: PRKA3012 - PERANCANGAN PENGAJARAN DAN
KOD/NAMA KURSUS
PEMBELAJARAN
NAMA PENSYARAH : ENCIK OTHMAN BIN ABD AZIZ
TAJUK TUGASAN : TUGASAN 1 – PENULISAN RPH
TARIKH HANTAR : 1 MAC 2022

TANDATANGAN TARIKH

Dengan ini saya mengaku bahawa saya


telah menerima maklum balas daripada
pensyarah kerja kursus ini dan saya telah
merujuk dan memahaminya.
PRAKATA

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T
kerana atas limpah rahmat-Nya, saya dapat melaksanakan tugasan kerja kursus
bagi subjek PRKA3012 Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran dengan
sempurna dan menepati masa yang telah ditetapkan. Pertama sekali, saya ingin
mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Othman bin Abd Aziz selaku
pensyarah saya atas kesabaran, nasihat, bimbingan dan memberi tunjuk ajar
kepada saya dalam menyiapkan tugasan yang diberikan.

Seterusnya, ucapan terima kasih saya tujukan kepada ibu bapa saya, Puan
Nurjanah binti Lasemang dan Encik Budin bin Abuajar yang sentiasa memberi kasih
sayang, dorongan, doa, peringatan dan panduan hidup untuk menyiapkan kerja
kursus ini. Mereka juga telah banyak memberikan kemudahan serta sokongan moral
sehingga saya berjaya menghabiskan tugasan ini. Seterusnya, ucapan
penghargaan ini saya tujukan kepada ahli keluarga yang tidak jemu untuk sentiasa
memberikan sokongan agar tidak mudah berputus asa sepanjang melaksanakan
tugasan yang diberikan walaupun menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran dalam
memastikan tugasan ini siap sepenuhnya.

Bukan itu sahaja malah, saya juga ingin memberi setinggi-tinggi


penghargaan kepada rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa ada dalam suka dan
duka dengan berkongsi segala ilmu pengetahuan tentang kerja kursus ini sepanjang
menyiapkannya. Terima kasih.
ISI KANDUNG

Prakata………………………………………………………………………………………....

1.0 Pengenalan..........................................................................................................1

2.0 Rancangan Pengajaran Harian………....……………....………………………...…1

3.0 Rumusan………....……………....……………………….........................................8

Rujukan.......................................................................................................................9

Lampiran........................................................................................................................
1.0 Pengenalan

Rancangan Pengajaran Harian (RPH) merupakan tanggungjawab bagi setiap guru


di sekolah. Perancangan pengajaran ialah suatu penulisan tentang kaedah
menyampaikan pengajaran, objektif atau hasil pembelajaran serta tempoh masa
yang diperuntukkan untuk menyampaikan isi kandungan pelajaran (Akhiar Pardi &
Shamsina Samsuddin, 2016). Menurut Hadijah Jaffri (2020), RPH perlu selaras
dengan Standard Pembelajaran yang dipilih berdasarkan dokumen yang dihasilkan
oleh KPM iaitu Dokumen Standard Kurikulum dan Pentakasiran (DSKP), sukatan
pelajaran dan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT). Rancangan pengajaran
Bahasa Melayu memfokuskan pengajaran kemahiran bahasa iaitu kemahiran
mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis serta dua
lagi aspek iaitu seni bahasa dan tatabahasa (Tuan Jah Yusof & Faridah Nazir, 2011).

2.0 Rancangan Pengajaran Harian

Rancangan Pengajaran Harian Tahun 3


(Pengajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur)

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu


Tarikh / Hari : 7 Mac 2022 / Isnin
Tahun : 3 Amanah
Bilangan Murid : 25 Orang
Masa : 8.30 pagi - 9.30 pagi (60 Minit)
Tema : Kebudayaan, Kesenian dan Estetika
Tajuk : Perayaan di Malaysia (Hari Raya Aidilfitri)

Fokus Utama
Standard Kandungan:
1.1 Mendengar dan memberikan respons

Standard Pembelajaran:
1.1.3 Mendengar, mengecam sebutan, memahami dan menyebut dengan betul
dan tepat;
i. ayat tunggal
ii. ayat majmuk

1
Objektif: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
i. Mendengar, mengecam sebutan dan memahami seni kata lagu dengan betul
dan tepat.
ii. Menyebut ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan gambar dengan betul dan
tepat.

Kriteria Kejayaan:
i. Murid dapat menyebut lima kosa kata untuk melengkapkan seni kata lagu
dalam aktiviti kuiz “Mari Mengingat Kosa Kata” dengan betul dan tepat.
ii. Murid dapat menyebut lima ayat tunggal dan tiga ayat majmuk berdasarkan
gambar “Sambutan Hari Raya” dengan betul dan tepat.

Kemahiran Bahasa: Kemahiran Mendengar dan Bertutur

Sistem Bahasa:
 Sebutan : Menyebut dengan betul dan tepat (ayat tunggal dan ayat majmuk)
 Kosa Kata : Desa, jiwa, beraneka, ketupat, bersembang, ziarah, rendang, dodol,
rantauan, duit raya
 Tatabahasa : Ayat tunggal dan ayat majmuk

Pengisian Kurikulum:
 Ilmu : Pendidikan Muzik, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Pendidikan
Sivik dan Kewarganegaraan
 Nilai Murni : Yakin, berani, kasih sayang, hormat-menghormati
 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) : Menggunakan TMK dalam proses
PdP (Penggunaan infografik interaktif)
 Kreativiti dan Inovasi : Mencipta kad ucapan hari raya

Kemahiran Bernilai Tambah:


 Kemahiran Berfikir : Menghubung kait, penyoalan, menyatakan, merumus,
menganalisis, mencipta
 Pembelajaran Kontekstual : Menghubung kait gambar dengan penggunaan ayat
tunggal dan ayat majmuk
 Kecerdasan Pelbagai : Verbal linguistik, visual ruang, muzik, interpersonal
 Kemahiran Belajar Cara Belajar : Memproses maklumat, mendengar secara aktif,
mengingat

2
 TMK : Menggunakan TMK dalam proses PdP (Penggunaan infografik interaktif)
 Kreativiti dan Inovasi : Mencipta kad ucapan hari raya
 Keusahawanan : Mempamerkan kad ucapan untuk menerima pesanan pembeli

Pengetahuan Sedia Ada:


Murid pernah merasakan suasana menyambut hari raya dan pernah belajar tentang
ayat tunggal dan ayat majmuk.

Bahan Bantu Belajar:


Bil Bahan Jumlah
1. Bahan maujud (ketupat, pelita, kad raya, kuih 5
raya, baju raya)
2. Komputer riba 1
3. Skrin projektor LCD 1
4. Projektor 1
5. Klip video Youtube lagu “Suasana Hari Raya” 1
6. Seni kata lagu “Suasana Hari Raya” 1
7. Kuiz “Mari Mengingat Kosa Kata” 1
8. Infografik interaktif 1
9. Gambar “Sambutan Hari Raya” 1
10. Kertas mahjong 5
11. Pen penanda 5
12. Lembaran kerja aktiviti “Telefon Rosak” 5
13. Borang Penilaian Kumpulan (Kemahiran 5
Mendengar dan Bertutur)

Isi Pelajaran Langkah dan Aktiviti Catatan


Menghubung kait bahan Induksi Set (3-5 Minit) Bahan Bantu Belajar:
dengan tajuk pembelajaran.  Murid ditunjukkan bahan  Bahan maujud
maujud berkaitan hari raya.
Bahan maujud:  Murid disoal berdasarkan Kemahiran Berfikir:
 Ketupat bahan maujud tersebut.  Menghubung kait
 Pelita  Murid memberi respons  Penyoalan
 Kad raya berdasarkan soalan guru.  Menyatakan
 Kuih raya  Tiga orang murid diminta

3
 Baju raya untuk berkongsi pengalaman Belajar Cara Belajar:
menyambut hari raya. Memproses maklumat
Contoh soalan berkaitan:  Guru mengaitkan jawapan
 Namakan benda-benda murid dengan tajuk Pendekatan:
yang dapat kamu lihat. pembelajaran pada hari itu.  Induktif
 Apakah peristiwa yang
boleh dikaitkan dengan Strategi:
benda-benda tersebut ?  Berpusatkan guru
 Kongsikan pengalaman  Berpusatkan bahan
anda menyambut hari  Berpusatkan murid
raya.
Teknik:
Jangkaan jawapan murid:  Penyoalan
 Ketupat, pelita, kad raya,  Imbas kembali
kuih raya dan baju raya.
 Hari Raya Aidilfitri dan Pembelajaran
Hari Raya Aidiladha. Kontekstual
 Menyambut hari raya di Menghubung kait bahan
kampung. maujud dengan
pengalaman dalam
kehidupan.
Menyanyikan lagu “Suasana Langkah 1 (20 Minit) BBB:
Hari Raya”.  Murid diperdengarkan lagu  Komputer riba
“Suasana Hari Raya” berserta  Skrin LCD
Mendengar dan menonton seni kata lagu.  Projektor
klip video berserta seni kata  Murid diminta berdiri  Klip video Youtube
lagu “Suasana Hari Raya” menyanyikan lagu bersama- lagu “Suasana Hari
sama. Raya” (Lampiran 1)
Melengkapkan kosa kata  Murid menyanyi dengan  Seni kata lagu
dalam aktiviti kuiz “Mari sebutan yang jelas dan  Kuiz (Lampiran 2)
Mengingat Kosa Kata” seni intonasi yang betul.
kata lagu “Suasana Hari  Murid dipaparkan kuiz “Mari KB:
Raya” Mengingat Kosa Kata”.  Menghubung kait
 Murid mengecam kosa kata  Menganalisis
Kosa kata dalam seni kata berdasarkan seni kata lagu
lagu: yang didengar. BCB:

4
 desa  Murid diminta melengkapkan  Mendengar secara
 Jiwa lima kosa kata dalam aktiviti aktif
 beranika kuiz “Mari Mengingat Kosa  Mengingat
 ketupat Kata”.
 bersembang  Murid menjelaskan maksud KP:
kosa kata tersebut.  Verbal linguistik
 Muzik

Nilai Murni:
 Yakin
 Berani

Teknik:
 Penerangan
 Didik hibur

Pembelajaran
Kontekstual
Menghubung kait
kemahiran mendengar
dengan pengetahuan
bahasa yang dipelajari

Penilaian objektif (i)


Ayat tunggal dan ayat Langkah 2 (15 Minit) BBB:
majmuk.  Murid melihat paparan  Komputer riba
 Ayat tunggal - Ayat yang infografik interaktif.  Skrin LCD
terdiri daripada satu  Murid mendengar penerangan  Projektor
subjek dan satu predikat guru berkaitan ayat tunggal  Infografik interaktif
 Ayat majmuk - Ayat dan ayat majmuk. (Lampiran 3)
yang mengandungi dua  Murid dibahagikan kepada  Gambar “Sambutan
atau lebih ayat-ayat lima kumpulan. Hari Raya”
tunggal disambungkan  Guru memaparkan gambar (Lampiran 4)
oleh perkataan kata “Sambutan Hari Raya”.  Kertas mahjong
hubung seperti dan, atau,  Setiap kumpulan diberikan  Pen penanda
kecuali, tetapi, sambil kertas mahjong dan pen

5
dan sebagainya. penanda.
 Setiap kumpulan dikehendaki Strategi:
Gambar melalui infografik membina lima ayat tunggal  Berpusatkan bahan
interaktif: dan tiga ayat majmuk
berdasarkan gambar. Teknik:
 Murid diberi masa selama lima  Perbincangan
minit untuk berbincang.  Sumbang saran

*(Gabungjalin kemahiran menulis KP:


dalam aktiviti)  Interpersonal

Contoh ayat tunggal  Visual ruang

berdasarkan gambar:-
 Adik menyalam tangan EMK:

ibu.  Teknologi Maklumat

 Mei Ling mengambil lauk- dan Komunikasi

pauk.
 Adik bermain bunga api. Nilai Murni:
 Kasih sayang

Contoh ayat majmuk  Hormat-menghormati

berdasarkan gambar:-
 Amirul bersalaman Pembelajaran

dengan Faiz sambil Kontekstual

bersembang. Menghubung kait

 Pak Long dan Pak Ngah gambar dengan

sedang menikmati juadah penggunaan ayat

yang disediakan. tunggal dan ayat


majmuk
Pembentangan secara Langkah 3 (10 Minit) BBB:
berkumpulan di hadapan  Guru mengedarkan borang  Gambar “Sambutan
kelas. penilaian kepada setiap Hari Raya”
kumpulan.  Borang penilaian
Borang Penilaian  Setiap kumpulan diminta  Kertas mahjong
Kumpulan (Lampiran 5) membentang hasil  Pen penanda
perbincangan.
 Kumpulan pembentang Teknik:
menyebut ayat tunggal dan  Penerangan

6
ayat majmuk yang dibina.  Penilaian objektif
 Murid lain diminta menyebut
semula ayat tunggal dan ayat EMK:
majmuk yang dibentangkan.  Nilai murni
 Guru memastikan murid  Bahasa
menyebut ayat tunggal dan
ayat majmuk dengan betul Penilaian (Lampiran 5)
dan tepat.  Merujuk aspek
 Kumpulan lain menilai  Senarai semak
persembahan kumpulan
membentang. Penilaian objektif (ii)
Pengukuhan Pengayaan Kemahiran Mendengar
 Murid-murid kumpulan A dan dan Bertutur
Lembaran kerja aktiviti yang B diedarkan lembaran kerja
mengandungi panduan (Lampiran 6).
pelaksanaan aktiviti “Telefon  Murid menjalankan aktiviti
Rosak”. “Telefon Rosak” dengan
penggunaan ayat tunggal dan
ayat majmuk dalam teks
pendek.
Pemulihan Kemahiran Mendengar
Membina ayat tunggal dan  Murid-murid kumpulan C dan Bertutur
ayat majmuk dengan membina dua ayat tunggal
bimbingan guru. dan satu ayat majmuk dengan
bimbingan guru.
Kognitif: Rumusan isi Penutup (5 Minit) BBB:
pelajaran  Murid dirangsang untuk  Komputer riba
merumus serta membuat  Skrin LCD
Sosial: Pujian dan motivasi kesimpulan tentang isi  Projektor
pelajaran.  Muzik instrumental
Nyanyian lagu “Suasana  Guru memuji ketekunan murid lagu “Suasana Hari
Hari Raya” kerana melibatkan diri secara Raya”
aktif dalam sesi PdP.  Seni kata lagu
 Murid menyanyikan semula
lagu dengan iringan muzik. KB:
Merumus

7
Kerja Susulan/Kerja  Murid-murid diminta untuk KB:
Rumah mencipta satu kad  Mencipta
mengandungi ucapan Selamat
Hari Raya EMK:
 Kad yang dihasilkan mestilah  Kreativiti dan Inovasi
mengikut kreativiti masing-  Keusahawanan
masing.
 Murid mempamerkan kad
tersebut di papan pameran
dalam bilik darjah.

3.0 Rumusan

Kesimpulannya, penulisan perancangan pengajaran amat penting untuk


membantu guru membuat persiapan rapi dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
yang menarik dan berkesan. Hal ini bertujuan memupuk minat dan kesediaan murid
untuk belajar di samping menguasai kemahiran-kemahiran bahasa serta
menambahkan ilmu pengetahuan. Oleh itu, sebagai seorang pendidik, guru perlulah
bijak mengatur strategi pengajaran, menyediakan alat bantu mengajar, menentukan
aktiviti murid dan membuat penilaian secara berterusan agar dapat melahirkan
murid yang berminda kelas pertama dan berdaya saing.

8
Rujukan

Akhiar Pardi & Shamsina Samsuddin. (2014). Rancangan Pengajaran Harian.


Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2016). Buku Penerangan Kurikulum Standard


Sekolah Rendah (KSSR). Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2017). Dokumen Standard Kurikulum


Pentaksiran Sekolah Rendah Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Tahun 3
(Semakan 2017). Kementerian Pendidikan Malaysia.

Hadijah Jaffri. (2020, November 10). Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Online
Material for Learning and Teaching.
https://humanities.utm.my/omelet/2020/11/10/rancangan-pengajaran-harian-
rph/

Les’ Copaque Production. (2014, Julai 2). Upin & Ipin - Suasana Hari Raya [Video].
YouTube. https://www.youtube.com/watch?v=MmFGRFL6Lio

Mazlan Ismail. (2016). Pengajaran Bahasa Melayu Didik Hibur dan Seni Bahasa.
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tuan Jah Yusof & Faridah Nazir. (2011). Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu.
Penerbitan Multimedia.

9
LAMPIRAN

Lampiran 1 - Pautan klip video dan seni kata lagu “Suasana Hari Raya”

Pautan klip video: https://www.youtube.com/watch?v=MmFGRFL6Lio

Berlalulah sudah Ramadhan sebulan berpuasa


Tiba Syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi


Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana Hari Raya walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa

Kuih dan muih beraneka macam


Makanlah jangan hanya dipandang
Ketupat rendang sila nikmati
Kawan penat memasak malam ke pagi

Wajik dan dodol jangan lupakan


Peninggalan nenek zaman berzaman
Asyik bersembang pakcik dan makcik
Hai duit raya lupa nak diberi
Lampiran 2 - Pautan kuiz “Mari Mengingat Kosa Kata”

Pautan kuiz: https://view.genial.ly/621b9ace23beb80013f1d059/interactive-content-


aktiviti-mari-mencari-kosa-kata-lagu-suasana-hari-raya
Lampiran 3 - Infografik interaktif (Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk)

Lampiran 4 - Gambar “Sambutan Hari Raya”


Lampiran 5 - Borang Penilaian Kumpulan (Kemahiran Mendengar dan Bertutur)

BORANG PENILAIAN KUMPULAN


(Menyebut ayat tunggal dan ayat majmuk yang dibina dengan sebutan yang
tepat dan betul)

Nama Kumpulan yang dinilai :


Nama Kumpulan yang menilai :
Tarikh :

Aspek Tahap
1 2 3 4
Kelancaran Tidak tersekat-sekat
Kelantangan
Sebutan Sebutan jelas
Sebutan baku
Intonasi Jeda
Pola nada 2-4-2-3
Jumlah

Skor Penilaian

17-24 A (Sangat Baik)

14-16 B (Baik)

08-13 C (Sederhana)

04-07 D (Lemah)
Lampiran 6 - Lembaran Kerja Aktiviti Pengayaan Kemahiran Mendengar dan
Bertutur

LEMBARAN KERJA AKTIVITI PENGAYAAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN


BERTUTUR

AKTIVITI “TELEFON ROSAK”


Bilangan Pemain: Tidak terhad (Murid Kumpulan A dan B)
Kawasan: Dalam bilik darjah
Alatan Permainan: Petikan teks

Peraturan Permainan:

1. Pemain pertama akan diberikan masa selama 30 saat untuk membaca petikan
dan cuba mengingat sebanyak mana perkataan yang terdapat dalam petikan
tersebut.
2. Setelah 30 saat, pemain pertama akan menuju kepada pemain kedua. Pemain
pertama akan membisikkan perkataan yang diingat daripada petikan teks
pendek tersebut kepada pemain kedua dalam masa 30 saat.
3. Setelah 30 saat, pemain kedua akan menuju kepada pemain ketiga dan
seterusnya membisikkan perkataan yang diingat. Masa yang diperuntukkan
juga adalah 30 saat.
4. Begitulah seterusnya, pemain ketiga akan mengulangi dan memberikan
maklumat kepada pemain keempat. Permainan akan diteruskan sehinggalah
kepada pemain yang terakhir.
5. Apabila tiba kepada pemain yang terakhir, dia akan berlari ke hadapan dan
menyebut kesemua maklumat yang disampaikan kepadanya. Disini, maklumat
tersebut dapatlah dibanding beza sama ada tepat, terlebih atau apa sahaja
daripada maklumat asal dari petikan tadi.

Contoh petikan dengan penggunaan ayat tunggal dan ayat majmuk:

Rugaya dan keluarga pulang ke kampung sehari sebelum hari raya. Mereka
membawa pakaian hari raya. Hari raya disambut dengan meriah. Apabila hari raya,
sanak saudara riang gembira. Pelbagai juadah disediakan seperti kuih raya, ketupat
dan rendang.

You might also like